Thursday, September 30, 2010

Blog vs Facebook

Uhuk....uhuk...huhu, terbatuk2 plak, yela dah lama sangat tak update my lonely blog ni, terasa semakin malas pula, mungkin sebab dah ada akaun dalam laman sesawang sosial yg terkenal dan sangat interaktif, iaitu tak lain tak bukan , facebook (FB) la. Walaupun byk pro dan contranya yang sibuk dibahaskan di mana2, namun ikut kebijaksanaan sendirilah , eh bukan, ikut keimanan lah untuk menilai dan membawa FB ke arah kebaikan dan kesejahteraan.

Antara blog dan FB, masing2 ada kelebihan dan kekurangan, bergantung pada kecenderungan dan kreativiti individu tertentu. Di blog, kita boleh mengomel macam2, disertakan dengan gambar dan video sebagai penyeri dan penambah perisa satu2 cerita itu. Di FB pula, kita boleh shout kan sesuatu, tapi pada limit tertentu. Gambar dan video pula diletakkan berasingan, namun masih boleh juga menyertakan dengan keterangan dan kawan2 lain boleh komen bersama ramai2, malah boleh berkongsi sama dengan men tagged kan saja.

Namun sekarang, aku lebih selesa berkongsi rasa dan masa di FB berbanding di blog. Mungkin kerana aku segan (baca :malas) hendak mengarang dan membuat ayat panjang2 di blog. Rasa lebih ringkas dan selesa mengutarakan pendpaat di FB berbanding blog.Tapi tidak kunafikan, menulis di blog sekali sekala akan mendatangkan 1001 rasa istimewa juga dalam diriku ini.

Apepon , tidak kiralah samada blog atau FB, marilah sama2 kita gunakan wadah teknologi ini untuk menyebarkan yang baik2 dan untuk saling ingat mengingati antara kearah kebaikan dan kesabaran. Moga2 wadah2 ini tidak akan menyusahkan kita di akhirat kelak.

Salam lebaran, moga2 kita dapat istiqamah menjalani 11 bulan nanti dengan kesan didikan semasa bulan Ramadhan Kareem yg lalu. Maaf atas salah silap, ada rezeki lebih bolehlah jemput saya ke rumah terbuka kawan2. =)


ps: tak sabar nak ke showcase Maher Zain 14 Oktober nanti, oh!

No comments: