Kesempatan berkelana bersama geng Wak Jonet dan sahabat2 dari ASDAF, di bawah PERKIM dan BAKIT Telekom Malaysia memanglah peluang yang tidak akan pernah ditolak. Kesempatan meraikan Ramadhan di kampung orang asli Nyentil, Kuala Lipis, Pahang, 11-13 Sept lalu sangat2 mengujakan. Aku bersama roomate si Hana bersedia mental dan fizikal demi memastikan kami tidak terlepas peluang untuk mengutip sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman, di samping belajar untuk memberi yang terbaik dan belajar selagi daya. banyak pengalaman dan keseronokan yang tidak pernah terbayangkan dan terucap dengan kata2. Sesungguhnya, menyebarkan kebaikan pada seisi alam amatlah menenangkan jiwa dan menjatuhkan rasa kekitaan dalam diri kami.
Ekspedisi (cewah) bermula Jumaat malam sabtu 11 Sept 09, jam 10 malam, kami beramai2 berkumpul di ASDAF, Bangsar, mendengar taklimat dan membahagi2kan kereta dan barang2 untuk dibawa ke perkampungan sana. 'Bot' yang menunggu kami sebanyak 7 buah semuanya, dan 2 daripadanya dikhususkan untuk barang2 saja. Peserta lebih kurang dalam 30 orang terdiri dari wakil ASDAF dan BAKIT TM selaku penaja utama expedisi ini. Terima kasih banyak2.
Selepas itu, kami memulakan perjalanan dengan kereta masing2 ke Masjid Sungai Koyan, Kuala Lipis, Pahang untuk berehat dan bersahur sebelum memulakan perjalanan ke kg orang asli keesokan harinya. Terima kasih pada Wak Jon kerana menyediakan juadah berbuka, aku sempat menggoreng nuget saja, kira okla tu kan.
Seusai solat subuh hari Sabtunya, dan menyiapkan diri sekadarnya, kami bergerak ke Kampung Phantos untuk menaiki sampan berenjin dari sana. Sepatutnya kami ke Jeti Kuala Medang, tetapi kerana ada pokok tumbang sehari sebelum tarikh ekspedisi, menutup semua lalaun ke sana. Kampung Phantos juga adalah penempatan orang asli, tetapi sudah sedikit maju lantaran boleh berhubung dengan dunia luar melalui jalan darat kerana terbina jambatan menghubungkan antara kampung tersebut dengan jalan besar. Penduduk kampungnya 60% sudah memeluk Islam, namun penghayatan masih banyak lagi yang perlu dibantu.
Sesudah kami menempatkan barang2 dan diri kami dalam perahu cantik tersebut, dan dengan pengharapan yang penuh dipanjatkan hanya pada Allah, (sebab kami tidak memakai sebarang jaket keselamatan!) dan rasa ke excited an kami untuk bertemu warga di sana, perjalanan dimulakan dengan doa dan harapan yang tinggi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam menelusuri sungai tersebut, dan sepanjang perjalanan dimanfaatkan dengan menikmati kebesaran alam memuji keagungan si Pencipta yang telah mengatur alam ini dengan sebaik2nya. Di sepanjang perjalanan juga, kami melalui beberapa perkampungan orang asli yang sudah terdedah dengan Islam, namun penghayatan dan kesungguhan amalan masih di kadar rendah.
Sampai di sana, kami disambut meriah oleh penduduk kampung. Kami bergotong royong memunggah barang2 dari perahu ke surau dan klinik kecil sebagai tempat penginapan sementara kami sepanjang program ini berlangsung. Kami membawa semua barang2 masakan dari daging, rempah ratus dan alatan2 memasak termasuk gas dan dapur dan generator kerana mereka memang tidak pernah ada peralatan2 ini. Makan dagingpun kadang2 saja, terutama bila kami datang. Lantaran itu, kedatangan kami memang sentiasa ditunggu2 dan disambut meriah setiap masa.
Kami meneruskan aktiviti pembersihan dan memulakan kegiatan memasak untuk makanan berbuka nanti. Kami bergotong royong dengan penduduk kampung menyediakan bahan2 untuk masakan, dan diketuai oleh Hj Mat Sarawak, pesara tentera yang menerima tempahan masak secara sambilan. Makanan kami bertambah sedap dek penangan air tangan beliau. Penduduk kampung juga bergotong royong membuat lemang yang menjadi makanan utama setiap kali musim perayaan tiba.
Penduduk kampung ini sudah 100% Islam, dan paling kuat dari segi akidah dan amalannya berbanding kampung2 lain. Surau yang dibina sentiasa diimarahkan 5 waktu sehari dan azan akan berkumandang pada tiap2 waktu. Ada beberapa oran gpemuda yang sudah fasih bacaan Al Qurannya dan boleh diharpakan menjadi contoh dan mengajar penduduk yang lain. Selain itu, anak Tok Batin, Mr Alang yang pernah menjadi tentera juga bergerak aktif menjaga kebajikan kawan2 sekampungnya. Dengan adanya orang seperti Alang yang sudah sedikit maju dan terbuka, maka diharap dapat membela nasib kawan2 sekampungnya yang lain.
Salah satu tujuan ASDAF ditubuhkan juga untuk membela masa depan orang asli, dari segi akidah Islamnya dan memajukan aspek yang lain2 juga. PERKIM memilih sebahagian dari anak2 orang asli yang ibu bapanya memeluk Islam, dan membawa mereka untuk belajar di bandar. Dengan harapan yang besar agar nanti bila mereka pulang ke kampung halaman, mereka boleh sedikit sebanyak mengajar dan membimbing orang tua mereka.
