Tuesday, May 5, 2009

Ekspedisi Pertama 2009:Sg di Ulu Yam

Akhirnya, Ahad 26 April yang lalu, kami berenam berjaya berpiknik ke Sungai di Ulu Yam (Lupalah nama sungainya). Aku, Nurul, Faiz, Uda, Hikmah dan Along. Enam orang kawan se Anjung Zahrah(Nama rumah sewa kami!). Yang lain tak dapat nak ikut due to unavoidable circumstances. Kami bertolak dari AZ kul 8 pagi ,dan tiba di sana selepas sejam setengah. Nurul dan Along menjadi driver kereta baru Myvi SE dan Viva Hijau masing2, yang lain menumpang sajala.


Setibanya di sana, kami terus bersiap2 mencari port terbaik untuk bermandi manda dan makan-makan, di dalam air, bukan sebarang makan, memang makan sambil mandi sampai kenyang dan menggigil kesejukan dan pucat. Buruk gakla perangai tuh.


Kami bersama2 menikmati keindahan alam, sungai yang airnya mengalir deras dan tenang, kehijauan pokok2 meredupkan suasana, benar2 menenangkan resah gelisah di hati2 kami, yang saban hari bergempur dengan hiruk pikuk pekerjaan dan pengajian di kota batu lumpur itu. Sesekali bercerita dan berkongsi pengalaman menjadikan kami bertambah rapat dan lebih menghargai kehidupan ini. Semua orang ada kisah masing2, walau nampak tenang di luar, namun gejolak di dalam, hanya pada Penciptalah layak diadukan.


Tidak banyak gambar yang dapat saya upload kali ini, lantaran beberapa kekangan yang tiba, pasti akan di updatekan cerita ini apabila dapat gambar2 lain nanti.


Terima kasih ya Allah, kerana meminjamkan kami hamba yang kerdil ini, keindahan sungai yang sangat menenangkan di dunia ini, moga kami juga dapat menikmati lautan susu dan madu Mu di Syurga Mu kelak!Ameen.

9 comments:

dex said...

hello mas. comel la blog awak. kita found out ur blog from k ija blog.

Mas said...

Tq, mas memang suka tukar2 template and whatsoever..hehe
Tq coz sudi bertandang, tiada ape2 sgtpon untuk dijamu, moga kita dapat sama2 berukuhuwah dan saling ingat mengingati. =)

Faiz Faiza said...

next trip k bkt tggi jd ke ni?bila?

Mas said...

Next trip ke bkt tinggi terpaksa ditunda atas sbb nak meraikan hari bhgia sepupu kami yg akn bertunang pada mggu tersebut. Tarikh baru takde lg, nnti akn dibincangkan...

paracetamol said...

kak mas..kak faiz..tgk la blog nor..nor da update da..hehe

http://sarhanahrosli.blogspot

Mas said...

akhirnyer...!!

paracetamol said...

nape pg x ajk nor...huwaa....ni nak majuk ni

paracetamol said...

owh..along da cekap driving la..pewitttt

Mas said...

Nur - awk jgn taktau, along dh drive smpai ke PD, pejam mata jer,hehe..tak jadikla trip tu, nnti kalo kami plan lg, kami bgtau yer, tp kami akan pilih masa awk xmla..(haha, mmg tak ikhlas nk ajk)