Wednesday, December 24, 2008

Solat sangat PENTING!!

Semalam, selepas habis waktu kerja, aku bergegas ke Jalan Semarak untuk menunaikan tanggungjawab kedua mengajar Auditing di sebuah kolej di sana. Belum sampai sebulan tugas ini digalas namun aku merasakan betapa berat dan besarnya tanggungjawab mendidik ini, walaupun hanya beberapa jam bertemu mereka, namun kuharap ukhuwah islami ini akan berterusan hingga ke syurga.

Aku merasa terpanggil untuk turun ke padang menyumbang kepada pembangunan syaksiah remaja masa kini(anak-anak muridku terutama sekali!) yang terlalu banyak terpengaruh dengan unsur-unsur yang positif dan negatif, bercampur baur sehingga mereka tidak dapat membezakan mana yang patut diikut dan ditinggalkan.

Walaupun aku mengajar auditing, sesekali dalam kuliahku akan diselitkan dengan pengajaran dan unsur-unsur moral agar mereka belajar untuk mengkaitkan ajaran Islam dalam setiap amalan harian mereka, bukan di waktu-waktu tertentu semasa hari raya atau masa berdoa hendak lulus periksa saja.


Kelasku bermula agak lambat semalam dan kerana mereka hendak bercuti panjang, maka aku memanjangkan waktu mengajar sehingga hampir pukul 8 malam. Aku memang sengaja berhenti lewat kerana lokasi kelasku yang berhadapan dengan surau akan memudahkan urusan solat Maghrib yang masanya hampir tamat itu. Harapanku agar pelajar-pelajarku menunaikan tanggungjawab di surau tersebut sebelum pulang ke rumah masing-masing, bersama-sama.


Namun kehampaan yang besar melaut dihatiku melihatkan gelagat anak-anak bangsaku ini yang terus berjalan pulang ke rumah masing-masing tanpa ada inisiatif untuk menunaikan solat di surau itu terlebih dahulu. Aku segera bersangka baik bahawa mereka lebih selesa bersolat di rumah masing-masing dan sempat untuk mengerjakannya sebelum habis waktu. Walaupun jarak rumah sewa yang dekat dengan kolej itu, namun aku merasa jarak itu cukup jauh untuk mengejar waktu solat yang hampir tamat ini.

Segunung harapan dipanjatkan agar mereka sedar akan hakikat ini dan tidak mengabaikan solat gara-gara menuntut ilmu. Tuntutan mengerjakan solat tidak akan pernah padam hanya kerana kesibukan kita belajar hatta menjadi wajib walaupun kita dalam keadaan sakit tidak boleh bergerak!


Dalam sujud-sujudku tidak lupa untuk berdoa agar Allah bukakan pintu-pintu hati pelajar-pelajar kesayanganku agar dapat merasakan nikmat bila ada Allah di dalam hati-hati mereka, dalam tiap-tiap perbuatan amalan mereka. Percayalah, ketenangan itu tiada tandingannya..! =)


Gambar ihsan blog ini, terima kasih.

Tuesday, December 23, 2008

Manusia = BERUBAH

Manusia = BERUBAH

Aku selalu terbaca kisah-kisah tentang manusia berubah, mungkin dari suka kepada benci, dari baik kepada jahat, dari kecil kepada besar, dari muda kepada tua, dari sesuatu kepada sesuatu.

Ya, memang aku tidak menafikan pasti akan ada perubahan itu, samada ke arah kebaikan atau keburukan, bergantung kepada persekitaran, ideologi, tapi yang paling penting hati, keazaman dan mindset. Pengalaman sendiri melalui zaman orang berubah ini sangat menyiksakan namun aku segera bersyukur kerana segala kepayahan segera diadukan pada Nya dan mengakui mungkin inilah balasan kesilapan diri sendiri yang memang terlalu banyak dosa dan noda.

Mungkin ini adalah salah satu cara Allah 'mengingatkan' ku bahawa jika dikatakan 'kun' maka jadilah, tiada sesiapa pun yang mampu dan tercapai akal untuk mengganggu gugat proses perancangan Allah. Dialah yang Maha Ada, Esa dan Mendengar setiap rintihan hamba-hambaNya, walau apa jua keadaan hamba itu, walau kotor dan jijik di pandangan manusia, namun pada pandangan Allah hanyalah yang lebih TAQWAnya di antara mereka.

Bukan aku tidak mempercayai Qada' dan Qadar Nya, namun aku sedikit terasa akan perubahan itu. Adakah manusia terlalu senang melupakan tempat dia mencari pengalaman membesar bagai juara, walaupun segala kepayahan dan ujian mendatang, selalu disenangkan dengan kehadiran teman yang sanggup berkorban apa saja demi memastikan kawannya itu dapat melepasi tahap dugaan itu,bersama-sama. Tegakah manusia itu untuk terus mengasingkan diri dengan pelbagai alasan sehingga perkataan privacy diwujudkan dengan harapan akan fahamlah teman ini.

Aku terasa seperti tiada manisnya lagi hidup ini, tidak sempurna lagi sinaran mentari itu, penerusan penghidupan ini hanyalah kerana menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah dimuka bumi Nya.

