Monday, June 21, 2010

Sehari di Puncak Gunung Ledang

Khamis, 21 Jun 2010 yang lalu, aku dan geng ( kali ini geng adalah abang, akak dan anak2 sedara ye) telah berjaya menjejaki puncak gunung ledang buat kali ketiga bagi aku. Untuk pengetahuan, ketinggian gunung ledang adalah 1276 meter, dan boleh didaki menggunakan tenaga 4 kerat ataupun menaiki kenderaan masing2, motor pon lepas juga. Elok juga acara ini menjadi acara tahunan keluarga haji Abu kerana walaupun bukan kali pertama sampai di sana, namun kadar 'kejakunan' para peserta konvoi masih di tahap yang agak tinggi. Kami bertolak dengan 3 MPV bermuatan berat, Grand Livina Bang Zan, Avanza Bang Samsul dan Unser Hitam Kak Lah seawal jam 11 pagi walaupun jadual asal adalah pukul 9.30 pagi. Alasan kelewatan biasanya adalah kerana pihak penganjur cum sponsor utama konvoi (ala2 Freedom Flotilla plak, terpengaruh betul) tak perasan bunyi kuat jam pagi tersebut, penat bertahajud barangkali (sangka baik!).

Aku bersama Kak Jun, Bang Samsul, Haziq, Jia, Iman dan CT bersama2 di dalam avanza hijau muda manakala Bang Zan, Kak Hanita, Amel, Atiqa, Syikin, Abid dan Amar (titi tak ate,weng) dalam kereta Grand Livina. Kak Lah, Bang Satar, Aimin, Adam, Qimi dan Yamah bertolak selepas Zohor lantaran ada tugasan yang perlu disegerakan.

Kami tiba di Port pertama Puncak Gunung Ledang dan wajib mendaftarkan diri dan seorang renjer mesti mengiringi perjalanan kami. Ini untuk keselamatan dan mengelakkan perkara2 yang tidak sepatutnya berlaku. Encik (adik) Amin si renjer yang sporting memandu perjalanan kami waktu itu. Setelah bergambar ala kadar dan turun merasakan kesejukan air empangan yang dibuka kali ini, kami meneruskan perjalanan ke puncak. Perjalanan mengambil masa lebih kurang setengah jam dan kami menikmati kesejukan angin semulajadi dari dalam kereta tanpa perlu tenaga air-cond, so cool.

Setibanya di tempat air tadahan semulajadi dari gunung, kami berhenti untuk menikmati kesejukan dan kemeriahan air di situ. Tidak sabar2 anak2 sedara yang memang sudah standby untuk mandi itu bermain air. Terasa macam hendak terjun dalam kolah yang disediakan saja, namun perasaan itu terpaksa ditahankan lantaran desakan perut yang lebih kuat berbunyi minta diisi, maklumlah, lunch time already.

Selepas menikmati nasi goreng yang sedap berserta sardin dan keropok yang disediakan oleh Kak Jun dan Kak Hanita, anak2 sedara ku semua bergegas turun semula ke tempat air sejuk itu dan memulakan acara mandi manda dengan gembira dan bising sekali. Nasib baik air sejuk itu terletak di sebelah jalan utama, kalau tidak, pasti makciknya yang ayu ini dah join sekali. Walaupun tidak ramai yang lalu lalang di situ, namun sesekali akan ternampaklah kelibat lori TM, TNB dan tentera melalui jalan itu menuju ke tempat mereka di puncak gunung. Terasa segan pula jika mereka ternampak kelibat manusia yang sudah mencapai tahap baligh ini bermandi manda di situ pula.

Acara mandi manda diteruskan lagi walaupun setelah selesai solat Zohor dan Asar. Walaupun sudah biru putih pucat muka2 dan jari2 mereka, namun keasyikan air sejuk itu tidak membantutkan semangat mereka untuk mandi dan terus mandi. Menjelang petang, kami ronda2 ke gua2 yang terletak atas sedikit dari kawasan perkhemahan kami dan memaksa kami yang terlebih 'fit' ini untuk mendaki dengan cekal dan tabah. Semangat si 'comel' Haziq sangat mengujakan kerana berjaya juga sampai di gua2 tersebut, walaupun pada mulanya dia sudah berputus asa dan hendak perpatah balik! Terima kasih pada si Amin renjer yang ramah dan sanggup melayan kerenah kami yang pelbagai itu. Hussh...

Selalunya akan ada ramai juga orang2 awam yang akan berkhemah di puncak gunung itu, namun lantaran kami pergi pada hari khamis yang bukan public holiday, makanya kami sajalah yang mengconquer puncak gunung tersebut. Pemandangan dari atas gunung sangat mengujakan dan cantik. Kita boleh nampak Sagil , Tangkak dan Bukit Gambir juga dari atas sana.

Kami bertolak pulang selepas solat Maghrib lantaran permintaan ramai yang hendak melihat lampu2 berkerlipan dari bawah bukit. Konvoi ditutup dengan acara makan malam beramai2 di Warong Rahmat Tomyan dibelanja oleh Bang Zan selaku Pengerusi KEJORA. Terima kasih ye, moga2 terus dimurahkan rezeki. Pelbagai aksi dan gaya sepanjang berada di puncak gunung sempat kami rakamkan untuk kenangan2, namun lantaran kesilapan teknikal, semua gambar dari kamera utama habis terdelete dan adalah saki baki gambar melalui handphone yang sangat sedikit. Terasa sedikit terkilan, namun itu semua bukanlah penting sangat. Kenangan tetap terpahat indah dalam memori kami dan tiada siapa boleh memusnahkannya. Dan mungkin itu petanda konvoi seterusnya akan diadakan lagi.
Jalan masuk ke gunung.
Laluan tar ke atas gunung, tapi ada juga jalan yang berlubang2.
Pemandangan empangan dibuka di Port pendaftaran
CT berposing bersama salah satu jenis pokok yang tumbuh di atas gunung.
Sebahagian gambar ihsan blog ini.

2 comments:

ieja_abu said...

huahuahua.sian takde gmbr.tu ah.sape soh g di waktu2 weekdays!tak logik

Mas said...

nape plak x logik? weekdays la best tak rame org