Tuesday, November 24, 2009

Movie 2012 dan Konsert Opick

Ahad lepas 22 Nov 2009, aku sempat berlegar2 di Tropicana Mall bersama my dear niece, Angah - Atiqah Mohd Zan. Kebetulan dia menghabiskan masa awal cuti sekolahnya di KL, dan tidur di rumah Ija, adikku di Bangi. Dan semestinya tempat pertama yang kami tuju adalah GSC untuk menonton 2012. Atiqah hendak menebus kekecewaannya setelah gagal mendapatkan tiket di Mid Valley setelah penat beratur panjang hari sebelumnya. Aku selaku mak sedara yang comel dan baik hati, melayan saja kehendaknya itu. Sementelah, aku baru dapat gaji minggu lepas, so kira okla nak berbelanja sakan ni.

Mm, sebenarnya nak cerita ttg pengajaran yang aku, opps, kami dapat dari cerita 2012 itu. Sungguh, cerita itu memberikan gambaran ttg dunia ini pasti akan berakhir, walaupun berteorikan sains sebagai bahan bukti, dan idea dari penulis barat, yang tidak percayakan pada rukun iman ke 5 iaitu percaya pada Hari Qiamat, namun tanda2 dan perubahan cuaca alam yang berlaku sekarang memang sedang mengiakan apa jua kajian tentang kemungkinan terjadinya pelupusan bumi yang kita sedang diami ini.

Keadaan huru hara yang digambarkan semasa bencana alam itu berlaku dalam filem itu, sungguh menginsafkan kami, satu demi satu gunung ganang meletup, dan membuat kami berfikir yang jika saat Allah mengarahkan malaikat Israfil meniup sangkala pertama, maka tiadalah yang akan terselamat dari merasai huru hara dan kucar kacir kesan dari maha dahsyatnya Hari Kehancuran itu, namun hanya sedikit sahaja orang yang mengambil pengajaran. Semoga semua yanfg kita lakukan di dunia ini, akan menjadi jambatan untuk kita meraih syurga Allah kelak.

Di akhir cerita, penerbit memberikan gambaran dunia baru selepas bencana alam itu berlaku, dan maknanya bagi mereka, pasti akan ada dunia itu, tidak akan hancur, dan mereka yang terselamat dari bencana, bolehlah memulakan hidup baru di tempat yang baru. Namun, bagi kita orang Islam, wajib percaya akan hari penghancuran itu, dan penghidupan yang kekal abadi selepas mati samada di neraka atau di syurga. Moga2 Allah memberikan nikmat Syurganya kepada kita dengan rahmat Nya yang Maha Luas itu. Amalan kita belum tentu cukup untuk ke Sana itu.

Konsert Opick

Malamnya pula, aku dan Atiqah, besrerta housemate AZ, Ummu dan Faiz, telah berjaya menghabiskan masa berharga di Konsert Amal Opick bersama Inteam di Dewan Serbaguna TNB Bangsar. Sangat berbangga berkawan dengan rakan penulis ini, dapat masuk ke konsert atas tiket Media Anis dan Asuh, tempat duduk khas. Konsert sangat bertenaga dari Mas Opick sangat mengujakan. Tiap2 bait nasyid ternyata lahir dari hatinya, lantas menyebabkan kami dapat sama2 rasa terharu dan bersama2 bersemangat untuk mengagungkan asma Allah yang Maha Besar. Antara lagu yang didendangkan ialah Ubat Hati (duet bersama Akhil Hayy), Bila waktu telah berakhir, Allah maha Besar, dan banyak lagi.

Konsert ini adalah anjuran Muslim Care Malaysia, sebuah NGO yang bermatlamat untuk menubuhkan Solat Centre di Malaysia, bagi menjadi asas tempat rujukan bagi memperkasakan solat dalam generasi kita. Antara artis lain yang membuat persembahan ialah Inteam (reunion), Castury ( dari TNB), Pak Abu Sangkang (Motivator Penghayatan Solat) dan Farah.

Seronok rasanya dapat menyaksikan konsert yang dapat banyak memberi input rohani, setelah jasmani selalu disogokkan dengan perhiasan dunia. Semoga banyak lagi peluang dan ruang dapat digunakan untuk jalan kebaikan dan mendekatkan diri pada Pencipta.



Opick membuat persembahan yang cukup bertenaga dan menginsafkan




Angah teruja dapat pass media, hehe

(^-^)/

Monday, November 9, 2009

Tanda ingatan

Aku dalam proses bertukar unit kerja dari tempat kerja lama membuat analysis P&L dan Recon ke grup Cash and collection. Namanya je pun dah mencerminkan kerjanya. So, dalam 2-3 minggu ni, aku terpaksa mengajar pengganti ku, cik Lisa Teo dari Labuan, dan belajar tentang kerja2ku di CCM dari Bos baruku yang sporting, Kak Jun, dari staffku yang otai2, K Ani dan K Azi, dan dari bakal kawan sebelah mejaku, Mr Izani yg berhati budiman (tiru ayat k Umu). Setelah lebih 2 tahun aku di tempat lama, sudah tiba masanya untuk aku membuat internal job rotation, agar keupayaanku dapat tercabar di tahap maksimum (dan takleh balik 5.30 sharp lagi!) dan aku dapat belajar sesuatu yang baru, dan bagiku, kerja baruku ini lebih operational dan banyak daily based activity kena dilakukan. Aku kena sentiasa up to date dengan any issue dan masalah yang bakal diutarakan oleh customer, terutama sekali.

