Sedap pula lagu ni, layan...
Lirik Lagu Sheila On 7 – Hari Bersamanya
Hari telah terganti
Tak bisa ku hindari
Tibalah saat ini bertemu dengannya
Jantungku berdegup cepat
Kaki bergetar hebat
Akankah aku ulangi merusak harinya
[*]Mohon Tuhan Untuk kali ini saja
Beri aku kekuatan ‘tuk menatap matanya
[**]Mohon TuhanUntuk kali ini saja
Lancarkanlah hari
Hariku bersamanya
Kau tahu betapa akuLemah dihadapannya
Kau tahu berapa lama
Aku mendambakannya
Tuhan tolonglah (beri kesempatan)
Hariku bersamanya
Tuhan tolonglah
Hari bersamanya
Thursday, November 25, 2010
Friday, November 12, 2010
Kelebihan bulan Zulhijjah
Semalam dalam kuliah Zohor di Surau Menara TM, Ustazah Mariam menyarankan pada kami semua agar berpuasa pada hari Isnin (15 Nov), seboleh2nya, tekadkan azam untuk puasa, sebab terlalu besar kelebihan yang Allah janjikan pada hari itu. Bertepatan dengan hari Wuquf di Arafah bagi yang menunaikan haji, waktu selepas asar di ambang Maghrib adalah waktu di mana Allah membuka pintu langitNya dan mendengar juga memakbulkan doa2 hambaNya, yang hendak bertaubat dan meminta.
Sabda Nabi s.a.w “ Tidak ada hari-hari yang lebih baik di sisi Allah untuk dilakukan amalan kebaikan yang selain sepuluh hari terawal dalam bulan Zulhijjah “ para sahabat bertanya adakah jihad fisabilillah ( didalam hari yang selain sepuluh terawal dzulhijah ) tidak boleh menandingi amalan ( selain daripada jihad ) yang dilakukan pada hari sepuluh terawal tersebut.” Nabi bersabda” jihad pun tidak boleh menandingi melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad dengan jiwa dan hartanya kemudian tidak pulang dengan keduanya”. (Hr Bukhari)
Daripada Ibnu Abbas telah berkata : Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Tiada daripada hari-hari yang begitu lebih di sisi Allah dan tiada amalan padanya lebih disukai kepada Allah daripada hari-hari sepuluh ini (1 - 10 Zulhijjah). Maka perbanyakkanlah padanya daripada tahlil, takbir maka sesungguhnya ia merupakan hari-hari tahlil, bertakbir dan berzikir kepada Allah. Dan puasa sehari daripadanya menyamai puasa setahun dan beramal padanya digandakan 700 kali ganda. (HR Al-Baihaqi)
So, jom kita sama2 rebut peluang keemasan ini, moga2 Allah menerima amalan kita yang tak seberapa ini. InsyaAllah

Thursday, September 30, 2010
Blog vs Facebook
Uhuk....uhuk...huhu, terbatuk2 plak, yela dah lama sangat tak update my lonely blog ni, terasa semakin malas pula, mungkin sebab dah ada akaun dalam laman sesawang sosial yg terkenal dan sangat interaktif, iaitu tak lain tak bukan , facebook (FB) la. Walaupun byk pro dan contranya yang sibuk dibahaskan di mana2, namun ikut kebijaksanaan sendirilah , eh bukan, ikut keimanan lah untuk menilai dan membawa FB ke arah kebaikan dan kesejahteraan.
Antara blog dan FB, masing2 ada kelebihan dan kekurangan, bergantung pada kecenderungan dan kreativiti individu tertentu. Di blog, kita boleh mengomel macam2, disertakan dengan gambar dan video sebagai penyeri dan penambah perisa satu2 cerita itu. Di FB pula, kita boleh shout kan sesuatu, tapi pada limit tertentu. Gambar dan video pula diletakkan berasingan, namun masih boleh juga menyertakan dengan keterangan dan kawan2 lain boleh komen bersama ramai2, malah boleh berkongsi sama dengan men tagged kan saja.
Namun sekarang, aku lebih selesa berkongsi rasa dan masa di FB berbanding di blog. Mungkin kerana aku segan (baca :malas) hendak mengarang dan membuat ayat panjang2 di blog. Rasa lebih ringkas dan selesa mengutarakan pendpaat di FB berbanding blog.Tapi tidak kunafikan, menulis di blog sekali sekala akan mendatangkan 1001 rasa istimewa juga dalam diriku ini.
Apepon , tidak kiralah samada blog atau FB, marilah sama2 kita gunakan wadah teknologi ini untuk menyebarkan yang baik2 dan untuk saling ingat mengingati antara kearah kebaikan dan kesabaran. Moga2 wadah2 ini tidak akan menyusahkan kita di akhirat kelak.
Salam lebaran, moga2 kita dapat istiqamah menjalani 11 bulan nanti dengan kesan didikan semasa bulan Ramadhan Kareem yg lalu. Maaf atas salah silap, ada rezeki lebih bolehlah jemput saya ke rumah terbuka kawan2. =)
ps: tak sabar nak ke showcase Maher Zain 14 Oktober nanti, oh!

