Tuesday, May 18, 2010

Demam Badminton

Ye, pagi2 harini, datang kerja dlm keadaan terbersin2, sedikit selsema dan pening. Kawan2 office semua suruh MC, tapi macam malas pula nak drive balik ke rumah. (Hehe, muliakan alasan itu.)

Lalu, akupun meneruskan sesi bekerja dengan mood yang sedikit kabur dan suam2 kuku saja. Rasanya mode minda masih lagi berlegar2 ke acara badminton piala Thomas yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil 9 - 16 Mei lepas. Sementelah membaca entri kak CT tentang Kurang Sivik, aku rasa tercuit untuk memperkatakan serba sedikit tentang Kejohanan Badminton Piala Thomas yang baru saja berakhir.

Selaku peminat setia (No 1) badminton negara, aku dan beberapa kawan rapat yang juga peminat susah nak mati (Diehardfan) telah berjaya mengorbankan masa2 emas dan beberapa kepingan duit kertas untuk hadir ke stadium menyaksikan perlawanan suku akhir antara Malaysia dengan Denmark, yang dijangka sengit sebelum masuk layak ke peringkat separuh akhir. Malaysia mesti menang untuk menutup malu kekalahan teruk pada kumpulan Jepun yang memang tidak pernah menang piala Thomas itu, dan memang tidak, mungkin belum kuat dan menyerlah pemain2nya. Walaupun dalam hatiku terasa sedikit sedih lantaran kekalahan tersebut, namun dek kerana dah beli tiket lebih awal, maka berat kaki pun kena pergi jugalah.

Perlawanan bermula seawal jam 6 petang, seperti dijangka, Datok Lee Chong Wei(LCW) dengan bergayanya mengalahkan Peter Gade, salah seorang musuh tradisinya, diikuti beregu pertama Malaysia (First world ranking) Tan Boon Heong - Koo Kien Keat. Namun kekalahan berturut2 pula oleh Wong Choon Han dan Beregu kedua Mohd Zakri - Hoon Thien How melemahkan segala pusat sandaran dan fokus kami, lantaran ketidakpercayaan kami pada kemampuan Hafiz Hashim untuk memberi mata pada Malaysia lantaran corak permainannya yang bagai main petang2 di taman semasa melawan Jepun semalam. Namun, jangkaan kami ternyata meleset setelah dia berjaya mendahului set pertama dengan mudah, macho dan berjaya mengawal corak permainan. Kemenangan Hafiz membawa Malaysia ke peringkat separuh akhir bertemu China Jumaatnya.

Namun, kekecewaan juga yang melanda, bila LCW dengan bergaya dikalahkan oleh LinDan - pemain 'berhantu' yang amat sukar dikalahkan lantaran banyaknya strategi direkanya dan semangat juangnya yang berjaya menakutkan minda lawan. Bila minda dah lemah, maka tak berguna fizikal yang kuat, pasti segala strategi tidak menjadi, walau bermain di hadapan ribuan pemain sendiri. Beregu pertama dan Perseorangan kedua Malaysia juga kalah boleh dikatakan dengan mudahnya oleh pemain2 China.

Itulah ceritanya. 18 tahun menanti saat gemilang tahun 1992 berulang kembali (masa itu aku dalam darjah tiga), namun, mungkin belum masanya. Malaysia masih terlalu jauh standard permainannya jika hendak dibandingkan dengan China. Mereka bukan saja lengkap sepasukan yang handal, malah strategi dan kemahiran mereka mengawal emosi dan permainan sangat wajib ditiru oleh pemain2 Malaysia. Mungkin semangat pahlawan2 tembok China (berani mati) itu begitu deras mengalir dalam diri mereka (poyo tak!).

Malaysia setakat ini hanya mengharapkan pada pemain LCW dan Tan Boon Heong-Koo Kien Kiat, manakala yang lain tidaklah segarang mana. Prestasi tidak stabil beregu Zakry-Fairuzizuan juga Hafiz Hashim juga menyebabkan Malaysia tidak yakin melangkah sama gagah dengan pasukan2 lain ,terutama China. BAM patut lebih cepat memahami masalah ini dan bertindak sepatutnya. Generasi pelapis patut diberi peluang menggarap pengalaman bermain di kejohanan2 besar agar cepat menyelesakan diri dengan tekanan dan cepat mengatur perlawanan dengan mengesan kelemahan dan kekuatan lawan. Cepat belajar, minda yang sentiasa positif dan aktif, juga menguasai teknik menyerap tekanan dan cabaran dengan berkesan, insyaAllah sedikit sebanyak akan membantu mereka terus gagah walau diterjah dan di'belasah' dengan seteruk manapun, di mana jua, oleh sesiapapun.

Selain itu, mungkin faktor beramai2 penyokong dan petugas yang tidak 'sempat' solat maghrib waktu itu kerana sibuk sepenuh jiwa menyokong pemain2 Malaysia antara sebab2 Allah belum lagi memberi kemenangan pada kita. Ya, faktor2 luaran juga banyak mempengaruhi sesuatu permainan itu. Mungkin jika waktu perlawanan itu diadakan selepas Maghrib, atau awal pagi, maka alasan2 'terpaksa' meninggalkan solat itu berkurangan. Selain latihan, pergantungan pada Pencipta juga penting, melalui solat dan doa, pasti akan lebih menarik dan terkesan jika perkara2 seperti itu tidak dilepaspandangkan. Walaupun memang penyokong tidak ada kaitan dengan pemain secara langsung, namun mungkin berkat cahaya (aura baik) kita akan memudahkan laluan pemain2 itu juga.

Dan mungkin juga, laungan sorakan yang digantikan dgn takbir akan terus2an membakar semangat pemain2 kita, dan menyebabkan gerun dalam hati2 lawan. Ye, mungkin!

2 comments:

Zuraimah Ismail said...

saya setujuuuuuuu

unique1012 said...

wah bersemangat!! bagus2, hehe..