Wednesday, March 16, 2011

Terapi Air

Pagi tadi dlm perjalanan ke pejabat, sempat mendengar program Motivasi Pagi di radio informatif IKIMfm. Tips hari ini berkenaan terapi air. Air adalah sesuatu yang sangat berguna pada manusia, namun mungkin kerana senang didapati, maka air tidaklah begitu dihargai dan digunakan fungsinya hingga ke tahap maksimum.

Terapi air adalah salah satu cara untuk menstabilkan emosi dan kesihatan diri jika diamalkan berterusan dan dengan keyakinan bahawa semuanya berlaku dgn Izin Allah.

Cara- caranya :
Sebelum tidur, ambil segelas air, mengucap 2 kalimah syahadah, selawat 3x, then bercakaplah dgn air itu, perkara2 yang posotif saja, sbb air ada byk molekul2 yang baik2, dan insyaAllah, ia akan berfungsi seperti yg kita cakapkan.

Antara perkara2 yang kita boleh cakapkan:
~Wahai air, perut aku ni sakit, ko tolongla adjust2 mana2 yg patut, supaya senang aku nak 'melabur'
~Oh air, nnti ko masuk dlm badan aku ni, ko tolongla tgk2 mana2 tmpt yg bermasalah, ko tolonglah baikkan semula
~etc2

dan diakhiri dengan dengan izin Allah...

pastu minumlah air itu separuh gelas, dan tidur..

Then esok pagi bangun dan minum selebihnya, amalkan selalu, insyaAllah, kita akan mendapat minda positif akan memudahkan urusan kita mendapat kejayaan, kekayaan dan seterusnya ketenangan.

Mengikut kata ustaz (tak tahu nama) program itu, ada seorang clientnya yang sudah bercerai dengan pasangannya, namun masih tidak dapat melupakan pasangannya itu. Lalu dicuba kaedah ini, 3 hari sahaja dia sudah kembali positif dan ceria..dan lagi, orang Cina kan selalu bekalkan anak2 mereka dengan sebotol air ke sekolah, bukan setakat untuk diminum biasa, tetapi aura nasihat2 dan semangat yg cikgu2 lontarkan dalam kelas itu boleh memberikan tenaga positif pada air dlm bekal itu.

Cubalah buat selalu, sebab semua kejadian yg Allah ciptakan itu, pasti ada penawar utk sesuatu, dan bukanlah diciptakan utk sia2. Dan kita manusia juga bukanlah diciptakan utk bermain2 dan sia2 malah utk beribadah dan menjadi khalifah dibumiNya.

Selamat mencuba...

PS: Pagi tadi mas dah try utk air kopi, pesan supaya cergas dan produktif buat kerja...Alhmadulillah, smpai lunch hour ni masih cergas lg. Boleh dipraktikkan. wink

3 comments:

Anonymous said...

menarik. boleh cuba lepas ni.

ieja_abu said...

nak share info,thanks

Mas said...

silakan....