Friday, September 26, 2008

Akhir Waktu Ini

Ramadhan datang, Ramadhan pergi
Kedatangan dinanti, kepulangan ditangisi


Tapi adakah realitinya begitu bagi diriku, hamba yang seorang ini, terasa sangat rugi kerana tidak memanfaatkan tiap ruang masa dan waktu yang diberi dahulu, untuk banyak2 bangun mlm dan bertadabbur AlQuran..


Bila nikmat itu sudah ditarik balik sekarang ini, walaupun masih boleh buat sebahagian kecil ibadah, tp terasa rugi bangat.. itulah, masa ada tak nak manfaatkan, sudahlah..





Cuma satu harapanku, di akhir2 waktu nanti, akan ada kesempatan untukku, bersujud memohon keampunan dengan seikhlas mungkin, dan mengharapkan Allah memberikan jawapan bagi setiap persoalan dalam hidupku ini yang sudah 25 tahun menanti ini. Ampunkan aku Ya Allah, kerana tidak mampu menjaga diri ini selaras kehendak Syariat-Mu, lantaran selalu tewas dengan bisikan jahat nafsu syaitan itu..
Tapi, masih layakkah keampunan untukku??


Do u have any?

Thursday, September 18, 2008

18 Ramadhan

Sedar tak sedar, dh 18 ramadhan, sekejab lagi nak raya, moga Allah terus memberikan kekuatan pada aku untuk meneruskan perjuangan dan perjalanan di dunia ini. Terlalu sekejab masa berlalu, rasa macam hari pertama berpuasa baru semalam berlalu. Amat rugilah orang yang tidak menghiraukan semua kesemua nikmat2 dan ganjaran yang Allah berikan pada hamba2 Nya di bulan yang mulia ini.


Ya Allah, aku tahu aku takkan pernah layak untuk meminta padaMu, namun hanya pada Mu la selayaknya aku memohon dan mengadu,


Aku mohon keampunan Mu Ya Rahman Ya Rahim, aku pohon kasih sayang dan rahmat Mu, jangan lah kau biarkan aku keseorangan mengharungi mehnah ujian di muka bumi mu ini


Tunjukkanlah aku jalan, moga aku dapat bersama2 orang Kau redhai di dunia dan di akhirat nanti



Ameen...


Friday, September 12, 2008

Mari menonton teater....


Bulan lepas aku dan kawan2 serumah menonton teater tulisan Faisal Tehrani dan diarahkan oleh pensyarah UM. Bayaran masuk RM10 untuk student, tp saya dpt masuk free sbb 'menyamar' sebagai kameraman untuk kawanku si Ummu penulis tetap dalam majalah Anis yang tersohor itu. Terima kasih kawanku :)

Enjoy the picture, sebab kalau nak tahu tentang intipati teater ini, click la di sini yer.






Pelakon utama yang dah tukar costume, since this is his very first time trial, i can give him 4 starla..hehe
I

Ini antara pelakon2nya, (3 lelaki itu). 5 org saja pelakon untuk 2 jam pementasan, and no woman, means the guy will take over the girl place..menariklah tapi macam geli geleman la bila mereka lakonkan babak perempuan, bersama pelakon lelaki, tp nampak mcm lelaki dgn lelaki la..(^-^)

Kesimpulannya okla tengok teater ni, walaupon di jam2 terakhir, aku tewas jua..terlelap sat..tp sebab inilah pengalaman pertama kali saya menonton teater, walaupon agak lambat dan bahasanya berbunga2, namun penulis skripnya telah berjaya membuatkan saya rasa bangga dengan sejarah kesultanan Melayu Melaka dahulu, dan rasa seronok untuk kaji semula sejarah2 tersebut :)





Adik dan abang..

Adik dan abang, bersama2 membesar, dalam 1 keluarga yang bahagia...

Adik dan abang, sama2 belajar mengenal dunia, melalui pahit getir, tawa manis perjalanan hidup, kecil hingga dewasa..

Adik dan abang, tempat untuk dituju apabila kehabisan wang, dan malu mahu mnta pada ayah,tempat meminta pendapat dan berkongsi idea, berkongsi rahsia suka duka, termasuk apabila si adik sudah berjumpa suri dalam hidupnya..

Abang, sanggup memerah keringat menunaikan segala hajat si adik, walau diri terpaksa mengikat perut, namun biarlah, demi adik tersayang, moga2 nntinya dia akan segera sedar akan tanggungjawabnya, dan bangun membela nasib ibu dan ayah di kampung..

