Monday, July 20, 2009
Laskar Pelangi...Must Watch Movie
Malam Khamis yang lepas, aku bersama kawan se AZ, kak Ummu dan Kak Faiz bersama2 menonton filem Laskar Pelangi, tapi di rumah sahaja, sebab kak Ummu dapat hadiah DVD ori dari kawannya dari Indonesia. Terima kasih atas kesempatan menonton filem yang betul2 memanusiakan manusia, tanpa adegan2 yang terlarang dan melalaikan. Kesungguhan dan kecanggihan mencari sudut2 yang cantik dan pandai bermain dengan alam semulajadi benar2 menaikkan semangat kami untuk menonton dan terus menonton.
Cerita berkisar tentang kesungguhan sekelompok murid2 dan guru di daerah pedalaman Indonesia yang berjuang habis-habsan untuk meneruskan satu2nya sekolah rendah agama di daerah mereka. Antara syarat2 yang diberikan untuk membolehkan sekolah itu terus hidup adalah mesti ada paling kurang 10 orang murid yang berdaftar di sekolah itu. Dengan 10 orang murid yang tidak bertambah berkurang dari darjah 1 hingga 6 itulah, pelbagai cerita dan keceriaan yang telah mereka ciptakan, hingga digelar merereka sebagai laskar pelangi, juga ketabahan pengetua sekolah itu untuk meneruskan perjuangan memartabatkan institusi pendidikan moral dan nilai2 murni melebihi pencapaian murid2 dalam peperiksaan sahaja, hingga ke hayat yang terakhir begitu menyentuh hati kami.
Walaupun sekolah itu sangat miskin dan serba kekurangan, namun semangat juang yang ada dalam diri kanak2 itu, sangat2 tinggi hingga berjaya membuka mata sekolah2 elit yang lain dan tidak lagi memperlekehkan mereka. Jalan cerita dan skrip diadun dengan watak komedi, bersahaja dan emosi, semuanya berjaya dibawakan oleh pelakon2 dengan baik dan berkesan.
Antara dialog yang masih berlegar2 dalam minda ku ialah apabila sekolah itu hendak menyertai acara tahunan perbarisan dan setiap kumpulan peserta mestilah membuat persembahan, lalu cikgu Muslimah (lakonan Cut Mala) memilih seorang muridnya bernama Mahar untuk mengetuai acara tersebut, tapi diingatkan kepada Mahar bahawa sekolah tiada dana untuk menyokong mereka nanti. dan Mahar dengan yakin dan bangga berkata, "Tidak mengapa cikgu, serahkan saja pada Mahar dan alam...."
Adakah sekolah itu berjaya mempersembahkan acara yang bagus dan menarik perhatian ramai, walaupun tanpa sokongan dana? Kenalah tengok sendiri ye,hehe
Antara tagline yang terkesan dan dapat diambil dari cerita ini ialah; Teruskan hidup untuk memberi sebanyak2nya, dan bukan untuk menerima sebanyak2nya. Lagu tema Laskar Pelangi nyanyian Kumpulan Nidji juga sangat sesuai dengan tema cerita ini.
Sekian, semoga kita sama2 terus mendapat manfaat dari kebaikan2 yang Allah turunkan di bumiNya ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
cam bes nya cite ni...must see movie nih...
Oja, memang must see. two thumbs up!
Mas,
"Makanya, kalo malas sembahyang harus tau berenang"..aduu..budak2
nanti kita racun ummu utk dptn Ketika CInta Bertasbih plk yer. layan dlm wayang az laa (kna pjk kwani suh tdo blk ummu dlu =P)
Iya dong, Ketika cinta bertasbih tgk kt cinema pon ok gak..
K oja, jgn lupe tgk tau, mmg bagus banget!
wah wah, siap ada sleng indon lg tu, hehe..
akak pernah baca novelnya dulu kt online.. tp kalau dah jadi movie mesti lg bestkan.. teringin nak tengok!!
kak, mmg best, nntila, kalo akak blk mesia, mas belikan, insyaAllah...
Desember 2009 ini sequel Laskar Pelangi akan mulai ditayangkan di cinema2 di Indonesia, judulnya Sang Pemimpi. Ariel Peterpan akan berlakon sebagai salah satu protagonist utama, sebagai Arai, sepupu Ikal. Film ini akan berkisah tentang masa remaja Arai dan Ikal yang nakal, lucu dan penuh perjuangan mencapai mimpi2 mereka.
Post a Comment