Wednesday, March 21, 2012

Berita baik di pagi hari

Alhamdulillah, harini pagi2 lagi dh dpt berita baik dari kak Ton. Saya dapat sekeping tiket (free ye) ke Program Hi-Tea bersama Ustaz Don dan Ustazah Norhafizah Musa pada Sabtu ptg ni, 24 Mac 2012.



Alhamdulillah, benarlah sabda Rasul junjungan, berpagi2 itu ada keberkatannya.


Layakkah aku ke syurgaMu??... terus soal...


Gambar2 di tempat kejadian akan diupload nanti. Yang penting sediakan kelengkapan utk menadah segala ilmu yang diberikan pada hari itu nanti. In sya Allah.


P/S : Sedang berusaha utk membaca surah AlWaqiah setiap malam, kerana Rasulullah menjamin pada siapa yg mengamalkan AlWaqiah setiap hari, akan dijauhkan dari kefaqiran / kemiskinan. Maka janji siapakah yg lebih benar??


Lots of Luv .. Mode : Gembira

Thursday, January 19, 2012

Cuba teka....

Kebosanan melanda. Mari kita main teka gambar, siapa yg kena??!!...Hehe














2 org yg berbeza. Shumell kan.....

:)

Wednesday, September 28, 2011

Gambar Raya 2011

Sesi beramai2 - Amai give me 10?


Semua tgk mak umi...:)


Blur..


Ya Awe merajuk?


Yamah bergaya dgn tudung ala2 Hana Tajimanye


Ye...


peace..


Saya menang kereta!


Oh!


Thursday, August 4, 2011

Hidup ini....

Hidup ini tidak mudah

Namun jangan ambil mudah.....


:)

Monday, March 28, 2011

Aktiviti - aktiviti 2011

Bermula Jan 2011

  • Rock Climbing @ One Utama, Damansara

Feb 2011



  • Awal Feb, Hujan lebat di seluruh Malaysia, dan kampungku banjir lagi seperti tahun 2006 dahulu.

  • Holiday @ Bukit Tinggi, Pahang with Qaya (bride to be) & Ecah

  • Laser Tag @ MidValley Megamall - terbaekk

  • Konsert Maher Zain @ Stadium Malawati, Shah Alam - i like

Mar 2011



  • Program Dakwah Orang Asli di Kampung Nyentil, Pahang (04-06 Mar 2011)

  • My Birthday =)

  • RRM Nite event

  • Abah, Bang Samsul, Bang Azhar and Jeman gi Umrah (1003-2103)

  • Lat Teater Muzikal @ Istana Budaya (with Qaya & Aishah)

  • Celebrate birthday @ The Ship Kampung Baru and Zam Zam Shah Alam

  • Program FEWWIT : Di mana DIA dihatiku @UKM - Moderator Wardina Safiyya, Panelis : Ustaz Pahrol M Juoi and Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre

April and Onwards



  • ATV

  • Energizer Nite Run @ Sepang

  • Menara KL Towerthon

  • Wedding kawan2 - Qaya, Kak Wani, Far, Fadzil, etc

~Looking forward untuk program2 yang dpt menyumbang pada masyarakat, and pembaikan pembentukan shaksiah diri.... ~~~Weeeee......

Friday, March 25, 2011

Penyakit Berulang..

Kitab : 40 hadis peristiwa yang akan berlaku di akhir zaman
By : Ustaz Azhar Idrus : Macam-macam ada

Hadis ke 8 : Penyakit umat2 terdahulu...
Drpd Abu Hurairah, aku dgr Rasulullah bersabda, umatku akan ditimpa penyakit2 yg pernah menimpa umat2 terdahulu. Sahabat bertanya, apakah penyakit2 itu? Rasul menjawab:
1) terlalu banyak seronok
2) terlalu mewah
3) kumpul harta sebanyak mungkin
4) tipu menipu dalam merebut harta dunia - Jahat pemimpin kerana jahatnya rakyat itu sendiri.
5) saling memarahi
6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalimi.
Hadis riwayat Hakim

Antara huraian Ustaz, kita skrg terlalu banyak hiburan, sana sini, konsert jauh2, mahal2 sanggup pergi, tapi masjid sebelah rumah pon tak pernah jejak. Dalam rumah tak pernah dengar alunan Al Quran, kalau dalam rumah tiba2 ada bacaan Al quran, itu maknanya ada org dah nazak or ada kematian saja. Org sekarang juga terlalu memuja artis, sanggup berabis untuk jemput artis pujaan buat persembahan, tapi jemput ceramah ustaz hanya bagi sikit je, dgn alasan ustaz buat keje krn Allah, tapi adaakh ustaz takde kos untuk ditanggung juga? Terlalu taksub dengan artis samapi berharap anak2 dapat jadi macam artis, dan bukan macam ulamak. Tak kenal pon sape ulamak, biodata dan keluarga mereka, instead of biodata artis lancar je.

Ulamak sufi berkata sebenarnya bila kita dah berusia 20 tahun, patut dipanggil orang tua, umur 40 tahun dipanggil mayat, tapi pepatah Inggeris berkata life begin at 40. Sungguh berbeza, macamlah kita akn hidup selamanya.
Dunia, kita laripon dia akan cari kita, sbb kita duduk dlm dunia, tapi jangan tinggal semua, ambillah sekadarnya.
Kerja2 kebaikan jika ditambah2 akan menghilangkan kejahatan yg telah kita lakukan.


Kritikan pedas ustaz sangat menyentuh jiwa sbb semua itu secara tak langsung memang terjadi pada diri aku sendiri. Luahan secara direct dari ustaz sangat bagus sbb jika terlalu menjaga, tak kemana teguran itu, dan akhirnya semau orang tak paham tak berubah ke arah yang lebih baik.

Nak tambah tadi Ustazah Asmak ada huraikan tentang 4 asas Islam :
1- Bijaksana
2- Keberanian
3 - Iffah - Kesucian jiwa
4 - Keadilan

Terus mengkoreksi diri yang terlalu lemah ini.....

Tuesday, March 22, 2011

SOLAT terapi terbaik

Dr Azhar Hj Sarip dalam slot Motivasi Pagi di radio IKIMfm pagi tadi membincangkan tentang hari Jumaat dan SOLAT adalah terapi terbaik sekali. Rumusan adalah seperti berikut:
  • Hari Jumaat sering disalah anggap sbgai hari kegembiraan kerana esoknya dah mula cuti, instead of kita ambil hari Jummat itu sebagai Penghulu segala hari dimana Allah menjanjikan 1001 rahmat pada hari tersebut.
  • Orang lelaki akan menunaikan solat Jumaat, namun dalam keadaan yg tidak bersedia mental fizikal - dimana masjid menjadi tempat ber'mesyuarat', bahkan semasa berwuduk juga tidak habis borak2 kosong itu!Huh...
  • SOLAT pula adalah perkara yang terbaik Allah turunkan pada manusia, mempunyai 1001 kenamisan dan penawar, namun lantaran kedangkalan fikiran manusia itu sendiri, maka solat hanya sekadar ruku' sujud, tanpa memberi apa2 kesan mental dan fizikal.
  • Bermula dari wuduk yang sempurna, wuduk bererti membasuh dengan mengurut dengan air anggota2 wuduk dengan tertib, bukan hanya melalukan air saja. Wuduk juga hidroterapi terbaik. Mula2 kita membuka air dengan sekadarnya, dan jangan membazir, lalu meratakan air diseluruh anggota wuduk.
  • Kemudian, jangan berlari2, berjalan dengan tenang ke tempat solat, lalu tarik nafas 3x, baru angkat takbir untuk menunaikan solat. Selepas Alfatihah, tarik nafas 3 kali baru mula membaca surah, dan diikuti dengan menarik nafas 3x lagi. Begitulah seterusnya sentiasa membezakan antara rukun2 solat dengan tarikan nafas.
  • Jangan solat dalam keadaan penat dan termengah2 kerana pada masa itu, kita berada dalam gelombang betha (negatif), maka akan sia2 saja solat itu.
  • Solat yang sempurna akan membawa kita pada gelombang deep tetha (tenang dan positif) dan akan merangsang hormon2 utk pulih semula secara semulajadi dan akan membekalkan kebijaksanaan yang tiada bertepi. Inilah rahsia solat Rasulullah dan para sahabat yang tidak sedar ditusuk dengan pedang skalipun ketika melakukan solat.
  • Solatlah dalam keadaan tenang dan tertib, cubalah tips tarikan nafas itu (itu adalah toma'ninah sebenarnya), dan moga selepas ini solat2 kita akan mula termerasakan kemanisan solat itu dan menjadi terapi terindah selamanya.
  • Ingatlah yang khusyuk itu boleh didapati, dan bukan tertentu pada orang2 terpilih saja. Teruskan meminta dan mohon pada Allah, dalam semua doa2 kita, moga Allah mengurniakan khusuk itu sebelum jasad ditimpa bumi.

Teruskan mencari cinta Allah, cinta hakiki, terindah, teragung.....Mujahadah itu mulanya BISA, lepas itu BIASA, dan akhirnya MANIS juga terasa...

PS : Lepas ni nak share tentang forum FEWWIT : Dimana DIA dihatiku pula ...