Friday, June 5, 2009

Buku Minggu Ini...




Alhamdulillah, saya berjaya menghabiskan buku I Love You Too ini dalam satu malam sahaja. Cadangan awalnya membeli buku ini adalah untuk menghadiahkan pada kawan2 yang dah sampai saat hari bahagia mereka, Cik Zurina (ex kawan serumah) dan Hayati & Asyraf UIA. Tapi malam semalam tergerak hati untuk membacanya, mula2 sekadar untuk membelek-belek shj, tapi tertarik pula dengan topik yang dibawakan, beserta cara penyampaian yg bersahaja, sinis dan kelakar, tapi betul-betul berlaku dan menjadi realiti dalam kehidupan sehari harian.


Penulis berjaya membuatkan pembaca tersedar dari lamunan dan angan-angan dan bangkit dengan tindakan yang sewajarnya. Walaupun tiada solusi penuh dalam buku tersebut, namun sekurang-kurangnya pembaca mendapat sedikit idea dan bolehlah mencari sendiri solusi yang sesuai dengan keadaan masing2, dan kesesuaian masa.

Buku ini diserikan dengan lawak-lawak sinis melalui kartun-kartun yang hampir memberi summary pada setiap topik yang dibincangkan. Sangat kreatif dan comel.



Penulisnya En Badrul Hisham atau lebih dikenali dengan nama pena Hj Bad dalam ruangan Sketsa di majalah Anis, sangat berbakat dalam mewatakkan setiap ceritanya, menjadikan pembaca merasakan setiap satu cerita, kisah, watak dan olahan itu ada sangkut paut dengan diri sendiri.

Kesimpulannya, buku ini sesuai dibaca oleh semua jantina, yang belum, sedang dalam proses, sudah atau telah selesai berkahwin, pasangan baru atau lama. Semoga ilmu2 dan peringatan di dalam buku ini dapat dimanfaatkan bersama dan refresh balik tujuan kita hidup di dunia yang fana ini.

Next, Huraian tentang buku Ketupat Cinta Musim Pertama dari Faisal Tehrani..Tunggu....

'Membaca jambatan Ilmu'

~wink~

8 comments:

ummunu'man said...

emm ..menarik..nak kena baca tu


MEMBACA JALAN PALING MUDAH DAPATKAN ILMU

sama sama kita teruskan budaya membaca

Mas said...

Yes..silakan...

Unknown said...

mas, pinjam! :D

Mas said...

Ai, belilah, buku tu mas dh bagi kat kawan yg kawin tu..haha..tp kalo nk tempah dgn mas blh jer, kawan umah mas mmg jual buku...

Zuraimah Ismail said...

wah...mcm best...nak pinjam jugaaaaaaaaaaaaa...bley?

Mas said...

Ai, bankruptla tokei kedai kalo sumer org main pinjam2 buku, hehe..mas dh bg kt kawan yg baru kawinla, mas bg kt kwn yg baru kawin jer, yg dh lama2 tu, tak dptla nk tolong..hehe

unique1012 said...

mas berapa harganya?? awak dah baca ke?? best tak??

Mas said...

Dah bacala, sbb tu buat ulasan,hehe..hrga below RM20 la,best,sesuai untuk bacaan sumer peringkat umur dan kematangan,hehe