7 Mac 2009 yang lalu, genaplah hari lahirku yang ke 26, dah makin tua ni, dan dalam setiap sms yang diterima pasti akan ada doa yang satu ini 'MOGA CEPAT-CEPAT DIPERTEMUKAN JODOH DENGAN ORANG YANG TEPAT' ...ETC2..
Terima kasih atas segala ucapan dan ingatan, moga makbullah tiap2 satu doa yang dikirimkan itu. Ameen.
Hari lahirku pada kali ini disambut di Lumut, Perak bersama kawan-kawan kerja yang lain kerana kami terlibat dalam kursus Teambuilding di Marina Cove, Lumut dari 6 hingga 8 Mac 2009 yang lepas. Pelbagai aktiviti dan acara berlangsung dari mula kami tiba hingga waktu pulang benar-benar mencabar emosi dan mental selain kekuatan fizikal. Namun hasilnya, kami lebih mengenali dan tdak lagi kekok untuk bertegur sapa dan ini tentunya akan memudahkan gerak kerja di department kami lantaran tugas-tugas harian kami yang menuntut kerjasama dari semua division lain. Terima kasih atas inisiatif GM kami Puan Zu dan penat lelah Pn Liza D menguruskan program ini.
Kami bertolak dari TM menaiki 2 buah bas seawal 9.30 pagi setelah beramai-ramai bersesi teh tarik mendengar amanat keramat CFO Datuk Bazlan yang tidak dapat turut serta lantaran tugas lain yang menghambat langkahnya mengikut kami 'berpoya-poya' di Lumut, hehe.
Setibanya di sana, kami terus diberikan bilik masing2, aku bersama Fifi, kak Sarah, dan kak Sally ditempatkan disatu bilik 3-15. Setelah selesai makan, kami ke sesi ICSI bersama Pn Zu dan Ice Breaking bersama trainer dari MMC En. Yusof, Wan Chaq, Helmi dan Asyik. Mereka menemani kami selama 3 hari perkampungan kami di sana.
Sebelah petangnya, kami dibahagikan kepada 8 kumpulan kecil dan diberi tugasan dalam acara ala-ala Amazing Race. Jenuh jugalah kami berlari-lari di sekitar Marina Cove itu mencari pembayang dan menyelesaikan tugasan. Kami terpaksa menyumpit belon, makan roti bersoskan belacan, bergelungsur air, sebelum akhirnya menghabiskan telur mentah dan bawang putih. Sungguh kejam bunyinya. Namun berkat kerjasama dan kesefahaman, kami berjaya juga menyelesaikan semua tugasan, dengan sehabis daya.
Pada malamnya, walaupun dalam keadaan letih, kami teruskan juga penjelajahan mencari jawapan bagi soalan 'Siapa Kamu?', 'Mengapa kamu dilahirkan?' dan 'Ke mana kamu akan pergi?' di dalam slot ESQ. Insaf terasa betapa kerdilnya diri berbanding pencipta yang Maha Agung!
Esok paginya, 7 Mac yang penuh ceria, kami berjalan beramai-ramai menuju ke Pantai Teluk Batik untuk menyelesaikan tugas memasang rakit dan mencari barang amanah ditengah lautan damai. Tidak disangka grup kami berjaya mendahului cabaran ini, terbalas juga rasa letih mengayuh rakit yang diikat kemas walaupun tiada seni itu.
Selepas itu, pada petangnya, kami berjungle treking selama lebih kurang 2 jam di dalam hutan bukit di belakang Marina Cove itu. Setiap pendakian mengundang kemarahan kerana mencabar kekuatan mental selain fizikal peserta berbanding sewaktu turun bukit. Apepun, sepatutnya trainer memulakan aktiviti dengan bacaan doa dan berpesan kepada para peserta supaya berselawat dan tidak membuat bising semasa berada di tempat 'orang' itu. Mujur tiada kecelakaan berlaku dan kami semua selamat pulang ke Apartment masing-masing petang itu.
Malamnya, acara persembahan dalam kumpulan berlangsung, dan kumpulan kami sepakat untuk menyanyikan lagu karaoke Hati Emas beramai-ramai lantaran kepenatan yang dihadapi tidak memungkinkan kami berfikir idea yang lebih baik dari itu. Kumpulan lain ada yang berkaraoke juga, berdikir barat, nasyis, sajak dan berlakon. Sebelum akhirnya, Bos ku bersama Kak Sara dan Kak Sham naik ke pentas untuk menyanyikan lagu Selamat Hari Lahir padaku diikuti kawan2 lainnya. Pelbagai perasaan menusuk kalbu tatkala itu, terharu atas ingatan yang diberikan. Terima Kasih Semua!.
Esoknya, kami berflying fox sebelum balik. Terasa gaya ketika berada di atas namun jeritan kuat memecahkan rasa takutku sepanjang 'terjun' turun dari platform atas itu. Kami pulang selepas solat zohor dan makan tengahari hari itu juga.
Banyak kenangan, pengajaran dan pengalaman yang aku personally terima dan hadamkan, dan yang pasti jurang di antara kami semakin menipis dan moga-moga akan memudahkan kami untuk terus bekerja dan berukhuwah kerana Allah, beribadat mencari redhaNya.
Dan yang paling penting, moga dipertambahan usia ini, aku akan lebih matang mengharungi cabaran, dan dapat menjawab setiap persoalan dalam rasionalnya seorang manusia beriman. Ingatlah bahawa jalan hidupku tidak akan pernah sama dengan orang lain, itulah yang membezakan antara kita. Moga aku akan terus bertahan meneruskan perjuangan ini, menerima semua yang diberikan dengan rasa syukur yang mendalam, moga-moga Allah mudahkan laluan ini, menuju syurga abadi.
(^-^)/
6 comments:
amin semoga cepat dapat jodoh yang tepat dan lazat.hehehe
mas..hepi belated..
hehe..sorilah lmbt wish.. =)
wish u all da best in ur life..ur career n ur love journey.hehe
I do forgot 'bout e day..but never forget to pray for your future =))
moga tempias ekin, kinah dan nurul mengena kt mas ;O
TQ2...doa kwn2 menguatkan saya..tq again
mas,
Wan chang la, bukan wan chaq! hehe..
Happy belated besday, dah 26 tahun ek... apsal nampak cam dah 27?? :p
Post a Comment