Thursday, February 4, 2010

Now I Know....

Sekarang barulah aku tahu
tidak semua perkara perlu aku ketahui..
lebih baik disembunyikan dari dilafazkan

Sekarang baruku tahu
tidak semua perkara perlu diberitahu
dan apabila telah diketahui, tak semestinya akan melegakanku

Sekarang baruku tahu
Kehidupan ini, pasti tidak sama antara aku dan kamu

Mungkin kamu mudah tersenyum,
tapi adakah hatimu juga tersenyum sama?

Dan mungkin aku selalu bermuka masam,
namun hatiku adakah semasam itu?

Tafsiran manusia berbeza,
bergantung pada situasi, keadaan, fikirannya, matlamatnya,
Pada masa itu...

Mungkin dia sedang gembira..
maka kata-kata positif sajalah yang akan keluar dari mulutnya

Mungkin dia sedang bersedih..
Maka kesedihannya itu terpalit juga pada perbuatannya,
walau dia telah mencuba untuk menyembunyikannya

Begitulah,
siapalah aku untuk menilai engkau
yang kurasakan bahagia di sana
namun hakikatnya,
adakah bahagia?

Ya, orang kata, bahagia itu subjektif...
jadi, adakah aku hendak menunggu bahagia itu datang
Atau mencari bahagia itu?

Live your life...Hargai masa kini, masa depan mungkin tiada (sebahagia sekarang)

If u can't change people, then u CHANGE!

Sesuatu yang berlaku, pasti ada hikmahnya..itu PASTI..

Jadi...teruskanlah perjuangan ini..
Belajarlah memaafkan, redha dan ikhlas atas ujian yang datang..

Aku pasti akan menghargai kesakitan sekarang, jika tahu kebahagiaan abadi menanti di sana..Jika tidak di dunia, maka moga2 di akhiratlah..

Sangat subjektif...perasaan ini, rasa ini, fikiran ini, reaksi ini...

Mmmm...Mencari kekuatan dalam kegembiraan kawan2 lain...

(>-<)

Friday, January 22, 2010

Bermula episod baru...

Tahun 2010 dah lebih kurang sebulan tiba, dan tahun 1431 hijrah lagilah dah sebulan lebih datang, tapi kenapa baru hari ini nak bermula episod baru ku ini?

Kerana segala persoalan itu telah terjawab, dan penantian itu sudah berakhir dengan agak 'sempurna' semalam. Ye, sungguhpun agak berat untuk dihadapi, namun tarbiyah menunggu dari bulan ramadhan lalu, menyebabkan aku lebih kuat sekarang. Walaupun jawapannya tidaklah seperti dalam skrip doa2ku selalu, namun aku bersyukur kerana masih mampu tersenyum di kala diundang berita 'mengejutkan' itu. Tapi sebenarnya taklah terlalu terkejut sangat, sebab aku telah menjangkakan akan jawapannya, namun cara aku mendapat tahu berita itulah yang agak menterkilankanku. Boleh tak seseorang itu berfikir sejenak tentang orang lain yang ada banyak perasaan, dan yang telah lama menantinya, dan dia 100% tahu akan perkara itu.

Takpela, mungkin inilah bahagianku, lalu wajib untuk aku menerimanya dengan ikhlas, yakin, tabah dan kuat. Moga2 tahun 2010 / 1431 H ini akan dapat dilalui dengan lebih dekat dengan Penciptaku, lebih bahagia, sihat dan semua2lah perkara2 baik yang lain. Berita ini SEHARUSNYA tidaklah menyebabkan pengakhiran hidupku ini, walaupun it do effect my heart, tapi perjalanan MESTI TERUS!!

Haha, yakinnya, ntah ape2la Mas Alina ini...

Tapi 1000 thanks to all my beloved parent, family, friends (housemate and officemate) for all the support and positive mindset given to me, along this journey, until it ends a few days or months ago (dont bother). Mungkin sebab kalianlah Mas boleh terus berdiri teguh meneruskan perjuangan ini.

Doakan Mas...=)



~~Lagu tema: Separuh jiwaku pergi, Sang mantan...~~layan..

Thursday, December 24, 2009

Hari Bahagia Kak Ummu.

Malam tadi Puan Ummu pulang ke AZ setelah seminggu bergelar isteri (solehah). Terkedu kami sebab kak Ummu menangis masa masuk ke dalam rumah. Tapi situasi ini pernah berlaku juga pada ex housemate kitorang dulu, Kak Bah, yang sama2 merasa peritnya Perkahwinan Jarak Jauh (PJJ). Tapi kata2 kak Ummu yang suaminya nangis dulu, baru dia nangis lagi mengharukan kami. Ternyata kak Ummu kata suaminya seorang yang lemah lembut dan lebih sensitif dari dia. Baguslah, kan pasangan kita melengkapkan hidup kita yang banyak serba kurangnya itu.

