Ihsan blog ini
Tuesday, March 23, 2010
3.5% je?
Ihsan blog ini
Wednesday, March 10, 2010
7 datang juga...
Sekalung penghargaan pada semua yang tidak lupa akan ulangtahun menambahkan usia ku itu, dan tanda ingatan yang sungguh mengharukan. Walau sekadar ucapan, namun itu sudah lebih memadai. Moga2 sempena penambahan usia ini, akan bertambahlah dekatnya hatiku dgn Pencipta yang Maha Agung, terus berusaha berjuang di jalanNya, walau susah, walau senang, sentiasa ikhlas dan redha atas ujian dan nikmatnya.
TQ kak Ani (my staff) for lovely Flower and card. Suka2... =)
Boleh tgk link ini, sgt cantik cupcake2 itu..TQVM my dear sis Ieja..
TQ juga pada kawan2 office (Qayya, Echah, Iz, Kak Azie and Kak Ani) for the treat @ Secret Recipe. Kenyang sangat.
Friday, March 5, 2010
Pelik, kan?
Situasi 1:
Lokasi : Lif Menara
Masa : 11.00 ++ pagi
Aku baru keluar dari Surau Menara di tingkat 18, dan terus masuk ke perut lif untuk terus ke office di tgkat lain. Dan, bersamaku ada 2 orang lelaki yang tidak dikenali, mungkin baru hendak ke tempat meeting. Seorang dari mereka kelihatan agak peramah dan dengan senyuman innocent, dia bertanya bersungguh2, ada nada pelik dari suaranya. "Pagi2 dah pergi Surau, awalnya?". Aku terdiam sejenak, blurr.. "Mm, tadikan awk dari Surau,kan?" Dia bertanya lagi, untuk mendapatkan kepastian. Namun, tak sempat aku nak menjawab, dia sudah tiba di level destinasinya. Dan dia pantas melangkah keluar lif, ada riak ketidakpuasan di raut wajahnya. Namun, aku meragui keikhlasannya bertanya, adakah dia benar2 tidak tahu, atau buat2 tak tahu, atau ...? I donno, berharap dia akan tidak segera berpuas hati dengan situasi itu, dan mencari jawapannya, untuk apa ke surau seawal 11.00 pagi??
Situasi 2:
Lokasi : Dalam Surau Menara
Waktu : 7.10 ++ Petang
Aku berhajat hendak pulang, tapi sementelah keadaan hujan dan pasti akan jem, maka aku rasa elok untuk terus bersiap2 solat Maghrib di Menara dahulu, sebelum pulang ke rumah. Jalan pasti dah tak jem by that time. Dalam surau ketika itu ada seorang ibu dan anaknya sekecil setahun dua usianya, lebih kuranglah. Si anak merengek2 hendak bermain handphone si ibu, lantas si ibu, mungkin malas hendak mendengar tangisan anaknya, terus membuka satu lagu rancak nyanyian ala2 Mexico Latin. Ye, si ibu dengan selamba membuka lagu itu di dalam surau, dan dengan volume yang rasanya semua ahli surau itu boleh dengar. Dan si anak pun dengan gembiranya berlari2 ke pelusuk surau tersebut membawa handphone yang nyaring berbunyi lagu yang 'hangat' itu. Aku yang baru sampai rasa sangat pelik, takkanlah si ibu tiada rasa sensitif yg dia berada dalam surau, tempat mulia, rumah Allah. Atau atleast, takkanlah dia tidak segan kerana membiarkan ada anasir bunyi2 yang TAK sepatutnya kedengaran dalam surau? Tak lama lepas tu, suaminya sampai dan mereka terus 'blah' dari tempat mulia itu.
Mm, bagiku 2 situasi tersebut adalah realiti ketidakpekaan muslim, pada syiar2 Islam. Mereka terlalu menyongkong diri dan menyatakan Islam hanyalah pada solat 5 waktu, puasa, Zakat, haji, SAHAJA. Tiada islam di tempat kerja, berhibur, bersukan, berjalan2, etc...
Ntahlah, fikir2lah sendiri, dunia hanya tempat singgah sementara saja. Yang paling penting jadilah hamba yang berfikir, kenapa2...dan terus mencari jawapan. Janganlah terus diam membiarkan saja isu2 yang mungkin kecil tapi bakal jadi besar dan membahayakan iman kita, dan mungkin orang lain. Bukankah api kecil jadi kawan, besar jadi LAWAN.. Teruskanlah berfikir mencari jawapan.....
Tuesday, March 2, 2010
Februari yang panjang...
With Rena and Along, posing pas Nikah...
Di masjid, selepas nikah. Dari kiri (bawah): Kak Wani, Along, me, Hana, Faizah dan Wan