Wednesday, June 10, 2009

Meraikan hari bahagia kawan2...Siri 1 (Phote updated)

Sabtu 6 June 2009 yang lalu melakarkan 1 lagi sejarah dalam diariku. Berbekalkan semangat tagline 'meraikan hari bahagia kawan2', aku dan Ummu juga kak Wani bertegas untuk mengosongkan jadual kami pada hujung minggu itu untuk bersantai ke majlis kahwin kawan serumah AZ, Ekin di Sungai Siput, Perak. Kami berkonvoi 2 kereta, aku dan Ummu menaiki wira kesayanganku dan kak Wani beserta K Aziah, Kak Ana Pijan dan Bonda Maryam dengan kereta Myvi Hitam kak Ana Pijan. Destinasi pertama ke wedding Ekin, dan seterusnya aku dan Ummu ke wedding Usop adik junior favourite Ummu di Sabak Bernam dan Kak Wani and the geng ke Baling, Kedah meraikan cikgu Zurina, ex-kawan serumah juga.

Kami bergerak seawal 9 pagi tetapi dek kerana kepadatan jumlah trafik menuju ke Utara, kami, atau lebih tepatnya aku tidak dapat menunjukkan potensi sebenar gaya pemanduan apabila hanya boleh pergi selaju 80km se jam. Banyak perkara yang dibualkan dengan penulis muda Ummu Hani, dan semoga dia dan aku terus tabah meneruskan perjuangan dan penantian ini. Yakin and tenanglah wahai hati-hati. Kami tiba di Exit Ipoh jam 11.30 pagi, dan terus berkonvoi ke Sungai Siput.

Lantaran kecepatan masa kami sampai, Ekin dan husbandnya masuh belum tiba lagi dan setelah makan dan bergambar(acara wajib!), Kak Wani and the geng bergegas ke Baling untuk program seterusnya. Aku dan Ummu menunggu pengantin tiba dan bercadang untuk pulang setelah mengambil gambar dan berjumpa Ekin, walaupun sekejab. Penantian kami di dalam dewan pada hari itu ditemani oleh laungan, uppps nyanyian karaoke yang selalu 'pitching'nya lari, sian...

Pasangan bahagia itu melangkah masuk ke dalam dewan, dengan 1001 satu perasaan. Ekin, dah jadi puan ni, moga jadi isteri solehah ye, =).

Selepas itu, kami bergegas ke Sabak Bernam kenduri ke dua hari ini. Selepas exit di Teluk Intan, keretaku terus meluncur laju mencari-cari di mana Sabak Bernam yang indah dan permai itu. Ternyata nasib tidak menyebelahi dek keasyikan ber'sharing moment' di antara kami, barulah kami tersedar yang kami telah tersesat, namun semuanya telah terlambat. Untuk berpatah balik amatlah tidak berbaloi. Alahai, berbekalkan semangat yang masih ada, walaupun sudah tinggal suam-suam kuku saja, kami bergegas mengambil jalan u-turn dan terus terusan mencari Sabak Bernam. "Kenapalah susah sangat ni, mungkin jin Ummu yang halanglah,Mas." Omel Ummu berulang-ulang..Ha?Betul ke? Boleh percaya ke, kuasa jin menutup jalan dari pandangan? Tapi setelah lama kami berbincang dan mencari rational, dapatlah kami simpulkan yang kami memang sebenarnya tidak tahu di mana Sabak Bernam berada, dan tidak mengambil langkah bijak untuk bertanya penduduk tempatan seawal exit di Teluk Intan lagi. Pakai redah je, sudahnya, susah sendiri. Sesungguhnya tiada kuasa dan daya selain Allah Ta'ala punya.

Setelah hampir 3 jam berpusing-pusing mencari jalan yang benar, akhirnya kami tiba di rumah pengantin, walaupun pengantin perempuan sudah bertukar pakaian dan ini menjadikan kami tetamu terakhir sampai ke kenduri itu. Pasti saat2 itu takkan kami dan pasangan bahagia Usop dan Ida lupakan.


Sempat ambil gambar pelamin saje,huhu...


Seusai makan, kami bertolak balik ke AZ, tamat sebuah lakaran perjalanan untuk kali ini, bersambung ke siri ke 2 minggu depan pula. =)

Friday, June 5, 2009

Buku Minggu Ini...




Alhamdulillah, saya berjaya menghabiskan buku I Love You Too ini dalam satu malam sahaja. Cadangan awalnya membeli buku ini adalah untuk menghadiahkan pada kawan2 yang dah sampai saat hari bahagia mereka, Cik Zurina (ex kawan serumah) dan Hayati & Asyraf UIA. Tapi malam semalam tergerak hati untuk membacanya, mula2 sekadar untuk membelek-belek shj, tapi tertarik pula dengan topik yang dibawakan, beserta cara penyampaian yg bersahaja, sinis dan kelakar, tapi betul-betul berlaku dan menjadi realiti dalam kehidupan sehari harian.


Penulis berjaya membuatkan pembaca tersedar dari lamunan dan angan-angan dan bangkit dengan tindakan yang sewajarnya. Walaupun tiada solusi penuh dalam buku tersebut, namun sekurang-kurangnya pembaca mendapat sedikit idea dan bolehlah mencari sendiri solusi yang sesuai dengan keadaan masing2, dan kesesuaian masa.

Buku ini diserikan dengan lawak-lawak sinis melalui kartun-kartun yang hampir memberi summary pada setiap topik yang dibincangkan. Sangat kreatif dan comel.



Penulisnya En Badrul Hisham atau lebih dikenali dengan nama pena Hj Bad dalam ruangan Sketsa di majalah Anis, sangat berbakat dalam mewatakkan setiap ceritanya, menjadikan pembaca merasakan setiap satu cerita, kisah, watak dan olahan itu ada sangkut paut dengan diri sendiri.

Kesimpulannya, buku ini sesuai dibaca oleh semua jantina, yang belum, sedang dalam proses, sudah atau telah selesai berkahwin, pasangan baru atau lama. Semoga ilmu2 dan peringatan di dalam buku ini dapat dimanfaatkan bersama dan refresh balik tujuan kita hidup di dunia yang fana ini.

Next, Huraian tentang buku Ketupat Cinta Musim Pertama dari Faisal Tehrani..Tunggu....

'Membaca jambatan Ilmu'

~wink~

Wednesday, June 3, 2009

~~Award from Kak Nabilah and K CT~~

Dapat award dari Kak Nabilahand Kak CT - Vespa Blogger Friendship Award , terima kasih banyak2.. =)

Here we go...

1. Letakkan logo award ini di blog anda.


2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

Kak Nabilah - ex kawan se office di TM, tapi skrg dah berenti sbb ikut husband sambung PhD di Manchester, dah lama tak juma, miss u very much!

Kak CT - kawan se office TM, dia grup Ben10 yg sangat poyo, sbb tu rmai orang tak puas hati..hehe, apepon just for fun yer kak =p.. Go Go Go Fuyyoh Chayok!

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri2;

  • Saya orang Muo, Johor..anak ke 7 dari 9 adik beradik, yg plg comel of course =)
  • Sekarang makabah tengah menunaikan umrah, bersama akak dan 2 ank sedara, miss them, moga mereka mendapat umrah mabrurah.
  • Pekerja TM , bhgian Finance
  • Alamak baru ke 3, ape lagi nak citer ni..
  • Saya buat part time as lecturer di Multimedia Kolej, mengajar Diploma Accounting
  • Saya suka dok dengan di rumah sewa sekarang, kami namakan AZ (Anjung Zahrah)
  • Hobi : suka membaca, then membaca dan membaca,hehe
  • Tak suka duduk 1 tempat/ buat the same thing untuk waktu yg lama, suka adventure
  • Dalam usaha mendekatkan diri dengan Pencipta, terasa banyak kekurangan
  • Harap yg membaca ini dapat doakan saya dna kita semua selamat di dunia dan akhirat,Ameen.

4. Anugerahkan award ini kepada Blog yang anda anggap paling berinspirasi dan sangat mesra

5. Pastikan anda menyatakan penghargaan ini melalui ‘backlink’ dengan blog yang anda anggap paling memberikan inspirasi dan mesra dari blog anda.

6. Informasikan penerima award mengenai award yang mereka terima dengan menyatakan komen di blog mereka..
Kawan2, silalah...
1) Suhana - best fren ever since sekolah rendah
2) Nursarhanah - Student UTP yang suka mengemas =)
3) Kak Ila - akak yang dah tak sabar menunggu kelahiran anak pertama =)
4) Kak Bah - ex AZ (pon tengah menanti hari2 bergelar ibu)
5) Mr Sibas - on the way nak jadi suami, congrate!
6) Abg Nas - Majulah sukan untuk negara!
7) Kak Dijah - ex Az gak, and dah nak bergelar ummi gak..(dapat ramai anak sedara taun ni,hihi)
8) Kak Long - kawan sebilik masa di UIA dulu, miss u 2!
K,lah , itu dahulu...sudi2la kanlah yer...
=)

Tuesday, May 26, 2009

Pinjam Bunga...

Pinjam bunga? Boleh plak macam tu...malam semalam setelah sampai di AZ selepas balik mengajar, sangat teruja sebab nampak sejambak bunga ros segar, di atas katil kawan sebilikku, Rena. Bakal tunangnya buat 'surprise' untuknya sewaktu di office siang harinya. Akupun ape lagi, berbekalkan kamera henpon Along, aku pula yang berposing beria2, lebih dari tuannya..hehe

Bagiku, kalau dapat hadiah bunga, tandanya orang itu memang sweet, romantik dan boleh bertoleransi. Kali terakhir aku dapat bunga ialah waktu aku convo di UIA, tahun 2006 dulu. Dapat banyak sangat bunga dan bear dan gula2, terima kasih byk2 pada my family dan kawan2. =)
Ini salah satu bunga yang dapat, yang lain dah bawa balik kg..!

