Hari ini 20 October 2009, genaplah 4 tahun aku dan keluarga tidak dapat dan pasti tidak akan bertemu dengan abang kesayangan kami lagi di dunia ini. Dia pergi dahulu meninggalkan kami semua menyahut panggilan wajib Tuhan Semesta Alam itu. Tepat2 usianya 40 tahun, Allah menjemputnya untuk bersemadi dekat denganNya meninggalkan seorang isteri dan 5 anak yang masih memerlukan perhatian dan kehadirannya. Betapa Allah hendak memberi pengajaran pada kita semua, yang tempat pergantungan yang utama hanyalah pada-Nya, bukan manusia yang akan dipanggil pergi apabila gilirannya tiba, bila2 masa nanti.
Syawal yang baru berlalu semalam, menyaksikan kami bergambar 8 orang adik beradik saja, tanpa abang sulung tercinta. Sudah tidak akan lengkap gambar itu. Dan pasti tidak akan pernah lengkap.
SMS yang kuterima lewat malam semalam dari abang Zan, abang ke2 ku, benar2 mengharukan:
20/Okt/2005-2009 Empat tahun berlalu kita kehilangan saudara kandung yg amat dikasihi. Al-Fatihah untuk Allahyarham Hj Mat Mazlan Abu. Mudah2an rohnya aman bersemadi di sana, AMIN. ~kakangmu hj Mohd Zan Abu~
YM status akak iparku, balu arwah, Kak Mastura, juga semakin mengingatkan aku pada kenangan bersama arwah: genap 4 tahun 20/10/09 dalam kenangan.
dan juga Ieja adikku: Al Fatihah untuk arwah bang Long.
Ternyata walaupun arwah sudah lama pergi, kami pasti tidak akan pernah melupakan kehadirannya, yang banyak sekali berjasa mengisi hari2 kami dengan bahagianya. Kehilanganmu sungguh2 dirasai. Kami semua meredhakannya, dan moga Allah juga menerima kepulanganmu dengan keredhaanNya.
Moga kita akan berjumpa nanti, di sana, di syurga tempat tinggal abadi.
Al Fatihah untuk arwah abang Long...
2 comments:
Salam ukhuwah:
Entri anda mengingatkan saya tentang perginya insan yang amat saya sayangi, ayahanda tercinta...
Perginya arwah meninggalkan seorang isteri yang tidak bekerja dan 7 orang adik-adik saya yang masih bersekolah..namun kami pasrah dengan kehendak Allah, kerana setiap sesuatu ada hikmah disebaliknya...
Moga roh mereka bahagia di sana
Post a Comment