Hujung mingguku yang lalu terisi dengan program bermanfaat Kursus Akhlak Nabi, anjuran KARYAWAN. mesti ramai yang tertanya2, bagaimana aku boleh join Karyawan, bukankah itu Persatuan artis-artis Malaysia? Artiskah aku? Jawapannya mudah saja, sejak bersatu rumah sewa dengan Si Kecil Molek Ummu Hani, wartawan dari majalah Anis cum Penulis Novel, Skrip drama ni, banyakla hpeluang berprogram dengan pelbagai lapisan mansyarakat, termasuklah artis. Program dijadualkan berlangsung 2 hari bermula Sabtu pagi hingga Ahad tengahari 29 Mac 09 di Kolej Komuniti Jempol, Nogori Sembilan (KKJNS).
Setibanya di sana, kami terus makan tengahari dan solat jamak, dan bergegas ke dewan kuliah KKJNS untuk Program pembukaan dan Kuliah pertama bertajuk Pengurusan Jenazah disampaikan oleh Ustaz Mohd Sobry bin Mohd Noh yang berpengalaman 33 tahun meng'handle' jenazah seluruh N9. Pengalaman pertamanya bermula tika usianya baru menginjak 21 tahun. Pelbagai informasi dan nasihat serta doa dan panduan yang diberikan menambahkan pengetahuanku tentang perkara ini dan terasa kerdil dan insaf akan hakikat hidup ini, yang pastinya akan mati dan bagaimanakah keadaan mayatku nanti, adakah akan diuruskan dengan sebaiknya oleh waris-warisku?
Malamnya pula, kami bersolat jamak di Masjid Kapung Mahsan, Jempul, dan bertahlil arwah di bawah pimpinan Imam Besar masjid tersebut. Selepas itu, kami makan malam bersama2 qariah kampung yang bersama-sama meraikan kedatangan 'artis' ke kampung mereka.
Kami menginap di Hostel MRSM Serting pada malam itu setelah hotel yang ditempah awal oleh pihak penganjur tidak dapat didiami atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Mungkin ini salah satu cabaran untuk peserta kursus ini (aku terutama sekali), adakah niatnya betul-betul untuk belajar atau berjalan-jalan saja.
Ahad paginya, seawal jam 8, kami check out dan bertolak ke KKJNS untuk sarapan pagi dan berkulaih seterusnya. Kuliah pagi itu disampaikan oleh salah seorang pensyarah di KKJNS itu sendiri bertajuk Rasulullah sumber kecemerlangan. Begitu padat isi-isi yang disampaikan, dengan gaya penyampaian yang simple dan bersahaja, moga2 terus menusuk masuk ke dalam hati-hati kami, insyaAllah.
Selepas itu, acara penutup dan penyampaian hadiah berlangsung diikuti dengan sesi bergambar beramai-ramai. Selepas makan tengahari, kami beransur pulang ke KL menaiki bas yang disediakan pihak kolej.
Bercerita tentang KKJNS, pelbagai tawaran kursus jangka pendek yang dianjurkan bertemakan pendidikan sepanjang hayat terbuka kepada semua warga setempat dan orang luar. Itulah salah satu fungsi Kolej Komuniti, menyediakan pelbagai jenis kursus tidak tertentu dalam satu-satu bidang saja, asalkan boleh memberi penambahbaikan dan cetusan idea baru bagi para peserta serta menaikkan taraf hidup mereka. Bolehla melawat laman webnya untuk maklumat lanjut.
Tentang artis pula, siapa yang sudi meluangkan masa 'emas' mereka turun padang berkursus tentang Akhlak Rasul? Tidak sampai 1/3 dari jumlah peserta yang mengikuti kursus tersebut adalah artis. Yang lain hanyalah kawan kepada staff-staff Karyawan itu sendiri. Menurut pihak penganjur, En Syed (pelakon drama Cinta Madinah), pada mulanya ramai artis yang bersetuju untuk pergi, namun di saat akhir membatalkan hasrat tersebut. Mungkin ada perkara lain yang lebih penting dari kursus ini, kot.
Apepon, banyak manfaat dan pengalaman yang aku perolehi, juga tambahan kenalan dan so called 'adik angkat'. Terima kasih pada Ummu atas kesempatan ini.
No comments:
Post a Comment