Monday, July 13, 2009

Tanjung Sedili...


Weekend lepas, 11 dan 12 Julai 2009, saya dan beberapa kawan2 opis telah melawat ke Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor, tempat kelahiran seorang kawan juga. Perjalanan dari KL mengambil masa kira2 6 jam, bertolak dari Menara TM jam 10 malam dengan 2 kereta. Sampai di teratak pusaka ala2 Homestay jam 3.30 pagi.


Banyak aktiviti yang telah dirancang untuk kami kawan2 yang sekali sekala sampai ke kampung dia. Kebetulan diapon sudah lama tidak menjenguk ke tempat kelahirannya, lantaran ayah bonda tercinta sudah lama menyahut seruan Ilahi, dan kesibukan kerja di kota menghambat masanya untuk selalu pulang ke desa itu.

Pagi2 selepas menjamah breakfast durian dan rambutan, kami bersiap2 ke restoran Aroma Bonda milik kakaknya, untuk betul2 menikmati sarapan pagi ala2 kampung. Menu istimewa ialah mee sedili dan kopi dangdut,hehe. Saya mencuba Mee sedili, dan mee ini ialah mihun dan kuahnya seperti ikan masak asam pedas. Sedap jugalah. Menu lain ialah nasi dagang, soto dan nasi lemak sambal special, tak henti2 si Diva Lan dan kak Timah memuji.

Setelah beramah mesra dengan kakak dan abangnya, juga saudara2 terdekat, kami bertolak ke pantai untuk mengambil angin dan meninjau kawasan sekitar Tanjung Sedili. Untung lah dapat duduk di situ, sebab dekat dengan pantai, boleh mendi manda dan melepaskan tekanan, bila2 masa saja. Mas memang suka sangat dengan pantai ni. Siap ada resort untuk sapa2 yang berkeinginan untuk menginap di sana. Nak pasang khemah pun boleh. Kami tidak lama di pantai, kerana panas tengahari di situ dan berjanji akan datang semula petang nanti.

Selepas itu, kawan saya itu mendapat panggilan kecemasan dari hospital Kota Tinggi, ibu saudaranya sedang nazak, dan dinasihatkan untuk segera menjenguk, takut tak sempat pula. Kami terus bergegas ke sana, perjalanan dari Tanjung Sedili ke Kota Tinggi mengambil masa setengah jam sahaja. Keadaan makciknya memang sudah teruk dan doktor menasihatkan supaya teruskan membaca ayat2 AlQuran, moga dimudahkan urusan, mana2 yang terbaik untuknya.

Selepas itu, kami pulang semula ke tanjung dan makan tengahari di Restoran Aroma Bonda lagi. Lauk yang mengancam perut kami masing2, pisang masak lemak, ikan masak asam pedas, ikan goreng segar, ulam petai dan sambal belacan mangga. Kenyang, Alhamdulillah...

Setelah perut kenyang dan keletihan, kami pulang ke teratak pusaka untuk berehat sebelum meneruskan aktiviti selanjutnya. Kami bertemu dengan abang yang ke 5 serta keluarganya , yang singgah di rumah itu untuk berehat sebelum pulang semula ke Shah Alam malam nanti.

Petang itu, selepas Asar, kami meneruskan aktiviti memetik rambutan di sebelah rumah itu, dan kawan saya itu hampir2 kena hempap dengan dahan pokok rambutan, lantaran dahan tempat dia berpijak terpatah. Nasib sempat berpaut pada ranting2 lain, kalau tak, Wallahu a'alam. Seram nak fikir. Banyak jugalah hasil kami petang itu, boleh dikongsi bersama saudara dan kawan2 lain.

Sebelah malamnya, kami bermakan malam di Kota Tinggi, warung abang kawan saya yang ke 3. Sedap juga kami makan chicken chop, rojak, mihun hailam dan air buah2an segar. Ramai juga adik beradiknya yang lain berkumpul di sana. Senang, order je dapat makan macam2. Senang hendak bergaul dengan mereka kerana semuanya sangat sporting dan supportive. Moga2 dimudahkanlah.

Pagi Ahad pula, kami bersarapan di restoran Aroma Bonda lagi, dan terus ke pantai Jason Bay untuk bermandi manda, tetapi keadaan pantai pada pagi itu tidak begitu membuatkan kami teruja untuk mandi manda. Mungkin kerana hujan lebat malam tadi yang menyebabkan air agak kotor dan ditambah lagi dengan keadaan sekeliling pantai yang kotor tidak terjaga dan tahap kesedaran negatif dari pengunjung yang tidak berdisiplin membuang sampah merata2 tanpa memikirkan risikonya, pada pengunjung lain dan masa hadapan. Teruklah!

Selepas itu, kami ke beberapa rumah saudara kawan untuk menjenguk dan bertanya khabar, sebelum ke restoran Aroma Bonda semula untuk makan tengahari dan bersiap untuk pulang. Saya sempat belajar masak ikan masak steam dan sweet sour. Kami beruntung kerana lauk pauk memang fresh dari laut. Ada ikan siakap besar, ketam nipah laut dan macam2 lagilah. Sebelum itu, perut2 kami sudah disumbatkan dengan durian, pulasan dan rambutan. Memang terduduklah semua,plus mata pun dah makin layu, nasib baik saya takyah drive,hehe.

Perjalanan diteruskan menuju ke Bukit Gambir, Muar, kampung saya pula, melengkapkan syarat pelepasan saya ke Kota Tinggi dan berjumpa keluarga saya pula. Selain itu, kami sempat makan malam dan menjamah buah2an yang masih berbaki, walaupun tidak banyak. Kami tiba di sana Maghrib dan bertolak semula ke KL 2 jam selepas itu. Sekejab sahaja persinggahan itu, kerana kami semua sudah kepenatan dan memikirkan Isnin kena kembali bekerja semula.

Seronok dapat berjalan2 di Tanjung Sedili, walaupun singkat masanya, banyak ukhuwah yagn telah terjalin, moga2 itu bukanlah kali yang terakhir saya ke sana. Semoga ada lagi persinggahan kali yang lain membawa harapan dan maksud yang lebih bererti pula. =)

7 comments:

Faiz Faiza said...

susahnya nk bayangkan..
kalo ada gbr kan senang
heee...ke dilrang wat msa ni?
;-P

Mas said...

Haha, imaginela Faiz, nnti2 kita gi sama2 ye..=)

unique1012 said...

mas, siapa kawan mu itu?? adakah yg kerja di G*T* itu?? hehehe..
bestnya musim buah kan skrg ni!!

Mas said...

hoho,igt lg kak citer tu? doakanla yg terbaik kak yer...

Unknown said...

kampong mas d muar ye..hubby akak di labis...
hai mcm ada makna mendalam je di penghujung ayat..akak tak pasti le ape nya.....smoga apa yg dhajati tmakbul.ameeen

Mas said...

Tq kak Ummi Humaira

tunbegia said...

gambar signboard jer, ;-)

salamm,