Sampai di kaki bukit dalam pukul 7++ pagi jugalah. Agak terkejut kerana ada terlalu banyak kereta yang sedia parking di situ. Rupanya ramai juga yang berhajat mahu melihat matahari terbit, sama seperti kami. Kami tanpa mengambil masa yang panjang, terus bersiap apa yang patut, dan bergegas ke trek untuk mendaki bukit. Walau dalam keadaan hujan dan jalan yang lecak, kami tabahkan hati demi mahu melihat keindahan bukit Broga seperti yang diperkatakan teman2 yang pernah sampai ke puncak sana. Ada 4 puncak semuanya, berketinggian 400m, dan kepanjangan perjalanan dari kaki bukit ke puncak terakhir lebih kurang 2 km, jauh juga tu.
Boleh ke nak panjat ni? Kak Alfaeza bermonolog dalam hati
Di peak ke 3, masih hujan masa ni
Akhirnya, di puncak ke empat dan teratas...All the best.. berjumpa lagi dalam cabaran seterusnya...



I

