Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia ingin mengajak insan-insan yang bermurah hati untuk bersama-sama kami mengimarahkan Ramadhan ini melalui Program Fast 2 Feed
Bersedekah Di Bulan Ramadhan.
Bulan Ramadhan adalah bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Antaranya Allah s.w.t. telah menjanjikan bahawa akan terbuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka, serta diikat segala syaitan. Pada bulan Ramadhan juga digalakkan kita bersedekah bagi mewujudkan keinsafan diri dan menyemai sikap tanggungjawab sesama manusia.
Selama sebulan kita menikmati juadah berbuka puasa dengan beraneka macam makanan lazat dan minuman segar dan seterusnya merayakan Aidilfitri pada 1 Syawal. Akan tetapi sedarkah kita, masih ada antara masyarakat kita yang masih hidup dalam kemiskinan dan juga saudara-saudara seagama kita di luar sana yang menderita akibat peperangan ataupun bencana alam?
Diriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersifat lebih pemurah dan dermawan sewaktu Ramadan.
Dalam hal ini, Baginda bersabda yang bermaksud:
“Sedekah yang paling afdhal (baik) adalah sedekah yang dikeluarkan dalam bulan Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Oleh yang demikian, bersama-sama kita manfaatkan bulan Ramadhan ini dengan program Fast 2 Feed 1430/2009!
Fast 2 Feed Episod 1
Tarikh: 29 Ogos 2009/ 8 Ramadhan 1430
Lokasi: Dewan Al-Malik Faisal, Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya
Kapasiti: 200 dari ASDAF dan dari Rumah Anak Yatim Pelarian Rohingya.
Fast 2 Feed Episod 2
Tarikh: 5 Sept 2009/ 14 Ramadhan 1430
Lokasi: Asrama Darul Falah (ASDAF), Changkat Persekutuan, Kuala Lumpur
Kapasiti: 100 (ASDAF)
Pakej Fast 2 Feed
Pakej A
Anda boleh taja anak yatim/miskin untuk berbuka puasa!
RM30 untuk setiap anak yatim/miskin (makan dan moreh 1 org + duit raya)
Pakej B
Berbuka puasa bersama dan taja seorang anak yatim/miskin!
RM50 seorang termasuk sponsor seorang anak yatim/miskin (makan dan moreh 2 org + duit raya). Anda juga boleh datang membawa sumbangan barang2 keperluan asas seperti beras, minyak masak, etc...
Tentatif
6.30pm - ketibaan penaja-penaja
7.15pm - buka puasa (kurma) dan solat Magrib
7.30pm - menikmati juadah berbuka
8.30pm - Solat Isyak dan Tarawih
9.45pm - Morreh dan Pemberian Duit Raya
10.15pm - Pulang
Cara Menyertai;
1. Datang sendiri ke pejabat Muslim Aid2. Melalui kiriman wang pos, money order / cek atas nama Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia3. Deposit langsungCIMB - 1422-0000070-10-8 (Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia)(sila pos atau faks, slip pembayaran ke 03-2288 1966)4. GIRO Antara Bank5.
Kad Kredit / OnlineVisa dan Mastercard *Untuk Setiap penyertaan emailkan slip pembayaran beserta nama penuh dan nombor telefon kepada
mail@muslimaidasia.com. Sila nyatakan sekali tarikh yang Fast 2 Feed yang anda ingin sertai.
Selamat Beramal!...