Namun aku segera beristighfar dan berterima kasih lantaran masih diberi kesempatan untuk menarik nafas dan menghembusnya semula dengan kembali menikmati kenikmatan kenikmatan itu, walaupun sengsara di awalnya, aku amat berharap agar akan ada sinar harapan cahaya kebahagiaan menantiku di fasa Awal Muharam akan datang. Moga manusia itu akan kembali sedar dan berubah seadanya, atleast sambil berfikir tentang perasaan teman lainnya walaupun sedenak. Allahu a'lam.

SUDOKU..


Saya ada seorang roomate dan bekas kakak office yang rajin bermain permainan ini. Permainan ini mencabar minda dan bagus untuk kesihatan. Selain daripada membaca komik-komik dan buku ilmiah, pada saya, ini adalah salah satu daripada cara untuk memaksa dan membuat otak kita berfikir secara efektif dan berkesan. bermain dengan nombor-nombor adalah salah satu cara untuk menyeimbangkan penggunaan otak kiri dan kanan dan hasilnya tentulah pemikiran lebih kreatif, kritis dan unik!


Bagus permainan ini, saya pernah mencuba berkali-kali untuk menyelesaikannya, namun tidak pernah berhasil lagi. Saya masih tidak dapat mencari KUNCI penyelesaian untuk menyusun nombor-nombor itu. Namun saya masih lagi teruja dan exited untuk terus mencuba hingga berjaya, mungkin dengan tip dan nasihat dari kawan rumah saya itu, yang sanggup terperuk dalam bilik semalaman bertemankan buku Sudokunya itu. Tercabar juga saya!


Monday, December 22, 2008

Batam..Here we COME! (Part 2)


Cuti raya Haji yang lepas dimanfaatkan sebaiknya dengan mengambil cuti rehat selama seminggu untuk bersantai-santai dan mermanja-manja dengan makabah di kampung. Banyak perkara yang dirancang termasuklah menyiapkan 2 set kertas soalan peperiksaan akhir untuk subjek Auditing.

Hari Raya Aidiladha disambut sederhana di kampungku lantaran hujan yang berterusan dari awal pagi hingga lewat petang menyebabkan mood untuk beraya menjunam dan lebih selesa melepak di rumah sahaja. Tetapi juadah hari raya seperti biasa telah berjaya disiapkan sehari awal dan kami meneruskan tradisi bertukar-tukar juadah raya antara jiran-jiran dan sanak saudara. Pelbagai makanan, rasa dan gaya diterima dan kami dengan penuh rasa kesyukuran menadah tangan kepada si Pemberi Rezeki , moga hidup kami lebih diberkati dan lebih dekat dengan Nya.

Hari khamis dan Jumaat 11-12 december 2008 melakar sejarah apabila Aku, Mak, Mus dan Bang Wan bertolak ke Batam untuk menjalankan misi jalan-jalan cari Makan,hehe. Kami bertolak dari Jeti Stualang Laut, JB pada jam 11.30 pagi dan sampai di sana setelah lebih kurang 2 jam perjalanan. Waktu di Indonesia kurang sejam daripada waktu di Malaysia.





Setibanya di sana, kami di jemput oleh Bibik yang bekerja dengan Bang Wan sebagai orang gaji yang bercuti selama 2 bulan. Kebetulannya dia orang Batam, dan tinggal bersama anaknya di Nagoya,salah sebuah daerah di Batam.

Sementelah bang Wan membeli kad sim indon (lupa namanya) kerana Celcom tiada line di sana, walaupun sudah diroaming, (akupun tak tahu kenapa), kami menaiki teksi ke banda Nagoya untuk Check in di Hotel Pagoda, sebuah hotel bertaraf 3 bintang dengan perbelanjaan 138,000Rupee satu malam untuk 1 bilik. Kami memilih untuk menyewa 2 bilik lantaran keluasan 1 bilik yang tidak memadai untuk 4 orang duduk.

Setelah berkemas-kemas dan solat jamak Zohor dan Asar, kami pon berjalan kaki ke kompleks membeli belah di hadapan hotel. Kedai makanan di sini banyak yang dipunyai oleh orang Cina ,tetapi tukang masak dan pekerjanya orang Jawa Islam, jadi kenalah rajin-rajin bertanya dan lebih berhati-hati. Kesimpulan saya tentang makanan di sini, tidaklah berapa sedap dan kedai-kedainya juga tidaklah terlalu bersih dan selesa. Antara makanan yang kami cuba adalah Bakso, Nasi Penyet (nasi ayam), satay Madura dan Rawon (nasi putih bersama sup daging).



Kami pon berjalan-jalan sekitar kompleks itu dan membeli barang-barang untuk ole-ole dan untuk diri sendiri. Aku membeli 3 helai baju blouse dan t-shirt kerana tertarik dengan rekaan yang menarik dan harga yang pastinya murah. :)

Petang itu, kami di bawa melawat ke jambatan yang menghubungkan antara Batam dengan pulau-pulau atau kawasan yang lain. Jambatan ala-ala Jambatan Pulau Pinang ini tidaklah terlalu panjang tetapi pemandangan dari atasnya memang memukau pandangan. Tetapi kami tidak lama di situ lantaran hujan yang mulai lebat mengkaburkan penglihatan. Setelah bergambar seadanya, kami bergerak ke kedai menjual kain batik sutera jawa.




Pada malam harinya, kami makan di kedai sebelah hotel bersama Bibik dan 2 anaknya yang datang meraikan kami bersama 2 orang cucunya. kami sungguh terharu lantaran kesudian mereka mencari masa untuk berjumpa kami walaupun telah penat bekerja di siang harinya. Setelah makan, kami bersama-sama emnuju ke gedung membeli belah yang sama untuk meneruskan operasi menghabiskan duit, hehe. Ibuku yang sakit kali pon lancar saja perjalanannya setelah sampai di kompleks itu. Teruja untuk membeli belah agaknya. :)

Setelah penat kami berjalan dan membeli dan setelah pengumuman akhir dari pihak gedung untuk menutup kedai dubuat, barulah kami semua beredar keluar. Walaupun banyak lagi ole-ole yang belum dijumpai, namun kami terpaksa juga pulang. Jam baru menunjukkan pukul 9.30 malam. Cepat juga mereka menutup premis ini. Di Malaysia, pastinya hendak sampai ke tengah malam baru tutup.

Pagi esoknya, setelah bersarapan di hotel, kami menuju ke Batam Shopping Centre di sebelah jeti Batam. Kami tersilap strategi dengan menjejakkan kaki ke sini lantaran standard pasarayanya seperti di KLCC atau Mid Valley di malaysia ini. Barang-barangya jauh lebih mahal dari di Malaysia sendiri. inilah wajah shopping complex itu...


Setelah puas hati segala keperluan sudah ditunaikan, kamipon berarak ke jeti Batam menanti feri untuk pulang ke Malaysia. Beg-beg yang dibawa bertambah menjadi berganda mujur ada 2 orang heroyang boleh tolong mengangkatnya. Pengalaman selama sehari di sana banyak mengajar kami dan yang penting merehatkan mindaku yang sedang serabut dilanda virus 'privacy'. Kenapalah wujud perkataan ini, menyiksa seluruh jiwa dan kesabaranku.

Moga ada kesempatan untukku dan keluargaku ke sana semula, aku pulang dengan membawa 100Rupee duit baki. Itu saja yang tertinggal di poketku. Dahsyat tak penangan Batam.. Jom ke sana...


Thursday, November 27, 2008

Lunch yang mengenyangkan

Berat rasa mata ini, seperti hendak terpejam saja, selepas pekena Ikan Bakar belakang istana lunch tadi, rasa ngantuk dan kenyang bercampur baur. Alhamdulillah..

Kawan baikku di TM, Azimah mak buyung akan bertukar ke TM JB, still buat Sales juga, tapi lebih seronok kerana dekat dengan keluarga di sana, minggu ini last di sini. Dia yang sedang sarat mengandung anak pertama sebenarnya sedang menunggu masa sahaja, doktor kata mungkin minggu depan masanya tiba. Wah, nak dapat anak sedara baru lagi nih.
Dia dengan berbesar hati membelanja kami ( aku, Syam(kawan di MNS dulu) dan Suzlin (kawan office Imah)) lunch di sana, sebelum dia bercuti bersalin dan berpindah ke JB, huhu, sedihnya.
Setibanya di sana, kami mengambil lauk pauk masing2, nasi putih beserta sayur dan ikan pari, ikan terubuk, ikan keli, sotong dan kerang. Yummy..! Mengah kami kerana dipaksa menghabiskan segala juadah, rugi pula kalau ditinggalkan, bukan selalu dapat makn best2 macam ni. TQVM my dear friend!

Pada Puan Azimah, moga Allah mudahkan urusan, dipanjangkan umur yang diberkati, mudah bersalin,dapat anak yang comel+soleh/ah, urusan kerja yang dimudahkan, bahagia dunia akhirat.

I'm going to miss u so much..!

-Tersenyum bahagia ketika di pelamin persandingan Nov 2007-


Lagi cerita dan gambar2 tentang Ikan Bakar Belakang Istana ni, boleh lihat di sini dan sini dan sini. Terima kasih pada blogger sumer.

To forgive and forget


HANYA YANG LEMAH ENGGAN MEMAAFKAN. KESEDIAAN MEMBERI MAAF MENUNJUKKAN KEKUATAN.


Mudahkah untuk memaafkan dan melupakan terus kesalahan orang itu? Cukup ikhlaskah kita untuk melakukannya??!!
Tepuk dada tanyalah IMAN...

Wednesday, November 26, 2008

Malam yang panjang

Malam tadi (25/11/08), aku telah berjaya membelanja 2 orang anak saudara yang sedang bercuti sekolah dan berjalan-jalan ke KL, atau ke Midvalley yang lebih tepatnya, Along Amalina dan Angah Atiqah bersama adikku Ieja dan kawannya Faiz. Di mana? Restoran Village View di Bangi, Selangor.

Kami meng'order' Ikan Siakap masak masam manis, Kailan ikan masin, Telur bungkus, Sotong goreng tepung, dan Tomyam campur. Macam macam kan makanan, dan kami sangat berpuas hati kerana tidak perlu untuk menunggu lama lantaran keadaan restoran itu sangat sesak dengan orang yang makan dan orang yang menunggu untuk makan. Syabas kepada Pemilik restoran yang prihatin dan dapat menyelesaikan masalah itu dengan jayanya.

Setelah tiba pesanan, kamipun makanlah bersama2 dengan lahapnya, kerana terpesona dengan aroma yang menusuk hidung dan panorama yang indah, kami makan di atas kolam ikan pelbagai spesis yang sangat cantik dan menyejukkan mata. Rasa makanannya oklah mengikut selera saya, tidaklah teruk sangat.





Gambar gambar ini diambil dari blog Komuniti Seri PUtra, terima kasih banyak2 :)

Setelah kenyang makan, kami pun beredar ke WARTA, sangat popular di Bangi, tempat lepak student2 UKM,betul ker?. Untuk ape? Test power bermain bowling. Along yang teruja untuk bermain selepas menang berlawan dengan kawan2nya di Mid Valley pagi tadi bersemangat mengajak kami ke sana. Hanya RM5 termasuk kasut untuk orang awam, harga student kurang lagi 50 sen.

Dalam set pertama, Along dan Faiz mendahului setelah masing2 strike, tapi prestasi tidak stabil Along berjaya dipintas Angah. Aku? Mula2 bola masuk longkang,haha, then dh banyak kali cuba, guna bola ringan no. 6, barulah ok sikit, atleast dapat sekali strike, hebatlah tu, bagi orang yang baru 3 kali main. Penat juga, selepas habis bowling, terus balik ke AZ, dah mengatuk sangatla.

Malam yang panjang, digunakan separuhnya untuk menghiburkn anak2 sedara yang datang sekali sekala bercuti di sini. Dan sepatutnya baki malam itu dilengkapi dengan menghidupkan malam dengan Pujian2 padaNya pula,kan, tapi??Kuatkan aku untuk bangun membesarkanNya??

Monday, November 24, 2008

Keliru..!!??

Mm, banyak benda yang berlaku menyebabkanku terkeliru, betulkah apa yang aku inginkan selama ini? Adakah berbaloi untuk melepaskan sesuatu demi mendapatkan sesuatu yg lain, yang tidak pasti kebahagiaannya, sedang bersama yang ini pon tidak tahu akan lamakah 'bahagia' itu, kalau itu yang dinamakan bahagialah..

Mm, ape yg aku merepek nih?
ntahla...

Biarlah masa yang menentukannya...

Adakah bahagia itu bila bersama dengan orang yang disayangi
atau
bersama dengan orang yang menyayangi kita?

Kalau dapat kedua2 itu pasti lebih bahagia, betulkah?

(^-^)/


Gambar Siti Rahmah aka LCBDY masa berumur kurang setahun (Xde kaitan dgn posting ni pon,haha)

Tuesday, November 18, 2008

Moga segera sembuh...

Semalam kami bergegas ke hospital Pantai selepas solat zuhur untuk menziarahi rakan sepejabat si adik Fadzil yang ditahan wad kerana mengalami infection kuman dalam darah, dan perlu dibersihkan untuk mengelakkannya menjangkiti organ2 lain. Ngeri sahaja bunyinya,namun sampai hari ini kami masih tidak berpeluang untuk bertemu 4 mata dengannya lantaran masa rehatnya yang tidak menentu kerana masih lagi menjalani rawatan rapi fisioteraphy di waktu pagi dan petang.

Mungkin belum ada rezeki lagi, apepon, kami berharap agar Allah memberikannya kekuatan untuk meneruskan perjuangan melawan kesakitan itu, demi masa depan yang masih panjang..

Gambar kenangan semasa raya aidilfitri 2007, Fadzil paling kiri berdiri.

Update 19/11/08: SMS dari Fadzil; Sakit berkurangan, tgh bt ultra sound and physio. Dalam esok lusa akan laser untuk kecutkan slh satu lendir yang terkena urat kat tulang yang bengkok. Depend laser, baru kuar hospital.

Update lagi, 21/11/08 : Akhirnya hari ini kami berjaya melawat Fadzil ,lunch hour. Dia baru selesai membuat ultra sound, dan petang nanti akan disambung dengan fisioteraphy pula. Gembira melihat dia yang sudah beransur sihat, namun terselit rasa sayu kerana tiap kali hendak bergerak, pasti dia akan mengerutkan dahinya tanda sakit terasa di bahagian belakangnya itu. Tak sampai hati melihatnya. Berat bahu memandang, berat lagi dia yang memikulnya. Moga dimudahkan!!

Moga terus KUAT dan TABAH..!!

Monday, November 17, 2008

Apa yang penting....

KERJASAMA...!!

Peristiwa yang berlaku ketika geng 1 batch AZ enak bersantai makan malam di sebuah restoran di Kelana Jaya mengingatkan kami pada tagline cerita kartun popular WONDERPET. Peristiwa yang selalu terjadi tetapi solusi yang berbeza diambil pertama kali kurakamkan sepanjang hayatku ini. Chewahh..

Ketika kami sedang enak2 makan sambil mempertikaikan kelainan nasi goreng Thai dan nasi goreng Hadyai yang aku dan Faizz tempah, kerana cara hidangannya sama saja, cuma rasa pedas yang membezakannya, terdengar dari satu sudut restoran itu, suara kereta membingitkan telinga kami dengan bunyi honnya yang berulang kali sebagai tanda kepada pemilik kereta yang parkir dihadapannya untuk mengalihkan kenderaannya kerana menghalang laluan keluar keretanya.

