Tuesday, August 11, 2009

Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan TM

Tanggal 8 hingga 9 Ogos 2009 lepas telah berlangsung acara tilawah Al Quran dan Hafazan, peringkat Kebangsaan TM di Menara TM Melaka, MITC. Acara gilang gemilang ini dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Pada peringkat ini, setiap negeri menghantar wakil masing2 bagi acara2 yang di pertandingkan. Sebelum itu, pertandingan peringkat negeri telah diadakan bagi memilih wakil2 untuk ke peringkat Kebangsaan. Lihat sini untuk lanjutan cerita tentang entry sebelum ini.

Tahniah kepada para pemenang, semoga hati2 yang membaca dan mendengar alunan Al Quran yang dibacakan akan menyemarakkan lagi rasa getaran dan mendekatkan lagi kita pada Sang Pencipta yang memegang hati2 kita ini. Saya cuba untuk dapatkan dan uploadkan bacaan kawan2 semasa di sana, kalau ada rezeki, bolehlah sama2 menjadi halwa telinga kita.

Tahniah juga pada kawan blog saya Kak Ummi Humaira atas kecemerlangan anak bujangnya menjadi johan acara Hafazan Peringkat Remaja. Boleh lihat di sini untuk cerita lanjut.

=)

3 comments:

Unknown said...

salam Mas ,masa acara tu berlangsung ,Mas tunggu sampai habis ke ? gambar ni dr siapa ya , suami akak kata kalu boleh dia nk dpt kan foto dia dgn pserta kl/selangor yg kt ats pnts tu,dia x smpat mnt tlg amik dgn kamera sndiri ,cuma jurufoto tu srh bgmbr guna kamera dia je.

Mas said...

kak, mas dtg kjab je, tengahari sabtu tu, then balik kg, ada hal lain..gamabr in pon kwn2 yg tunggu mlm penyampaian hadiah tu yg bagi, nnti kalau ada gamabr2 lain mas bg kt akak ye...

Unknown said...

Salam Mas , hubby akak dah burn cd (movie n gambar )n nk kasi pd kenalan rapat majlis MTQ tu juga termasuk pd Mas dan Hj Abu Hassan ,sebenarnya adik akak pun btugas di Menara ,akak akn kirim pd dia ,cuma Mas hubungi akak di www.vilakd@yahoo.com