Friday, August 14, 2009

Niat Kerja di TM?!

Dah lama tak update blog ni menceritakan tentang perihal kehidupan ini. Entahlah, sejak akhir2 ini, makin banyak dugaan dan cabaran melanda, yang menyebabkan aku terasa sangat2 memerlukan kekuatan yg luar biasa, kekuatan2 selain dari yg lahir dari dalam diriku sendiri, mungkin juga aku terlalu banyak berfikir tentang perkara2 itu dan mungkin juga jadual harianku yang agak senggang selepas waktu kerja dan hari minggu menyebabkan aku ada banyak masa untuk berfikir sedalam2nya tentang perkara itu, hingga mencapai tahap yang melampaui batas2 yang sepatutnya, entahla, 1000 kemungkinan itu pasti ada.

Kawan opisku adik Fadzli yang sama minat membaca denganku memperkenalkan aku dengan buku Quranic Law of Attraction, daya tarikan yg banyak dibahaskan oleh barat, tapi kupasan buku ini dari persepsi Islam, melalui Al Quran dan Sunnah. Banyak ilmu yang aku dapat, dan walapun aku belum khatam membacanya, kesimpulan awal yang ku dapat ialah agar kita sentiasa berfikiran positif, dan tidak cepat mengaku kalah dan berputus asa. Allah pernah berfirman dalam hadis Qudsi "Aku adalah atas sangkaan hambaku". Maknanya, kalau kita bersangka baik pada Allah, maka mudahlah Dia untuk memakbulkan doa2 kita yang sentiasa panjang lebar itu.

Dan lagi, tengahari tadi, aku dan beberapa kawan sepejabat sempat menghabiskan masa rehat mendengar kuliah khas sempena menyambut Ramadhan dan Syawal, yang diberikan oleh Ustazah Asma' di tingkat 50 Menara TM. Banyak pengajaran dan nasihat yang ustazah selitkan, antaranya, niat bekerja di TM, adakah untuk memastikan TM berjaya menjadi syarikat telekomunikasi terulung di alaf ini, atau untuk mencari rezeki, untuk hidup senang, atau untuk perkara lain2 lagi. Justeru muhasabahlah perbezaan kita, semenjak dari masuk kerja dahulu, dengan sekarang, bagaimana perkembangan Iman itu, kalau rasa2 macam tersasar, maka pandai2lah cari jalan pulang. Sementelah Ramadhan yang bakal menjelang dalam beberapa hari lagi ini, moga aku tidak terleka dari merebut peluang keemasan inis ebanyak2nya, mencari dan terus menggali seluas2nya keampunan Allah dan rahmat Nya yang terbentang luas untuk hamba2Nya.

Di akhir tazkirah, ustazah membacakan 1 lagi hadis Qudsi Allah berfirman; "Mintalah sungguh2 padaKu, pasti Aku akan ampunkan dosa2mu, Aku tidak kisah lagi walaupun dosa2 mu setinggi langit dengan bumi, ataupun seluas alam semesta ini. Betapa pemurahnya Yang Maha Pemurah ini, menurunkan rahmat kasih sayangNya di bulan yang penuh keberkatan ini, amat rugilah jika aku terlepas dari keampunan...
Ya Allah...

Tuesday, August 11, 2009

Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan TM

Tanggal 8 hingga 9 Ogos 2009 lepas telah berlangsung acara tilawah Al Quran dan Hafazan, peringkat Kebangsaan TM di Menara TM Melaka, MITC. Acara gilang gemilang ini dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Pada peringkat ini, setiap negeri menghantar wakil masing2 bagi acara2 yang di pertandingkan. Sebelum itu, pertandingan peringkat negeri telah diadakan bagi memilih wakil2 untuk ke peringkat Kebangsaan. Lihat sini untuk lanjutan cerita tentang entry sebelum ini.

Tahniah kepada para pemenang, semoga hati2 yang membaca dan mendengar alunan Al Quran yang dibacakan akan menyemarakkan lagi rasa getaran dan mendekatkan lagi kita pada Sang Pencipta yang memegang hati2 kita ini. Saya cuba untuk dapatkan dan uploadkan bacaan kawan2 semasa di sana, kalau ada rezeki, bolehlah sama2 menjadi halwa telinga kita.

Tahniah juga pada kawan blog saya Kak Ummi Humaira atas kecemerlangan anak bujangnya menjadi johan acara Hafazan Peringkat Remaja. Boleh lihat di sini untuk cerita lanjut.

=)

Friday, August 7, 2009

Stages of LIFE...

Email dari kawanku ini, banyak membuatkan ku berfikir, semoga kita sama2 dapat manfaatnya..

STAGES OF LIFE...