Pada mulanya kami tidak tertarik dengan riuh kecoh orang2 di situ kerana menganggap pemilik kereta yang menghalang laluan itu pastinya makan di kawasan berhampiran sahaja,lantas kami meneruskan perbualan sementelah lama tidak bertemu si Cikgu Ina Sr yang sudah mula bercuti sekolah ini. Tetapi, setelah agak lama kebingitan itu tidak reda juga, mata kami tertumpu semula ke sudut restoran itu. Tindakan sekumpulan lelaki yang bertindak mengangkat kereta putih yang menghalang laluan itu menarik minatku. Dalam keadaan hujan renyai2 dan suasana saling tidak mengenali, mereka tabah bersama2 cuba untuk mengalihkan kereta itu sedikit demi sedikit, sekadar muat untuk kereta lain keluar. Selepas itu, mereka beredar ke tempat makan masing2 semula.

Banyak pengajaran yang dapat aku ambil dari peristiwa yang tidak sampai 5 minit berlaku itu. Perasaan MAHU menolong itu tetap ada walaupun tidak mengenali siapa gerangan yang berang membunyikan hon kerana mahu cepat beredar itu, tetapi kerana mempunyai RASA dan perasaaan, dan semangat mahu menolong itu masih menebal, maka mereka menggagahkan diri membantu mengangkat kereta kenari itu, walaupon berat, walaupon sukar, tetapi kerja itu dapat di bereskan, kerana keikhlasan mereka menolong, maka Allah mudahkan urusannya.

Selagi kita tidak meletakkan semangat keAKUan itu di carta tertinggi hati kita, pasti akan mudah untuk kita dilorongkan membuat perkara2 kebaikan, dan menghindar kejahatan. Ribuan tabik diberi pada kawan2 yang sudi menolong mengangkat kereta itu, dan moga dimudahkan urusan mereka, di manapon lapangan mereka redahi.

Phewww...


Tuesday, November 11, 2008

3 Serangkai...

Dah lama tak menulis sebab disogokkan dengan kerja2 yang banyak, dan aku amat teruja untuk membuat kerja2 pejabat ini dengan penuh dedikasi, kenapa yer?

Perkahwinan salah seorang daripada sahabat2 baikku semasa di sekolah rendah, Nabiha pada 9 Nov 2008 yang lalu melengkapi perkahwinan 3 serangkai perkawanan, selepas Mana dan Suhaiza menamatkan zaman bujang masing2 pada Mei dan Julai 2008 yang lalu. Dahulu, semasa kami sama2 dalam darjah 6, kami bersama2 berstudy group 6 bersaudara, ditambah dengan Nana sepupuku dan Sabariah. Sekarang 3 dari mereka sudah menjadi hak milik kekal orang lain, tinggallah kami bertiga menanti giliran untuk menuju alam kesempurnaan iman seperti mereka.

Suhaiza- berposing sebelum bersanding


Mana dan suami tercinta semasa makan beradab


Biha dan suami bersanding di pelamin bahagia... :)


Mungkin sudah dapat jawapan kenapa aku begitu rajin untuk membuat kerja2 pada minggu ini, untuk memfokuskan fikiranku ini pada sesuatu dan mengurangkan stress dalam mencari jawapan bagi persoalan2 yang bertalu2 ditanya tanpa henti dan akulah orangnya yang terkena tembakan persoalan itu, tanpa dapat memberi jawapan yang pasti dan meyakinkan.

Namun aku tidak akan pernah berputus asa kerana selagi hayat dikandung badan, harapan dan tawakal pada Yang Maha Esa tidak akan pernah pudar dan rapuh, biarpun cepat, biarpun lambat, sesungguhnya Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya ini, dan aku amat berharap masa itu akan datang nanti..dan semoga aku sentiasa dalam RAHMANTNYA :)

"Ya Allah, moga ada jawapan yang PASTI bagi setiap persoalan itu Ameen..."


Tuesday, November 4, 2008

Grand....

Itulah perkataan pertama yang terpacul dari mulutku tatkala melangkah masuk ke Dewan Majlis Perbandaran Seremban, untuk meraikan persandingan si raja sehari kakak sepejabatku cum akak sebelah meja maisara othman dgn pasangan perkenalan dari tadika si bertuah Azman.


1 Nov 2008 menyaksikan seorang lagi kawanku menamatkan zaman bujangnya,Alhamdulillah, aku tumpang gembira, moga aura mereka cepat2 menempias padaku,Ameen..


Selepas berpoya2 ke Family Day TM yang diharapkan se'grand' namanya di Taman Family Bukit Jalil, kami bergegas ke Seremban mengharapkan makanan yang sedap2 selain mahu meraikan sahabat di hari bahagianya :).


Dalam pukul 12.30++ kami telahpun tiba di dewan yang sangat mudah untuk di jejaki lantaran keluasan bandaraya Seremban yang tidak seberapa jika dibandingkan dengan KL wilayah yang sibuk,jem sokmo!


Selepas mentekedarah lauk pauk yang enak2 berserta kuih2 dan cendol ABC rebutan ramai, diiringi gemersik persembahan gamelan, pengantin yang ditunggu2 pun tiba, menyebabkan ramai kami semakin teruja dan sama2 rasa bahagia. Sungguhlah, terdapat seri di wajah pengantin itu, dengan senyuman yang terukir, diapit rapat sang suami adalah wajah kepuasan yang tidak dapat dijualbeli,alahai,untungnya..

Carilah kata2 sendiri dalam gambar2 ini, moga terus menjadi inspirasi untuk mereka yang terlalu 'sayang' hendak menamatkan zaman bujang itu.








Daaa...



Friday, October 24, 2008

Dengan Nafas Mu...


Izinkan ku ucap kata taubat
Sebelum Kau memanggilku kembali pada-Mu..
menutup waktuku

Izinkan ku serukan nama-Mu
Sebelum nyawa dalam tubuhku
Kau ambil.. kembali pada-Mu
Karna ku tahu.. hanyalah pada diri-Mu

Tempatku mengadu..
tempatku mengeluh
Di dalam doaku

Dan demi nafas yang telah kau hembuskan dalam kehidupanku
Ku berjanji.. ku akan menjadi yang terbaik
Menjalankan segala perintah-Mu..
Menjauhi segala larangan-Mu
Adalah sebaris doaku untuk-Mu

Izinkan ku ucap kata taubat
Sebelum Kau memanggilku
kembali pada-Mu..menutup waktuku
Karna ku tahu.. hanyalah pada diri-Mu
Tempatku mengadu.. tempatku mengeluh

~~UNGU~~

Menanti sebuah Jawaban

Aku tak bisa luluhkan hatimu
dan aku tak bisa menyentuh cintamu
seiring jejak kakiku bergetar
aku telah terpagut oleh cintamu
menelusup hariku dengan harapan
namun kau masih terdiam membisu

Sepenuhnya aku ingin memelukmu
mendekap penuh harapan 'tuk mencintaimu
Setulusnya aku akan terus menunggu
menanti sebuah jawaban 'tuk memilikimu

Betapa derunya rindu menusuk jiwaku
semoga kau tahu isi hatiku
dan seiring waktu yang terus berputar
aku masih terhanyut dalam mimpiku

Aku tak bisa luluhkan hatimu
dan aku tak bisa menyentuh cintamu


#Padi#

Wednesday, October 22, 2008

Jalan Jalan Kawan Kawin 2

Terus sambung, nanti nak cerita lain plak, trip ke Terengganu, Marang daerah Tuan Guru Haji Hadi, rumah Kak Bah menjadi destinasi seterusnya, Mas bersama Ummu bertolak ke Marang dengan bas Plusliner jumaat 11 malam,sengaja pergi awal, setelah mendapat pelepasan dari bos untuk bercuti hari Jumaat itu, dan tiba dia Masjid Rusila pukul 4.30 pagi, menanti Kak Bah dan Rena dalam kedinginan pagi, dan ditemani deruan ombak,ada pantai, tak sabar rasanya untuk ke sana..Tunggu..

Aktiviti di rumah Kak Bah;
17/10/08, Jumaat yang mulia..
Seawal jam 10 pagi, kami ke rumah kak long di belakang rumah kak bah untuk menolong menyiapkan 'beg goodies' untuk diberi kepada tetamu pengantin.
Selepas makan tengahari, kami menyambung kerja dan menanti saat untuk ke pantai yang tiada nama di hadapn rumah kak bah..bestnya..!
Dan waktu yang di tunggu telah tiba, selepas isyak, rombongan lelaki datang, dan kak Bah akan bergelar isteri..:)

Pelamin angan serba hijau moga kekal hingga ke syurga

Sahlah bergelar isteri kepada seorang Hakim Syariah..Moga dimudahkan urusan

Sesi bergambar seperti biasa, dalam senyuman ada debaran yang hampir terungkai :)

Selepas itu, kami dijamu nasi dagang ori dari Terengganu, Alhamdulillah, kenyang..

Sabtu,18/10/08, Hari persandingan yang indah..


Barang2 hantaran dari kedua2 belah pihak, siap dapat takaful dana pekerja, namapon Pegawai Shariah Takaful Malaysia,hehe

Sesi bertukar2 cincin dan bergambar, pelamin dihias tanda untuk bergambar kenangan, serba hijau pengantin diandam, moga Allah kekalkan izzah dan rasa kasih sayang kerana Nya


Petang, selepas sesi makan2 dan berehat, kami berjaya berjalan2 makan keropok lekor, ber'shopping' untuk bawa pulang cenderahati ke KL dan bersiar2 di pantai Kelulut, terima kasih pada kak long dan 2 orang anak2nya yang comel kerana tidak jemu2 melayan karenah kami yang ramai ini. Apa yang penting, KERJASAMA,Wonderpet..!!


Makan kepok lekor dulu, terima kasih pada hana yang membelanja kami,moga murah rezeki.

Ketenangan yang tiada tandingan, menggamit hati untuk datang lagi, di lain kali.


Selepas membersihkan diri dan solat jamak di rumah kak Bah, kami beransur ke Hentian Kuala Terengganu untuk pulang ke KL bas 9.30 malam. Terasa sangat penat dan belumpon bas bergerak, kami masing2 sudah dibuai mimpi. Sekalung penghargaan pada mak ayah family kak bah yang sudi melayan kami dlam kesibukan dan kerisauan menyambut menantu. Berakhirla siri jalan2 kawan kawin 1 dan 2, selepas ini ke kenduri Shahid pula, tp nasib baik di KL sahaja, takla adventure sangat.Lega....

Untuk lebih gambar2 dan aksi2, sila ke sini

Jalan Jalan Kawan Kawin 1

Selamat hari raya, dan selamat pengantin baru kepada kawan2ku, Pasangan Chinta Kak Djah dan Kak Bah, kawan serumah sewa, perkenalan sepanjang 2 tahun ini, pastinya banyak kenangan bersama. Sehinggalah tiba tarikh keramat 12 dan 18 Oktober 2008 yang lalu, masing2 menamatkan zaman bujang dan telah sahlah bergelar isteri dan bakal menjadi ibu, didoakan moga menjadi yang isteri solehah idaman diredhai Allah.
Rentetan perjalanan ke rumah Kak Dijah di Bakri,Muar 12/10/08,Ahad,8 pagi

Bergambar di rumah Mas di Kampung Parit Jarum Laut, Bukit Gambir,Ledang, bersama ibuku tercinta (tudung biru bunga2)

Fadilah,adik praktikal UTP baru mendapat berita kemalangan adik tercinta dan dalam keadaan koma di hospital, selepas siri ke rumah kak Djah, dia bergegas pulang ke Keluang bersama pakciknya. Dalam ketenangan wajahnya, terulit dan tersirat 1000 keserabutan dan kebuntuan.

Barang2 hantaran dari Kak Dijah pada suami terchenta,Ust Ramadhan Fitri, purple theme!

Tenang sebelum diijabkabulkan,menunggu masa..

Selamat dah, dalam suasana dan keadaan yang syahdu penuh keimanan dan ketaqwaan,bersatulah pasangan chinta dalam ikatan perkahwinan yang suci,Alhamdulillah...


Selepas makan, AZians berposing beramai2 sebelum balik...Acara wajib dan kegemaran ni,hehe



Selepas tu, kami bergerak semula ke rumah mas untuk tgk anak sedara baru, Mohd Amar Fakri Mohd Zan, 07.10.2008, 4kg



Lagi cerita tentang Amar dan baby girl anak Bang Wan (22.10.08) selepas siri Jalan jalan kawan kawin 2

Untuk lagi2 gambar, sila tekan ini

Thursday, October 16, 2008

Raya Mood..

Hari ni dah 2 minggu raya, tapi raya nak raya lagi, walaupon tak habis puasa 6 lagi, and puasa ganti,huhu...Musim raya kali ni spesel sbb tiap2 minggu ada kawan rumah sewa kawin, mggu lepas (12.10.2008), pasangan chinta Khadijah dan Ramadhan di Bakri, Muar dan sabtu ni, 18.10.2008 di Marang, Terengganu, pasangan kasih Najibah dan Hisham, tapi taknak upload dan cerita tentang mereka dahulu, sbb nk cerita ttg raya di kampung Parit Jarum Laut, Bukit Gambir, 1 Oktober 2008..

Tahun ni, kak Lah dan bang Wan masing2 raya di rumah keluarga mertua di Kelantan dan Pahang, dan anak isteri arwah Abang Long pon raya di JB dan Seremban, so kami tinggal 6 beradik meneruskan tradisi beraya di rumah PJL bersama mak dan abah.

Malam raya, lepas buka puasa dan solat maghrib, abah lead bertakbir sama2, then bang zan ajak ke rumahnya untuk pertunjukan bunga api secara besaran2 (legal ker,hehe). Then, teruskan kerja2 mengemas rumah, last touch up orang kata, sampai dalam pukul 1 pagi baru leh masuk tido..

Then, di pagi raya yang mulia, kami bersiap2 untuk menunaikan solat sunat hari raya beramai2 di masjid kampung. Tahun ni juga, kak Yah pertama kali solat raya di rumah, selalu dia hanya akn pulang ke PJL selepas solat sunat aidilfitri di surau kampung mertuanya di Serom 5.



Lepas solat raya, kami ke kubur menziarahi arwah Abang Long tercinta, datuk dan nenek, menginsafi pemergian mereka, dan membangkitkan kesedaran bahawa disitulah akan bersemadinya jasad kita suatu hari nnti.
Balik ke rumah, kami bersalam2 dan sesi beri duit rayapon bermula. Saya ada 25 orang anak sedara, dan raya ini kali ke 3 saya mula kena beri duit raya, selalu dapat jer. Tapi terima kasih pada bang Zan sebab tak pernah lupa untuk terus beri adik2nya duit raya, walau dah kerja dan beranak pinak, i like, moga murah rezeki..:)



Sedang asyik kami bergambar, tetamu pertama kami keluarga makcik adik abah dari depan rumah sudah mula sampai, tak lepas tangan kami melayan mereka, seperti biasa, juadah ketupat rendang pasti ada untuk mereka nikmati.

Selepas itu, kami bersiap2 untuk ke destinasi pertama kami, ke rumah nenek sebelah mak, satu2nya nenek yang masih ada di Sengkang Batu 19, perjalanan tidak lebih setengah jam.

