Aku dapat kad raya yang comel dan beg duit kecil LV dari Kak Azlina Cutemiut - salah seorang rakan blogger yang paling aktif dan dan baik hati, sebab suka buat contest dan memberi hadiah2 yang grand banget.
Terima kasih kak, rasanya baru je awal minggu akak minta alamat, sekali dah sampai hadiahnya. Mesti ada yang tak tahu macamana aku boleh dapat hadiah kiut miut ni,kan. Ceritanya bersulam kemanisan apabila pada pagi awal minggu lepas, bertempat di office ku, kak Oja officemate ku menelefonku dalam gaya ala2 mengarah untuk ku menjadi follower untuk blog kak Cute miut, sebab ada hadiah misteri menanti. Sementelah, pada waktu itu, dan ada 199 followers, tinggal sorang je lagi untuk bergelar follower ke 200. Ha, baru ku ingat, tarikh keramat itu adalah pada 09.09.09, kan cantik tarikh tu. So, sempena kecantikan tarikh itu, kak Cute miut berbesar hati menghadiahkan hadiah misteri pada follower yang ke 200, dalam kes ni, aku lah yang bertuah itu.
Million of thanks goes to kak Cutemiut, atas kesudiannya menaja beg itu, membolehkanku membawanya ke program pada hujung minggunya. Banyak jasa beg comel itu.
Jazakillah kak, moga Allah mudahkan urusan akak, sentiasa dalam redha dan kasih sayang Nya.
PS: rupa2nya akak orang Johor, samalah kita, idup Johor..haha
2 comments:
salam mas,
hik..hik..hik.. harap skee la ngan hadiah yg tak seberapa tu.. lagi satu nama akak azrina i.o azlina
insyallah semoga hubungan persahabatan kita berkekal hendaknya..
oh org johor gak ke.. johor kat mana
hehe, johor kat Muo, bukit gambir, raya nanti singgahla ye kalo sempat =)
Post a Comment