Monday, December 22, 2008

Batam..Here we COME! (Part 2)


Cuti raya Haji yang lepas dimanfaatkan sebaiknya dengan mengambil cuti rehat selama seminggu untuk bersantai-santai dan mermanja-manja dengan makabah di kampung. Banyak perkara yang dirancang termasuklah menyiapkan 2 set kertas soalan peperiksaan akhir untuk subjek Auditing.

Hari Raya Aidiladha disambut sederhana di kampungku lantaran hujan yang berterusan dari awal pagi hingga lewat petang menyebabkan mood untuk beraya menjunam dan lebih selesa melepak di rumah sahaja. Tetapi juadah hari raya seperti biasa telah berjaya disiapkan sehari awal dan kami meneruskan tradisi bertukar-tukar juadah raya antara jiran-jiran dan sanak saudara. Pelbagai makanan, rasa dan gaya diterima dan kami dengan penuh rasa kesyukuran menadah tangan kepada si Pemberi Rezeki , moga hidup kami lebih diberkati dan lebih dekat dengan Nya.

Hari khamis dan Jumaat 11-12 december 2008 melakar sejarah apabila Aku, Mak, Mus dan Bang Wan bertolak ke Batam untuk menjalankan misi jalan-jalan cari Makan,hehe. Kami bertolak dari Jeti Stualang Laut, JB pada jam 11.30 pagi dan sampai di sana setelah lebih kurang 2 jam perjalanan. Waktu di Indonesia kurang sejam daripada waktu di Malaysia.





Setibanya di sana, kami di jemput oleh Bibik yang bekerja dengan Bang Wan sebagai orang gaji yang bercuti selama 2 bulan. Kebetulannya dia orang Batam, dan tinggal bersama anaknya di Nagoya,salah sebuah daerah di Batam.

Sementelah bang Wan membeli kad sim indon (lupa namanya) kerana Celcom tiada line di sana, walaupun sudah diroaming, (akupun tak tahu kenapa), kami menaiki teksi ke banda Nagoya untuk Check in di Hotel Pagoda, sebuah hotel bertaraf 3 bintang dengan perbelanjaan 138,000Rupee satu malam untuk 1 bilik. Kami memilih untuk menyewa 2 bilik lantaran keluasan 1 bilik yang tidak memadai untuk 4 orang duduk.

Setelah berkemas-kemas dan solat jamak Zohor dan Asar, kami pon berjalan kaki ke kompleks membeli belah di hadapan hotel. Kedai makanan di sini banyak yang dipunyai oleh orang Cina ,tetapi tukang masak dan pekerjanya orang Jawa Islam, jadi kenalah rajin-rajin bertanya dan lebih berhati-hati. Kesimpulan saya tentang makanan di sini, tidaklah berapa sedap dan kedai-kedainya juga tidaklah terlalu bersih dan selesa. Antara makanan yang kami cuba adalah Bakso, Nasi Penyet (nasi ayam), satay Madura dan Rawon (nasi putih bersama sup daging).



Kami pon berjalan-jalan sekitar kompleks itu dan membeli barang-barang untuk ole-ole dan untuk diri sendiri. Aku membeli 3 helai baju blouse dan t-shirt kerana tertarik dengan rekaan yang menarik dan harga yang pastinya murah. :)

Petang itu, kami di bawa melawat ke jambatan yang menghubungkan antara Batam dengan pulau-pulau atau kawasan yang lain. Jambatan ala-ala Jambatan Pulau Pinang ini tidaklah terlalu panjang tetapi pemandangan dari atasnya memang memukau pandangan. Tetapi kami tidak lama di situ lantaran hujan yang mulai lebat mengkaburkan penglihatan. Setelah bergambar seadanya, kami bergerak ke kedai menjual kain batik sutera jawa.




Pada malam harinya, kami makan di kedai sebelah hotel bersama Bibik dan 2 anaknya yang datang meraikan kami bersama 2 orang cucunya. kami sungguh terharu lantaran kesudian mereka mencari masa untuk berjumpa kami walaupun telah penat bekerja di siang harinya. Setelah makan, kami bersama-sama emnuju ke gedung membeli belah yang sama untuk meneruskan operasi menghabiskan duit, hehe. Ibuku yang sakit kali pon lancar saja perjalanannya setelah sampai di kompleks itu. Teruja untuk membeli belah agaknya. :)

Setelah penat kami berjalan dan membeli dan setelah pengumuman akhir dari pihak gedung untuk menutup kedai dubuat, barulah kami semua beredar keluar. Walaupun banyak lagi ole-ole yang belum dijumpai, namun kami terpaksa juga pulang. Jam baru menunjukkan pukul 9.30 malam. Cepat juga mereka menutup premis ini. Di Malaysia, pastinya hendak sampai ke tengah malam baru tutup.

Pagi esoknya, setelah bersarapan di hotel, kami menuju ke Batam Shopping Centre di sebelah jeti Batam. Kami tersilap strategi dengan menjejakkan kaki ke sini lantaran standard pasarayanya seperti di KLCC atau Mid Valley di malaysia ini. Barang-barangya jauh lebih mahal dari di Malaysia sendiri. inilah wajah shopping complex itu...


Setelah puas hati segala keperluan sudah ditunaikan, kamipon berarak ke jeti Batam menanti feri untuk pulang ke Malaysia. Beg-beg yang dibawa bertambah menjadi berganda mujur ada 2 orang heroyang boleh tolong mengangkatnya. Pengalaman selama sehari di sana banyak mengajar kami dan yang penting merehatkan mindaku yang sedang serabut dilanda virus 'privacy'. Kenapalah wujud perkataan ini, menyiksa seluruh jiwa dan kesabaranku.

Moga ada kesempatan untukku dan keluargaku ke sana semula, aku pulang dengan membawa 100Rupee duit baki. Itu saja yang tertinggal di poketku. Dahsyat tak penangan Batam.. Jom ke sana...


4 comments:

unique1012 said...

Amboi bestnya berjalan!~ Shopping sakanla awak..

Anonymous said...

Hehe, biasala, cuti2 malaysia, nk ke MU xtaula bila nk smpai ,hehe

iejaabu said...

tak jeles pon!!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

aik..bunyik pon dh tau jeles..memang pasni kitorg plan nk gi lagi, tak nk bawak ko..haha