Monday, May 4, 2009

Isnin Pertama May 2009..


Hari ini makan tengahariku dibelanja oleh kak Emy, bersama2 kak Sarah dan Kak Yati, di Restoran Anis Putri, Pantai Dalam. Restoran ini terkenal dengan lauk gulai kawahnya dan juga siput sedut. Kami dijamu dengan ikan keli, kembung and parang bakar, juga ulam-ulaman pengawet muda dan tidak ketinggalan gulai kawah daging bersama nangka,memang meletupla.

Rasa dan keenakannya sungguh sedap hingga habis sepinggan nasi dan lauk2 diratah semuanya. Terima kasih pada kak Emy, moga murah rezeki yang diberkati, dan moga kita semua lebih dekat denganNya.

Petang ini, akan bermulalah sesi pengajaran dan pembelajaran subjek Financial Accounting 3, selama lebih kurang 3 bulan semester pendek bermula 27 April hingga 24 Julai 2009. Student dengar katanya ada 30 orang lebih. Satu cabaran bagiku kerana subjek ini sangat banyak pengiraan, dan harap2nya anak2 muridku sudah bersedia untuk menerima ilmu2 baru dan sudi bersama2 berkongsi cara dan rasa. Rasa nervous juga walaupun ini kali kedua aku bergelar lecturer part time di MMC(Multimedia Kolej. Kelasku bakal berlangsung setiap petang Isnin dan Khamis, selama 2 jam selepas waktu pejabat. Belajar di waktu petang ini, memang sesuailah jika subjek pengiraan, rather than theory.

Semoga aku dapat terus memberi dan memberi, moga Allah mudahkan urusan ini, dan sentiasa dalam petunjukNya...Mudahkanlah Ya Allah!

No comments: