Tuesday, July 14, 2009

Selamat Hari Lahir Abah...



12 Julai 2009, Ahad lepas adalah tarikh keramat bagi abah kesayangan kami. Hari lahirnya yang ke 71 disambut meriah oleh anak2 dan cucu2nya yang sentiasa prihatin dan berterima kasih atas jasa dan pengorbanan abah tercinta selama ini. Abahku seorang yang berpewatakan pendiam, serius, tapi sangat bersungguh2 memastikan kami 9 beradik mendapat semua yang disepatutnya seorang anak perolehi. Semoga abah sentiasa dimurahkan rezeki,disihatkan tubuh badan, mudah untuk beramal ibadat dan sentiasa dalam redha Allah Rabbul 'Izzati.

Ija, Mus, Kak Jun, Kak Lah dan Bang Zan serta keluarga mereka sahaja yang dapat hadir di majlis sambutan hari lahir abah Sabtu malam Ahad lepas. Aku, kak Yah dan bang Wan baru sahaja pulang ke kampung minggu lepas. Hanya doa dan ucapan yang dapat kami layangkan pada abah, terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan yang ditaburkan selama ini, pastinya kami tidak akan pernah cukup masa untuk membalasnya, walau diberi peluang untuk hidup 1000 tahun lagi. Terima kasih abah kerana memanusiakan kami.

Gambar sekitar majlis, kak Jun sponsor kek, yang lain2 bawa makanan masing2, ala2 pot luckla majlis kali ini.

Hadiah2 yang abah dapat: Bang Zan bagi henpon baru.3G.pasnih boleh ber 3G dengan abah,
Lak Lah bg jam dinding,
Ija bg Kinohimitsu hot pad for toxic removal.
Yang lain bagi ape pula?Aku bagi abah hadiah yang paling istimewa,hehe...

5 comments:

ummunu'man said...

tak manis ke tu ayahnya?

akak baru ambik je tag tu.dah jawab dah soalan mas tapi tak sempat nak habiskan..save as a draft dulu. jgn mare ye mas.

mulanya tak berapa nak faham tentang award award ni. maklumlah mas org yg pertama kasi award kat akak.dan akak pun dah pandai nak bg award kt org. thank to you.

Mas said...

Okeh kak, selmt ber tag dan ber award, hehe

Oja said...

Result dah keluar sila layari leeza dot blogspot dot com

Mas said...

Wahhh...result dh kuar, takutnye..hehe

Mas said...

Wahhh...result dh kuar, takutnye..hehe