Monday, July 27, 2009

Book Review - Salahudin Penakluk Jerusalem



Salahuddin Al Ayubi, seorang sultan yang berjiwa rakyat, yang darah jihad sentiasa mengalir dalam jiwanya, dan tidak tertarik dengan kenikmatan dunia yang sementara ini. Beliau adalah pahlawan sejati yang hanya mengharapkan keredhaan Allah semata2. Seluruh hidupnya diabadikan demi membebaskan Palestin dan masjid ketiga Umat Islam dari jajahan dan kezaliman puak Kristian.



Buku ini ditulis oleh Abdul Latip Talib, pada tahun 2007, dan diterbitkan oleh PTS Fortuna, Batu Caves, Selangor, setebal 289 muka surat berharga dalam lingkungan RM20-an. Bahasa bersahaja dan penuh dengan fakta yang ditonjolkan penulis berjaya membuat pembaca rasa ketagih dan bersemangat untuk meneruskan pembacaan sehingga ke mukasurat terakhir iaitu penaklukan Jerusalem oleh tentera2 Islam. Betapa kesungguhan dan susah payah pengorbanan Salahuddin dan tentera2nya berjuang menentang tentera salib yang zalim dan tidak berperikemanusiaan benar2 menyebabkan aku terasa hendak sama2 bangun berjuang bersama mereka. Aku merasakan buku ini dan buku2 sejarah Islam seumpama dengannya benar2 wajib untuk dibaca dan dijadikan peneman dan koleksi selain buku2 novel lain, lantaran ilmu dan semangat, juga kenangan2 dan pengalaman pahit manis yang dipamerkan, yang harus dujadikan panduan bagi kita umat sekarang, dalam mendepani ujian2 dan cabaran hidup beragama.

Betapa kita selalu merasakan kehidupan yang dilalui ini selalu susah dan tidak berjalan seperti yang kita rancang dan harap2kan, namun sebenarnya, apalah sangat jika hendak dibandingkan dengan pengorbanan Salahuddin dan pasukannya bagi membebaskan Jerusalem dan kawasan sekitarnya dari terus2an dalam penaklukan dan kezaliman musuh. Marilah kita sama2 bermuhasabah, teruskan mencari diri, moga2 kita masih diberi kesempatan untuk sama2 berjihad sepeti mereka yang terdahulu dipilih Allah.

No comments: