Thursday, December 24, 2009

Hari Bahagia Kak Ummu.

Malam tadi Puan Ummu pulang ke AZ setelah seminggu bergelar isteri (solehah). Terkedu kami sebab kak Ummu menangis masa masuk ke dalam rumah. Tapi situasi ini pernah berlaku juga pada ex housemate kitorang dulu, Kak Bah, yang sama2 merasa peritnya Perkahwinan Jarak Jauh (PJJ). Tapi kata2 kak Ummu yang suaminya nangis dulu, baru dia nangis lagi mengharukan kami. Ternyata kak Ummu kata suaminya seorang yang lemah lembut dan lebih sensitif dari dia. Baguslah, kan pasangan kita melengkapkan hidup kita yang banyak serba kurangnya itu.

Aku tertarik untuk bercerita lanjut tentang perjalanan suci kak Ummu mencari cintanya yang tulus demi memudahkannya meneruskan perjuangan mencari Redha Allah, bersama2 suaminya,katanya. Dia bersungguh2 memohon pada Sang Pencipta Cinta agar menitipkan cinta yang halal baginya, dan prinsip tidak mahu bercinta sebelum kahwin benar2 menyebabkan dia perlu mencari pasangan yang sekepala dgn pendiriannya itu. Perkenalan dengan suaminya diaturkan oleh makciknya 2 bulan yang lalu (Oktober 2009). Mereka berkenalan melalui facebook (email sahaja dan sms). Kemudian, bila matlamat masing2 dah jelas, mereka terus merancang untuk bertemu keluarga kedua2 belah pihak.

Aku rasa sangat penting kesefahaman dari segi matlamat awal perkenalan, adakah dengan end in mind matlamat (perkahwinan) atau sekadar kawan biasa. Kerana treatment untuk kedua2 matlamat itu berbeza dan sangat jauh berbeza sebenarnya.

Lalu, pada 16 December yang lepas, mereka telah sepakat untuk menamatkan zaman teruna dan dara masing2, walaupun rancangan asal adalah untuk merisik dan bertunang sahaja dahulu. Mungkin berkat keyakinan, usaha dan tawakal yang tinggi dan niat yang sangat suci hendak mencari Redha Allah itu, lalu Allah terus mudahkan urusan agung mereka itu. Ye, sekaang mereka telah bergelar suami isteri, setelah 2 bulan usia perkenalan.

Soalan kami (merujuk pada Mas, Hana dan Kak Wani) yang pertama adalah, bagaimana bercinta selepas kahwin? Seronok x? Haruslah dijawab dengan 1000 keyakinan dari Kak (Puan) Ummu, "SANGAT SERONOK, BETUL CAKAP ABAH!

Ye, dan kami sekali lagi terdiam tanda faham dan mengerti keasyikan itu. Hanya orang yang melaluinya saja dapat merasakannya. Dan kak Ummu terus bercerita kisah kemanisan perkahwinannya itu, dan kami sempat untuk terus berdoa dalam hati, moga2 jodoh kami juga dimudahkan dan dimaniskan bagai kak Ummu, Ameen...

Dan itulah kisahnya, sangat mudah dibaca, namun bagi orang yang mengalaminya, tidaklah semudah itu pengalaman hidup yang dilaluinya untuk sampai ke tahap kemanisan seperti sekarang. Namun apa2 yang diberikan Allah pada kita itu, pastinya sesuatu yang masih sanggup (larat) dipikul, kerana Allah tidak akan membebani kita, dengan sesuatu yang kita tidak terpikulkan.(AlBaqarah,ayat akhir)

Tersenyum ceria di hari bahagia...

Lantas, diri ini sekerdilnya memohon pada Allah, agar memurahkan rezeki, dimudahkan urusan jodoh, dipertemukan dengan orang yang hatinya sentiasa dekat dengan PenciptaNya..Amin


~~Bahagia itu adalah bila bersama orang yang kita sayang, namun akan lebih bahagia jika mengetahui orang yang kita sayang itu bahagia walaupun tidak bersama kita~~

Tuesday, December 15, 2009

Cuti kena freeze..!!

Huhu, baru dapat email dari Bos tadi, cuti kena Freeze mulai esok (16 Dec 09) til Jumaat, 08 Jan 2010. Kena clearkan all outstanding issues in 2009, so that can start freshly and happily ( ye ke?) in 2010. Tahun baru, azam baru lah lebih kurang camtu. Berkecai harapan nak bermanja2 dengan parent kat kampung hujung tahun 2009 or awal taun 1431H ni...

Tapi tak kira, pas tempoh freeze tu, terus nak apply cuti panjang, qada' cuti yang kena pending ni. Dahlah brought forward 11 hari cuti ke tahun 2010. Takperla, moga2 tahu 2010 / 1431H ini, akan dilalui dengan lebih baik, yakin dan dekat dengan Penciptaku..

Chayok2!!

Saturday, December 12, 2009

Lama tak update...

Semenjak bertukar kerja ke department lain ni, keadaanku menjadi semakin BZ. Waktu 8.30pg to 5.30++pm memang digunakan dengan penuh dedikasi dan bersemangat waja, hehe.. Banyak kerja2 pending dan yang tak terbela yg di 'take over' dari org dulu, dan macam2 isu semasa dan isu yang terdahulu (kena korek2 fail history), dan keadaan diriku yang baru belajar, makanya banyak lagi perkara yang tidak dapat difahami walaupun mudah, apalagi yang susah,kan. Tapi aku rasa seronok dan bersyukur sebab walaupun kerja baru dan mencabar, namun dengan adanya bos yang sporting, staff2 yang ringan tulang, dan kawan2 yang memahami, maka aku tidak terasa begitu terbeban memikul tugas ini, walaupun seriously, memang banyak kerja dan isu..huhu

Dan lagi, keadaanku yang konon2nya mengajar part time di MMC hari Khamis dan Sabtu, sedikit sebanyak menyebabkanku tidak dapat pulang ke kampung di hujung2 minggu, walaupun nanti akan ada cuti panjang di setiap hari Jumaat, sebanyak 3 Jumaat berturut2 plak tu. ini pun baru balik dari kelas, dan lepak2 di AZ, berblogging guna broadband roomate, Rena. TQ Rena!

Tapi, secara keseluruhan, aku rasa oklah, jadual baruku ini, menyebabkan aku lebih menghargai masa2 ini, dan menghargai orang2 tersayang di sekelilingku. Nanti2, kita tak tahu lagi bagaimana keadaannya, adakah akan semakin sibuk, akan sihat lagikah, etc2.

Tapi still, rasa semangat untuk menuntut ilmu itu tetap ada, dan di TM ni, aku rasa sangat bertuahlah, sebab pasti akan ada kuliah Zohor di surau setiap hari, samada sempat or tak je nak jejakkan kaki ke sana. Takperla kalo takleh gi hari2, tapi jgn tak pergi langsung, dahlakan..

Dan lagi, aku rasa sangat seronok kerana Kak Ummu, kawan baikku akan melangsungkan pernikahan dengan jejaka idaman 16 Dec ni, majlis buat tahun depan. Tak kesahlah, janji yang wajib dah disegerakan. Moga2 Kak Ummu dan bakal suami dimudahkan urusan, mendapat mawaddah, rahmah dan kasih sayang Nya.

Dan lagi, itu je la kot, moga2 akan ada berita gembira, dan moga2 dimudahkan segala urusan kita.

Salam Ma'al Hijrah

=)



Tuesday, November 24, 2009

Movie 2012 dan Konsert Opick

Ahad lepas 22 Nov 2009, aku sempat berlegar2 di Tropicana Mall bersama my dear niece, Angah - Atiqah Mohd Zan. Kebetulan dia menghabiskan masa awal cuti sekolahnya di KL, dan tidur di rumah Ija, adikku di Bangi. Dan semestinya tempat pertama yang kami tuju adalah GSC untuk menonton 2012. Atiqah hendak menebus kekecewaannya setelah gagal mendapatkan tiket di Mid Valley setelah penat beratur panjang hari sebelumnya. Aku selaku mak sedara yang comel dan baik hati, melayan saja kehendaknya itu. Sementelah, aku baru dapat gaji minggu lepas, so kira okla nak berbelanja sakan ni.

Mm, sebenarnya nak cerita ttg pengajaran yang aku, opps, kami dapat dari cerita 2012 itu. Sungguh, cerita itu memberikan gambaran ttg dunia ini pasti akan berakhir, walaupun berteorikan sains sebagai bahan bukti, dan idea dari penulis barat, yang tidak percayakan pada rukun iman ke 5 iaitu percaya pada Hari Qiamat, namun tanda2 dan perubahan cuaca alam yang berlaku sekarang memang sedang mengiakan apa jua kajian tentang kemungkinan terjadinya pelupusan bumi yang kita sedang diami ini.

Keadaan huru hara yang digambarkan semasa bencana alam itu berlaku dalam filem itu, sungguh menginsafkan kami, satu demi satu gunung ganang meletup, dan membuat kami berfikir yang jika saat Allah mengarahkan malaikat Israfil meniup sangkala pertama, maka tiadalah yang akan terselamat dari merasai huru hara dan kucar kacir kesan dari maha dahsyatnya Hari Kehancuran itu, namun hanya sedikit sahaja orang yang mengambil pengajaran. Semoga semua yanfg kita lakukan di dunia ini, akan menjadi jambatan untuk kita meraih syurga Allah kelak.

Di akhir cerita, penerbit memberikan gambaran dunia baru selepas bencana alam itu berlaku, dan maknanya bagi mereka, pasti akan ada dunia itu, tidak akan hancur, dan mereka yang terselamat dari bencana, bolehlah memulakan hidup baru di tempat yang baru. Namun, bagi kita orang Islam, wajib percaya akan hari penghancuran itu, dan penghidupan yang kekal abadi selepas mati samada di neraka atau di syurga. Moga2 Allah memberikan nikmat Syurganya kepada kita dengan rahmat Nya yang Maha Luas itu. Amalan kita belum tentu cukup untuk ke Sana itu.

Konsert Opick

Malamnya pula, aku dan Atiqah, besrerta housemate AZ, Ummu dan Faiz, telah berjaya menghabiskan masa berharga di Konsert Amal Opick bersama Inteam di Dewan Serbaguna TNB Bangsar. Sangat berbangga berkawan dengan rakan penulis ini, dapat masuk ke konsert atas tiket Media Anis dan Asuh, tempat duduk khas. Konsert sangat bertenaga dari Mas Opick sangat mengujakan. Tiap2 bait nasyid ternyata lahir dari hatinya, lantas menyebabkan kami dapat sama2 rasa terharu dan bersama2 bersemangat untuk mengagungkan asma Allah yang Maha Besar. Antara lagu yang didendangkan ialah Ubat Hati (duet bersama Akhil Hayy), Bila waktu telah berakhir, Allah maha Besar, dan banyak lagi.

Konsert ini adalah anjuran Muslim Care Malaysia, sebuah NGO yang bermatlamat untuk menubuhkan Solat Centre di Malaysia, bagi menjadi asas tempat rujukan bagi memperkasakan solat dalam generasi kita. Antara artis lain yang membuat persembahan ialah Inteam (reunion), Castury ( dari TNB), Pak Abu Sangkang (Motivator Penghayatan Solat) dan Farah.

Seronok rasanya dapat menyaksikan konsert yang dapat banyak memberi input rohani, setelah jasmani selalu disogokkan dengan perhiasan dunia. Semoga banyak lagi peluang dan ruang dapat digunakan untuk jalan kebaikan dan mendekatkan diri pada Pencipta.



Opick membuat persembahan yang cukup bertenaga dan menginsafkan




Angah teruja dapat pass media, hehe

(^-^)/

Monday, November 9, 2009

Tanda ingatan

Aku dalam proses bertukar unit kerja dari tempat kerja lama membuat analysis P&L dan Recon ke grup Cash and collection. Namanya je pun dah mencerminkan kerjanya. So, dalam 2-3 minggu ni, aku terpaksa mengajar pengganti ku, cik Lisa Teo dari Labuan, dan belajar tentang kerja2ku di CCM dari Bos baruku yang sporting, Kak Jun, dari staffku yang otai2, K Ani dan K Azi, dan dari bakal kawan sebelah mejaku, Mr Izani yg berhati budiman (tiru ayat k Umu). Setelah lebih 2 tahun aku di tempat lama, sudah tiba masanya untuk aku membuat internal job rotation, agar keupayaanku dapat tercabar di tahap maksimum (dan takleh balik 5.30 sharp lagi!) dan aku dapat belajar sesuatu yang baru, dan bagiku, kerja baruku ini lebih operational dan banyak daily based activity kena dilakukan. Aku kena sentiasa up to date dengan any issue dan masalah yang bakal diutarakan oleh customer, terutama sekali.

Terasa excited hendak ke tempat baru, namun terasa sayang meninggalkan yang lama. Kawan sama2 kena marah, dan sama2 ber poya2..hehe. Tapi , itulah resam kehidupan, setiap pertemuan, pasti ad perpisahan. Apa yang penting, bagaimana kita menghargai saat2 bersama, agar tidak mencari di waktu sudah tiada atau terlambat.

Terima kasih setinggi gunung ku kalungkan pada Bos ku, Pn Liza, Colleague2ku, K Sham, K Sara, Fadzil, K Ita, K Tie, K Gayah, K Jah, En Midi, K Emi dan En Pakri, atas kerjasama, perhatian dan kasih sayang yang diberikan sepanjang kita bersama2 berbakti. Tiada kata terucap, hanya doaku moga semua kawan2 ku ini sentiasa dalam redha dan rahmat Allah, dan dimudahkan urusan, dunia akhirat.


Tq atas hadiah ingatan ini...=)


Sunday, November 8, 2009

Penghargaan tanda kasih sayang




Terima kasih byk2..itu saja yang terlintas dari mulutku ini, tatkala melihat di atas meja office ku, beberapa cenderahati comel dari adik2 praktikal Eda Diana dan Fadillah, yang telah menamatkan tempoh latihan praktikal di tempat kerjaku Jumaat 6 Nov lalu. Mereka sebenarnya adalah bekas anak muridku batch pertama kelas Auditing yang ku ajar tahun lepas, dan kebetulan, aku juga yang menolong mereka untuk mendapatkan tempat praktikal di TM ini. Sungguh tidak disangka pertolongan yang sekecil itu begitu dihargai oleh mereka.

Namun rasa terkilan yang amat lantaran aku tidak sempat untuk bertemu mereka untuk kali terakhir Jumaat lepas, sebab kesibukan belajar di tempat baru dan fokus untuk memahami gerak kerja dan matlamat di tempat baru, menyebabkan aku tidak berada di tempat sendiri sepetang itu. Dan, nature adik2 itu yang malu2 alam untuk bertanya, menyebabkan mereka meletakkan saja hadiah itu di atas mejaku, tanpa bertemu denganku dahulu. Aku memang ada berazam untuk membelanja mereka makan sebelum mereka habis praktikal, tapi kesibukan dan ketidaktentuan masa kerjaku menyebabkan aku terlupa perkara penting itu. Tapi mereka tidak lupa dan tidak akan lupa.

Terima kasih atas tanda ingatan yang sungguh bermakna itu. Aku tiada apa2 yang hendak diberi pada mereka tanda ingatan, namun aku akan sentiasa mendoakan kebahagiaan mereka dalam mengharungi kehidupan ini, sentiasa dalam ketenangan, kekuatan dan berjaya dunia akhirat.

Terima kasih! Moga ukhuwah kita kekal selamanya...

Wednesday, November 4, 2009

Ekspedisi Dakwah ke Kg Perangkap, Lipis, Pahang

26 dan 27 Oktober 09 lepas, aku dan kawan2 sempat untuk menjejaki ke perkampungan orang asli di Kg Perangkap, Sg Jelai, Lipis, Pahang. Kawasan ini 50% baru yang masuk Islam, dan selebihnya beragama lama asli, bukan kristian. Nun di seberang nya adalah perkampungan orang asli kristian, dipisahkan oleh sebatang sungai yang tidaklah begitu lebar laluannya.

Terima kasih pada Wak Jonet, sponsor utama program dakwah kali ini dan Pak Abu dari ASDAF yang membantu dari segi sewa bot untuk perjalanan pergi dan balik. Rombongan kali ini disertai oleh lebih kurang 15 orang sukarelawan, diketuai oleh Wak Jonet selaku penaja utama, anaknya Soleh, Pak Abu wakil dari ASDAF, Pak Ya Chef Utama, En Aznan bersama isteri, Ustazah Hawa dan 2 anaknya, Nurul dan Ghafur. Selain itu, turut serta adalah ketua chef Pak Ya dan rakan baru En Razif, juga wakil dari ASDAF, Pak Abu dan Tn Hj Isa, En Isa polis dan 2 kawan mereka. Aku dan Faiza segera mengosongkan masa hujung minggu kami dan mengambil kesempatan untuk berdamai dengan alam.


Banyak peristiwa yang aku pelajari, dan semangat dari kawan2 sangat membantu melegakan rasa yang berat dalam dada ini, dan terasa sangat tenang dan aman setelah dapat berbakti dan memanfaatkan masa. Moga2 Allah mudahkan urusan kita dan sentiasa dapat meneruskan perjuangan menegakkan Islam dalam hati2 dan masyarakat kita. Easy to say and write, tapi kalau tiada yang memulakan, pasti tidak akan berjaya langsung. Better late than never.


Banyak gambar telah diupload dalam picasa web, boleh ke link ini untuk gambar2 penuh, dan ke link sini untuk cerita dari faiza kawanku.


Juga cerita tentang program dakwah orang asli Ramadhan lalu di sini.

Wednesday, October 28, 2009

Setenang Kak Khadijah...


Malam semalam selepas solat maghrib, aku, Rena, Ummu dan Ain, juga Hana dan ibunya bersiap2 untuk ke berziarah ke rumah kak Dijah, bekas teman serumah, yang baru kehilangan puteri sulung tersayang 22 Oktober 09 lepas. Pemergian anak kesayangan yang baru berusia 3 bulan itu begitu menyedihkan dan kami hanya berkesempatan untuk melawatnya malam tadi. Hati ku begitu beria hendak menjenguk keadaan kak Dijah yang memang terkenal tenang dan sentiasa cool itu, lebih2 lagi setelah membaca luahan rasa di blognya. Aku yakin kak Dijah dan suaminya dapat menghadapi berita sedih itu dengan tenang dan redha.

Kak Dijah menyambut kami dengan senyuman dan wajah ketenangan. Dia sempat menggoreng nasi untuk santapan kami malam itu. Ketiadaan Ustaz Dhan kerana ke meeting malam itu menyebabkan kami terbawa2 perangai ketika di AZ. Kami berbual mesra, maklumlah sudah lama tidak berjumpa, tanpa menyentuh tentang kejadian itu. Kami malas hendak menambahkan sendu K Djah, cukuplah membaca kisah di blognya, dan melihatnya yang masih boleh tersenyum dalam ketenangan, kami juga seolah2 terasa damai itu. Benarlah, janji Allah pada hamba2Nya yang berjaya menghadapi dugaan Nya, pasti Dia akn mencampakkan benih2 ketenangan pada mereka.

Melihat ketabahan kak Dijah dan suaminya, aku terasa amat kecil dan terasa dugaan yang Allah berikan padaku ini, tidaklah sebesar mana jika dibandingkan dengan mereka. Aku mula sedar yang cinta dan kasih sayang Allah itu pasti masih ada bagi hamba2nya, dan yang paling sabar pastilah yang akan lebih menghargai saat2 tiba waktunya itu.

Ya Allah, jadikanlah aku setenang dan sekuat kakakku ini....

Thursday, October 22, 2009

Dia PERGI dahulu...

Pagi2 tadi kami serumah AZ dikejutkan dengan berita kematian anak sulung kak Dijah, bekas rakan serumah kami. Anaknya yang berusia 3 bulan 18 hari itu menyahut panggilan Pencinta Agung seawal 6.20 pagi 22 Oktober 2009, meninggalkan ibu ayah yang masih terlalu baru dan tidak puas lagi merasa nikmat mendapat cahayamata yang diberi nama Nur Fatimah binti Ramadhan Fitri itu.

Selepas lebih kurang 2 minggu dia dimasukkan ke ICU di hospital Putrajaya, atas penyakit yang tidak dapat dikesan lagi, yang pasti, oksigen sudah tidak sampai di otaknya menyebabkan banyak organ badannya tidak dapat berfungsi dengan baik. Besar kemungkinan kerana trauma gegaran. Sungguh mengharukan.

Kupasan lanjut tentang berita sedih ini di dalam nukilan Us Hasrizal Saiful Islam dan Kak Bah AZ.

Benarlah, bahawa usia muda bukanlah satu janji bahawa kita akan lambat lagi untuk dipanggil ke sana. Panggilan itu selalu mengingatkan kita, tetapi tidak semua antara kita yang sedar dan mahu ambil peduli. Sesungguhnya, dengan mengingati MATI, kita akan sentiasa berjaga2 dan tidak akan hilang fokus bahawa dunia ini, hanyalah persinggahan, dan semua yang kita lakukan di dunia ini, akan diadili di AKHIRAT kelak.

Ya Allah, kami mohon kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat nanti, dan jauhkan kami dari azab api NERAKA - MU...Ameen.

Al Fatihah untuk Nur Fatimah, dan didoakan moga K Djah dan Ustaz Ramadhan terus tabah dan kuat untuk meneruskan perjuangan ini. Cakap memang senang, tapi Allah pasti tidak akan timpakan ujian itu, melainkan untuk menaikkan lagi martabat hamba2Nya.

Satu hadis dlm satu tafsir Qur’an, yg mafhumnya bermaksud “Manusia akan senantiasa diuji oleh Allah; semakin tinggi imannya, semakin kuat dia akan diberi ujian sampai terhapuslah segala dosa2 nya.”

Wednesday, October 21, 2009

Update Aidilfitri - Belum terlambat lagi

Sambutan Aidilfitri tahun ini ada kelainannya. Program ziarah anjuran BAKIT TM ke Pulau Ketam, Klang 10 Oktober 09 lalu sangat menarik perhatian. Jika Ramadhan lepas dapat bersama2 program dakwah ke kg orang asli, aidilfitri hari kemenangan ini pula aku sama2 menyambutnya bersama Mualaf Cina di Pulau Ketam. Populasi penduduk seramai lebih kurang 2000 orang, namun yang terbuka hati memeluk Islam baru 13 orang, dan rata2nya dari generasi tua. Mereka tidak menyebarkannya kepada generasi muda mudi. Islam seperti gah namanya di sana, lantaran ada Balai Islam Pulau Ketam 2 tingkat dibina, namun penghayatannya masih banyak yang perlu dipertingkatkan.

Rakan2 TM seperti Tn Hj Abu Hassan, juga pesara2, banyak menyumbangkan masa, tenaga dan wang ringgit bagi memastikan kelangsungan dakwah rakan2 di Pulau Ketam tidak terhenti dan akan solat bila ada pelawat Islam datang sahaja. Tugas berat yang mereka pikul perlukan generasi muda mudi untuk meneruskannya. Semangat mereka dalam memastikan seruan Islam sampai hingga ke ceruk alam patut dicontohi dan dipandang mulia.

Kehadiran kami ditemani Ustaz Amin, juga berbangsa Cina masuk Islam, namun sudah berguru hingga ke Madinah, kalah orang biasa2 ni. Dia berkahwin dengan orang Melayu dan menetap di Pandamaran. Seminggu atau sebulan sekali dia akan turun ke Pulau Ketam melawat kawan2 di sana dan melayani kehendak kawan2 di sana.

Bertolak dari jeti Pelabuhan Kelang ke Pulau Ketam seawal 9 pagi ,diiringi hujan yang agak lebat. Nmaun semangat kami untuk ke sana mungkin menyebabkan keadaan cuaca kembali panas semasa kami mula menaiki bot. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam dan rombongan kami disertai oleh lebih kurang 37 orang staf TM beserta teman dan keluarga masing2.

Setelah sampai di sana, kami disambut mesra oleh isteri Us Amin dan dijamu dengan makanan pagi Laksa goreng stail Singapura. Sungguh lazat. Sementelah kami berkemas2 barang dan kuih raya untuk dijamu pada penduduk Islam di sana, beberapa orang penduduk Islam mula datang memeriahkan majlis kesyukuran kami di balai Islam Pulai Ketam, namun kelibat penduduk perempuan masih tidak kelihatan.

Kami memulakan sesi dengan makan, kemudian taaruf sesama peserta dan bacaan tahlil. Selepas itu, kami berselawat dan bermarhaban dengan semangatnya. Kami dapat merasakan kebesaran Nya dengan membesarkan syiar Nya di pulau yang agak maju itu.
Kemudian, kami berombongan ke rumah2 penduduk Islam untuk berziarah, namun hanya dapat ke satu rumah sahaja, rumah lain samada penghuninya keluar kota, atau tidak bersedia untuk diziarahi.

Pengangkutan utama penduduk di pulau itu adalah BASIKAL. Masing2 tua muda berkenderaan itu untuk memudahkan mereka bergerak dari satu tempat ke tempat yg lain. Keadaan di sana agak bersih, namun masih banyak yang boleh ditingkatkan. Banyak2 rumah batu cantik dibina, dan kemas juga buatannya. Aku tertanya2 juga bagaimana mereka mengangkut batu bata dan pasir2 ke pulau ini. Pasti meletihkan.

Selepas solat zohor, kami dijamu dengan makanan ikan segar ikan merah masak stim, sup ketam dan mcm2 lagi makanan laut. Sungguh segar dan damai rasanya. Kemudian, kami bersiap2 ke sangkar ikan berhampiran pulau untuk membeli ikan2 sangkar yang segar dan besar2 itu. Sejumlah 30 ekor ikan merah bersaiz dari 1 kg ke atas dijual pada harga diskaun demi kami pelawat yang datang jarang2 itu.

Kemudian, kami kembali semula ke lokasi utama Balai Islam Pulau Ketam untuk solat asar dan acara penyampaian cenderahati kepada penduduk Islam Mualaf di sana. Kuih2 raya yang kami bawa diagih2kan pada mereka agar mereka dapat berkongsi mesra dengan jiran2 bukan Islam juga.

Selepas acara bergambar beramai2, kami bergegas ke bot yang lama menanti. Sempat juga membeli ole2 untuk dibawa pulang ke daratan. Semoga acara2 seperti ini dapat diperluaskan lagi ke daerah lain yang memerlukan kunjungan damai dan perhatian, agar Islam itu dapat dipraktikkan dan dinikmati oleh semua. =)

Dalam bot dari jeti Pelabuhan Kelang


Sekitar suasana di Pulau Ketam



Berjalan2 di sekitar pulau, ziarah ke rumah orang Islam

Di sangkar ikan


Bergambar beramai2 sebelum pulang.

Tuesday, October 20, 2009

Genap 4 tahun tidak berjumpa...

Hari ini 20 October 2009, genaplah 4 tahun aku dan keluarga tidak dapat dan pasti tidak akan bertemu dengan abang kesayangan kami lagi di dunia ini. Dia pergi dahulu meninggalkan kami semua menyahut panggilan wajib Tuhan Semesta Alam itu. Tepat2 usianya 40 tahun, Allah menjemputnya untuk bersemadi dekat denganNya meninggalkan seorang isteri dan 5 anak yang masih memerlukan perhatian dan kehadirannya. Betapa Allah hendak memberi pengajaran pada kita semua, yang tempat pergantungan yang utama hanyalah pada-Nya, bukan manusia yang akan dipanggil pergi apabila gilirannya tiba, bila2 masa nanti.


Syawal yang baru berlalu semalam, menyaksikan kami bergambar 8 orang adik beradik saja, tanpa abang sulung tercinta. Sudah tidak akan lengkap gambar itu. Dan pasti tidak akan pernah lengkap.

SMS yang kuterima lewat malam semalam dari abang Zan, abang ke2 ku, benar2 mengharukan:
20/Okt/2005-2009 Empat tahun berlalu kita kehilangan saudara kandung yg amat dikasihi. Al-Fatihah untuk Allahyarham Hj Mat Mazlan Abu. Mudah2an rohnya aman bersemadi di sana, AMIN. ~kakangmu hj Mohd Zan Abu~

YM status akak iparku, balu arwah, Kak Mastura, juga semakin mengingatkan aku pada kenangan bersama arwah: genap 4 tahun 20/10/09 dalam kenangan.
dan juga Ieja adikku: Al Fatihah untuk arwah bang Long.

Ternyata walaupun arwah sudah lama pergi, kami pasti tidak akan pernah melupakan kehadirannya, yang banyak sekali berjasa mengisi hari2 kami dengan bahagianya. Kehilanganmu sungguh2 dirasai. Kami semua meredhakannya, dan moga Allah juga menerima kepulanganmu dengan keredhaanNya.

Moga kita akan berjumpa nanti, di sana, di syurga tempat tinggal abadi.

Al Fatihah untuk arwah abang Long...

Friday, October 16, 2009

Semusim berlalu...

Lama dah tak update blog, suka lawat blog kawan2, tapi mood untuk menulis seperti sudah tiada. Mungkin kerana macam2 perkara yang agak 'berat' berlaku, jadinya mood untuk share dengan kawan2 terus terpadam. Aku cuma memerlukan kekuatan untuk meneruskan kehidupan ini. Kehidupan yang tidak akan pernah seindah mimpi2 itu. Walaupun susah, walaupun senang, life must go on, dengan bahagianya..sepatutnyalah,kan.


Dalam kekalutan itu, sempat juga aku menghabiskan bacaan buku Quranic Law of Attraction karangan Rusdin S.Rauf. Satu buku motivasi agama yang sangat bagus dan wajib dimiliki oleh setiap orang yang pastinya mempunyai jiwa2 yang akan selalu diuji Allah. Begitulah kehidupan ini, walaupun di luarnya kelihatan tenang, namun gelodak di dalam tidak semua orang boleh sembunyikan. Buku ini banyak mengajar tentang positive thinking yang pasti akan menghasilkan sesuatu yang positif juga. Analoginya seperti bermain bowling, jika dalam minda kita kata akan masuk longkang masa bola itu hendak dibaling, maka akan ke longkanglah bola itu, walaupun kita membaling dengan cara dan gaya yang betul. Begitulah lebih kurangnya kuasa minda yang boleh menentukan arah hasil usaha kita. Kalau kita tengok secara generalnya, orang2 yang berjaya dan kaya itu pastinya orang2 yang berfikiran positif, ceria dan tidak mudah putus asa, bukannya dalam diari kehidupan mereka sentiasa senang, tapi mereka mengambil kesusahan itu sebagai peluang untuk berjaya dengan lebih baik lagi. Penulis berjaya mengadunkan kuasa positif minda dengan Al Quran, dan itu juga sesuatu yang paling tepat saya kira. Jangan ketinggalan untuk mendapatkan buku itu sendiri dan rasakanlah kuasanya..hehe.

Tajuk entri di atas, tiadalah kaitan dengan isinya, hanya terasa sudah lama tidak ngobrol2 di sini. Mungkin dengan cara berblog ini, aku akan terasa sedikit lega walaupun tidak sepenuhnya. Macam2 peristiwa istimewa yang hendak dikongsikan, namun pencarian mood baik itu betul2 menggendalakan keadaan. Dalam perancangan hendak cerita tentang raya 2009, aidilfitri di Pulau Ketam dan jamuan raya 1RRM. Tunggula, mood itu pasti akan baik juga, seiring positif minda dan doa dengan penuh keyakinan. Mudahkanlah, ya Tuhan!


Tempat melayan perasaan, di tasik Taman Jaya, berdekatan LRT Taman Paramount.

Hidup mesti terus...!

Friday, October 2, 2009

Filem 'pertama' YAB TGNA


Satu lagi update, tapi mengambil dari blog kegemaran - Al-Banjari. Mas dah tengok filem pendek ni, banyak pengisiannya, boleh dijadikan titik tolak untuk kembali pada niat dan tujuan asal hidup di dunia ini. Moga ada manfaatnya.

The Tree : Nasihat YAB Nik Aziz Kepada Semua RAKYAT Malaysia

Pernahkah anda menonton filem yang dilakonkan oleh YAB Nik Aziz dalam 15Malaysia iaitu "The Tree".Dalam filem itu, YAB Nik Aziz telah menggambarkan proses kehidupan manusia bagaikan menanam sepohon pokok. Seseorang yang menanam pokok bukan sahaja dapat menolong orang lain tetapi juga akan membawa pahala kepada diri sendiri.

Penanaman sepohon pokok akan memanfaatkan hidupan yang bergantung kepada pokok itu contohnya burung. Selain itu, buah-buahan yang dihasilkan daripada pokok itu juga dapat diberikan kepada mereka yang memerlukan. Ini bermakna kita mestilah sentiasa "menanam pokok" sepanjang kehidupan kita, kerana tindakan itu banyak menolong orang lain.

Tindakan "Penanaman Pokok" disini bererti kita mestilah membuat perkara yang baik dimana tindakan kita itu akan memanfaatkan orang lain.Selain itu, penanaman sepohon pokok juga dikatakan membawa manfaat kepada diri kita. Kekayaan yang dipunyai sekarang tidak mungkin dibawa ke akhirat. Wang tidak dapat dijadikan penentu pada akhirat nanti. "Merit" yang akan dijadikan penentu pada akhirat nanti.

"Merit" yang dimaksudkan disini ialah pahala yang dibuat oleh seseorang manusia sepanjang kehidupannya.Selain itu, cara menanam pokok juga perlulah mengikut cara yang halal. Cara yang salah dari undang-undang tidak akan membawa pahala kepada kita. Sebagai contoh memberikan upahan yang tidak berpatutan kepada mereka yang telah menolong anda menanam pokok.

Cara yang salah tidak dianggap membawa pahala kepada diri anda walaupun pada akhirnya "pokok" itu berjaya ditanam. Hal ini bererti kita harus menghayati sumbangan orang lain dan tidak cuba menipu, mencuri atau melakukan perkara yang haram sepanjang hidup kita.Mesej yang dibawa dalam filem itu bukan sahaja kepada warga Islam sahaja bahkan kepada warga bukan Islam dan seluruh RAKYAT MALAYSIA.

