Tuesday, February 24, 2009

Kena TAG lagi, TAG GAMBAR pula!

Hehe, hari buka blog, dapat tag GAMBAR dari adik Bee (Bakal doktor dari UKM). So, kenala saya menyahut cabaran itu. Ini arahannya, sangat mudah tapi menarik;


Here's the instruction:

1. Go to your photos folder in your computer.
2. Go to the 6th folder of photos.
3. Go to the 6th picture in that folder.
4. Put the picture on your blog and describe about it.
5. Invite six friends to join the challenge.
6. Link them in your blog and let them know they have been challenged.
Inilah gambarnya,



Cuba teka gambar ape?inilah tiket flight ke Jeddah dari KLIA transit di Qatar menaiki Qatar Airways semasa saya dan keluarga menunaikan umrah dan ziarah tahun 2008 yang lalu. Gambar ini diambil menggunakan kamera handphone saya yang tak berapa nak canggih, sbb tu kabur jer. Tapi pengalaman yang dikutip berupa hadiah yang tidak ternilai dan boleh ditukar ganti dengan harta dunia seluruhnya. Terima Kasih pada makabah yang banyak berjasa!

Ok, sekarang kena pilih kawan-kawan lain untuk di tag, silakanlah..

1. Faiz Faiza (sebab dia ni hantu gambar, siap ada kamera canggih lagi, =))

2. Arelong Rebutia (seorang motivator ysng tersohor+agak 'comel')

3. Mana ( Kawan baik sejak sekolah rendah)

4. Kak Tipah (kawan se AZ dahulu, mom to be)

5. Muhammad (Volunteer Muslim Aid dan sangat berkaliber)
6. Nor UTP (sebab dia dah lama tak update blog!)
K, selamatlah, pagi2 ini, di kejutkan dengan kenaikan harga saham TM, so kamipon beramai2 pakat nak jual, tapi still pending...TUNGGU...

Tuesday, February 17, 2009

Kena TAG!

Bismillah..kali ke 2 di TAG, setelah Faeza teman serumah mengeTAG saya tahun lepas, tp tak sempat nk menjawabnya, dan tahun 2009 ini, kak Nabilah bekas Officemate TM pula mengeTAG saya, so saya combinekan jawapan-jawapan untuk TAG Faeza dan kak Nabilah, harap kita mendapat sesuatu.

Pertama : Copy badge "2008 cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkn di blog anda


TQ my dear Kak Nabilah and Faeza.

Kedua: Link dan ceritakan kembali siapa yang memberi award ini kpd anda.
Kak Nabilah, dulu keje TM, then dh berenti sbb ikut husband sambung Ph.D di Manchester. Baru bermula Sept 2008 and have another 4 years to go. Chayok2!! (Gambar=Yang duduk paling depan)



Faeza, seorang yg tabah, sedang menghabiskan masternya di HUKM, selalu balik umah lambat, and (keluar ke lab lambat gak), sbb nak tidurkan cacing2 dia dulu, hehe, jgn marah!






Ketiga: Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta /hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di tag).
1. Saya seorang yang pemalu tp comel (hehe!)
2. Sedang bekerja di TM, bahagian Finance, terikat selama 5 tahun dgn Yayasan TM, sedang mencari pekerjaan yang sesuai dgn diri.
3. Mengajar part time di Multimedia Kolej, seminggu 2 kali, dapatlah juga tajamkan minda, tambah2 pengalaman, kenalan, dan saving gaks!=)
4. Ape lagi yerk, hobi, tengok tv, cd, surf internet.
5. Ada kereta WIRA SE, beli dari tahun 2007 lagi.
6. Anak ke 7 dari 9 adik beradik, asal Muar, Johor. Berharap dapat kerja di Muar, dkt dengan makabah,huhu.
7. Suka business, tp taklah pandai sangat, kalau ada peluang dan ruang, pasti takkan lepaskan.
8. Suka masak gak, tapi kena ada faktor penggerak, =)
9. Pernah belajar berenang tahun lepas, tapi tak khatam lagi, tahap terapung saja, tapi still dapat sijil gak, bangga tu!
10. Lastly, berharap dapat teruskan perjuangan mencari Redha Allah di muka bumi ini, menanti penuh harap pada jawapan hahagia itu. =)
Ke Empat : Pilih 5 penerima award seterusnya dan nyatakan di blog anda.
1) Ummu Hani AZ
2) Abang Bob Rebutia
3) Kak Ila Qatar
4) Kak Raihan Rebutia
5) Kak Ieja TM