Tuesday, August 3, 2010
Semoga sempat sampai...
Semoga sempat sampai Ramadhan kali ini...
Seronoknya menunggu saat2 tibanya Ramadhan ini, moga2 sempat hambaMu ini sampai dan dapat melaksanakan ibadah sebaiknya di bulan mulia Mu ini, Ya Allah....
Rindu pada Ramadan semakin membara, semoga diberi kesempatan lagi untuk menikmati RamadhanMu Ya Allah....
Allahumma Balighna Ramadhan...

Monday, July 5, 2010
50 Ships from around the world will set sail to Gaza soon
Berita dari http://www.paltelegraph.com/

Gaza, July 3, (Pal Telegraph) The coordinator of the national initiative to break the siege on the Gaza Strip in Damascus, Maan Bashour, , revealed an overall processing of a fleet of at least 40 to 50 ships in the continents of Europe, Asia, Africa, America and Australia to go to the Gaza Strip in a huge attempt to break the siege.
Quoting the Syrian news agency "SANA" today, Bashour said in a speech in the Lebanese Tripoli, that the processing of the fleet is being held, despite some difficulties and obstacles.
Bashour called Arab and Islamic governments to embrace the idea of opening all the ports of Arab and Islamic countries to launch their ships to break the siege on Gaza.
P/S : Aku berharap moga2 suatu hari nanti aku dapat sama2 menyertai misi keamanan membebaskan Al Aqsa ini, walaupun sedar tiada kelayakan dan kepakaran untuk diberikan, setakat semangat dan rasa benci yang tinggi pada keganasan Israel laknatullah itu. Dan moga2 jika aku tidak sempat menyertainya, akan ada generasi yang ku tinggalkan menyambung cita2 ini...Ameen...

