Thursday, February 5, 2009

Jangan Main Mercun!

JANGAN MAIN MERCUN....JANGAN MAIN MERCUN...

Seru pihak berwajib menggunakan pembesar suara di kawasan rumah sewaku beberapa malam lepas. Kedegilan sikap jiran-jiran lain bangsa merayakan raya mereka, dengan dentuman mercun di tengah-tengah malam, sangatlah mengganggu ketenteraman awam. Jika waktu selepas Maghrib tu, bolehlah diterima lagi. Entah apa kepuasannya, hingga mengabaikan hati-hati penghuni yang lain. Senyap seketika kawasan rumah itu setelah mendengar seruan itu, tapi bertahan 5 minit sahaja, setelah itu, dentuman demi dentuman kedengaran lagi, malah lebih hangat dan dahsyat lagi.

Tidak dinafikan, aku memang gemar bermain so called mercun dan bunga api ini, semenjak kecil lagi, terutama bersama adik beradik meraikan Hari Raya Aidilfitri di kampung. Namun, kami hanya bermain sekejab di antara Maghrib Isyak, dan bersambung lagi malam esoknya. Memang sungguh tidak sesuai bermain terlalu lama sehingga mengganggu ketenangan warga yang lain. Berpada-padalah dalam membuat sesuatu perkara!

Gambar-gambar ini dipetik dari email yang aku dapat tentang the Biggest Fireworks in the History... Atlantis Hotel (Dubai) Opening.















Fikirlah sendiri, di saat sahabat saudara kita sedang dalam kesusahan di Semenanjung Gaza sana, kita bermewah-mewah dengan benda-benda ini. Apakah faedahnya? Ya, akan menerbitkan kegembiraan dan kekaguman di hati-hati yang melihatnya.Tapi, adakah akan lama bertahan? Manakah perkara yang lebih penting dan WAJIB didahulukan? Cuba bayangkan berapa banyak wang dapat disalurkan bagi membantu di Gaza menggunakan percikan-percikan api dan cahaya warna warni itu?Bak kata Nabil Juara Raja Lawak Musim ke 2 - Lu pk lah sendiri!
(Sigh!)

1 comment:

Faiz Faiza said...

sekejab X
sekejap _/

Cantik hanya di mata...derita nanti di SANA