Teen age : Have Time + Energy …but No Money





Working Age : Have Money + Energy …but No Time





Old age : Have Time + Money …but no Energy





Hehe, memang betullah, secara umumnya, beginilah putaran kehidupan, in order to have something, u have u sacrifice something.
Jadi, hargailah masa kita sementara ada ini, tidak semestinya masa akan datang akan sempat kita miliki dan hargai. Masa tidak akan menunggu kita, gunakanlah sebaik2nya...
Jom terus beramal.. ~~wink~~

Saturday, August 1, 2009

Birthday Musz...


Adik bongsuku yang agak manja (tapi dia tak ngaku!), si dik Mus, telah selamat melangkah ke usia 22 tahun, 25 Julai yang lalu. Kami adik beradik sempat menyambut dan meraikan hari ulangtahunnya di rumah kediaman ayahanda bonda tercinta malam Ahad itu. Majlis kesyukuran ini dirancang oleh bonda tercinta, yang memberi hadiah duit tunai, tapi dibalut dalam kotak hadiah besar, kasi gempak gitu,haha.



Malam selepas Maghrib, aku dan mak memasak bihun goreng untuk jamuan itu, ditambah dengan nasi goreng dan desert dari kak Hanita dan pizza dari Kak Lah. Kek pula disponsor oleh kak Jun.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh Tok Aji, dan doa makan oleh Kimi. Dan kami ramai2 memyanyikan lagu Allah selamatkan kamu, disudahi dengan acara memotong kek. Meriah betul kami makan malam itu. Tak cukup sepinggan, diselangseli dengan gurau senda dan gelak tawa anak2 saudara, yang sedia ada ramai itu, menambahkan seri majlis ringkas itu. Kemuncaknya, bila Cik Bedah a.k.a Eton (nama sebenarnya Siti Rahmah ye!) makan kek sendiri, dengan comotnya pulak tu..huhu

Adikku Mus, semoga lebih matang, dan berjaya mencapai cita2, menjadi insan berguna, pada Islam, keluarga dan negara. Selamat Hari Lahir!

Wednesday, July 29, 2009

Ramadhan Is Coming! Fast To Feed...

Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia ingin mengajak insan-insan yang bermurah hati untuk bersama-sama kami mengimarahkan Ramadhan ini melalui Program Fast 2 Feed
Bersedekah Di Bulan Ramadhan.
Bulan Ramadhan adalah bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Antaranya Allah s.w.t. telah menjanjikan bahawa akan terbuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka, serta diikat segala syaitan. Pada bulan Ramadhan juga digalakkan kita bersedekah bagi mewujudkan keinsafan diri dan menyemai sikap tanggungjawab sesama manusia.

Selama sebulan kita menikmati juadah berbuka puasa dengan beraneka macam makanan lazat dan minuman segar dan seterusnya merayakan Aidilfitri pada 1 Syawal. Akan tetapi sedarkah kita, masih ada antara masyarakat kita yang masih hidup dalam kemiskinan dan juga saudara-saudara seagama kita di luar sana yang menderita akibat peperangan ataupun bencana alam?
Diriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersifat lebih pemurah dan dermawan sewaktu Ramadan.
Dalam hal ini, Baginda bersabda yang bermaksud:
“Sedekah yang paling afdhal (baik) adalah sedekah yang dikeluarkan dalam bulan Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Oleh yang demikian, bersama-sama kita manfaatkan bulan Ramadhan ini dengan program Fast 2 Feed 1430/2009!
Fast 2 Feed Episod 1
Tarikh: 29 Ogos 2009/ 8 Ramadhan 1430
Lokasi: Dewan Al-Malik Faisal, Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya
Kapasiti: 200 dari ASDAF dan dari Rumah Anak Yatim Pelarian Rohingya.
Fast 2 Feed Episod 2
Tarikh: 5 Sept 2009/ 14 Ramadhan 1430
Lokasi: Asrama Darul Falah (ASDAF), Changkat Persekutuan, Kuala Lumpur
Kapasiti: 100 (ASDAF)

Pakej Fast 2 Feed
Pakej A
Anda boleh taja anak yatim/miskin untuk berbuka puasa!
RM30 untuk setiap anak yatim/miskin (makan dan moreh 1 org + duit raya)
Pakej B
Berbuka puasa bersama dan taja seorang anak yatim/miskin!
RM50 seorang termasuk sponsor seorang anak yatim/miskin (makan dan moreh 2 org + duit raya). Anda juga boleh datang membawa sumbangan barang2 keperluan asas seperti beras, minyak masak, etc...

