Monday, December 27, 2010

SOLAT is BEST!


SOLAT is BEST!
SOLAT is BEST!

Saya mendapat sms dari kawan lama (junior UIA) , cik Ezyan yang walau sudah lama tidak ketemu, namun ukhuwah itu tetap ada, terima kasih pada beliau yg masih sudi memforwardkan satu sms penting yang banyak memberi input positif pada saya. Sms ajakan ke program Solat is Best di Bangunan AKRAM, Bangi , 26 Dec bersamaan ahad lepas sgt2 diraikan kehadirannya. Program ini anjuran Kementerian Modal Insan dan Pengajian Tinggi kerajaan negeri Selangor. Penyertaan free, dari pendaftaran hingga makan, baguskan, syaratnya hanya peserta perlulah belia berumur 17 - 35 tahun.

Namun, walau begitu, ramai juga peserta yang tidak berada di lingkungan umur tersebut hadir. Pihak penganjur hanyalah membuka kepada 200 orang peserta saja, namun mereka terpaksa akur pada jumlah kehadiran yg melebihi 100% dari target, around 450 orang peserta berjaya mendaftarkan diri semalam, bersama 4-5 biji bas masing2 dari UIA GOmbak dan lain2 institusi. Sambutan yg di luar jangka itu adalah tandanya kesedaran yg tinggi bagi umat Islam, untuk membaiki diri dan untuk mencari khusuk dlm solat yg wajib dilakukan atleast 5x sehari.

Penceramah jemputan diterbangkan khas dari Jakarta, Pak Yusdeka, seorang yang sangat humble yet approchable, sgt simple tapi tinggi ilmunya. Beliau ialah seorang Vice President bagi sebuah syarikat besi pertama di Indonesia.

Pak Yus menerangkan pada kami sebenarnya khusyuk dlm solat itu milik smua muslimin, bukanlah tertentu pada Rasulullah, para sahabat dan wali2 Allah saja. Khusyuk itu anugerah dari Allah, dan kita hendaklah sentiasa memohom dan terus meminta.

Pak Yus membuka gelanggang semalam dengan melontarkan beberapa ayat suci Al Quran yang sangat selalu di aku dengar, tapi masih belum berbekas dalam hati. Surah Al Anfal, ayat 2, Allah berfirman yg bermaksud;
Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah, gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.

- Adakah sekarang kalau sekarang aku mendengar nama Allah disebut, akan memberi apa2 kesan dlm diri dan hati ku? Emm, geleng perlahan2..sob sob

Juga dalam surah Al Baqarah, ayat 45 - 46:

Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu',
(yaitu) orang-orang yang meyakini, bahwa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahwa mereka akan kembali kepada-Nya.

- Lantas, bagaimana mendapatkan solat yg khusyuk itu? Adakah aku belum yakin akan bertemu Allah suatu hari nanti?

Pak Yus berkata, gurunya adalah anak2 kecil yang bebas berlari2 di sekeliling dewan tersebut, tanpa rasa terkongkong, dan takut penat.

Beliau menerangkan lagi bahawa selama ini kita solat hanyalah kerana takut masuk neraka, nak masuk syurga atau takut dimarahi mak ayah, atau ikut kawan2 saja. Minda kita telah terjajah dengan perasaan tak aman dan terkongkong, lantas kita membuat sesuatu perkara kerana takut kehilangan atau dipaksa, bukan kerana ketulusan hati sendiri.

Sebab itu amat sulit untuk mendapatkan rasa khusyuk dlm solat, lantaran kita tidak sedar sebenarnya solat itu adalah dialog secara langsung kita dengan Sang Pencipta. Allah itu Dekat bahkan lebih dekat dari urat leher kita sendiri. Ye, tiap waktu kita solat sebenarnya, kita sedang berkomunikasi dgn Allah, tapi adakah kita terasakan ?

Lantas bagaimana hendak mendapatkan solat yg khusyuk itu? Sangat simple cara beliau kongsikan itu, tapi amat susah untuk aku terangkan, sebab masih belum dpt lagi 100% khusyuk itu. Yang penting, dimulakan dengan wuduk yg sempurna, dengan sungguh2 membasuh semua anggota wuduk secara sedar yang kita bakal mengadap Penguasa Semesta Alam, dan sedikit sebanyak rasa gementar itu akan hadir dan teruskan momentum itu untuk menunaikan solat pula.

Kita mesti menghadirkan hati kita pada tiap2 bacaan dan pergerakan dalam solat itu, faham atau tidak, kalau betul2, yakin dan bersungguh2, pasti akan terasa juga dalam hati kita. Ye, sgt praktikal, tp kalo bersunnguh2 mahukan khusyuk itu, pasti Allah akan beri juga. Teruskan berdoa moga2 Allah kurniakan kita khusyuk dalam solat dan tiap2 amal ibadah yg kita lakukan diterimaNya.

Tersangat syahdu suasana dalam dewan di petang majlis tersebut semasa sesi praktikal Pak Yus mengajar kami utk mendapatkan khusyuk dlm solat itu. Sebenarnya tiada satupon dalam diri kita ini adalah milik kita, tiada satu pun ,semuanya hanya pinjaman dari Allah, lantas apakah yang hendak dibangga2kan sangat dengan dunia ini? yang pasti akan kita tinggalkan, sedikit masa lagi, atau lama sedikit dari sedikit masa itu..huhu

Banyak lagi inputnya, tapi mcm tak reti nak tulis, kalau ada kesempatan yang lain, mesti nak pergi lagi kursus2 membina jiwa seperti ini.

Solatlah sebelum tubuh terbujur kaku...


Catatan lagi mantap boleh ke blog En Hamka keretamayat .

No comments: