Thursday, February 4, 2010

Now I Know....

Sekarang barulah aku tahu
tidak semua perkara perlu aku ketahui..
lebih baik disembunyikan dari dilafazkan

Sekarang baruku tahu
tidak semua perkara perlu diberitahu
dan apabila telah diketahui, tak semestinya akan melegakanku

Sekarang baruku tahu
Kehidupan ini, pasti tidak sama antara aku dan kamu

Mungkin kamu mudah tersenyum,
tapi adakah hatimu juga tersenyum sama?

Dan mungkin aku selalu bermuka masam,
namun hatiku adakah semasam itu?

Tafsiran manusia berbeza,
bergantung pada situasi, keadaan, fikirannya, matlamatnya,
Pada masa itu...

Mungkin dia sedang gembira..
maka kata-kata positif sajalah yang akan keluar dari mulutnya

Mungkin dia sedang bersedih..
Maka kesedihannya itu terpalit juga pada perbuatannya,
walau dia telah mencuba untuk menyembunyikannya

Begitulah,
siapalah aku untuk menilai engkau
yang kurasakan bahagia di sana
namun hakikatnya,
adakah bahagia?

Ya, orang kata, bahagia itu subjektif...
jadi, adakah aku hendak menunggu bahagia itu datang
Atau mencari bahagia itu?

Live your life...Hargai masa kini, masa depan mungkin tiada (sebahagia sekarang)

If u can't change people, then u CHANGE!

Sesuatu yang berlaku, pasti ada hikmahnya..itu PASTI..

Jadi...teruskanlah perjuangan ini..
Belajarlah memaafkan, redha dan ikhlas atas ujian yang datang..

Aku pasti akan menghargai kesakitan sekarang, jika tahu kebahagiaan abadi menanti di sana..Jika tidak di dunia, maka moga2 di akhiratlah..

Sangat subjektif...perasaan ini, rasa ini, fikiran ini, reaksi ini...

Mmmm...Mencari kekuatan dalam kegembiraan kawan2 lain...

(>-<)

8 comments:

Zuraimah Ismail said...

awatnye macam sedey je ni...

Nida n' Hanafi said...

Salam Mas..

Allah sayang hambanya... bersabarlah.. Akak tahu Mas seorang yang kuat..

unique1012 said...

Mas,
semoga tabah selalu ye dik :) segala yg berlaku insyaAllah ada hikmahnya :)

Mas said...

TQ semua..tak sedihla..cuma ekspresi diri...hehe

Mas said...

TQ semua..tak sedihla..cuma ekspresi diri...hehe

ummunu'man said...

kerana itu tidak berhak hakimi atau bersangka sangka, kerana apa yag kita dengar, kita lihat, kita rasa, hanyalah tidak lebih dari perasangka. hanya di tanagn Allahlah hakikatnya.

ummunu'man said...

kerana itu tidak berhak kita hakimi atau bersangka sangka, kerana apa yag kita dengar, kita lihat, kita rasa, hanyalah tidak lebih dari perasangka. hanya di tanagn Allahlah hakikatnya

Mas said...

TQ kak Long!