Friday, April 23, 2010

Sejuk perut mama...

Gambar ihsan sini.


Malam tadi lepas tengok cerita Musang Berjanggut, aku lepak2 lagi depan TV dengan Faiz, layan Wipeout di 8tv pula. Tapi macam bosan2 je, so teruslah capai telefon nak call my mom, rasanya dah seminggu tak dengar khabar. Satu deringan je terus mas angkat, mungkin mak memang tengah duduk kat tepi telefon masa tu kot ( I guess). Lepas borak2 ringan tanya khabar,
mak terus tanya," Rumah sewa ko ada tv x?".
Ha....ada, nape mak?
Kalo ada, tengokla tv9 sekarang, ada adik Muhammad yang hafiz AQ tu, dengan mak ayah dia, cerita cara nak didik anak.
Oooo...ok
Mm, bagitau Kak Yah dengan Kak Jun sekali, mak telefon tak dpt, mak nak tepon Bang Wan ni..
Oooo, baik...
Patutla cepat je angkat tepon, rupa2nya memang tengah excited tepon semua anak2 dia. Mak aku memang seorang yang sangat suka suruh semua anak2 dia tengok tv citer yang sama dengan yg dia tengah tengok (especially kalo siaran tu ceramah tentang bab makayah, atau cara didik anak, dan rancangan Semanis Kurma is one of her favourite too!)


Terus masuk bab citer adik Muhammad ni, sangat sejuk hati tengok muka dia, berjaya menghafaz AlQuran di usia 12 tahun, bermula dari 7 tahun. Dia kata dia mula berjinak2 dengan masjid seawal usia 4 tahun, dan lepas khatam AlQuran umur 7 tahun, dia terus mula menghafaz. Dan dia tidak minat dengan cerita2 kartun ,sebab mak ayah dia tak pernah biasakan dari kecil. Jika ada soalan dari Ustazah Bahiyah ( yang agak mengconquer rancangan itu..), pasti adik Muhd akan mulakan dengan Alhamdulillah, dan sepanjang percakapannya, pasti ada pujian untuk Allah, bukan sekali ,malah berkali2. Nampak sangat kerendahan hatinya, disebalik jiwanya yang besar itu.


Ayahnya, En Ahmad Zahid Zainal Abidin pula menyatakan, jika hendak mengajar anak, kenalah dengan penuh kesabaran, dan kena buktikan dengan perbuatan. Jika hendak anak jadi baik, ibu bapa kenalah jadi baik dahulu, bukan setakat cakap sahaja. Ibu adik Muhd (berwajah lembut dan tenang) Dr Siti Khadijah Fadzil pula berkongsi tips yang agak mengujakan. Dia berkata sepanjang tempoh mengandung, kenalah menjaga serba serbi, pandangan, pendengaran, penglihatan, di samping mengamalkan bacaan Al Quran terutama surah Maryam dan Luqman.


Banyak lagilah, Ustazahpun ada berkongsi Doa, surah Al Haj: ayat 70, kalau ada barang (termasuk kasih sayang) yang hilang, eloklah untuk amalkan doa ini.


Walaupun aku belum ada anak, suamipun belum jumpa lagi, hehe, namun, sudah boleh mula berfikir, berharap, dan merancang untuk mendapat anak2 soleh/ah macam adik Muhammad. Pasti sejuk perut aku nanti, macam sejuk perut mama adik Muhammad juga.


~~Wink~~

7 comments:

Najibah said...

Kak bah pun tengok malam tadi mas..best!!! :-)sejuk perut mama ngan abah dia kan? aqilah suka tengok kartun mickey mouse ni..sbb kat rumah pengasuh duk pasang..camne ni? huhuhu

ieja_abu said...

uhuh.ape lagi KI.cepat2 le cari calon suami.weeheee.bak kate abah,dah lame rumah ni tak buat kenduri kawen.kuikuikui~

CT said...

subhanallah....mmg sejuk perut ibu mengandung...

bagus ada azam macam tu mas....mmg sepatutnye merancang dari skrg...

Faiz Faiza said...

ieja, apa lg? tolong la k.ina cri calon! kfaiz pn dh lama xtrn muor ni =)

Nida said...

Mudah2an akan ramai lagi insan seperti adik Muhammad yang lahir di muka bumi ini

ieja_abu said...

kak faiz: since sy pon takde,rasenya harus carikan utk diri sendiri dulu kot.kikikikiki~

Mas said...

Kak Bah: Masih sempat lg nk bentuk Aqilah tu, kan msing2 ada macm2 cara..
Ieja and Faiz : when the time come, pasti Allah akan mudahkan jln..
Kak Ct and Kak Nida : Mg2 semua keturunan kita menjadi penyejuk mata...