Saksikanlah filem itu...
15Malaysia : The Tree (YAB Nik Aziz)
http://www.ruumz.com/15Malaysia/

Mengapa perlu Berkahwin?

Salam Jumaat, dah lama tak update blog, tertarik dengan entry dari kawan baru blogku - Fatimahtuzzahrak. Moga kita sama2 mendapat manfaatnya.

Tajuk kali ni adalah “Mengapa perlu Berkahwin?” (diterjemah dan diedit dari coretan Sheikh Shady AlSuleiman dari Sydney Australia)

Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T dan selawat serta salam buat Junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W serta para sahabat dan tabiin.
Allah yang Maha Berkuasa berfirman,


وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ (٢١
"dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, Bahawa ia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang Yang berfikir."
(Surah Al-Ruum, 30:21)


Pernikahan adalah satu amalan yang mulia di sisi Islam. Islam melihat pernikahan sebagai satu daripada fitrah manusia. Setiap manusia perlukan teman hidup yang dapat mententeramkan jiwa dan berkongsi suka dan duka. Itulah sebabnya Allah menjadikan manusia ini berpasangan-pasangan (ar-Rum: 21).

Pernah kita dengar kisah Rasulullah dengan 3 orang sahabat Baginda yang hanya mahu beribadah kepada-Nya? Kisah ini menjadi tauladan hidup kita. Telah termaktub bahawa ada tiga orang sahabat Rasulullah tidak mahu tidur untuk beribadah di malam hari, tidak mahu makan untuk terus berpuasa dan tidak mahu bernikah untuk terus beribadah. Rasulullah sendiri bersabda Baginda sendiri tidur, berbuka puasa dan bernikah. Itulah landasan yang dipertunjuki oleh Rasulullah sendiri.

"Pernikahan adalah salah satu sunnahku. Barangsiapa tidak menyukai sunnahku, maka sesungguhnya ia tidak meyukai aku."
Hadis

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud :
“Wahai sekalian pemuda-pemuda, barangsiapa dari kamu mempunyai kemampuan, maka berkahwinlah, kerana nikah itu lebih menutup pandangan dan lebih menjaga kemaluan. Barangsiapa yang tidak mampu, maka berpuasalah kerana puasa itu baginya menjadi sebagai perisai (mengurangi syahwatnya)”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Islam juga menjadikan perkahwinan itu sebagai salah satu jalan mencari keredhaan Allah S.W.T. Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w. seperti yang diriwayatkan oleh At-Tirmizi daripada Aisyah r.a., sabda baginda:
Maksudnya: 'Sebaik-baik kamu ialah orang yang baik kepada ahli keluarganya dan akulah sebaik-baik di antara kamu kepada ahli keluargaku.' (Riwayat at-Tirmizi)

Terdapat satu lagi tujuan utama disebalik perkahwinan, dan tujuan inilah yang dicari oleh semua manusia tidak kira dia Muslim ataupun non- Muslim. Apakah ia sebenarnya? Ia adalah kebahagiaan sebenarnya hasil daripada ikatan perkahwinan.

Kebahagiaan adalah matlamat utama yang cuba dicapai oleh seluruh manusia, dan perkahwinan adalah salah satu jalan yang dipercayai menjadi tunggak kebahagiaan. Walaubagaimanapun, terdapat pasangan yang berkahwin dan merasai pengalaman sebaliknya pada ikatan perkahwinan tersebut. Jadi, apakah masalahnya?

Jadi jom kita dengarkan jawapan dari Allah S.W.T di dalam AlQuran AlKareem. Allah menggambarkan bagaimana kehidupan seseorang yang berpaling daripada perintah dan ajaran-Nya. Firman-Nya:

وَمَنْ أَعْرَضَ عَنْ ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنْكًا وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَى (١٢٤
قَالَ رَبِّ لِمَ حَشَرْتَنِي أَعْمَى وَقَدْ كُنْتُ بَصِيرًا (١٢٥
قَالَ كَذَلِكَ أَتَتْكَ آيَاتُنَا فَنَسِيتَهَا وَكَذَلِكَ الْيَوْمَ تُنْسَى (١٢٦
"Dan sesiapa Yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka Sesungguhnya adalah baginya kehidupan Yang sempit, dan Kami akan himpunkan Dia pada hari kiamat Dalam keadaan buta".
ia berkata: "Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku Dalam keadaan buta, padahal Aku dahulu melihat?"
Allah berfirman: "Demikianlah keadaannya! telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadaMu, lalu Engkau melupakan serta meninggalkannya, dan Demikianlah Engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan".
(Surah Thaahaa, 20:124-126)

Ini adalah mesej yang sangat jelas daripada Pencipta Kebahagiaan. Kita semua perlulah bersungguh-sungguh berusaha untuk mematuhi dan memahami perintah Allah dalam semua aspek. Hasilnya juga bermaksud kehidupan yang tidak bahagia bagi sesiapa yang tidak berkahwin dengan alasan untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T dan untuk memenuhi sebahagian iman mereka dengan memelihara kemaluan mereka (tanpa berkahwin).
Dalam aspek lainnya, jom kita pelajari apa yang digambarkan oleh-Nya tentang kehidupan orang-orang yang mematuhi dan mengikuti perintah-Nya,

مَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةً وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُمْ بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ (٩٧

Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka Sesungguhnya Kami akan menghidupkan Dia Dengan kehidupan Yang baik; dan Sesungguhnya Kami akan membalas mereka, Dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan."
(surah AnNahl, 16:97)

Ayat ini menerangkan sendiri dengan jelas bagi sesiapa yang sedang mencari kebahagiaan.
Wahai Saudara-saudaraku marilah kita sama-sama kembali kepada Allah dan menyelusuri sunnah Junjungan Mulia, Nabi Muhammad S.A.W dalam mencari kebahagiaan di dunia mahupun akhirat.

Oleh Sheikh Shady Alsuleiman
(diedit dan diterjemah dari The Message Magazine, Volume 3, Issue 3, Marriage Issue 2005)

Friday, September 18, 2009

Salam AIDILFITRI

Kenangan raya 2007 dan 2008.

Harini hari Jumaat yang mulia bersamaan 28 Ramadhan 1430 H. Dan aku masih ter'sesat' jalan ke office lagi,hehe. Tak sabar rasanya nak balik kampung. Macam2 ada dalam kepala ni, nak tolong mak kemas rumahlah, nak sediakan bahan2 masakanlah, etc. Semalam call mak, dia kata banyak lagi benda tak setel, takde orang nak tolong, huhu. Nasib baik adikku dah balik semalam, kira ringanlah sikit beban mak.

Harini aku keje half day je, kul 12.30 sharp nk terus punch out dan berlari ke lif menuju ke kereta, poyo tak..mesti bergerak pantas untuk mengelakkan jammed dan sementara kawan2 laki tak abis solat jumaat lagi. Kalo dapat melepasi area Nilai to Seremban tanpa kesesakan, itu bermakna akan cepatlah detik untuk sampai ke rumah di kampung. Mak abah, orang kampung, wait for me...!!!

Kepada kawan2 semua, salam aidilfitri diucapkan, moga raya ini kita sama2 sambut dengan takbir kesyukuran dan kemenangan yang sebenar. Rebutlah untuk menghidupkan malam raya pertama dengan aktiviti mendekatkan diri pada Allah, doalah bersungguh2, sesungguhnya di malam itu antara waktu yang dimakbulkan doa2. Maaf atas salah silap, terkasar bahasa, terkutuk tergosip terngata, maaf lahir batin, moga kita dapat bertemu lagi dengan Ramadhan di tahun2 akan datang.

Dan moga perjalanan pulang sahabatku dari umrah dilancarkan juga. =)

Wednesday, September 16, 2009

Rasa Ramadhan di tempat lain...

Kesempatan berkelana bersama geng Wak Jonet dan sahabat2 dari ASDAF, di bawah PERKIM dan BAKIT Telekom Malaysia memanglah peluang yang tidak akan pernah ditolak. Kesempatan meraikan Ramadhan di kampung orang asli Nyentil, Kuala Lipis, Pahang, 11-13 Sept lalu sangat2 mengujakan. Aku bersama roomate si Hana bersedia mental dan fizikal demi memastikan kami tidak terlepas peluang untuk mengutip sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman, di samping belajar untuk memberi yang terbaik dan belajar selagi daya. banyak pengalaman dan keseronokan yang tidak pernah terbayangkan dan terucap dengan kata2. Sesungguhnya, menyebarkan kebaikan pada seisi alam amatlah menenangkan jiwa dan menjatuhkan rasa kekitaan dalam diri kami.
Ekspedisi (cewah) bermula Jumaat malam sabtu 11 Sept 09, jam 10 malam, kami beramai2 berkumpul di ASDAF, Bangsar, mendengar taklimat dan membahagi2kan kereta dan barang2 untuk dibawa ke perkampungan sana. 'Bot' yang menunggu kami sebanyak 7 buah semuanya, dan 2 daripadanya dikhususkan untuk barang2 saja. Peserta lebih kurang dalam 30 orang terdiri dari wakil ASDAF dan BAKIT TM selaku penaja utama expedisi ini. Terima kasih banyak2.