Dari sana, kami bersiap2 ke rumah makcik2 dan pakcik sebelah ayah, arwah Wak Omar dan Wak Konah, Paman Ali dan cik Kamariah, Arwah Wak Mos dan Wak Mon, juga terakhir rumah sepupu ayah Wak Hashim dan Wak Moon.

Balik rumah dalm keadaan kepenatan, seusai solat asar, datang pula adik tiri mak berziarah bersama keluarganya, dan pada sebelah malam selepas solat isyak, rombongan keluarga sepupu abah Wak Hashim berbalas kunjungan, bersama adik abah Busu Hassan dan keluarga, serta adik2 mak Cik Cun, Bibik Yen dan Cik Sidah bersama nenek Mbah Bar dan keluarga. Meriah sekali perjalanan hari raya pertama kami walau sangat keletihan.

Tepat jam 11 malam, setelah semua tetamu pulang, dan sedikit berkemas, terus mata terpejam setelah kepala mencecah ke bantal, sungguh nyenyak hingga hanya terjaga bila terdengar deruan bunyi motor abah pulang dari masjid setelah berjemaah Subuh..Bermulalah raya hari ke 2 pula...
Lagi gambar klik di sini
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin..Moga dapat bertemu lagi Ramadhan akan datang...

Tuesday, October 14, 2008

Pergi lah.....

Semua orang nak pergi, pergi jauh jauh,
tinggalkan saya sorang2 dekat sini...


Pergilah...untuk menambahkan ilmu di dada, mengutip pengalaman bekerja di rantau orang, daerah yang tidak pernah terfikir akan didiami...

Begitulah fitrah alam, kawan datang, kawan pergi, hargailah setiap saat bersama, moga tidak menyesal nnti. Kenangan ini, akan menjadi kenangan terindah antara kita..

Ya Allah, tabahkanlah hati ini, menghadapi perpisahan ini, Engkau lebih tahu yang terbaik untuk kami, moga kami akan lebih tabah dan kuat meneruskan perjuagan ini, walau tanpa dia disisi.... Dan adakah aku akan setia menantinya??.....

Friday, October 10, 2008

Main Kawin kawin??

Seronok pula mlm td, jadik mak andam dan tukang amik gambar, untuk kawan yg dh nak kawin minggu depan, dan si adik yg excited nk kawin gak, tgh tunggu masa jer...


Bravo la,


untuk semua kawan2 yang dah kawin, selamat melayari bahtera kasih, semoga sentiasa dalam redha Allah,


pada yg sedang dalam persediaan mental fizikal untuk berkahwin, bersabarla, banyakkan berdoa, bykkan masa untuk korek rahsia2 perkahwinan bahagia dari buku2, kawan2, org tua, org yg lebih berpengalaman, jadikan pengalaman org lain sbagai sempadan dan panduan, moga Allah merahmati usaha semua


dan pada kawan2 yg sedang mencari dan menanti pasangan yang telah dijanjikan Allah itu datang, banyak2kanla bersabar, teruskan berdoa dan YAKIN, moga Allah bimbing dan bantu hati kita agar sentiasa YAKIN pada ketentuan Allah, dan YAKIN bahawa Rahmat Allah tidak akan terkurang dari kita, selagi kita sentiasa bersyukur padanya..


'Ukur baju di badan sendiri', itu pesanan untuk diriku sendiri....

:)

Wednesday, October 8, 2008

Salam AIDILFITRI

Salam Aidil Fitri (Jamal Abdillah)

Assalamualaikum
Salam hamba hulur tanda ingatan
Buat semua insan umat Islam
Di pagi syawal

Pada bonda tercinta
Pada ayah yang rela berkorban
Mohon keampunan dosa-dosa
Yang ku lakukan

Untukmu duhai dinda yang setia
Harungi derita
Marilah bersama kita saling
Bermaaf-maafan
Semoga lebaran ini
Membawa keinsafan diri
Sejarah yang hitam
Agar tidak terulang
Untuk selamanya

Pada dia yang pergi
Kita hulur doa tulus suci
Agar roh mereka dicucuri
Oleh rahmat Nya


**Gambar ihsan http://www.upindanipin.com.my/index.html

Friday, September 26, 2008

Akhir Waktu Ini

Ramadhan datang, Ramadhan pergi
Kedatangan dinanti, kepulangan ditangisi


Tapi adakah realitinya begitu bagi diriku, hamba yang seorang ini, terasa sangat rugi kerana tidak memanfaatkan tiap ruang masa dan waktu yang diberi dahulu, untuk banyak2 bangun mlm dan bertadabbur AlQuran..


Bila nikmat itu sudah ditarik balik sekarang ini, walaupun masih boleh buat sebahagian kecil ibadah, tp terasa rugi bangat.. itulah, masa ada tak nak manfaatkan, sudahlah..





Cuma satu harapanku, di akhir2 waktu nanti, akan ada kesempatan untukku, bersujud memohon keampunan dengan seikhlas mungkin, dan mengharapkan Allah memberikan jawapan bagi setiap persoalan dalam hidupku ini yang sudah 25 tahun menanti ini. Ampunkan aku Ya Allah, kerana tidak mampu menjaga diri ini selaras kehendak Syariat-Mu, lantaran selalu tewas dengan bisikan jahat nafsu syaitan itu..
Tapi, masih layakkah keampunan untukku??


Do u have any?