Ahad lepas 22 Nov 2009, aku sempat berlegar2 di Tropicana Mall bersama my dear niece, Angah - Atiqah Mohd Zan. Kebetulan dia menghabiskan masa awal cuti sekolahnya di KL, dan tidur di rumah Ija, adikku di Bangi. Dan semestinya tempat pertama yang kami tuju adalah GSC untuk menonton 2012. Atiqah hendak menebus kekecewaannya setelah gagal mendapatkan tiket di Mid Valley setelah penat beratur panjang hari sebelumnya. Aku selaku mak sedara yang comel dan baik hati, melayan saja kehendaknya itu. Sementelah, aku baru dapat gaji minggu lepas, so kira okla nak berbelanja sakan ni.
Mm, sebenarnya nak cerita ttg pengajaran yang aku, opps, kami dapat dari cerita 2012 itu. Sungguh, cerita itu memberikan gambaran ttg dunia ini pasti akan berakhir, walaupun berteorikan sains sebagai bahan bukti, dan idea dari penulis barat, yang tidak percayakan pada rukun iman ke 5 iaitu percaya pada Hari Qiamat, namun tanda2 dan perubahan cuaca alam yang berlaku sekarang memang sedang mengiakan apa jua kajian tentang kemungkinan terjadinya pelupusan bumi yang kita sedang diami ini.
Keadaan huru hara yang digambarkan semasa bencana alam itu berlaku dalam filem itu, sungguh menginsafkan kami, satu demi satu gunung ganang meletup, dan membuat kami berfikir yang jika saat Allah mengarahkan malaikat Israfil meniup sangkala pertama, maka tiadalah yang akan terselamat dari merasai huru hara dan kucar kacir kesan dari maha dahsyatnya Hari Kehancuran itu, namun hanya sedikit sahaja orang yang mengambil pengajaran. Semoga semua yanfg kita lakukan di dunia ini, akan menjadi jambatan untuk kita meraih syurga Allah kelak.
Di akhir cerita, penerbit memberikan gambaran dunia baru selepas bencana alam itu berlaku, dan maknanya bagi mereka, pasti akan ada dunia itu, tidak akan hancur, dan mereka yang terselamat dari bencana, bolehlah memulakan hidup baru di tempat yang baru. Namun, bagi kita orang Islam, wajib percaya akan hari penghancuran itu, dan penghidupan yang kekal abadi selepas mati samada di neraka atau di syurga. Moga2 Allah memberikan nikmat Syurganya kepada kita dengan rahmat Nya yang Maha Luas itu. Amalan kita belum tentu cukup untuk ke Sana itu.
Konsert Opick
Malamnya pula, aku dan Atiqah, besrerta housemate AZ, Ummu dan Faiz, telah berjaya menghabiskan masa berharga di Konsert Amal Opick bersama Inteam di Dewan Serbaguna TNB Bangsar. Sangat berbangga berkawan dengan rakan penulis ini, dapat masuk ke konsert atas tiket Media Anis dan Asuh, tempat duduk khas. Konsert sangat bertenaga dari Mas Opick sangat mengujakan. Tiap2 bait nasyid ternyata lahir dari hatinya, lantas menyebabkan kami dapat sama2 rasa terharu dan bersama2 bersemangat untuk mengagungkan asma Allah yang Maha Besar. Antara lagu yang didendangkan ialah Ubat Hati (duet bersama Akhil Hayy), Bila waktu telah berakhir, Allah maha Besar, dan banyak lagi.
Konsert ini adalah anjuran Muslim Care Malaysia, sebuah NGO yang bermatlamat untuk menubuhkan Solat Centre di Malaysia, bagi menjadi asas tempat rujukan bagi memperkasakan solat dalam generasi kita. Antara artis lain yang membuat persembahan ialah Inteam (reunion), Castury ( dari TNB), Pak Abu Sangkang (Motivator Penghayatan Solat) dan Farah.
Seronok rasanya dapat menyaksikan konsert yang dapat banyak memberi input rohani, setelah jasmani selalu disogokkan dengan perhiasan dunia. Semoga banyak lagi peluang dan ruang dapat digunakan untuk jalan kebaikan dan mendekatkan diri pada Pencipta.