Kelima: Jgn lupe melawat blog kawan anda yg telah di tag dan nyatakan dia telah di tag.
Baik..!! Selamat menjawab tag, kawan2..

Friday, February 6, 2009

Lompat Si Katak Lompat

Lompat Si Katak Lompat
Lompat si katak lompat
Lompatlah tinggi-tinggi
Katak berkaki empat
Bertelur dalam perigi
Telur dilindung buih
Menetas jadi berudu
Berenang di dalam air
Ke hilir mencari ibu
c/o:
Berudu-berudu makin membesar
Tumbuh kaki belakang
Kaki depan keluar
Ekor panjang hilang
Berudu dah cukup sifat
Jejari mula melekat
Anak katak menjadi kuat
Ke darat terus melompat

Lompat Si Katak Lompat -versi tradisional
Lompat si katak lompat
Lompatlah tinggi-tinggi
Cepatlah adik cepat
Cepatlah bangun pagi-pagi
c/o:
Kalau adik malas lagi
Malas bangun pagi
La la la la la la la ( 2x)
Nanti kita rugi.



Lagu ihsan dari Cikgu Ani. Terima Kasih.



Ingatkan katak jer boleh lompat, tapi di zaman canggih ini, rupanya orang pon ada yang pandai melompat-lompat, dgn alasan, untuk kepentingan rakyatla kononnya..Sudahlah, masanya pasti akan tiba, yang HAK pasti akan bangkit, dan yang BATIL pasti akan jatuh jua.. What U give, u get back!



Geramnya aku dengan katak2 ni... Jaga2 katak, kalo ko jumpa pakcik ni, abih ko dikejekan. HAHA



Thursday, February 5, 2009

Jangan Main Mercun!

JANGAN MAIN MERCUN....JANGAN MAIN MERCUN...

Seru pihak berwajib menggunakan pembesar suara di kawasan rumah sewaku beberapa malam lepas. Kedegilan sikap jiran-jiran lain bangsa merayakan raya mereka, dengan dentuman mercun di tengah-tengah malam, sangatlah mengganggu ketenteraman awam. Jika waktu selepas Maghrib tu, bolehlah diterima lagi. Entah apa kepuasannya, hingga mengabaikan hati-hati penghuni yang lain. Senyap seketika kawasan rumah itu setelah mendengar seruan itu, tapi bertahan 5 minit sahaja, setelah itu, dentuman demi dentuman kedengaran lagi, malah lebih hangat dan dahsyat lagi.

Tidak dinafikan, aku memang gemar bermain so called mercun dan bunga api ini, semenjak kecil lagi, terutama bersama adik beradik meraikan Hari Raya Aidilfitri di kampung. Namun, kami hanya bermain sekejab di antara Maghrib Isyak, dan bersambung lagi malam esoknya. Memang sungguh tidak sesuai bermain terlalu lama sehingga mengganggu ketenangan warga yang lain. Berpada-padalah dalam membuat sesuatu perkara!

Gambar-gambar ini dipetik dari email yang aku dapat tentang the Biggest Fireworks in the History... Atlantis Hotel (Dubai) Opening.















Fikirlah sendiri, di saat sahabat saudara kita sedang dalam kesusahan di Semenanjung Gaza sana, kita bermewah-mewah dengan benda-benda ini. Apakah faedahnya? Ya, akan menerbitkan kegembiraan dan kekaguman di hati-hati yang melihatnya.Tapi, adakah akan lama bertahan? Manakah perkara yang lebih penting dan WAJIB didahulukan? Cuba bayangkan berapa banyak wang dapat disalurkan bagi membantu di Gaza menggunakan percikan-percikan api dan cahaya warna warni itu?Bak kata Nabil Juara Raja Lawak Musim ke 2 - Lu pk lah sendiri!
(Sigh!)

