Tuesday, March 2, 2010

Februari yang panjang...

Ya. Walaupun cuma 28 hari, namun aku terasa sangat mencabar Februari yang baru berlalu ini. Walaupun di hujung Feb akhirnya ternampaklah cahaya itu, namun sementara hendak sampai ke hujungnya, perjalanan ini memang betul2 menguji kekuatanku. Minda, mental, fizikal, emosi, semualah. Tapi tetap kena teruskan perjuangan, dan walaupun ada masa tahap kesabaran naik dan turun, namun berjalan mesti terus...ye, terus...Tapi taknak cerita di sini, biarlah tersemat dalam hati. Yang penting, kena terus kuat dalam menghadapi segala macam ujian dan dugaan, kerana di hujungnya, pasti ada kemanisan untuk dikecapi.. POSITIF...

Tahniah pada kawan sekelas di KISAS dulu, cum kawan sebilik sewa skrg, Rena, kerana menamatkan zaman bujangnya 26 Feb lalu di Parit Buntar. Sedikit gambar penyejuk mata, moga2 selepas ini giliran kawan2 yang datang meraikan majlis Rena pula ye..Amin...

With Rena and Along, posing pas Nikah...


Di masjid, selepas nikah. Dari kiri (bawah): Kak Wani, Along, me, Hana, Faizah dan Wan

5 comments:

Unknown said...

salam Mas...

InsyaAllah janji Allah itu pasti , banyak2 la berdoa ye dik , mdh2an dimakbulkanNya .. ameeeeen

Nida n' Hanafi said...

Salam Mas...

Sentiasa berfikir positif... ada hikmah disebalik setiap perkara yg berlaku..Insya Allah

Mas said...

Tq kak Ani dan Kak Nida..moga2 satu hari nnti kita dapat bertemu secara realiti..hehe

ieja_abu said...

what happen??
(nada suara yg sungguh bz bodi)

Anonymous said...

thanks mas, datang ke kenduri kite :)
rena