Aku tertarik untuk bercerita lanjut tentang perjalanan suci kak Ummu mencari cintanya yang tulus demi memudahkannya meneruskan perjuangan mencari Redha Allah, bersama2 suaminya,katanya. Dia bersungguh2 memohon pada Sang Pencipta Cinta agar menitipkan cinta yang halal baginya, dan prinsip tidak mahu bercinta sebelum kahwin benar2 menyebabkan dia perlu mencari pasangan yang sekepala dgn pendiriannya itu. Perkenalan dengan suaminya diaturkan oleh makciknya 2 bulan yang lalu (Oktober 2009). Mereka berkenalan melalui facebook (email sahaja dan sms). Kemudian, bila matlamat masing2 dah jelas, mereka terus merancang untuk bertemu keluarga kedua2 belah pihak.

Aku rasa sangat penting kesefahaman dari segi matlamat awal perkenalan, adakah dengan end in mind matlamat (perkahwinan) atau sekadar kawan biasa. Kerana treatment untuk kedua2 matlamat itu berbeza dan sangat jauh berbeza sebenarnya.

Lalu, pada 16 December yang lepas, mereka telah sepakat untuk menamatkan zaman teruna dan dara masing2, walaupun rancangan asal adalah untuk merisik dan bertunang sahaja dahulu. Mungkin berkat keyakinan, usaha dan tawakal yang tinggi dan niat yang sangat suci hendak mencari Redha Allah itu, lalu Allah terus mudahkan urusan agung mereka itu. Ye, sekaang mereka telah bergelar suami isteri, setelah 2 bulan usia perkenalan.

Soalan kami (merujuk pada Mas, Hana dan Kak Wani) yang pertama adalah, bagaimana bercinta selepas kahwin? Seronok x? Haruslah dijawab dengan 1000 keyakinan dari Kak (Puan) Ummu, "SANGAT SERONOK, BETUL CAKAP ABAH!

Ye, dan kami sekali lagi terdiam tanda faham dan mengerti keasyikan itu. Hanya orang yang melaluinya saja dapat merasakannya. Dan kak Ummu terus bercerita kisah kemanisan perkahwinannya itu, dan kami sempat untuk terus berdoa dalam hati, moga2 jodoh kami juga dimudahkan dan dimaniskan bagai kak Ummu, Ameen...

Dan itulah kisahnya, sangat mudah dibaca, namun bagi orang yang mengalaminya, tidaklah semudah itu pengalaman hidup yang dilaluinya untuk sampai ke tahap kemanisan seperti sekarang. Namun apa2 yang diberikan Allah pada kita itu, pastinya sesuatu yang masih sanggup (larat) dipikul, kerana Allah tidak akan membebani kita, dengan sesuatu yang kita tidak terpikulkan.(AlBaqarah,ayat akhir)

Tersenyum ceria di hari bahagia...

Lantas, diri ini sekerdilnya memohon pada Allah, agar memurahkan rezeki, dimudahkan urusan jodoh, dipertemukan dengan orang yang hatinya sentiasa dekat dengan PenciptaNya..Amin


~~Bahagia itu adalah bila bersama orang yang kita sayang, namun akan lebih bahagia jika mengetahui orang yang kita sayang itu bahagia walaupun tidak bersama kita~~

Tuesday, December 15, 2009

Cuti kena freeze..!!

Huhu, baru dapat email dari Bos tadi, cuti kena Freeze mulai esok (16 Dec 09) til Jumaat, 08 Jan 2010. Kena clearkan all outstanding issues in 2009, so that can start freshly and happily ( ye ke?) in 2010. Tahun baru, azam baru lah lebih kurang camtu. Berkecai harapan nak bermanja2 dengan parent kat kampung hujung tahun 2009 or awal taun 1431H ni...

Tapi tak kira, pas tempoh freeze tu, terus nak apply cuti panjang, qada' cuti yang kena pending ni. Dahlah brought forward 11 hari cuti ke tahun 2010. Takperla, moga2 tahu 2010 / 1431H ini, akan dilalui dengan lebih baik, yakin dan dekat dengan Penciptaku..

Chayok2!!

Saturday, December 12, 2009

Lama tak update...

Semenjak bertukar kerja ke department lain ni, keadaanku menjadi semakin BZ. Waktu 8.30pg to 5.30++pm memang digunakan dengan penuh dedikasi dan bersemangat waja, hehe.. Banyak kerja2 pending dan yang tak terbela yg di 'take over' dari org dulu, dan macam2 isu semasa dan isu yang terdahulu (kena korek2 fail history), dan keadaan diriku yang baru belajar, makanya banyak lagi perkara yang tidak dapat difahami walaupun mudah, apalagi yang susah,kan. Tapi aku rasa seronok dan bersyukur sebab walaupun kerja baru dan mencabar, namun dengan adanya bos yang sporting, staff2 yang ringan tulang, dan kawan2 yang memahami, maka aku tidak terasa begitu terbeban memikul tugas ini, walaupun seriously, memang banyak kerja dan isu..huhu

Dan lagi, keadaanku yang konon2nya mengajar part time di MMC hari Khamis dan Sabtu, sedikit sebanyak menyebabkanku tidak dapat pulang ke kampung di hujung2 minggu, walaupun nanti akan ada cuti panjang di setiap hari Jumaat, sebanyak 3 Jumaat berturut2 plak tu. ini pun baru balik dari kelas, dan lepak2 di AZ, berblogging guna broadband roomate, Rena. TQ Rena!

Tapi, secara keseluruhan, aku rasa oklah, jadual baruku ini, menyebabkan aku lebih menghargai masa2 ini, dan menghargai orang2 tersayang di sekelilingku. Nanti2, kita tak tahu lagi bagaimana keadaannya, adakah akan semakin sibuk, akan sihat lagikah, etc2.

Tapi still, rasa semangat untuk menuntut ilmu itu tetap ada, dan di TM ni, aku rasa sangat bertuahlah, sebab pasti akan ada kuliah Zohor di surau setiap hari, samada sempat or tak je nak jejakkan kaki ke sana. Takperla kalo takleh gi hari2, tapi jgn tak pergi langsung, dahlakan..

Dan lagi, aku rasa sangat seronok kerana Kak Ummu, kawan baikku akan melangsungkan pernikahan dengan jejaka idaman 16 Dec ni, majlis buat tahun depan. Tak kesahlah, janji yang wajib dah disegerakan. Moga2 Kak Ummu dan bakal suami dimudahkan urusan, mendapat mawaddah, rahmah dan kasih sayang Nya.

Dan lagi, itu je la kot, moga2 akan ada berita gembira, dan moga2 dimudahkan segala urusan kita.

Salam Ma'al Hijrah

=)



Tuesday, November 24, 2009

Movie 2012 dan Konsert Opick

Ahad lepas 22 Nov 2009, aku sempat berlegar2 di Tropicana Mall bersama my dear niece, Angah - Atiqah Mohd Zan. Kebetulan dia menghabiskan masa awal cuti sekolahnya di KL, dan tidur di rumah Ija, adikku di Bangi. Dan semestinya tempat pertama yang kami tuju adalah GSC untuk menonton 2012. Atiqah hendak menebus kekecewaannya setelah gagal mendapatkan tiket di Mid Valley setelah penat beratur panjang hari sebelumnya. Aku selaku mak sedara yang comel dan baik hati, melayan saja kehendaknya itu. Sementelah, aku baru dapat gaji minggu lepas, so kira okla nak berbelanja sakan ni.

Mm, sebenarnya nak cerita ttg pengajaran yang aku, opps, kami dapat dari cerita 2012 itu. Sungguh, cerita itu memberikan gambaran ttg dunia ini pasti akan berakhir, walaupun berteorikan sains sebagai bahan bukti, dan idea dari penulis barat, yang tidak percayakan pada rukun iman ke 5 iaitu percaya pada Hari Qiamat, namun tanda2 dan perubahan cuaca alam yang berlaku sekarang memang sedang mengiakan apa jua kajian tentang kemungkinan terjadinya pelupusan bumi yang kita sedang diami ini.

Keadaan huru hara yang digambarkan semasa bencana alam itu berlaku dalam filem itu, sungguh menginsafkan kami, satu demi satu gunung ganang meletup, dan membuat kami berfikir yang jika saat Allah mengarahkan malaikat Israfil meniup sangkala pertama, maka tiadalah yang akan terselamat dari merasai huru hara dan kucar kacir kesan dari maha dahsyatnya Hari Kehancuran itu, namun hanya sedikit sahaja orang yang mengambil pengajaran. Semoga semua yanfg kita lakukan di dunia ini, akan menjadi jambatan untuk kita meraih syurga Allah kelak.