Adik, terasa dunia ini begitu indah, dan harus semuanya yang dihajati, dimiliki dengan sempurnanya, walau selalu melukakan hati abang yang sentiasa akan ada untuknya apabila dia dalam kesempitan dan menghajati sesuatu...

Abang, sungguh tinggi kesabaranmu, sanggup berdiam diri dari melawan kata, demi menjaga hubungan baik dgn adikmu, sungguh, namun kau hanya manusia biasa, kesabaran manusia pasti ada batasnya, dan prinsip hidupmu yg satu itu, pasti akan ditegakkan, walaupun terpaksa kehilangan adik tersayang..

Adikku, sungguh aku menyayangimu kerana Allah, maka tatkala kau sudah berani untuk tidak mengendahkan suruhan Nya yang Satu itu, maka buatlah kau pilihan segera, aku tidak akan teragak agak untuk meninggalkanmu lantaran keenggananmu menunaikan rukun yg 5 itu, walhal sudah beribu wang habis dibelanja untuk biaya persekolahanmu..

Adikku, fikirlah dengan rendah hati, dapatkah kau menghirup udara di bumi ini, jika tiada izin dari Nya, jika tiada sifat Rahman dan Rahim Nya?

Adikku, kesalanku adalah adalah kerana terlalu mengharapkanmu dapat berubah dan menjadi manusia berguna, walhal dirimu terus hanyut di buai arus kemodenan kota yang kononnya menjanjikan 1001 kemanisan dunia itu..

Adikku, aku sudah putus bicara dan rasa, hatiku kini terasa sangat tawar dan sia sia, terasa seperti segala masaku dibazirkan pada ayam di hutan.. Namun adikku, ku takkan pernah tertinggal untuk terus mendoakan kesejahteraanmu, moga dibukakan pintu hatimu, untuk kembali mengamalkn suruhan Nya, kembali kepada keluarga,

Agar kita dapat terus sama sama mendepani cabaran dan dugaan hidup di dunia ini, ya bersama
sama..abang rindukan saat manis kita bersama dulu adikku...



Tuesday, September 9, 2008

Senyumlah... (",)


Mmm..arini mood mcm tak berapa baik..byk kali cuba utk senyum, tp cam tak ikhlas jer, kalau
senyum pon, tawar jer, mcm buat2..mmg tak lahir dari hatilah..huhu

Penat pujuk mulut ni suruh senyum dgn ikhlas, barulah akan lahirkn suasana yg selesa dan ceria, tp tak bleh gaks..GaGaL


Penat gak pk kenapa yer mulut ni taknk senyum macam selalu, rupa2nya sbb HATI..Kan senyuman yg ikhlas tu lahir dari hati yg ikhlas, kalo hati tak ikhlas, ceria, cemna nk zahirkan yg indah2 juga,kan?

Oo, nmpaknya nk kena buat sesuatu supaya hati ini kembali ceriala...nk buat aper yek..main Game,baca citer lawak, borak2??? hehe

Cemna yerk?? Senyumla wahai Hati..

Friday, September 5, 2008

Salam Siaran.. :)



Hari ini 5 Ramadhan 1429 H, bersamaan 5 September 2008..Selamat berpuasa pada semua yg berpuasa.. Moga Ramadhan ini menjanjikan natijah yg luar biasa hebat dan bagus dari masa2 yang lalu...Bak kata ustazah dalam kuliah jumaat tengahari tadi, Puasa itu perisai kita, dari terus2an buat perkara2 yg tak elok, dan untuk kita berusaha teruskan membuatkan amalan2 seperti di bulan ramadhan ini, dalam bulan2 yg lain,berpuasa terutama skali...



Oklah, sampai sini dulu, dah lama sebnrnya nk ngobrol2 dlm blog sdiri ni, slalu baca blog org lain jer, and finally hari ni Allah mudhkan urusan utk menulis buat pertama kali ni..mas mmg suka membaca,mendengar,melihat, dan tafsirkan sesuatu ikut akal fikiran sdiri, kadang2 releven, kadang2 tidak, tp itula keunikan yg Allah berikan pada stiap hamba2Nya..bak perbincangn kami semasa berbuka puasa di rumah sewa AZ 2 hari lepas, masing2 berkarakter mengikut bidang yg dia pilih skrg ini, bidang syariah lain gayanya, bidang IT penuh teknikal, bidang sains merumuskan teori, tp bidang akaun cemna pula yer??ntahla, xdela rasa diri ini terlalu berkira terutama ttg kewangan..



k,selamat berpuasa..Ramadhan Kareem :)