Terasa excited hendak ke tempat baru, namun terasa sayang meninggalkan yang lama. Kawan sama2 kena marah, dan sama2 ber poya2..hehe. Tapi , itulah resam kehidupan, setiap pertemuan, pasti ad perpisahan. Apa yang penting, bagaimana kita menghargai saat2 bersama, agar tidak mencari di waktu sudah tiada atau terlambat.

Terima kasih setinggi gunung ku kalungkan pada Bos ku, Pn Liza, Colleague2ku, K Sham, K Sara, Fadzil, K Ita, K Tie, K Gayah, K Jah, En Midi, K Emi dan En Pakri, atas kerjasama, perhatian dan kasih sayang yang diberikan sepanjang kita bersama2 berbakti. Tiada kata terucap, hanya doaku moga semua kawan2 ku ini sentiasa dalam redha dan rahmat Allah, dan dimudahkan urusan, dunia akhirat.


Tq atas hadiah ingatan ini...=)


Sunday, November 8, 2009

Penghargaan tanda kasih sayang




Terima kasih byk2..itu saja yang terlintas dari mulutku ini, tatkala melihat di atas meja office ku, beberapa cenderahati comel dari adik2 praktikal Eda Diana dan Fadillah, yang telah menamatkan tempoh latihan praktikal di tempat kerjaku Jumaat 6 Nov lalu. Mereka sebenarnya adalah bekas anak muridku batch pertama kelas Auditing yang ku ajar tahun lepas, dan kebetulan, aku juga yang menolong mereka untuk mendapatkan tempat praktikal di TM ini. Sungguh tidak disangka pertolongan yang sekecil itu begitu dihargai oleh mereka.

Namun rasa terkilan yang amat lantaran aku tidak sempat untuk bertemu mereka untuk kali terakhir Jumaat lepas, sebab kesibukan belajar di tempat baru dan fokus untuk memahami gerak kerja dan matlamat di tempat baru, menyebabkan aku tidak berada di tempat sendiri sepetang itu. Dan, nature adik2 itu yang malu2 alam untuk bertanya, menyebabkan mereka meletakkan saja hadiah itu di atas mejaku, tanpa bertemu denganku dahulu. Aku memang ada berazam untuk membelanja mereka makan sebelum mereka habis praktikal, tapi kesibukan dan ketidaktentuan masa kerjaku menyebabkan aku terlupa perkara penting itu. Tapi mereka tidak lupa dan tidak akan lupa.

Terima kasih atas tanda ingatan yang sungguh bermakna itu. Aku tiada apa2 yang hendak diberi pada mereka tanda ingatan, namun aku akan sentiasa mendoakan kebahagiaan mereka dalam mengharungi kehidupan ini, sentiasa dalam ketenangan, kekuatan dan berjaya dunia akhirat.

Terima kasih! Moga ukhuwah kita kekal selamanya...

Wednesday, November 4, 2009

Ekspedisi Dakwah ke Kg Perangkap, Lipis, Pahang

26 dan 27 Oktober 09 lepas, aku dan kawan2 sempat untuk menjejaki ke perkampungan orang asli di Kg Perangkap, Sg Jelai, Lipis, Pahang. Kawasan ini 50% baru yang masuk Islam, dan selebihnya beragama lama asli, bukan kristian. Nun di seberang nya adalah perkampungan orang asli kristian, dipisahkan oleh sebatang sungai yang tidaklah begitu lebar laluannya.

Terima kasih pada Wak Jonet, sponsor utama program dakwah kali ini dan Pak Abu dari ASDAF yang membantu dari segi sewa bot untuk perjalanan pergi dan balik. Rombongan kali ini disertai oleh lebih kurang 15 orang sukarelawan, diketuai oleh Wak Jonet selaku penaja utama, anaknya Soleh, Pak Abu wakil dari ASDAF, Pak Ya Chef Utama, En Aznan bersama isteri, Ustazah Hawa dan 2 anaknya, Nurul dan Ghafur. Selain itu, turut serta adalah ketua chef Pak Ya dan rakan baru En Razif, juga wakil dari ASDAF, Pak Abu dan Tn Hj Isa, En Isa polis dan 2 kawan mereka. Aku dan Faiza segera mengosongkan masa hujung minggu kami dan mengambil kesempatan untuk berdamai dengan alam.


Banyak peristiwa yang aku pelajari, dan semangat dari kawan2 sangat membantu melegakan rasa yang berat dalam dada ini, dan terasa sangat tenang dan aman setelah dapat berbakti dan memanfaatkan masa. Moga2 Allah mudahkan urusan kita dan sentiasa dapat meneruskan perjuangan menegakkan Islam dalam hati2 dan masyarakat kita. Easy to say and write, tapi kalau tiada yang memulakan, pasti tidak akan berjaya langsung. Better late than never.


Banyak gambar telah diupload dalam picasa web, boleh ke link ini untuk gambar2 penuh, dan ke link sini untuk cerita dari faiza kawanku.


Juga cerita tentang program dakwah orang asli Ramadhan lalu di sini.