Wednesday, April 29, 2009

Tuesday, April 28, 2009

Kenangan di BATAM DEC 08

Akhirnya, setelah berbulan2 menunggu, abangku Mazuan berjaya mengeposkan melalui email gambar2 kenangan kami semasa di BATAM tahun lepas. Walaupun tidak banyak dan kualiti kamera yang tidak seberapa, namun cukuplah sebagai kenangan, lepas ni bolehla plan ke tempat lain pula..

Rombongan Cik Mak: Mus, aku, mak tercinta dan bang Wan (Penaja Utama)..


Bersama 2 hero - Bang Wan dan Musz di jambatan menghubungkan Batam dengan pulau sekitarnya.

Peace!

Berposing di lobi hotel sebelum bertolak ke Jeti.


Jumpa lagi...Batam..




Di atas feri sebelum feri bergerak,lihatlah lautan ini, indahnya ciptaan Allah..

.

Wednesday, April 22, 2009

Memancingla pulak..

Hujung minggu lepas, 18 Apr 09, kami (Mas dan Ummu Hani) bersama2 adik ASDAF(Asrama Darul Falah) telah pergi ke Beranang berpiknik sambil memancing ikan. Program anjuran Muslim Aid ini di bawah kelolaan En. Muhammad dan sponsor tempat dan makan minum tuan punya kolam Pn Hjh Zakiah. Program ini juga disertai oleh volunteer dari UIA PJ dan bakal2 doktor dari UKM. Kami berkonvoi 1 bas, 1 van dan lebih kurang 5 kereta ke sana. Banyak pengalaman yang diperolehi lantaran ini kali pertama saya memancing dan kejayaan terbesar adalah berjaya melontarkan umpan dan tali pancing ke dlm kolam dengan sempurna, tanpa berterabur umpan dedak atau tersangkut di dahan2 pokok, walaupun setelah berkali2 mencuba. Kira power gakla. Dapat ikan memang bukan matlamatnyalah (ayat nak amik hati tu, hehe.)
.
Memancing memang betul2 menguji kesabaran, kerana terpaksa berjemur di bawah teriknya matahari sambil menunggu dan terus menunggu ikan makan umpan pancing kita. Bak menunggu bintang jatuh dari langit (cewah). Apepon kekusutan itu segera hilang apabila adik2 peserta dapat menawan ikan merah dan kemuncaknya ikan patin seberat 3.6kg berjaya ditewaskan. Tataplah gambar2 sebagai saksi kemeriahan acara tersebut.







Jumpa di lokasi memancing yang lain pula,
=)

.

KLBF09 @ PWTC


Aku memang suka membaca, kesempatan KL Book Fair di PWTC dari 17 til 26 Apr 2009 ini memang betul2 mengujakan. Sementelah aku hendak mencari buku teks baru untuk sesi mengajar yang akan bermula 27 Apr ini. Seusai waktu pejabat semalam, aku bergegas ke PWTC menaiki LRT dari Kerinchi ke Masjid Jamek dan bertukar STAR ke PWTC. Jenuh gak berjalan sebab dah terlalu biasa berkereta ke mana2, tapi sebenarnya sekali sekala eloklah 'exercise' otot2 yang semakin 'mantop' ini, huhu
Sejurus sahaja sampai di sana dalam jam 6.30 petang, aku dan Faiza (Housemate) terus menyelinap ke seluruh pelusuk kedai2 buku yang ada, membelek-belek banjiran buku2 yang tersusun rapi, sungguh2 mengujakan. Sehingga matlamat asal membeli buku teks terabai. Booth2 untuk buku2 berat itu tutup seawal jam 7 mlm. Aku terlewat untuk mencarinya. Mungkin tiada rezeki di sini, akanku panjangkan langkah ke MPH Mid Valley hujung minggu ini. Booth2 jualan buku lain tutup jam 8 malam dan aku sempat membeli beberapa jenis buku dan majalah. Selepas ini masa2 lapangku akan lebih banyak mengadap buku2 daripada tv, sepatutnyalah!
Ini senarai buku2 dan majalah yang sempat dibeli dalam masa tidak sampai 2 jam itu!
1) Ketupat Cinta - Faisal Tehrani
2) Telaga Budi - Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat ( untuk dihadiahkan pada seseorang,=))
3) Haji Muda - Ridzwan Bakar ( Teruja untuk bergelar hajah sebelum 35 tahun!)
4) Majalah Solusi edisi May 09 - Impak Dosa ( dapat free kaset Panduan Memilih Jodoh,upps)
5) 2 buah majalah National Geography
Sebelum itu, beberapa buah buku telah dibeli di rumah sewa sahaja dari Ummu Hani, lantaran penulis dan penjualnya ada 'share' dalam Galeri Ilmu,
1) Rindu Bau Pokok Tin - Us. Hasrizal (www.saifulislam.com)
2) Bercinta sampai Syurga! - Us. Hasrizal (www.saifulislam.com) - to be given as birthday gift to Kak Sarah.
3)Satu Bulan Tiga Bintang - Ummu Hani Abu Hassan (Novel remaja, untuk anak2 saudaraku!)
4) Catatan Hati Nik Nur Madihah - Ummu Hani Abu Hassan ( untuk panduan anak2 saudaraku juga!)
Memang puas hatilah, walaupun beratus ringgit habis, tapi takpe, pelaburan untuk masa depan.
Membaca boleh merehatkan minda dan mencetuskan idea2 baru yang lebih segar dan kreatif.
Jom membaca!

Sunday, April 19, 2009

Tolong....

Salam,sumer kawan2 ku, Mas mengalami satu masalah nak tukar template / layout blogspot ni. Dah try carik kat sumer website yg offer free layout, tapi so far sumernya tak berkenan di hati (cerewet gak ye!hehe). So, sapa2 yang ada link best2 atau panduan atau tips berguna, harap2nya bolehla tolong yer..

Your attention is highly appreciated! (Cewah..)


Looking 4ward to hear from u all... TQ

Wednesday, April 8, 2009

Teruskan memberi Manfaat....





Firdaus, anak En Fadil...

Alhamdulillah, hari ini kami berkesempatan untuk menyampai sumbangan makanan untuk keluarga encik Fadil di Flat Sri Pahang. Saya sempat bermain dengan anak En Fadil, iaitu Firdaus yang berumur 3 tahun. InsyaAllah pada hujung bulan ini, kami di Muslim Aid akan mula merancang untuk cuba mendapatkan tapak perniagaan atau kiosk untuk En Fadil. Projek ini akan dibantu oleh pelajar praktikal dari UIA yang bakal menjalani latihan praktikal di Muslim Aid selama sebulan.

Siapa En. Fadil ini? Sila ke laman ini untuk ceritera lebih lanjut...