Tentatif

6.30pm - ketibaan penaja-penaja
7.15pm - buka puasa (kurma) dan solat Magrib
7.30pm - menikmati juadah berbuka
8.30pm - Solat Isyak dan Tarawih
9.45pm - Morreh dan Pemberian Duit Raya
10.15pm - Pulang

Cara Menyertai;

1. Datang sendiri ke pejabat Muslim Aid2. Melalui kiriman wang pos, money order / cek atas nama Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia3. Deposit langsungCIMB - 1422-0000070-10-8 (Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia)(sila pos atau faks, slip pembayaran ke 03-2288 1966)4. GIRO Antara Bank5. Kad Kredit / OnlineVisa dan Mastercard

*Untuk Setiap penyertaan emailkan slip pembayaran beserta nama penuh dan nombor telefon kepada mail@muslimaidasia.com. Sila nyatakan sekali tarikh yang Fast 2 Feed yang anda ingin sertai.
Pada yang berminat, boleh hubungi pejabat Muslim Aid Asia di 03-22881996 (Azmira atau Muhammad). Maklumat lanjut di http://fast2feedmuslimaidasia.blogspot.com/.
Selamat Beramal!...

Monday, July 27, 2009

Dapat Hadiah....




Terima kasih banyak2 pada kak Oja atas hadiah yang sungguh2 cantik dan bermakna, lebih bermakna kerana dia sendiri yang membuatnye, sungguh kreatif dan eksklusif, gitu.

Hadiah ini diterima sempena kerajinan dan keikhlasan (ikhlas ye!) aku menyokong kak Oja dalam contest yang dia masuk beberapa bulan lalu.

Rajin sungguh akak2 ku ini masuk contest, semoga ada rezeki dan nasib yang baik, bolehla menang pula ye..

Oklah, itu sahaja untuk kali ini, semoga kita sentiasa dalam redha dan rahmat Nya, dan ingatlah bahawa, kalau kita rajin memberi, pasti kita akan dapat merasa juga, dan kalau kita selalu membahagiakan dan menceriakan orang sekeliling kita, pasti ganjarannya hidup kita akan sentiasa senang dan dimudahkan segala urusan. Juga, kalau kita tidak lokek dengan pemberian, pasti Allah akan melapangkan rezeki kita, sekehendakNya, bukankah Allah Pemilik seluruh perbendaharaan Alam Semesta ini?

Jadi, fikir2la, moga aku, Kak Oja dan kawan2 yang lain, akan terus memberi selepas ini.

Book Review - Salahudin Penakluk Jerusalem



Salahuddin Al Ayubi, seorang sultan yang berjiwa rakyat, yang darah jihad sentiasa mengalir dalam jiwanya, dan tidak tertarik dengan kenikmatan dunia yang sementara ini. Beliau adalah pahlawan sejati yang hanya mengharapkan keredhaan Allah semata2. Seluruh hidupnya diabadikan demi membebaskan Palestin dan masjid ketiga Umat Islam dari jajahan dan kezaliman puak Kristian.



Buku ini ditulis oleh Abdul Latip Talib, pada tahun 2007, dan diterbitkan oleh PTS Fortuna, Batu Caves, Selangor, setebal 289 muka surat berharga dalam lingkungan RM20-an. Bahasa bersahaja dan penuh dengan fakta yang ditonjolkan penulis berjaya membuat pembaca rasa ketagih dan bersemangat untuk meneruskan pembacaan sehingga ke mukasurat terakhir iaitu penaklukan Jerusalem oleh tentera2 Islam. Betapa kesungguhan dan susah payah pengorbanan Salahuddin dan tentera2nya berjuang menentang tentera salib yang zalim dan tidak berperikemanusiaan benar2 menyebabkan aku terasa hendak sama2 bangun berjuang bersama mereka. Aku merasakan buku ini dan buku2 sejarah Islam seumpama dengannya benar2 wajib untuk dibaca dan dijadikan peneman dan koleksi selain buku2 novel lain, lantaran ilmu dan semangat, juga kenangan2 dan pengalaman pahit manis yang dipamerkan, yang harus dujadikan panduan bagi kita umat sekarang, dalam mendepani ujian2 dan cabaran hidup beragama.

Betapa kita selalu merasakan kehidupan yang dilalui ini selalu susah dan tidak berjalan seperti yang kita rancang dan harap2kan, namun sebenarnya, apalah sangat jika hendak dibandingkan dengan pengorbanan Salahuddin dan pasukannya bagi membebaskan Jerusalem dan kawasan sekitarnya dari terus2an dalam penaklukan dan kezaliman musuh. Marilah kita sama2 bermuhasabah, teruskan mencari diri, moga2 kita masih diberi kesempatan untuk sama2 berjihad sepeti mereka yang terdahulu dipilih Allah.