Friday, August 28, 2009

Say it with cupcakes - charity drive

Salam, kawan2..Mas tolong promotekan 1 charity projek ni, sungguh mudah, sambil makan, sambil menderma, cupcake dan serunding.. Mas dah cuba, kawan2 silalah pula...

Sahabat-sahabat saya dari TM, Eksekutif Suri & Ummikusayang bersama-sama akan menjalankan Jualan & Edaran Cupcakes & Serunding (Eksekutif Suri) ke Rumah Anak Yatim/Kanak-kanak Aid/Maahad Tahfiz & Rumah Saudara Baru pada setiap hujung minggu (Sabtu & Ahad) di sepanjang tempoh tawaran ini.

Perincian Produk adalah seperti berikut;

Cupcakes Mysunshine akan dijual; Harga RM50 sekotak (harga tawaran RM39 sekotak) dan RM11 akan dikumpul untuk disalurkan ke Rumah Anak Yatim/Kanak-kanak Aid/Maahad Tahfiz & Rumah Saudara Baru yang sentiasa menanti sumbangan KASIH SAYANG dari kita.

Belian peribadi untuk ‘self consumption’ tetapi ingin menderma, boleh berhubung terus dengan Zarina (012-238 5040). It’s self collection – sila maklum sumbangan RM11 (per box) anda perlu diserahkan kepada Zarina ketika belian.

JUALAN AMAL SERUNDING -Ramuan Tradisional Melayu Kelantan-berhubung terus dengan ELLY dr eksekutif suri (012-361 4014)
Serunding Ayam RM7.00/100gm @ RM29/500gm
Serunding Daging RM6.00/100gm @ RM24/500gm
Serunding Ikan RM5.00/100gm @RM21/500gm.

Senarai adalah dirujuk seperti berikut;

1. Rumah Amal Limpahan Kasih, Puchong
2. Asrama Penyayang Nur Iman, Setapak
3. Asrama Nurul Qana'ah, Gombak
4. Asrama Rumah Kebajikan Anak yatim & Miskin Al Munirah, Klang
5. 6 Keluarga - Fakir Pangsapuri Rebana, Klang
6. Nenek Hasnah + 12 Cucu, Klang
7. Asrama Baitul Ummah, Setapak
8. Institut Taufiq Islami, Klang
9. Rumah AMAL SIRAMAN KASIH (RASK), Rawang
10. Rumah Solehah, Bdr Tun Razak
11. Rumah Nur Hikmah, Kajang
12. Rumah Titian Kasih, Titiwangsa
13. Kompleks Haluan Penyayang, Klang

Hari Edaran Kami; Sabtu & Ahad
Sabtu Ahad
22 Ogos 09 23 Ogos 09
29 Ogos 09 30 Ogos 09
5 Sept 09 6 Sept 09
12 Sept 09 13 Sept 09
19 Sept 09 none

Hubungi kami,Zarina – 012-238 5040 - cupcakes
Julie – 016-271 2114
Elly – 012- 361 4014 - serundingYeanti – 013-343 9544

Sumbangan Tunai (tanpa belian) Boleh disalurkan ke MBB 110107272588 SITI NOORLIYEANTI KHAN.
Sila pastikan e-mel, sms atau fax resit bank kepada Pn. Noorliyeanti untuk tujuan semakan/rekod. Fax no. : 03-2241 1848

Serahkan wang bagi jumlah KOTAK CUPCAKES yang ditaja & INSYAALLAH, kami akan uruskan penghantaran ‘CUPCAKES’ tersebut ke KEDIAMAN ANAK-ANAK/KELUARGA tadi.Matlamat Sumbangan Tunai terkumpul akan diagihkan pada 15 Sept 2009 seperti berikut; Setiap Keluarga RM200 & Rumah Anak Yatim RM500. InsyaALLAH, kita mampu lakukan.

MUDAH kan? Anda boleh memanjangkan berita ini kepada sahabat, keluarga & kenalan anda. Semoga usaha ini mendapat keberkatan dari ALLAH dengan sokongan sahabat semua.

Selamat berkongsi kebahagiaan dengan mereka...

Tuesday, August 25, 2009

Anak-anak Ramadhan...

Seronok betul saya beberapa minggu ini. Berita kelahiran anak saudara yang ke 20 plus2, Jumaat, 14 Ogos 2009 lepas adalah salah satu sebabnya. Ini anak ke 6 akak ketiga saya, Kak Yah. Baby girl bernama Siti Sofea selamat dilahirkan seberat 3.8 kg, di Hospital swasta di Meru, Klang. Setelah semalaman bergelut dengan penuh ketabahan akhirnya akak memilih untuk bersalin melalui kaedah pembedahan, lantaran kudrat yang sudah tidak banyak bersisa.


Siti Sofea semasa berusia 4 hari. Lena diulit mimpi selepas dimandikan oleh Mak Uminya.

Dan lagi, baby girl sempena Ramadhan rakan se office Jep dan Kak Timah lahir semalam, 24 Ogos 2009 di Hospital Pantai. Baby lahir seberat 3.10kg, diberi nama Nur Aleeya Qaisara. Wah, glemer sungguh nama2 mereka.


Jep yang takut2 nk pegang anak, fragile kan...

Seronok tengok bayi2 yang baru lahir ini. Betullah, rasa tenang dan ceria sahaja. Hilang semua serabut di minda. Memang bersih sucilah bayi2 yang baru lahir ini, tidak berdosa dan bernoda lagi. Sesuci embun pagi. Hehe. Semoga Sofea dan Aleeya dapat membesar sebagai anak2 solehah, penyejuk mata ibu ayah. Ameen.

Monday, August 24, 2009

Rebutlah BONUS-BONUS ini...


Semuanya telah tertulis dalam poster ini, moga2 kita sama2 dapat menjadikan Ramadhan kali ini, lebih baik dari yang lepas2..Terlalu banyak rahmat dan keampunan yang Allah curahkan pada hamba2Nya di bulan ini, dan lagi dimudahkan untuk beribadah, dengan merantai semua Syaitan2 penghasut kemalasan kita selama ini. Jadinya, tiada alasan lagi untuk berlengah2 dan bermalasan2...Mintalah apa saja, dengan sungguh2, moga Allah makbulkan, Ameen. Salam Ramadhan Kareem..

Thursday, August 20, 2009

Sharing moment AZ



Malam tadi, kami rakan2 serumah sempat untuk berkumpul dan berkongsi cerita suka duka, sepanjang perjalanan hidup di KL ini. Aku, Rena, Ain, Ima, Kak Ummu, K Wani, Faiz, Faza dan Hana sudah lama bermukim di AZ ini, cuma Ain dan Ima saja yang baru masuk, tidak sampai 2 bulan menjengah ke alam AZ. Cuma Nurul saja yang tidak dapat bersama2 malam tadi. Dia kena balik Kajang, stok baju dah abis,hehe.

Majlis dimulakan seawal 9.30 malam, seusai menonton cerita favourite saya, Gourmet di 8tv. Sengaja juga memilih untuk mula sedikit lambat, bagi memberi ruang pada semua ahli AZ pulang dari kerja dan sama2 menyediakan snek ringkas sempena sesi ini.

Sesi dimulakan dengan bacaan doa oleh K Ummu, dan diteruskan dengan sesi taaruf oleh Ain dan Ima. Banyak soalan2 yang terlontar, hingga menyebabkan muncul tanda2 ketegangan di raut wajah adik2 baruku ini,hehe. Itu raging biasalah untuk semua yang masuk AZ! Soalan favourite seperti biasa, status hidup, adakah masih keseorangan, atau sudah berpunya. Jawapan gentle dan yakin dari Ima menarik perhatian kami.

Ima: Status? Single di KL...
Kami: Ha, single di KL?maknanya, kat tempat lain ....(sambil menggaru2 dan meratah snek2 depan mata).
Ima: Hehe, single di semua tempat, kecuali di Kedah, UUM..

Hoho, rupa2nya, bakal teman hidupnya sekarang sedang berjuang melanjutkan pelajaran ke peringkat Master di UUM.

Selain itu, warga AZ yang lain juga tidak dapat melarikan diri dari menceritakan tentang kehidupan masing2, terutama sekali tang status terkini. Semua berjaya melepasi tahap soalan 'maut' itu dengan jayanya, walaupun diasak dengan renungan dan amaran dari yang lain, supaya berkata benar, walaupun pahit apatah lagi manis!