Monday, February 2, 2009

Motivasi bersama adik-adik ASDAF

Jumaat malam yang lepas, aku diajak Sang Ummu ke Asrama Darul Falah (ASDAF) di Bangsar. Kami bertolak dari AZ berempat bersama Faeza dan Nurul,sepupuku. Ustaz Zul mempelawa Ummu selaku wakil majalah Anis untuk bersama-sama hadir ke program bulanan ceramah motivasi interaktif yang akan disampaikan oleh ustaz Zul sendiri. Ceramah kali ini berkisah tentang Azam tahun baru dan Pengorbanan ibu dan ayah serta penjaga adik-adik ASDAF.

Kami disambut mesra oleh pengasuh-pengasuh ASDAF yang memang tidak pernah menolak sebarang lawatan dan bantuan dari individu atau organisasi di luar demi kelangsungan asihan dan kebaikan adik-adik di sana. Ummu bercadang memberikan novel-novel tulisannya dan ayahnya Hj Abu Hassan Morad, sementara Nurul sempat membeli gula-gula, biskut dan coklat sebagai tanda kenang-kenangan kami kepada adik-adik ASDAf di sana.

Program ceramah kali ini amat berbeza rentak dan caranya. Walaupun matlamatnya sama untuk memberi ilmu dan kesedaran kepada adik-adik peserta, namun kepakaran Ustaz Zul mempelbagaikan cara penyampaian menyebabkan peserta termasuk kami yang bersama-sama duduk di majlis itu terpesona dan terkesan dengan isi ynag hendak dismapaikan. Ucapan ringkas diselangi dengan slide show bersama grafik yang ceria dan pelbagai, memfokuskan mata dan hati peserta pada topik yang dibincangkan. Pemilihan topik yang terkini dan sesuai dengan tahap peserta dan releven untuk dibincangkan menjadi salah satu penyebab peserta untuk turut serta dalam setiap perbincangan yang diutarakan.

Kemahiran ustaz Zul mencampurkan aplikasi video, nasyid dan bunyi menyebabkan peserta gembira dan tidak bosan mengikuti ceramah hingga habis sesi. Di akhirnya, ustaz memberi sekeping kertas surat wasiat untuk adik-adik peserta isi dan kembalikan kepada ustaz sebagai rujukan tentang azam dan usaha yang akan dilakukan sempena tahun baru ini.

Selepas itu, kami bersama-sama bersalaman dengan adik peserta dan sesi penyerahan buku dan sedikit makanan ringanpon berlangsung. Terpancar keceriaan diraut wajah adik-adik mendapat buku dan makanan, cenderahati untuk malam itu. Selepas itu, kami bersama-sama menunaikan solat Isyak berjemaah di Surau ASDAF dan bersedia untuk pulang.

Namun, kepatuhan dan kesetiaan segelintir adik-adik yang menunggu di tangga surau untuk berbual dan berkongsi pandangan dengan kami menyebabkan kami melajakkan masa bersama sehingga hampir ke pukul 12 tengah malam. Mereka betul-betul menghargai kedatangan kami yang tidak seberapa ini. kami sempat merakam bacaan Surah Sajadah adik Syukur peserta Mari Mengaji bersama Ustaz Zamri dan belajar berbahasa orang asli dengan adik-adik di sana.

Banyak pengalaman dan ukhuwah yang kami dapat semalam di saan dan jutaan terima kasih pada Ustaz Zul kerana sudi menjemput kami ke sana. Kami bercadang untuk kembali lagi ke sana, sekadar menjenguk adik adik di sana bertanya khabar berita dan berkongsi cerita, InsyaAllah.

PS : Gambar dan sedutan kisah disana akan diupload, insyaAllah.

Friday, January 23, 2009

Jumaat yang MULIA..