Selepas itu, kami memulakan perjalanan dengan kereta masing2 ke Masjid Sungai Koyan, Kuala Lipis, Pahang untuk berehat dan bersahur sebelum memulakan perjalanan ke kg orang asli keesokan harinya. Terima kasih pada Wak Jon kerana menyediakan juadah berbuka, aku sempat menggoreng nuget saja, kira okla tu kan.

Seusai solat subuh hari Sabtunya, dan menyiapkan diri sekadarnya, kami bergerak ke Kampung Phantos untuk menaiki sampan berenjin dari sana. Sepatutnya kami ke Jeti Kuala Medang, tetapi kerana ada pokok tumbang sehari sebelum tarikh ekspedisi, menutup semua lalaun ke sana. Kampung Phantos juga adalah penempatan orang asli, tetapi sudah sedikit maju lantaran boleh berhubung dengan dunia luar melalui jalan darat kerana terbina jambatan menghubungkan antara kampung tersebut dengan jalan besar. Penduduk kampungnya 60% sudah memeluk Islam, namun penghayatan masih banyak lagi yang perlu dibantu.

Sesudah kami menempatkan barang2 dan diri kami dalam perahu cantik tersebut, dan dengan pengharapan yang penuh dipanjatkan hanya pada Allah, (sebab kami tidak memakai sebarang jaket keselamatan!) dan rasa ke excited an kami untuk bertemu warga di sana, perjalanan dimulakan dengan doa dan harapan yang tinggi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam menelusuri sungai tersebut, dan sepanjang perjalanan dimanfaatkan dengan menikmati kebesaran alam memuji keagungan si Pencipta yang telah mengatur alam ini dengan sebaik2nya. Di sepanjang perjalanan juga, kami melalui beberapa perkampungan orang asli yang sudah terdedah dengan Islam, namun penghayatan dan kesungguhan amalan masih di kadar rendah.

Sampai di sana, kami disambut meriah oleh penduduk kampung. Kami bergotong royong memunggah barang2 dari perahu ke surau dan klinik kecil sebagai tempat penginapan sementara kami sepanjang program ini berlangsung. Kami membawa semua barang2 masakan dari daging, rempah ratus dan alatan2 memasak termasuk gas dan dapur dan generator kerana mereka memang tidak pernah ada peralatan2 ini. Makan dagingpun kadang2 saja, terutama bila kami datang. Lantaran itu, kedatangan kami memang sentiasa ditunggu2 dan disambut meriah setiap masa.

Kami meneruskan aktiviti pembersihan dan memulakan kegiatan memasak untuk makanan berbuka nanti. Kami bergotong royong dengan penduduk kampung menyediakan bahan2 untuk masakan, dan diketuai oleh Hj Mat Sarawak, pesara tentera yang menerima tempahan masak secara sambilan. Makanan kami bertambah sedap dek penangan air tangan beliau. Penduduk kampung juga bergotong royong membuat lemang yang menjadi makanan utama setiap kali musim perayaan tiba.
Penduduk kampung ini sudah 100% Islam, dan paling kuat dari segi akidah dan amalannya berbanding kampung2 lain. Surau yang dibina sentiasa diimarahkan 5 waktu sehari dan azan akan berkumandang pada tiap2 waktu. Ada beberapa oran gpemuda yang sudah fasih bacaan Al Qurannya dan boleh diharpakan menjadi contoh dan mengajar penduduk yang lain. Selain itu, anak Tok Batin, Mr Alang yang pernah menjadi tentera juga bergerak aktif menjaga kebajikan kawan2 sekampungnya. Dengan adanya orang seperti Alang yang sudah sedikit maju dan terbuka, maka diharap dapat membela nasib kawan2 sekampungnya yang lain.
Salah satu tujuan ASDAF ditubuhkan juga untuk membela masa depan orang asli, dari segi akidah Islamnya dan memajukan aspek yang lain2 juga. PERKIM memilih sebahagian dari anak2 orang asli yang ibu bapanya memeluk Islam, dan membawa mereka untuk belajar di bandar. Dengan harapan yang besar agar nanti bila mereka pulang ke kampung halaman, mereka boleh sedikit sebanyak mengajar dan membimbing orang tua mereka.
Sementara aktiviti memasak berlangsung, kami mengambil peluang mendekati penduduk kampung dan berbual mesra dengan mereka. Kebanyakan warga perempuan agak pemalu dan tidak begitu fasih dan faham bahasa melayu. Namun golongan kanak2 sudah lebih peramah dan mudah untuk diajak berbual. Mereka sememangnya dahagakan ilmu2 dan cerita2 baru dari kami dan berminat untuk turut serta berhijrah ke KL jika diberi peluang.
Ada juga rakan2 yang mengambil peluang berendam sekejab dalam sungai yang airnya menderu2 memanggil kami itu. Kemeriahan acara mandi2 ini disertai oleh sebahagian besar anak2 orang kampung yang sangat mahir berenang dan berakit seawal usia kanak2 lagi. Mungkin kerana mereka telah terdedah dengan sungai sebagai nadi kehidupan sejak dari awal kelahiran lagi.
Dalam pukul 6.30 petang, juadah sudah tersedia dan orang kampung dipanggil untuk mengambil daging masak kari mengikut kadar yang berpatutan. Mereka akan datang membawa bekas masing2 dan beratur mengambil makanan. Air teh tarik juga disediakan untuk mereka. Lemang dijamu bukan untuk kampung Nyentil saja, malah rakan2 dari kampung Perangkap dan Harong juga dijemput sama.
Selepas berbuka, kami menunaikan solat Maghrib dan Isyak serta terawih berjamaah. Tazkirah Maghrib disampaikan oleh Ustaz dari Abim dan berbentuk interaktif. Anak2 orang kg yang berani bernasyid di depan akan mendapat ganjaran. Ini untuk menarik minat mereka dan supaya dapat lebih fokus pada isi2 yang hendak disampaikan.
Selepas terawih, kami menjamu moreh bubur kacang dan air teh susu panas sebelum masing2 berehat untuk meneruskan pencarian malam Al- Qadr dan bersahur nanti.
Selepas sahur, kami solat subuh berjamaah di surau. Sesi tazkirah berjalan dengan semangat apabila ustaz meminta wakil dari BAKIT TM, En Azhar yang baru pertama kali menyertai program seperti ini untuk 'sharing something'. Antara perkara yang hendak dilakukannya adalah mengumandangkn azan di kampung yang terpencil itu, dan hajatnya termakbul. Selain itu, ucapan dari Alang yang berkobar2 akan memastikan dakyah kristian tidak akan masuk ke dalam kampung itu juga benar2 menyebabkan kami rasa terharu dan berdoa moga Allah kuatkan hati2 saudara2 kami ini.
Seusai sesi itu, kami terua memanggil semua orang kampung untuk berkumpul dan diberikan sumbangan2 yang dibawa dari KL. Ada kain pelekat, kain batik, telekung, ubat2an dan juga pakaian terpakai. Beras juga tidak ketinggalan. Untuk anak2, kami memberi mereka aneka jenis makanan ringan dan gula2 buat pemanis mulut dan penghibur hati. Tapi sebelum itu, kami menguji mereka dengan bacaan AlFatihah dan peraduan mengutip sampah. Aktiviti sihat di pagi hari.
Dalam jam 9 pagi, kami bersiap2 untuk pulang lantaran sampan2 kami telah menanti dan cuaca yang sedikit mendung, dikhuatiri hujan pula dan sedikit akan menyusahkan perjalanan pulang nanti. Sebagaimana kami datang, kepulangan kami juga diraikan oleh mereka dengan meriah. Kami sempat bersalam2an dan berpesan agar mereka terus kuat dalam mengamalkan Islam ini.
Banyak pengajaran yang kami dapat dari perjalanan ini. Betapa mudahnya kita untuk cepat merungut atas ketidakcukupan atau kekurangan yang sedikit, sedangkan mereka langsung tiada apa2. Makan pakai bukanlah boleh memilih untuk cantik, asalkan selesa dan ada saja. Lebih banyak yang aku pelajari dari mereka, berbanding mereka dapat dari aku. Ya Allah, berikanlah kekuatan pada kami, agar dapat terus berjuang menegakkan agamaMu di seluruh pelusuk bumiMu ini.
Gambar2 disertakan untuk lebih menghayati saat itu. Lebih gambar boleh lihat di sini.

Jom kita, excited ni...


Sesi bersahur di Masjid Sg Koyan

Bersedia ke Kg Phantos

Acara memunggah barang2 dari kereta ke dalam sampan.


Berehat sebentar di jambatan gantung Kg Phantos


Jom kita naik sampan berenjin...Sejuk kena air..best!!


Acara masak2 bermula, daging masak kari dan lemang.

Acara memberi gulai pada orang kampung.

Antara barang2 sumbangan untuk mereka. Seronok memberi sebab mereka menerima dengan penuh perasaan gembira walaupun kecil pemberian kami.

Bergambar kenangan sebelum pulang, semoga jumpa lagi.. =)


Surprise....

Petang Jumaat lepas, semasa aku sedang sibuk2 membahagikan pakaian terpakai mengikut kategori kanak2 lelaki dan perempuan, untuk program Dakwah Orang Asli Kg Nyentil, Pahang, Along housemate ku mengejutkan ku dengan menyatakan aku mendapat bungkusan dari Pos Ekspress. Aku yang sedang sibuk mengemas, tergamam seketika, sambil berfikir, apakah dan dari siapakah bungkusan itu. Dalam keadaan terpinga2 dan rasa teruja, aku dengan diperhatikan rapat oleh Along, membuka bungkusan itu satu persatu, dengan cermat dan waspada, mana tau ada orang hantar virus H1n1 plak,kan,hoho.. Rupa2nya, nak tau ape?









Aku dapat kad raya yang comel dan beg duit kecil LV dari Kak Azlina Cutemiut - salah seorang rakan blogger yang paling aktif dan dan baik hati, sebab suka buat contest dan memberi hadiah2 yang grand banget.

Terima kasih kak, rasanya baru je awal minggu akak minta alamat, sekali dah sampai hadiahnya. Mesti ada yang tak tahu macamana aku boleh dapat hadiah kiut miut ni,kan. Ceritanya bersulam kemanisan apabila pada pagi awal minggu lepas, bertempat di office ku, kak Oja officemate ku menelefonku dalam gaya ala2 mengarah untuk ku menjadi follower untuk blog kak Cute miut, sebab ada hadiah misteri menanti. Sementelah, pada waktu itu, dan ada 199 followers, tinggal sorang je lagi untuk bergelar follower ke 200. Ha, baru ku ingat, tarikh keramat itu adalah pada 09.09.09, kan cantik tarikh tu. So, sempena kecantikan tarikh itu, kak Cute miut berbesar hati menghadiahkan hadiah misteri pada follower yang ke 200, dalam kes ni, aku lah yang bertuah itu.
Million of thanks goes to kak Cutemiut, atas kesudiannya menaja beg itu, membolehkanku membawanya ke program pada hujung minggunya. Banyak jasa beg comel itu.
Jazakillah kak, moga Allah mudahkan urusan akak, sentiasa dalam redha dan kasih sayang Nya.
PS: rupa2nya akak orang Johor, samalah kita, idup Johor..haha

Friday, September 11, 2009

Jeng..Jeng..Jeng..

Jeng..Jeng..Jeng..






Kemeriahannya makin terasa, di opisku sudah banyak ketupat dan lampu kelip2 bergantungan, menandakan raya akan menjelma dan Ramadhan tamat tarikhnya.

Adakah ini sesuatu petanda yang menggembirakan, kerana kita berjaya menamatkan sebulan bulan beribadah dengan jayanya, ataukah kesedihan yang melanda diri lantaran pasti tiada lagi terasa semangat untuk menghidupkan malam2 dengan solat dan munajat, mentadabbur Al Quran dan bersedekah?

Tapi, itulah relitinya, semoga sebulan tarbiyah ramadhan ini akan dapat kita teruskan dalam 11 bulan yang mendatang, untuk terus menjaga hati dan diri dari melakukan maksiat secara zahir dan batin, sengaja atau tidak.

Sisa2 Ramadhan yang ada sekarang marilah sama2 kita isikan dengan penambahan ibadah dan ilmu, moga2 nafsu kita benar2 terdidik untuk menghadapi 11 bulan akan datang bersama syaitan yang sudah terlepas ikatan. Banyakkan doa dengan penuh rasa hamba, rasa takut dan PENGHARAPAN, moga Allah memandang segala usaha2 kita selama ini. Allahu Akbar!

Thursday, September 10, 2009

Terima kasih semua...



Mas dapat award dari kak Nabilah - http://unique1012.blogspot.com/ dan kak Ani - SUATU PERJALANAN.

Seronok dapat berkawan dengan akak2 ini, sebab banyak pengalaman dapat dikongsi bersama. Kak Nabilah bekas rakan sekerjaku. Duduk sebelah meja, tapi tak lama pon dapat bersama2, tahun 2008 dia dah berhenti kerja, ikut husband ke UK, sambung Ph.D. Tapi ukhuwah itu masih terasa, dalam blog dia byk cerita tentang perjalanan hidupnya bersama suami dan anak nya si Ibrahim semasa di UK, dan sangat mengejutkan kerana dia juga dan semakin rajin memasak sekarang. Pelbagai resepi juga dapat dikongsi bersama. Tahniah akak, semoga terus cemerlang.
Dan kak Ani pula, lagi ajaib, sebab kami memang tak pernah bersua muka, hanya berukhuwah melalui alam maya je. Kak Ani mempunyai keluarga idaman ku, kerana tarbiyah dari suaminya yang betul2 mahukan anak2nya membesar dalam cara Islam. Anak bujangnya Hanan suka untuk menghafaz ayat2 Allah. Sungguh beruntung dan sejuk perut ibu,kan. Terima kasih kak atas perkongsian pembinaan rumahtangga yang bermanfaat bagiku untuk masa2 akan datangla kan.

Terima kasih byk2 akak2 semua, moga2 ukhuwah kita ini akan sentiasa dalam redha dan Rahmat Allah..

Jazakillah, selamat melangkah ke Fasa ke 3 Ramadhan - Pelepasan dari Api Neraka...

Tuesday, September 8, 2009

Menyahut seruan itu...


Semalam, Ramadhan ke 17, menyaksikan seorang rakan ku menyahut seruan Nya, menjadi tetamuNya menunaikan Umrah. Bukan panggilan abadi itu. Semoga kawanku itu selamatlah menunaikan umrah, dan mendapat umrah yg mabrurah. Moga juga dia mendapat ketenangan dan menjumpai segala jawapan2 yang selama ini tersirat dan terpendam dalam benaknya. Semoga semua permintaan dan hajat2nya dan juga hajat2 kawan2nya yang dibawa dari sini dimakbulkan dan dimudahkanlah segala urusan. Bukan semua orang berpeluang untuk beriktikaf di masjidil haram dan masjid nabawi terutama di masa2 keemasan 10 malam terakhir Ramadhan yang Mulia ini. Harap2nya dia sihat dan dapat menjalani ibadat sebaik mungkin.


Moga aku juga dapat meraikan Ramadhan sebagai tetamuNya juga, suatu Ramadhan nanti...

Friday, August 28, 2009

Say it with cupcakes - charity drive

Salam, kawan2..Mas tolong promotekan 1 charity projek ni, sungguh mudah, sambil makan, sambil menderma, cupcake dan serunding.. Mas dah cuba, kawan2 silalah pula...

Sahabat-sahabat saya dari TM, Eksekutif Suri & Ummikusayang bersama-sama akan menjalankan Jualan & Edaran Cupcakes & Serunding (Eksekutif Suri) ke Rumah Anak Yatim/Kanak-kanak Aid/Maahad Tahfiz & Rumah Saudara Baru pada setiap hujung minggu (Sabtu & Ahad) di sepanjang tempoh tawaran ini.

Perincian Produk adalah seperti berikut;

Cupcakes Mysunshine akan dijual; Harga RM50 sekotak (harga tawaran RM39 sekotak) dan RM11 akan dikumpul untuk disalurkan ke Rumah Anak Yatim/Kanak-kanak Aid/Maahad Tahfiz & Rumah Saudara Baru yang sentiasa menanti sumbangan KASIH SAYANG dari kita.

Belian peribadi untuk ‘self consumption’ tetapi ingin menderma, boleh berhubung terus dengan Zarina (012-238 5040). It’s self collection – sila maklum sumbangan RM11 (per box) anda perlu diserahkan kepada Zarina ketika belian.

JUALAN AMAL SERUNDING -Ramuan Tradisional Melayu Kelantan-berhubung terus dengan ELLY dr eksekutif suri (012-361 4014)
Serunding Ayam RM7.00/100gm @ RM29/500gm
Serunding Daging RM6.00/100gm @ RM24/500gm
Serunding Ikan RM5.00/100gm @RM21/500gm.

