Adik dan abang, bersama2 membesar, dalam 1 keluarga yang bahagia...
Adik dan abang, sama2 belajar mengenal dunia, melalui pahit getir, tawa manis perjalanan hidup, kecil hingga dewasa..
Adik dan abang, tempat untuk dituju apabila kehabisan wang, dan malu mahu mnta pada ayah,tempat meminta pendapat dan berkongsi idea, berkongsi rahsia suka duka, termasuk apabila si adik sudah berjumpa suri dalam hidupnya..
Abang, sanggup memerah keringat menunaikan segala hajat si adik, walau diri terpaksa mengikat perut, namun biarlah, demi adik tersayang, moga2 nntinya dia akan segera sedar akan tanggungjawabnya, dan bangun membela nasib ibu dan ayah di kampung..
Adik, terasa dunia ini begitu indah, dan harus semuanya yang dihajati, dimiliki dengan sempurnanya, walau selalu melukakan hati abang yang sentiasa akan ada untuknya apabila dia dalam kesempitan dan menghajati sesuatu...
Abang, sungguh tinggi kesabaranmu, sanggup berdiam diri dari melawan kata, demi menjaga hubungan baik dgn adikmu, sungguh, namun kau hanya manusia biasa, kesabaran manusia pasti ada batasnya, dan prinsip hidupmu yg satu itu, pasti akan ditegakkan, walaupun terpaksa kehilangan adik tersayang..
Adikku, sungguh aku menyayangimu kerana Allah, maka tatkala kau sudah berani untuk tidak mengendahkan suruhan Nya yang Satu itu, maka buatlah kau pilihan segera, aku tidak akan teragak agak untuk meninggalkanmu lantaran keenggananmu menunaikan rukun yg 5 itu, walhal sudah beribu wang habis dibelanja untuk biaya persekolahanmu..
Adikku, fikirlah dengan rendah hati, dapatkah kau menghirup udara di bumi ini, jika tiada izin dari Nya, jika tiada sifat Rahman dan Rahim Nya?
Adikku, kesalanku adalah adalah kerana terlalu mengharapkanmu dapat berubah dan menjadi manusia berguna, walhal dirimu terus hanyut di buai arus kemodenan kota yang kononnya menjanjikan 1001 kemanisan dunia itu..
Adikku, aku sudah putus bicara dan rasa, hatiku kini terasa sangat tawar dan sia sia, terasa seperti segala masaku dibazirkan pada ayam di hutan.. Namun adikku, ku takkan pernah tertinggal untuk terus mendoakan kesejahteraanmu, moga dibukakan pintu hatimu, untuk kembali mengamalkn suruhan Nya, kembali kepada keluarga,
Agar kita dapat terus sama sama mendepani cabaran dan dugaan hidup di dunia ini, ya bersama
sama..abang rindukan saat manis kita bersama dulu adikku...
No comments:
Post a Comment