Wednesday, April 22, 2009

KLBF09 @ PWTC


Aku memang suka membaca, kesempatan KL Book Fair di PWTC dari 17 til 26 Apr 2009 ini memang betul2 mengujakan. Sementelah aku hendak mencari buku teks baru untuk sesi mengajar yang akan bermula 27 Apr ini. Seusai waktu pejabat semalam, aku bergegas ke PWTC menaiki LRT dari Kerinchi ke Masjid Jamek dan bertukar STAR ke PWTC. Jenuh gak berjalan sebab dah terlalu biasa berkereta ke mana2, tapi sebenarnya sekali sekala eloklah 'exercise' otot2 yang semakin 'mantop' ini, huhu
Sejurus sahaja sampai di sana dalam jam 6.30 petang, aku dan Faiza (Housemate) terus menyelinap ke seluruh pelusuk kedai2 buku yang ada, membelek-belek banjiran buku2 yang tersusun rapi, sungguh2 mengujakan. Sehingga matlamat asal membeli buku teks terabai. Booth2 untuk buku2 berat itu tutup seawal jam 7 mlm. Aku terlewat untuk mencarinya. Mungkin tiada rezeki di sini, akanku panjangkan langkah ke MPH Mid Valley hujung minggu ini. Booth2 jualan buku lain tutup jam 8 malam dan aku sempat membeli beberapa jenis buku dan majalah. Selepas ini masa2 lapangku akan lebih banyak mengadap buku2 daripada tv, sepatutnyalah!
Ini senarai buku2 dan majalah yang sempat dibeli dalam masa tidak sampai 2 jam itu!
1) Ketupat Cinta - Faisal Tehrani
2) Telaga Budi - Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat ( untuk dihadiahkan pada seseorang,=))
3) Haji Muda - Ridzwan Bakar ( Teruja untuk bergelar hajah sebelum 35 tahun!)
4) Majalah Solusi edisi May 09 - Impak Dosa ( dapat free kaset Panduan Memilih Jodoh,upps)
5) 2 buah majalah National Geography
Sebelum itu, beberapa buah buku telah dibeli di rumah sewa sahaja dari Ummu Hani, lantaran penulis dan penjualnya ada 'share' dalam Galeri Ilmu,
1) Rindu Bau Pokok Tin - Us. Hasrizal (www.saifulislam.com)
2) Bercinta sampai Syurga! - Us. Hasrizal (www.saifulislam.com) - to be given as birthday gift to Kak Sarah.
3)Satu Bulan Tiga Bintang - Ummu Hani Abu Hassan (Novel remaja, untuk anak2 saudaraku!)
4) Catatan Hati Nik Nur Madihah - Ummu Hani Abu Hassan ( untuk panduan anak2 saudaraku juga!)
Memang puas hatilah, walaupun beratus ringgit habis, tapi takpe, pelaburan untuk masa depan.
Membaca boleh merehatkan minda dan mencetuskan idea2 baru yang lebih segar dan kreatif.
Jom membaca!

No comments: