- Hari Jumaat sering disalah anggap sbgai hari kegembiraan kerana esoknya dah mula cuti, instead of kita ambil hari Jummat itu sebagai Penghulu segala hari dimana Allah menjanjikan 1001 rahmat pada hari tersebut.
- Orang lelaki akan menunaikan solat Jumaat, namun dalam keadaan yg tidak bersedia mental fizikal - dimana masjid menjadi tempat ber'mesyuarat', bahkan semasa berwuduk juga tidak habis borak2 kosong itu!Huh...
- SOLAT pula adalah perkara yang terbaik Allah turunkan pada manusia, mempunyai 1001 kenamisan dan penawar, namun lantaran kedangkalan fikiran manusia itu sendiri, maka solat hanya sekadar ruku' sujud, tanpa memberi apa2 kesan mental dan fizikal.
- Bermula dari wuduk yang sempurna, wuduk bererti membasuh dengan mengurut dengan air anggota2 wuduk dengan tertib, bukan hanya melalukan air saja. Wuduk juga hidroterapi terbaik. Mula2 kita membuka air dengan sekadarnya, dan jangan membazir, lalu meratakan air diseluruh anggota wuduk.
- Kemudian, jangan berlari2, berjalan dengan tenang ke tempat solat, lalu tarik nafas 3x, baru angkat takbir untuk menunaikan solat. Selepas Alfatihah, tarik nafas 3 kali baru mula membaca surah, dan diikuti dengan menarik nafas 3x lagi. Begitulah seterusnya sentiasa membezakan antara rukun2 solat dengan tarikan nafas.
- Jangan solat dalam keadaan penat dan termengah2 kerana pada masa itu, kita berada dalam gelombang betha (negatif), maka akan sia2 saja solat itu.
- Solat yang sempurna akan membawa kita pada gelombang deep tetha (tenang dan positif) dan akan merangsang hormon2 utk pulih semula secara semulajadi dan akan membekalkan kebijaksanaan yang tiada bertepi. Inilah rahsia solat Rasulullah dan para sahabat yang tidak sedar ditusuk dengan pedang skalipun ketika melakukan solat.
- Solatlah dalam keadaan tenang dan tertib, cubalah tips tarikan nafas itu (itu adalah toma'ninah sebenarnya), dan moga selepas ini solat2 kita akan mula termerasakan kemanisan solat itu dan menjadi terapi terindah selamanya.
- Ingatlah yang khusyuk itu boleh didapati, dan bukan tertentu pada orang2 terpilih saja. Teruskan meminta dan mohon pada Allah, dalam semua doa2 kita, moga Allah mengurniakan khusuk itu sebelum jasad ditimpa bumi.
Teruskan mencari cinta Allah, cinta hakiki, terindah, teragung.....Mujahadah itu mulanya BISA, lepas itu BIASA, dan akhirnya MANIS juga terasa...
PS : Lepas ni nak share tentang forum FEWWIT : Dimana DIA dihatiku pula ...
No comments:
Post a Comment