Wednesday, April 22, 2009

Memancingla pulak..

Hujung minggu lepas, 18 Apr 09, kami (Mas dan Ummu Hani) bersama2 adik ASDAF(Asrama Darul Falah) telah pergi ke Beranang berpiknik sambil memancing ikan. Program anjuran Muslim Aid ini di bawah kelolaan En. Muhammad dan sponsor tempat dan makan minum tuan punya kolam Pn Hjh Zakiah. Program ini juga disertai oleh volunteer dari UIA PJ dan bakal2 doktor dari UKM. Kami berkonvoi 1 bas, 1 van dan lebih kurang 5 kereta ke sana. Banyak pengalaman yang diperolehi lantaran ini kali pertama saya memancing dan kejayaan terbesar adalah berjaya melontarkan umpan dan tali pancing ke dlm kolam dengan sempurna, tanpa berterabur umpan dedak atau tersangkut di dahan2 pokok, walaupun setelah berkali2 mencuba. Kira power gakla. Dapat ikan memang bukan matlamatnyalah (ayat nak amik hati tu, hehe.)
.
Memancing memang betul2 menguji kesabaran, kerana terpaksa berjemur di bawah teriknya matahari sambil menunggu dan terus menunggu ikan makan umpan pancing kita. Bak menunggu bintang jatuh dari langit (cewah). Apepon kekusutan itu segera hilang apabila adik2 peserta dapat menawan ikan merah dan kemuncaknya ikan patin seberat 3.6kg berjaya ditewaskan. Tataplah gambar2 sebagai saksi kemeriahan acara tersebut.







Jumpa di lokasi memancing yang lain pula,
=)

.

3 comments:

unique1012 said...

wah sudah cantik blog mas!!.. ayu gitu, hehe.. mcm best2 je buku yg mas beli :)

ummunu'man said...

masih aktif dengan program nampaknya kawan aku sorang ni

teruskan perjuanganmu :)

Mas said...

K Nabilah: dah cantik ke? cam nak tukar lagi jer,hehe..TQ2

K Long: Tq, doakan mas trus kuat...