Wednesday, April 28, 2010

Selamat kembali ke fitrah...


Undangan dari encik Jonet untuk bersama2 ke program dakwah pada 23 hingga 25 April 2010 ke kampung orang asli tidak aku lepaskan. Kali ini, sudah beberapa kali sebenarnya, lawatan giliran tiba ke Kampung Harong, Lipis, Pahang. Seperti biasa, kami akan berkumpul di ASDAF, Bangsar kira2 jam 11 malam (23.04.2010) sebelum bertolak secara konvoi ke Masjid Al Muhajirin Kg Sungai Koyan di Kuala Lipis untuk bermalam dan khidmat diri. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 2 jam itu diiringi dengan hujan selebat2nya, dan pastinya bersama hujan itu ada rahmat dari Ilahi.

Sampai di Kampung lebih kurang waktu tengahari, dan kami bersama2 bergotong royong menyiapkan masakan tengahari, mee goreng saja, itupun sudah terlalu disukai oleh orang kampung. Ditambah pula dengan air sirap ais (ais bawa dari Kuala Lipis), memang sangat berselera semua makan.

Seronok dapat menjamu mereka dengan air vitagen...
Selepas itu, acara makan2 dan solat Zohor, En Junet selaku ketua rombongan mengumumkan akan ada seorang asli akan bergelar saudara baru. Dia seorang lelaki buta berusia lingkungan 60++ tahun. Aku terasa sangat teruja dan bersyukur kerana bakal menyaksikan satu lagi pengagungan Syahadah bakal dilafazkan di bumi Harong yang jauh terperosok dari pembangunan itu.




Saudara baru bernama En Kitting, dan majlis bersejarah itu berlangsung di rumahnya. Beruntunglah beliau kerana sempat kembali ke fitrah sebelum ajalnya menjemput. Beliau seperti bayi yang baru dilahirkan, putih bersih. Beruntunglah ia, beruntunglah ia.



Moga2 aku juga yang lahir terus Islam ini akan mati juga dalam Islam dan redha Nya. Amin.


Lagi gambar2 kenangan di sini dan sini juga.

3 comments:

Zuraimah Ismail said...

menariknye mas...camne nak join ni...leh bawak anak2 sekali...
sambil berdakwah..sambil bawak anak jenjalan sekali..

Mas said...

Kak, insyaAllah, lain kali kalau ada program lagi,mas bgtalah, tp bdk2 yg sgt kecil mcm tak sesuai je, takut diorg tak selesa plak, kalau dalam 10 tahun plus2 should be ok la...

Anonymous said...

salam kak mas....waaaa pegi lagi ke kg tu....bestnyer...rindu kan mereka semuaa....kak kalau ade program lagi contact la kak ktrg nie tgh cuti skrg niee...bulan 6 batu start keje....em...

yati hukm