So, nak minta bunga gak..pada sapa2 yang berkenaan tu, sila2 la yer..hehe

Sekadar selingan: bunga ros 7 warna, very fancy, but still sweet...

Thursday, May 21, 2009

Penangan Big Apple Donuts


Selepas lunch Selasa lepas, aku terasa teringin sangat nak makan donut Big Apple. Pada aku, Big Apple ni lebih sedap dan hangat daripada Dunkin Donut. Mungkin kerana donutnya yang betul2 lembut dan perasa2nya yang pelbagai dan sentiasa ada yang terbaru.


Alhamdulillah, anak kepada kawan seopisku kebetulan ada di Mid Valley pada waktu itu, apa lagi, kamipun tanpa berlengah, terus memesan donut2 kegemaran. Sambil2 tu, bolehla belanja kawan2 opis rasa seorang sikit, bak kata pepatah, orang memberi kita merasa, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing (ada kaitan ker?)...


Mango Tango

Go Nutz

Merry Cherry

Pink Twister

Kiwi Blitz

Hawai Five o

Chohoholic

White Forest


Nyum2...rasa2nya esok nak makan lagi, tapi lemak tepu banyak pulak,kenala tahan2, sebulan sekali ke, jadilah...So, kalau ada kawan2 yang nak makan Big Apple donut pasni, mas nk pau eh..hehe =)

Tuesday, May 5, 2009

Ekspedisi Pertama 2009:Sg di Ulu Yam

Akhirnya, Ahad 26 April yang lalu, kami berenam berjaya berpiknik ke Sungai di Ulu Yam (Lupalah nama sungainya). Aku, Nurul, Faiz, Uda, Hikmah dan Along. Enam orang kawan se Anjung Zahrah(Nama rumah sewa kami!). Yang lain tak dapat nak ikut due to unavoidable circumstances. Kami bertolak dari AZ kul 8 pagi ,dan tiba di sana selepas sejam setengah. Nurul dan Along menjadi driver kereta baru Myvi SE dan Viva Hijau masing2, yang lain menumpang sajala.


Setibanya di sana, kami terus bersiap2 mencari port terbaik untuk bermandi manda dan makan-makan, di dalam air, bukan sebarang makan, memang makan sambil mandi sampai kenyang dan menggigil kesejukan dan pucat. Buruk gakla perangai tuh.


Kami bersama2 menikmati keindahan alam, sungai yang airnya mengalir deras dan tenang, kehijauan pokok2 meredupkan suasana, benar2 menenangkan resah gelisah di hati2 kami, yang saban hari bergempur dengan hiruk pikuk pekerjaan dan pengajian di kota batu lumpur itu. Sesekali bercerita dan berkongsi pengalaman menjadikan kami bertambah rapat dan lebih menghargai kehidupan ini. Semua orang ada kisah masing2, walau nampak tenang di luar, namun gejolak di dalam, hanya pada Penciptalah layak diadukan.


Tidak banyak gambar yang dapat saya upload kali ini, lantaran beberapa kekangan yang tiba, pasti akan di updatekan cerita ini apabila dapat gambar2 lain nanti.


Terima kasih ya Allah, kerana meminjamkan kami hamba yang kerdil ini, keindahan sungai yang sangat menenangkan di dunia ini, moga kami juga dapat menikmati lautan susu dan madu Mu di Syurga Mu kelak!Ameen.

Monday, May 4, 2009

Isnin Pertama May 2009..


Hari ini makan tengahariku dibelanja oleh kak Emy, bersama2 kak Sarah dan Kak Yati, di Restoran Anis Putri, Pantai Dalam. Restoran ini terkenal dengan lauk gulai kawahnya dan juga siput sedut. Kami dijamu dengan ikan keli, kembung and parang bakar, juga ulam-ulaman pengawet muda dan tidak ketinggalan gulai kawah daging bersama nangka,memang meletupla.

Rasa dan keenakannya sungguh sedap hingga habis sepinggan nasi dan lauk2 diratah semuanya. Terima kasih pada kak Emy, moga murah rezeki yang diberkati, dan moga kita semua lebih dekat denganNya.

Petang ini, akan bermulalah sesi pengajaran dan pembelajaran subjek Financial Accounting 3, selama lebih kurang 3 bulan semester pendek bermula 27 April hingga 24 Julai 2009. Student dengar katanya ada 30 orang lebih. Satu cabaran bagiku kerana subjek ini sangat banyak pengiraan, dan harap2nya anak2 muridku sudah bersedia untuk menerima ilmu2 baru dan sudi bersama2 berkongsi cara dan rasa. Rasa nervous juga walaupun ini kali kedua aku bergelar lecturer part time di MMC(Multimedia Kolej. Kelasku bakal berlangsung setiap petang Isnin dan Khamis, selama 2 jam selepas waktu pejabat. Belajar di waktu petang ini, memang sesuailah jika subjek pengiraan, rather than theory.

Semoga aku dapat terus memberi dan memberi, moga Allah mudahkan urusan ini, dan sentiasa dalam petunjukNya...Mudahkanlah Ya Allah!