Jumaat yang mulia, penghulu segala hari, adakah kita selalu memanfaatkannya? Kerana setiap minggu dia pasti datang, maka aku tidak begitu mengambil kisah tentang kebesaran, keagungan dan kelebihan yang Allah telah selitkan pada Jumaat yang mulia. Sebenarnya, setiap perbuatan dan amalan kita adalah dinilai secara istimewa di hari ini. Bolehlah mencari-cari informasi tentang kehebatan hari Jumaat agar kita dapat sama-sama manfaatkannya.

ALBAZZAR meriwayatkan bahawa Nabi biasa memotong kuku dan menggunting misai sebelum keluar untuk solat Jumaat.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Siapa yang membuka surah Ali Imran pada hari Jumaat maka akan didoakan oleh malaikat hingga malam.

"Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Siapa membaca pada pagi Jumaat sebelum sembahyang Subuh Astagh Firullahalladzi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilahi tiga kali, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di laut.

"Dari Abu Hurairah katanya, dia mendengar Nabi bersabda, "Janganlah kamu berpuasa pada hari Jumaat, melainkan bersama satu hari sebelumnya atau sesudahnya.

"Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajab; tiada seorang berdoa bertepatan dengan saat itu melainkan pasti doanya diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan atau memutuskan hubungan keluarga.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Siapa yang berwuduk sahaja untuk menghadiri solat Jumaat adalah sudah baik (memadai) tetapi siapa yang mandi maka adalah terlebih baik.

"Nabi Muhammad bersabda, " Sesungguhnya hari-hari yang utama bagi kamu iaitu hari Jumaat, maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku kerana bacaan selawatmu itu langsung disampaikan kepadaku (pada hari Jumaat)."

# Terima kasih pada blog ini.

Jumaat yang mulia, moga aku tidak terabaikannya lagi...

Tuesday, January 13, 2009

Badminton Super Series 1


"Cemanalah dia ni boleh dapat Datuk,kan?" Luah seorang penonton di belakang kami.

"Itukan isu lama, buat apa nak kecoh-kecoh lagi." Bisik aku pada Faeza.

Terbantut seketika mood aku untuk menyaksikan dengan tenang perlawanan secara langsung separuh akhir di antara Datuk Lee Chong Wei dengan Peter Gade dari Denmark di Stadium Bukit Jalil petang Sabtu lepas. Namun kegamatan sorakan penonton di dalam stadium itu untuk meraikan ketibaan dalam gelanggang pemain Badminton nombor satu negara itu menyebabkan tumpuanku kembali 100% pada gelanggang utama.

Kehebatan permainan yang ditunjukkan oleh kedua-dua pemain berpengalaman ini memang benar-benar membuatkan dada-dada kami sesak dan berdegup kencang dari biasa terutama tatkala mata-mata akhir dipungut. Bermain 3 set, Datuk tidak mengecewakan kerana berusaha sedaya upaya mematahkan pukulan lawan dan terus memungut mata untuk akhirnya layak bertanding di pentas akhir melawan pemain Korea Park Sung Hwan.

Bersukan memanglah salah satu daripada hobiku semenjak kecil lagi. Semasa di sekolah menengah dan rendah, juga di matrikulasi UIAM, dan setelah bekerja ini, aku aktif bermain bola jaring, bola tampar dan bola baling juga futsal. Namun kegemaranku adalah bola jaring, dan badminton bukanlah bidang sukan yang aku kuasai. Baru-baru ini aku menyertai kelas renang di Bangi dan walaupun belum berjaya untuk berenang sepenuhnya, beberapa teknik asas berenang sangat berguna bagiku. Atas kegilaan bersukan, aku pasti tidak akan melepaskan peluang untuk terlibat sama dalam apa-apa jenis sukanpun, sekadar untuk mengeluarkan peluh paling tidak.
Namun sekarang batasan masa memang benar-benar menjadikanku pasif dan aku rindu untuk bermain semula. Azam tahun baru ini antaranya adalah menyertai aerobik di Gym tempat kerjaku sekerap yang boleh dan sekali sekala turun untuk bersukan yang sebenar. Berjayakah?