Monday, June 21, 2010
Sehari di Puncak Gunung Ledang
Khamis, 21 Jun 2010 yang lalu, aku dan geng ( kali ini geng adalah abang, akak dan anak2 sedara ye) telah berjaya menjejaki puncak gunung ledang buat kali ketiga bagi aku. Untuk pengetahuan, ketinggian gunung ledang adalah 1276 meter, dan boleh didaki menggunakan tenaga 4 kerat ataupun menaiki kenderaan masing2, motor pon lepas juga. Elok juga acara ini menjadi acara tahunan keluarga haji Abu kerana walaupun bukan kali pertama sampai di sana, namun kadar 'kejakunan' para peserta konvoi masih di tahap yang agak tinggi. Kami bertolak dengan 3 MPV bermuatan berat, Grand Livina Bang Zan, Avanza Bang Samsul dan Unser Hitam Kak Lah seawal jam 11 pagi walaupun jadual asal adalah pukul 9.30 pagi. Alasan kelewatan biasanya adalah kerana pihak penganjur cum sponsor utama konvoi (ala2 Freedom Flotilla plak, terpengaruh betul) tak perasan bunyi kuat jam pagi tersebut, penat bertahajud barangkali (sangka baik!).
Aku bersama Kak Jun, Bang Samsul, Haziq, Jia, Iman dan CT bersama2 di dalam avanza hijau muda manakala Bang Zan, Kak Hanita, Amel, Atiqa, Syikin, Abid dan Amar (titi tak ate,weng) dalam kereta Grand Livina. Kak Lah, Bang Satar, Aimin, Adam, Qimi dan Yamah bertolak selepas Zohor lantaran ada tugasan yang perlu disegerakan.
Kami tiba di Port pertama Puncak Gunung Ledang dan wajib mendaftarkan diri dan seorang renjer mesti mengiringi perjalanan kami. Ini untuk keselamatan dan mengelakkan perkara2 yang tidak sepatutnya berlaku. Encik (adik) Amin si renjer yang sporting memandu perjalanan kami waktu itu. Setelah bergambar ala kadar dan turun merasakan kesejukan air empangan yang dibuka kali ini, kami meneruskan perjalanan ke puncak. Perjalanan mengambil masa lebih kurang setengah jam dan kami menikmati kesejukan angin semulajadi dari dalam kereta tanpa perlu tenaga air-cond, so cool.
Setibanya di tempat air tadahan semulajadi dari gunung, kami berhenti untuk menikmati kesejukan dan kemeriahan air di situ. Tidak sabar2 anak2 sedara yang memang sudah standby untuk mandi itu bermain air. Terasa macam hendak terjun dalam kolah yang disediakan saja, namun perasaan itu terpaksa ditahankan lantaran desakan perut yang lebih kuat berbunyi minta diisi, maklumlah, lunch time already.
Selepas menikmati nasi goreng yang sedap berserta sardin dan keropok yang disediakan oleh Kak Jun dan Kak Hanita, anak2 sedara ku semua bergegas turun semula ke tempat air sejuk itu dan memulakan acara mandi manda dengan gembira dan bising sekali. Nasib baik air sejuk itu terletak di sebelah jalan utama, kalau tidak, pasti makciknya yang ayu ini dah join sekali. Walaupun tidak ramai yang lalu lalang di situ, namun sesekali akan ternampaklah kelibat lori TM, TNB dan tentera melalui jalan itu menuju ke tempat mereka di puncak gunung. Terasa segan pula jika mereka ternampak kelibat manusia yang sudah mencapai tahap baligh ini bermandi manda di situ pula.
Acara mandi manda diteruskan lagi walaupun setelah selesai solat Zohor dan Asar. Walaupun sudah biru putih pucat muka2 dan jari2 mereka, namun keasyikan air sejuk itu tidak membantutkan semangat mereka untuk mandi dan terus mandi. Menjelang petang, kami ronda2 ke gua2 yang terletak atas sedikit dari kawasan perkhemahan kami dan memaksa kami yang terlebih 'fit' ini untuk mendaki dengan cekal dan tabah. Semangat si 'comel' Haziq sangat mengujakan kerana berjaya juga sampai di gua2 tersebut, walaupun pada mulanya dia sudah berputus asa dan hendak perpatah balik! Terima kasih pada si Amin renjer yang ramah dan sanggup melayan kerenah kami yang pelbagai itu. Hussh...
Selalunya akan ada ramai juga orang2 awam yang akan berkhemah di puncak gunung itu, namun lantaran kami pergi pada hari khamis yang bukan public holiday, makanya kami sajalah yang mengconquer puncak gunung tersebut. Pemandangan dari atas gunung sangat mengujakan dan cantik. Kita boleh nampak Sagil , Tangkak dan Bukit Gambir juga dari atas sana.
Kami bertolak pulang selepas solat Maghrib lantaran permintaan ramai yang hendak melihat lampu2 berkerlipan dari bawah bukit. Konvoi ditutup dengan acara makan malam beramai2 di Warong Rahmat Tomyan dibelanja oleh Bang Zan selaku Pengerusi KEJORA. Terima kasih ye, moga2 terus dimurahkan rezeki. Pelbagai aksi dan gaya sepanjang berada di puncak gunung sempat kami rakamkan untuk kenangan2, namun lantaran kesilapan teknikal, semua gambar dari kamera utama habis terdelete dan adalah saki baki gambar melalui handphone yang sangat sedikit. Terasa sedikit terkilan, namun itu semua bukanlah penting sangat. Kenangan tetap terpahat indah dalam memori kami dan tiada siapa boleh memusnahkannya. Dan mungkin itu petanda konvoi seterusnya akan diadakan lagi.

Jalan masuk ke gunung.

Laluan tar ke atas gunung, tapi ada juga jalan yang berlubang2.

Pemandangan empangan dibuka di Port pendaftaran
Sebahagian gambar ihsan blog ini.
Tuesday, June 8, 2010
Jangan ketinggalan program bersama sukarelawan Gaza - 09062010

8.45 – 9.00 mlm Ucapan pembukaan: Pengerusi Majlis
9.00 – 9.15 mlm Viva Palestine
9.15 – 9.30 mlm PACE
9.30 – 9.45 mlm Haluan Palestin
9.45 – 10.00 mlm Nasyid and Multimedia
10.00 – 10.15 mlm Christian Society
10.15 – 10.30 mlm Shah Alam Parliamentarian
10.30 – 10.45 mlm Global Peace Malaysia
10.45 – 11.15 mlm Personal Testimony
11.15 – 11.30 mlm Nasyid & Closing
Program sepanjang Ceramah : • Kaunter
• Edaran
• Tapak Jualan
Masuk PERCUMA. Jom...Sumber : Palestinkini
Subscribe to:
Posts (Atom)