Thursday, September 18, 2008

18 Ramadhan

Sedar tak sedar, dh 18 ramadhan, sekejab lagi nak raya, moga Allah terus memberikan kekuatan pada aku untuk meneruskan perjuangan dan perjalanan di dunia ini. Terlalu sekejab masa berlalu, rasa macam hari pertama berpuasa baru semalam berlalu. Amat rugilah orang yang tidak menghiraukan semua kesemua nikmat2 dan ganjaran yang Allah berikan pada hamba2 Nya di bulan yang mulia ini.


Ya Allah, aku tahu aku takkan pernah layak untuk meminta padaMu, namun hanya pada Mu la selayaknya aku memohon dan mengadu,


Aku mohon keampunan Mu Ya Rahman Ya Rahim, aku pohon kasih sayang dan rahmat Mu, jangan lah kau biarkan aku keseorangan mengharungi mehnah ujian di muka bumi mu ini


Tunjukkanlah aku jalan, moga aku dapat bersama2 orang Kau redhai di dunia dan di akhirat nanti



Ameen...


2 comments:

unique1012 said...

Salam Mas,

Dah ada blog baru ke? nanti akak add ye, TQ

Buka apa hari ni? Mesti best kan?!

mas said...

hehe, saja je cuba2..akak sihat? kt sanapon mcm ok jer..all the best!