Wednesday, October 28, 2009

Setenang Kak Khadijah...


Malam semalam selepas solat maghrib, aku, Rena, Ummu dan Ain, juga Hana dan ibunya bersiap2 untuk ke berziarah ke rumah kak Dijah, bekas teman serumah, yang baru kehilangan puteri sulung tersayang 22 Oktober 09 lepas. Pemergian anak kesayangan yang baru berusia 3 bulan itu begitu menyedihkan dan kami hanya berkesempatan untuk melawatnya malam tadi. Hati ku begitu beria hendak menjenguk keadaan kak Dijah yang memang terkenal tenang dan sentiasa cool itu, lebih2 lagi setelah membaca luahan rasa di blognya. Aku yakin kak Dijah dan suaminya dapat menghadapi berita sedih itu dengan tenang dan redha.

Kak Dijah menyambut kami dengan senyuman dan wajah ketenangan. Dia sempat menggoreng nasi untuk santapan kami malam itu. Ketiadaan Ustaz Dhan kerana ke meeting malam itu menyebabkan kami terbawa2 perangai ketika di AZ. Kami berbual mesra, maklumlah sudah lama tidak berjumpa, tanpa menyentuh tentang kejadian itu. Kami malas hendak menambahkan sendu K Djah, cukuplah membaca kisah di blognya, dan melihatnya yang masih boleh tersenyum dalam ketenangan, kami juga seolah2 terasa damai itu. Benarlah, janji Allah pada hamba2Nya yang berjaya menghadapi dugaan Nya, pasti Dia akn mencampakkan benih2 ketenangan pada mereka.

Melihat ketabahan kak Dijah dan suaminya, aku terasa amat kecil dan terasa dugaan yang Allah berikan padaku ini, tidaklah sebesar mana jika dibandingkan dengan mereka. Aku mula sedar yang cinta dan kasih sayang Allah itu pasti masih ada bagi hamba2nya, dan yang paling sabar pastilah yang akan lebih menghargai saat2 tiba waktunya itu.

Ya Allah, jadikanlah aku setenang dan sekuat kakakku ini....

4 comments:

Nida n' Hanafi said...

Saya pernah mendengar kisah seorang bapa yang putus kakinya dan kehilangan 5 daripada 7 orang anak2nya, namun beliau tetap tabah dan mampu tersenyum melayan pengunjung yang datang berziarah...

Apabila ditanya mengenai tragedi yang berlaku,beliau menjawab bahawa nyawa adalah pinjaman, dan Allah meminta balik apa yg dipinjamkan dan mengapa perlu bersedih atas apa yg Allah ambil balik sedangkan banyak lagi nikmat yang Allah berikan yang kita tidak nampak dan bersyukur.

Katanya lagi, Allah hanya mengambil sepasang kakiku sedangkan banyak lagi pancaindera yg lain yang Allah berikan, dan Allah hanya mengambil 5 anak2ku sedangkan Allah masih tinggalkan dua orang lagi untukku didik dan asuh...

Semoga kita semua setabah seperti orang itu... redha atas apa yang berlaku...

Mas said...

Ya Allah, janganlah Kau uji kami dengan ape yg kami tidak mampu menanggungnya...

paracetamol said...

kak mas.....
sob..sob....sedih lagi.

Mas said...

Nur, ada masa gi la melawat k Dijah, dia msti lagi suka kalau adik2 comel dia dtg,hehe...