Sabtu 6 June 2009 yang lalu melakarkan 1 lagi sejarah dalam diariku. Berbekalkan semangat tagline 'meraikan hari bahagia kawan2', aku dan Ummu juga kak Wani bertegas untuk mengosongkan jadual kami pada hujung minggu itu untuk bersantai ke majlis kahwin kawan serumah AZ, Ekin di Sungai Siput, Perak. Kami berkonvoi 2 kereta, aku dan Ummu menaiki wira kesayanganku dan kak Wani beserta K Aziah, Kak Ana Pijan dan Bonda Maryam dengan kereta Myvi Hitam kak Ana Pijan. Destinasi pertama ke wedding Ekin, dan seterusnya aku dan Ummu ke wedding Usop adik junior favourite Ummu di Sabak Bernam dan Kak Wani and the geng ke Baling, Kedah meraikan cikgu Zurina, ex-kawan serumah juga.
Kami bergerak seawal 9 pagi tetapi dek kerana kepadatan jumlah trafik menuju ke Utara, kami, atau lebih tepatnya aku tidak dapat menunjukkan potensi sebenar gaya pemanduan apabila hanya boleh pergi selaju 80km se jam. Banyak perkara yang dibualkan dengan penulis muda Ummu Hani, dan semoga dia dan aku terus tabah meneruskan perjuangan dan penantian ini. Yakin and tenanglah wahai hati-hati. Kami tiba di Exit Ipoh jam 11.30 pagi, dan terus berkonvoi ke Sungai Siput.
Lantaran kecepatan masa kami sampai, Ekin dan husbandnya masuh belum tiba lagi dan setelah makan dan bergambar(acara wajib!), Kak Wani and the geng bergegas ke Baling untuk program seterusnya. Aku dan Ummu menunggu pengantin tiba dan bercadang untuk pulang setelah mengambil gambar dan berjumpa Ekin, walaupun sekejab. Penantian kami di dalam dewan pada hari itu ditemani oleh laungan, uppps nyanyian karaoke yang selalu 'pitching'nya lari, sian...
Pasangan bahagia itu melangkah masuk ke dalam dewan, dengan 1001 satu perasaan. Ekin, dah jadi puan ni, moga jadi isteri solehah ye, =).
Selepas itu, kami bergegas ke Sabak Bernam kenduri ke dua hari ini. Selepas
exit di Teluk Intan, keretaku terus meluncur laju mencari-cari di mana Sabak Bernam yang indah dan permai itu. Ternyata nasib tidak menyebelahi dek keasyikan ber'sharing moment' di antara kami, barulah kami tersedar yang kami telah tersesat, namun semuanya telah terlambat. Untuk berpatah balik amatlah tidak berbaloi. Alahai, berbekalkan semangat yang masih ada, walaupun sudah tinggal suam-suam kuku saja, kami bergegas mengambil jalan u-turn dan terus terusan mencari Sabak Bernam. "Kenapalah susah sangat ni, mungkin jin Ummu yang halanglah,Mas." Omel Ummu berulang-ulang..Ha?Betul ke? Boleh percaya ke, kuasa jin menutup jalan dari pandangan? Tapi setelah lama kami berbincang dan mencari rational, dapatlah kami simpulkan yang kami memang sebenarnya tidak tahu di mana Sabak Bernam berada, dan tidak mengambil langkah bijak untuk bertanya penduduk tempatan seawal
exit di Teluk Intan lagi. Pakai redah je, sudahnya, susah sendiri. Sesungguhnya tiada kuasa dan daya selain Allah Ta'ala punya.
Setelah hampir 3 jam berpusing-pusing mencari jalan yang benar, akhirnya kami tiba di rumah pengantin, walaupun pengantin perempuan sudah bertukar pakaian dan ini menjadikan kami tetamu terakhir sampai ke kenduri itu. Pasti saat2 itu takkan kami dan pasangan bahagia Usop dan Ida lupakan.
Sempat ambil gambar pelamin saje,huhu...
Seusai makan, kami bertolak balik ke AZ, tamat sebuah lakaran perjalanan untuk kali ini, bersambung ke siri ke 2 minggu depan pula. =)