Sementara aktiviti memasak berlangsung, kami mengambil peluang mendekati penduduk kampung dan berbual mesra dengan mereka. Kebanyakan warga perempuan agak pemalu dan tidak begitu fasih dan faham bahasa melayu. Namun golongan kanak2 sudah lebih peramah dan mudah untuk diajak berbual. Mereka sememangnya dahagakan ilmu2 dan cerita2 baru dari kami dan berminat untuk turut serta berhijrah ke KL jika diberi peluang.
Ada juga rakan2 yang mengambil peluang berendam sekejab dalam sungai yang airnya menderu2 memanggil kami itu. Kemeriahan acara mandi2 ini disertai oleh sebahagian besar anak2 orang kampung yang sangat mahir berenang dan berakit seawal usia kanak2 lagi. Mungkin kerana mereka telah terdedah dengan sungai sebagai nadi kehidupan sejak dari awal kelahiran lagi.
Dalam pukul 6.30 petang, juadah sudah tersedia dan orang kampung dipanggil untuk mengambil daging masak kari mengikut kadar yang berpatutan. Mereka akan datang membawa bekas masing2 dan beratur mengambil makanan. Air teh tarik juga disediakan untuk mereka. Lemang dijamu bukan untuk kampung Nyentil saja, malah rakan2 dari kampung Perangkap dan Harong juga dijemput sama.
Selepas berbuka, kami menunaikan solat Maghrib dan Isyak serta terawih berjamaah. Tazkirah Maghrib disampaikan oleh Ustaz dari Abim dan berbentuk interaktif. Anak2 orang kg yang berani bernasyid di depan akan mendapat ganjaran. Ini untuk menarik minat mereka dan supaya dapat lebih fokus pada isi2 yang hendak disampaikan.
Selepas terawih, kami menjamu moreh bubur kacang dan air teh susu panas sebelum masing2 berehat untuk meneruskan pencarian malam Al- Qadr dan bersahur nanti.
Selepas sahur, kami solat subuh berjamaah di surau. Sesi tazkirah berjalan dengan semangat apabila ustaz meminta wakil dari BAKIT TM, En Azhar yang baru pertama kali menyertai program seperti ini untuk 'sharing something'. Antara perkara yang hendak dilakukannya adalah mengumandangkn azan di kampung yang terpencil itu, dan hajatnya termakbul. Selain itu, ucapan dari Alang yang berkobar2 akan memastikan dakyah kristian tidak akan masuk ke dalam kampung itu juga benar2 menyebabkan kami rasa terharu dan berdoa moga Allah kuatkan hati2 saudara2 kami ini.
Seusai sesi itu, kami terua memanggil semua orang kampung untuk berkumpul dan diberikan sumbangan2 yang dibawa dari KL. Ada kain pelekat, kain batik, telekung, ubat2an dan juga pakaian terpakai. Beras juga tidak ketinggalan. Untuk anak2, kami memberi mereka aneka jenis makanan ringan dan gula2 buat pemanis mulut dan penghibur hati. Tapi sebelum itu, kami menguji mereka dengan bacaan AlFatihah dan peraduan mengutip sampah. Aktiviti sihat di pagi hari.
Dalam jam 9 pagi, kami bersiap2 untuk pulang lantaran sampan2 kami telah menanti dan cuaca yang sedikit mendung, dikhuatiri hujan pula dan sedikit akan menyusahkan perjalanan pulang nanti. Sebagaimana kami datang, kepulangan kami juga diraikan oleh mereka dengan meriah. Kami sempat bersalam2an dan berpesan agar mereka terus kuat dalam mengamalkan Islam ini.
Banyak pengajaran yang kami dapat dari perjalanan ini. Betapa mudahnya kita untuk cepat merungut atas ketidakcukupan atau kekurangan yang sedikit, sedangkan mereka langsung tiada apa2. Makan pakai bukanlah boleh memilih untuk cantik, asalkan selesa dan ada saja. Lebih banyak yang aku pelajari dari mereka, berbanding mereka dapat dari aku. Ya Allah, berikanlah kekuatan pada kami, agar dapat terus berjuang menegakkan agamaMu di seluruh pelusuk bumiMu ini.
Gambar2 disertakan untuk lebih menghayati saat itu. Lebih gambar boleh lihat di sini.
Jom kita, excited ni...
Sesi bersahur di Masjid Sg Koyan
Bersedia ke Kg Phantos
Acara memunggah barang2 dari kereta ke dalam sampan.
Berehat sebentar di jambatan gantung Kg Phantos
Jom kita naik sampan berenjin...Sejuk kena air..best!!
Acara masak2 bermula, daging masak kari dan lemang.
Acara memberi gulai pada orang kampung.
Antara barang2 sumbangan untuk mereka. Seronok memberi sebab mereka menerima dengan penuh perasaan gembira walaupun kecil pemberian kami.
Bergambar kenangan sebelum pulang, semoga jumpa lagi.. =)
3 comments:
salam..kak thanx for sharing dis experience....swonok bace nyee...teringat masa lampau...heheheh...alhamdulillah...teruskan berjuang team wak jonet...heheheh
Iyerla, ada rezeki lain x kita gi lg ye..teruskan menyumbang yg terdaya...=)
salam,teringat kembali semasa saya pergi ke kg ini pada bulan 6 tempoh hari..
kampung yg sgt menarik..dan tok batin yg baik..
hehe,teruskan perjuangan..
bantulah insan yg memerlukan..
salam perjuangan-azhar
Post a Comment