Senarai adalah dirujuk seperti berikut;

1. Rumah Amal Limpahan Kasih, Puchong
2. Asrama Penyayang Nur Iman, Setapak
3. Asrama Nurul Qana'ah, Gombak
4. Asrama Rumah Kebajikan Anak yatim & Miskin Al Munirah, Klang
5. 6 Keluarga - Fakir Pangsapuri Rebana, Klang
6. Nenek Hasnah + 12 Cucu, Klang
7. Asrama Baitul Ummah, Setapak
8. Institut Taufiq Islami, Klang
9. Rumah AMAL SIRAMAN KASIH (RASK), Rawang
10. Rumah Solehah, Bdr Tun Razak
11. Rumah Nur Hikmah, Kajang
12. Rumah Titian Kasih, Titiwangsa
13. Kompleks Haluan Penyayang, Klang

Hari Edaran Kami; Sabtu & Ahad
Sabtu Ahad
22 Ogos 09 23 Ogos 09
29 Ogos 09 30 Ogos 09
5 Sept 09 6 Sept 09
12 Sept 09 13 Sept 09
19 Sept 09 none

Hubungi kami,Zarina – 012-238 5040 - cupcakes
Julie – 016-271 2114
Elly – 012- 361 4014 - serundingYeanti – 013-343 9544

Sumbangan Tunai (tanpa belian) Boleh disalurkan ke MBB 110107272588 SITI NOORLIYEANTI KHAN.
Sila pastikan e-mel, sms atau fax resit bank kepada Pn. Noorliyeanti untuk tujuan semakan/rekod. Fax no. : 03-2241 1848

Serahkan wang bagi jumlah KOTAK CUPCAKES yang ditaja & INSYAALLAH, kami akan uruskan penghantaran ‘CUPCAKES’ tersebut ke KEDIAMAN ANAK-ANAK/KELUARGA tadi.Matlamat Sumbangan Tunai terkumpul akan diagihkan pada 15 Sept 2009 seperti berikut; Setiap Keluarga RM200 & Rumah Anak Yatim RM500. InsyaALLAH, kita mampu lakukan.

MUDAH kan? Anda boleh memanjangkan berita ini kepada sahabat, keluarga & kenalan anda. Semoga usaha ini mendapat keberkatan dari ALLAH dengan sokongan sahabat semua.

Selamat berkongsi kebahagiaan dengan mereka...

Tuesday, August 25, 2009

Anak-anak Ramadhan...

Seronok betul saya beberapa minggu ini. Berita kelahiran anak saudara yang ke 20 plus2, Jumaat, 14 Ogos 2009 lepas adalah salah satu sebabnya. Ini anak ke 6 akak ketiga saya, Kak Yah. Baby girl bernama Siti Sofea selamat dilahirkan seberat 3.8 kg, di Hospital swasta di Meru, Klang. Setelah semalaman bergelut dengan penuh ketabahan akhirnya akak memilih untuk bersalin melalui kaedah pembedahan, lantaran kudrat yang sudah tidak banyak bersisa.


Siti Sofea semasa berusia 4 hari. Lena diulit mimpi selepas dimandikan oleh Mak Uminya.

Dan lagi, baby girl sempena Ramadhan rakan se office Jep dan Kak Timah lahir semalam, 24 Ogos 2009 di Hospital Pantai. Baby lahir seberat 3.10kg, diberi nama Nur Aleeya Qaisara. Wah, glemer sungguh nama2 mereka.


Jep yang takut2 nk pegang anak, fragile kan...

Seronok tengok bayi2 yang baru lahir ini. Betullah, rasa tenang dan ceria sahaja. Hilang semua serabut di minda. Memang bersih sucilah bayi2 yang baru lahir ini, tidak berdosa dan bernoda lagi. Sesuci embun pagi. Hehe. Semoga Sofea dan Aleeya dapat membesar sebagai anak2 solehah, penyejuk mata ibu ayah. Ameen.

Monday, August 24, 2009

Rebutlah BONUS-BONUS ini...


Semuanya telah tertulis dalam poster ini, moga2 kita sama2 dapat menjadikan Ramadhan kali ini, lebih baik dari yang lepas2..Terlalu banyak rahmat dan keampunan yang Allah curahkan pada hamba2Nya di bulan ini, dan lagi dimudahkan untuk beribadah, dengan merantai semua Syaitan2 penghasut kemalasan kita selama ini. Jadinya, tiada alasan lagi untuk berlengah2 dan bermalasan2...Mintalah apa saja, dengan sungguh2, moga Allah makbulkan, Ameen. Salam Ramadhan Kareem..

Thursday, August 20, 2009

Sharing moment AZ



Malam tadi, kami rakan2 serumah sempat untuk berkumpul dan berkongsi cerita suka duka, sepanjang perjalanan hidup di KL ini. Aku, Rena, Ain, Ima, Kak Ummu, K Wani, Faiz, Faza dan Hana sudah lama bermukim di AZ ini, cuma Ain dan Ima saja yang baru masuk, tidak sampai 2 bulan menjengah ke alam AZ. Cuma Nurul saja yang tidak dapat bersama2 malam tadi. Dia kena balik Kajang, stok baju dah abis,hehe.

Majlis dimulakan seawal 9.30 malam, seusai menonton cerita favourite saya, Gourmet di 8tv. Sengaja juga memilih untuk mula sedikit lambat, bagi memberi ruang pada semua ahli AZ pulang dari kerja dan sama2 menyediakan snek ringkas sempena sesi ini.

Sesi dimulakan dengan bacaan doa oleh K Ummu, dan diteruskan dengan sesi taaruf oleh Ain dan Ima. Banyak soalan2 yang terlontar, hingga menyebabkan muncul tanda2 ketegangan di raut wajah adik2 baruku ini,hehe. Itu raging biasalah untuk semua yang masuk AZ! Soalan favourite seperti biasa, status hidup, adakah masih keseorangan, atau sudah berpunya. Jawapan gentle dan yakin dari Ima menarik perhatian kami.

Ima: Status? Single di KL...
Kami: Ha, single di KL?maknanya, kat tempat lain ....(sambil menggaru2 dan meratah snek2 depan mata).
Ima: Hehe, single di semua tempat, kecuali di Kedah, UUM..

Hoho, rupa2nya, bakal teman hidupnya sekarang sedang berjuang melanjutkan pelajaran ke peringkat Master di UUM.

Selain itu, warga AZ yang lain juga tidak dapat melarikan diri dari menceritakan tentang kehidupan masing2, terutama sekali tang status terkini. Semua berjaya melepasi tahap soalan 'maut' itu dengan jayanya, walaupun diasak dengan renungan dan amaran dari yang lain, supaya berkata benar, walaupun pahit apatah lagi manis!

Acara terakhir ialah memotong kek bagi Birthday girl dari bulan 5 hingga 8. Hepy Belated Birthday untuk Rena, Faza, Ima, K Wani dan Happy Becoming Birthday untuk Faiz. Majlis berjalan dengan lancar, namun sedikit terganggu dengan kehilangan Rena yang agak lama, dan bila dia kembali semula, terus bertanya; " Sapa ada pain killer?". Semua orang ternganga mendengar permintaannya, dan bila diterangkan yang dia kena cirit birit, barulah kami terasa sedikit lega, dan Faiz memberinya minyak panas untuk disapu. "Tak perlu makan pain killerla, tak elok untuk badan." Kata kami. "Oh ye?hehe, ntahlah, rasa dah tak tahan sangat tadi, rasa sakit yang teramat." Tapi Cik Rena telah kembali sihat selepas menelan setengah botol Ubat Pin Chee Ke tek Aun, atau pun boleh dipanggil PTPT Aun oleh Ain.

Kesimpulannya, majlis malam tadi mengeratkan lagi ukhuwah antara kami, walaupun semua sibuk dengan kerjaya masing2, dan hanya sempat mengangkat kening sahaja jika terserempak, namun sedikit masa yang diluangkan untuk bersantai2 dengan rakan2 dan bercerita2 sambil menghiburkan diri, pada aku adalah antara terapi yang terbaik, selain Solat dan bermunajat pada Nya. Usik mengusik membawa bahagia,kan. Kita memberi (belanja) makan kawan2 kita sekali sekala itu juga pasti boleh menghilangkan resah dan kemelut dalam hati kita, dan digantikan dengan keceriaan dan dimudahkan urusan, Insya Allah.

Kawan2, terima kasih kerana sentiasa ada di sana ketika aku kadang2 rasa 'down' sendiri.

Gambar2 lain tidak dapat diambil lantaran kami makan2 di rumah saja, jadi piawaian pakaian tidak melepasi garisan yang dibenarkan. Harap Maklum.