Di akhir cerita, penerbit memberikan gambaran dunia baru selepas bencana alam itu berlaku, dan maknanya bagi mereka, pasti akan ada dunia itu, tidak akan hancur, dan mereka yang terselamat dari bencana, bolehlah memulakan hidup baru di tempat yang baru. Namun, bagi kita orang Islam, wajib percaya akan hari penghancuran itu, dan penghidupan yang kekal abadi selepas mati samada di neraka atau di syurga. Moga2 Allah memberikan nikmat Syurganya kepada kita dengan rahmat Nya yang Maha Luas itu. Amalan kita belum tentu cukup untuk ke Sana itu.

Konsert Opick

Malamnya pula, aku dan Atiqah, besrerta housemate AZ, Ummu dan Faiz, telah berjaya menghabiskan masa berharga di Konsert Amal Opick bersama Inteam di Dewan Serbaguna TNB Bangsar. Sangat berbangga berkawan dengan rakan penulis ini, dapat masuk ke konsert atas tiket Media Anis dan Asuh, tempat duduk khas. Konsert sangat bertenaga dari Mas Opick sangat mengujakan. Tiap2 bait nasyid ternyata lahir dari hatinya, lantas menyebabkan kami dapat sama2 rasa terharu dan bersama2 bersemangat untuk mengagungkan asma Allah yang Maha Besar. Antara lagu yang didendangkan ialah Ubat Hati (duet bersama Akhil Hayy), Bila waktu telah berakhir, Allah maha Besar, dan banyak lagi.

Konsert ini adalah anjuran Muslim Care Malaysia, sebuah NGO yang bermatlamat untuk menubuhkan Solat Centre di Malaysia, bagi menjadi asas tempat rujukan bagi memperkasakan solat dalam generasi kita. Antara artis lain yang membuat persembahan ialah Inteam (reunion), Castury ( dari TNB), Pak Abu Sangkang (Motivator Penghayatan Solat) dan Farah.

Seronok rasanya dapat menyaksikan konsert yang dapat banyak memberi input rohani, setelah jasmani selalu disogokkan dengan perhiasan dunia. Semoga banyak lagi peluang dan ruang dapat digunakan untuk jalan kebaikan dan mendekatkan diri pada Pencipta.



Opick membuat persembahan yang cukup bertenaga dan menginsafkan




Angah teruja dapat pass media, hehe

(^-^)/

Monday, November 9, 2009

Tanda ingatan

Aku dalam proses bertukar unit kerja dari tempat kerja lama membuat analysis P&L dan Recon ke grup Cash and collection. Namanya je pun dah mencerminkan kerjanya. So, dalam 2-3 minggu ni, aku terpaksa mengajar pengganti ku, cik Lisa Teo dari Labuan, dan belajar tentang kerja2ku di CCM dari Bos baruku yang sporting, Kak Jun, dari staffku yang otai2, K Ani dan K Azi, dan dari bakal kawan sebelah mejaku, Mr Izani yg berhati budiman (tiru ayat k Umu). Setelah lebih 2 tahun aku di tempat lama, sudah tiba masanya untuk aku membuat internal job rotation, agar keupayaanku dapat tercabar di tahap maksimum (dan takleh balik 5.30 sharp lagi!) dan aku dapat belajar sesuatu yang baru, dan bagiku, kerja baruku ini lebih operational dan banyak daily based activity kena dilakukan. Aku kena sentiasa up to date dengan any issue dan masalah yang bakal diutarakan oleh customer, terutama sekali.

Terasa excited hendak ke tempat baru, namun terasa sayang meninggalkan yang lama. Kawan sama2 kena marah, dan sama2 ber poya2..hehe. Tapi , itulah resam kehidupan, setiap pertemuan, pasti ad perpisahan. Apa yang penting, bagaimana kita menghargai saat2 bersama, agar tidak mencari di waktu sudah tiada atau terlambat.

Terima kasih setinggi gunung ku kalungkan pada Bos ku, Pn Liza, Colleague2ku, K Sham, K Sara, Fadzil, K Ita, K Tie, K Gayah, K Jah, En Midi, K Emi dan En Pakri, atas kerjasama, perhatian dan kasih sayang yang diberikan sepanjang kita bersama2 berbakti. Tiada kata terucap, hanya doaku moga semua kawan2 ku ini sentiasa dalam redha dan rahmat Allah, dan dimudahkan urusan, dunia akhirat.


Tq atas hadiah ingatan ini...=)