Tuesday, June 30, 2009

Tilawah Al Quran BAKIT TM

Sabtu 27 Jun 09 bertempat di Wisma TM Shah Alam, telah berlangsung satu acara gilang gemilang Musabaqah Tilawah Al Quran anjuran BAKIT(Badan Kebajikan Islam TM), satu badan kebajikan di bawah TM, peringkat negeri Selangor dan KL. Johan dan naib johan akan mewakili KL dan Selangor ke peringkat kebangsaan TM di Melaka.

Selain dari Musabaqah Al Quran, diadakan juga perujian Tahfiz Al Quran dan Pertandingan bercerita untuk kanak2. Perujian di buka untuk peserta dewasa (Pekerja TM) dan peringkat remaja dan kanak2 yang disertai oleh anak-anak pekerja TM sendiri.

Bukan kemenangan yang dicari, tetapi semangat untuk menyemarakkan Al Quran dalam kehidupan dan amalan seharian itu yang sepatutnya dibanggakan dan usaha yang patut diteruskan. Kehidupan di dunia ini hanyalah sementara, dan tiada lain yang dinilai Allah kecuali keikhlasan, keyakinan dan kekuatan kita untuk terus menerus mencari Redha Allah. Orang2 yang paling berbahagia adalah yang paling banyak beristigfar (bertaubat), sentiasa muhasabah diri (menginsafi kesalahan lalu) dan orang yang sentiasa merenung masa depan ( berfikir apakah yang akan terjadi padanya di alam Barzakh kelak).

Disertakan gambar2 sepanjang musabaqah berlangsung;






Posting kali ini berbentuk laporan, skema ye,
Jumpa di Melaka =)
>

7 comments:

Faiz Faiza said...

eh eh!macam kenal la...=)

ummi humaira said...

salam..anak akak juga join majlis tsebut,tp akak tak dpt ikut serta ari tu,tpaksa blk kmpg ada walimah..kalu le ada terselit gambar ank akak pd fail mas , blh kongsi tak..dia msk hafazan remaja lelaki.

Mas said...

Faiz: buat2 tak kenalla,hehe

kak ummi: saalm ziarah, tp maafla,sy tak ambil byk gmbar, mgkin leh jmpa di melaka nnti. =)

ummi humaira said...

salam kenal mas,..kita hanya merancang,hanya Allah yg tahu ketetapanNya..kalu di Shah Alam sama dgn kenduri pngantin prmpuan (adik ummi ),apakan daya , di Melaka sama pula harinya dgn knduri di rumah pngantin lelaki ..aduhai sian ank ummi,mgkin besar kmngkinan dia g dgn abahnya aje..klu dpt akak nk jua k Melaka .. apa2 pun nnt carile ank akak ya ..Hanan b Rahmat ,hafazan wkil Selangor kot..insyaAllah kita akn jumpa suatu hari nnti.

Mas said...

oh, okla, nk buat cemna, mungkin tahun2 dpn la kita jmpa ye..btw, akak or husband yg keje tm?

ummi humaira said...

salam Mas..suami akak yg keje kt TM ...di kelana jaya .. adik di menara .. kakak ipar di sebelah menara tu..

Mas said...

ok, keluarga TM la nih... =)