Acara terakhir ialah memotong kek bagi Birthday girl dari bulan 5 hingga 8. Hepy Belated Birthday untuk Rena, Faza, Ima, K Wani dan Happy Becoming Birthday untuk Faiz. Majlis berjalan dengan lancar, namun sedikit terganggu dengan kehilangan Rena yang agak lama, dan bila dia kembali semula, terus bertanya; " Sapa ada pain killer?". Semua orang ternganga mendengar permintaannya, dan bila diterangkan yang dia kena cirit birit, barulah kami terasa sedikit lega, dan Faiz memberinya minyak panas untuk disapu. "Tak perlu makan pain killerla, tak elok untuk badan." Kata kami. "Oh ye?hehe, ntahlah, rasa dah tak tahan sangat tadi, rasa sakit yang teramat." Tapi Cik Rena telah kembali sihat selepas menelan setengah botol Ubat Pin Chee Ke tek Aun, atau pun boleh dipanggil PTPT Aun oleh Ain.

Kesimpulannya, majlis malam tadi mengeratkan lagi ukhuwah antara kami, walaupun semua sibuk dengan kerjaya masing2, dan hanya sempat mengangkat kening sahaja jika terserempak, namun sedikit masa yang diluangkan untuk bersantai2 dengan rakan2 dan bercerita2 sambil menghiburkan diri, pada aku adalah antara terapi yang terbaik, selain Solat dan bermunajat pada Nya. Usik mengusik membawa bahagia,kan. Kita memberi (belanja) makan kawan2 kita sekali sekala itu juga pasti boleh menghilangkan resah dan kemelut dalam hati kita, dan digantikan dengan keceriaan dan dimudahkan urusan, Insya Allah.

Kawan2, terima kasih kerana sentiasa ada di sana ketika aku kadang2 rasa 'down' sendiri.

Gambar2 lain tidak dapat diambil lantaran kami makan2 di rumah saja, jadi piawaian pakaian tidak melepasi garisan yang dibenarkan. Harap Maklum.

Friday, August 14, 2009

Niat Kerja di TM?!

Dah lama tak update blog ni menceritakan tentang perihal kehidupan ini. Entahlah, sejak akhir2 ini, makin banyak dugaan dan cabaran melanda, yang menyebabkan aku terasa sangat2 memerlukan kekuatan yg luar biasa, kekuatan2 selain dari yg lahir dari dalam diriku sendiri, mungkin juga aku terlalu banyak berfikir tentang perkara2 itu dan mungkin juga jadual harianku yang agak senggang selepas waktu kerja dan hari minggu menyebabkan aku ada banyak masa untuk berfikir sedalam2nya tentang perkara itu, hingga mencapai tahap yang melampaui batas2 yang sepatutnya, entahla, 1000 kemungkinan itu pasti ada.

Kawan opisku adik Fadzli yang sama minat membaca denganku memperkenalkan aku dengan buku Quranic Law of Attraction, daya tarikan yg banyak dibahaskan oleh barat, tapi kupasan buku ini dari persepsi Islam, melalui Al Quran dan Sunnah. Banyak ilmu yang aku dapat, dan walapun aku belum khatam membacanya, kesimpulan awal yang ku dapat ialah agar kita sentiasa berfikiran positif, dan tidak cepat mengaku kalah dan berputus asa. Allah pernah berfirman dalam hadis Qudsi "Aku adalah atas sangkaan hambaku". Maknanya, kalau kita bersangka baik pada Allah, maka mudahlah Dia untuk memakbulkan doa2 kita yang sentiasa panjang lebar itu.

Dan lagi, tengahari tadi, aku dan beberapa kawan sepejabat sempat menghabiskan masa rehat mendengar kuliah khas sempena menyambut Ramadhan dan Syawal, yang diberikan oleh Ustazah Asma' di tingkat 50 Menara TM. Banyak pengajaran dan nasihat yang ustazah selitkan, antaranya, niat bekerja di TM, adakah untuk memastikan TM berjaya menjadi syarikat telekomunikasi terulung di alaf ini, atau untuk mencari rezeki, untuk hidup senang, atau untuk perkara lain2 lagi. Justeru muhasabahlah perbezaan kita, semenjak dari masuk kerja dahulu, dengan sekarang, bagaimana perkembangan Iman itu, kalau rasa2 macam tersasar, maka pandai2lah cari jalan pulang. Sementelah Ramadhan yang bakal menjelang dalam beberapa hari lagi ini, moga aku tidak terleka dari merebut peluang keemasan inis ebanyak2nya, mencari dan terus menggali seluas2nya keampunan Allah dan rahmat Nya yang terbentang luas untuk hamba2Nya.

Di akhir tazkirah, ustazah membacakan 1 lagi hadis Qudsi Allah berfirman; "Mintalah sungguh2 padaKu, pasti Aku akan ampunkan dosa2mu, Aku tidak kisah lagi walaupun dosa2 mu setinggi langit dengan bumi, ataupun seluas alam semesta ini. Betapa pemurahnya Yang Maha Pemurah ini, menurunkan rahmat kasih sayangNya di bulan yang penuh keberkatan ini, amat rugilah jika aku terlepas dari keampunan...
Ya Allah...

Tuesday, August 11, 2009

Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan TM

Tanggal 8 hingga 9 Ogos 2009 lepas telah berlangsung acara tilawah Al Quran dan Hafazan, peringkat Kebangsaan TM di Menara TM Melaka, MITC. Acara gilang gemilang ini dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Pada peringkat ini, setiap negeri menghantar wakil masing2 bagi acara2 yang di pertandingkan. Sebelum itu, pertandingan peringkat negeri telah diadakan bagi memilih wakil2 untuk ke peringkat Kebangsaan. Lihat sini untuk lanjutan cerita tentang entry sebelum ini.

Tahniah kepada para pemenang, semoga hati2 yang membaca dan mendengar alunan Al Quran yang dibacakan akan menyemarakkan lagi rasa getaran dan mendekatkan lagi kita pada Sang Pencipta yang memegang hati2 kita ini. Saya cuba untuk dapatkan dan uploadkan bacaan kawan2 semasa di sana, kalau ada rezeki, bolehlah sama2 menjadi halwa telinga kita.

Tahniah juga pada kawan blog saya Kak Ummi Humaira atas kecemerlangan anak bujangnya menjadi johan acara Hafazan Peringkat Remaja. Boleh lihat di sini untuk cerita lanjut.

=)

Friday, August 7, 2009

Stages of LIFE...

Email dari kawanku ini, banyak membuatkan ku berfikir, semoga kita sama2 dapat manfaatnya..

STAGES OF LIFE...

Teen age : Have Time + Energy …but No Money





Working Age : Have Money + Energy …but No Time





Old age : Have Time + Money …but no Energy





Hehe, memang betullah, secara umumnya, beginilah putaran kehidupan, in order to have something, u have u sacrifice something.
Jadi, hargailah masa kita sementara ada ini, tidak semestinya masa akan datang akan sempat kita miliki dan hargai. Masa tidak akan menunggu kita, gunakanlah sebaik2nya...
Jom terus beramal.. ~~wink~~

Saturday, August 1, 2009

Birthday Musz...


Adik bongsuku yang agak manja (tapi dia tak ngaku!), si dik Mus, telah selamat melangkah ke usia 22 tahun, 25 Julai yang lalu. Kami adik beradik sempat menyambut dan meraikan hari ulangtahunnya di rumah kediaman ayahanda bonda tercinta malam Ahad itu. Majlis kesyukuran ini dirancang oleh bonda tercinta, yang memberi hadiah duit tunai, tapi dibalut dalam kotak hadiah besar, kasi gempak gitu,haha.



Malam selepas Maghrib, aku dan mak memasak bihun goreng untuk jamuan itu, ditambah dengan nasi goreng dan desert dari kak Hanita dan pizza dari Kak Lah. Kek pula disponsor oleh kak Jun.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh Tok Aji, dan doa makan oleh Kimi. Dan kami ramai2 memyanyikan lagu Allah selamatkan kamu, disudahi dengan acara memotong kek. Meriah betul kami makan malam itu. Tak cukup sepinggan, diselangseli dengan gurau senda dan gelak tawa anak2 saudara, yang sedia ada ramai itu, menambahkan seri majlis ringkas itu. Kemuncaknya, bila Cik Bedah a.k.a Eton (nama sebenarnya Siti Rahmah ye!) makan kek sendiri, dengan comotnya pulak tu..huhu

Adikku Mus, semoga lebih matang, dan berjaya mencapai cita2, menjadi insan berguna, pada Islam, keluarga dan negara. Selamat Hari Lahir!