Opick membuat persembahan yang cukup bertenaga dan menginsafkanMm, sebenarnya nak cerita ttg pengajaran yang aku, opps, kami dapat dari cerita 2012 itu. Sungguh, cerita itu memberikan gambaran ttg dunia ini pasti akan berakhir, walaupun berteorikan sains sebagai bahan bukti, dan idea dari penulis barat, yang tidak percayakan pada rukun iman ke 5 iaitu percaya pada Hari Qiamat, namun tanda2 dan perubahan cuaca alam yang berlaku sekarang memang sedang mengiakan apa jua kajian tentang kemungkinan terjadinya pelupusan bumi yang kita sedang diami ini.
Keadaan huru hara yang digambarkan semasa bencana alam itu berlaku dalam filem itu, sungguh menginsafkan kami, satu demi satu gunung ganang meletup, dan membuat kami berfikir yang jika saat Allah mengarahkan malaikat Israfil meniup sangkala pertama, maka tiadalah yang akan terselamat dari merasai huru hara dan kucar kacir kesan dari maha dahsyatnya Hari Kehancuran itu, namun hanya sedikit sahaja orang yang mengambil pengajaran. Semoga semua yanfg kita lakukan di dunia ini, akan menjadi jambatan untuk kita meraih syurga Allah kelak.
Di akhir cerita, penerbit memberikan gambaran dunia baru selepas bencana alam itu berlaku, dan maknanya bagi mereka, pasti akan ada dunia itu, tidak akan hancur, dan mereka yang terselamat dari bencana, bolehlah memulakan hidup baru di tempat yang baru. Namun, bagi kita orang Islam, wajib percaya akan hari penghancuran itu, dan penghidupan yang kekal abadi selepas mati samada di neraka atau di syurga. Moga2 Allah memberikan nikmat Syurganya kepada kita dengan rahmat Nya yang Maha Luas itu. Amalan kita belum tentu cukup untuk ke Sana itu.
Konsert Opick
Malamnya pula, aku dan Atiqah, besrerta housemate AZ, Ummu dan Faiz, telah berjaya menghabiskan masa berharga di Konsert Amal Opick bersama Inteam di Dewan Serbaguna TNB Bangsar. Sangat berbangga berkawan dengan rakan penulis ini, dapat masuk ke konsert atas tiket Media Anis dan Asuh, tempat duduk khas. Konsert sangat bertenaga dari Mas Opick sangat mengujakan. Tiap2 bait nasyid ternyata lahir dari hatinya, lantas menyebabkan kami dapat sama2 rasa terharu dan bersama2 bersemangat untuk mengagungkan asma Allah yang Maha Besar. Antara lagu yang didendangkan ialah Ubat Hati (duet bersama Akhil Hayy), Bila waktu telah berakhir, Allah maha Besar, dan banyak lagi.
Konsert ini adalah anjuran Muslim Care Malaysia, sebuah NGO yang bermatlamat untuk menubuhkan Solat Centre di Malaysia, bagi menjadi asas tempat rujukan bagi memperkasakan solat dalam generasi kita. Antara artis lain yang membuat persembahan ialah Inteam (reunion), Castury ( dari TNB), Pak Abu Sangkang (Motivator Penghayatan Solat) dan Farah.
Seronok rasanya dapat menyaksikan konsert yang dapat banyak memberi input rohani, setelah jasmani selalu disogokkan dengan perhiasan dunia. Semoga banyak lagi peluang dan ruang dapat digunakan untuk jalan kebaikan dan mendekatkan diri pada Pencipta.
Angah teruja dapat pass media, hehe
(^-^)/
5 comments:
best ke 2012 ni kakmas?
Best, dan niat untuk pergi lihat dan ambil pengajaran, ttg janji2 Allah bahawa Qiamat itu pasti akan datang, dan maha dahsyat lagi huru haranya...
daya igt nk g tgk cite ni tapi takut sbb takut hal sbnr jadik kat luar panggung...hihi
hehe, yg kat luar panngung pasti akn berlaku, cuma masanya saja tiada siapa ketahui, bila2 je dr skrg...
hehehe...itu la kan...
Post a Comment