Tuesday, June 8, 2010

Jangan ketinggalan program bersama sukarelawan Gaza - 09062010


Tentatif

8.00 – 8.45 mlm Pendaftaran
8.45 – 9.00 mlm Ucapan pembukaan: Pengerusi Majlis
9.00 – 9.15 mlm Viva Palestine
9.15 – 9.30 mlm PACE
9.30 – 9.45 mlm Haluan Palestin
9.45 – 10.00 mlm Nasyid and Multimedia
10.00 – 10.15 mlm Christian Society
10.15 – 10.30 mlm Shah Alam Parliamentarian
10.30 – 10.45 mlm Global Peace Malaysia
10.45 – 11.15 mlm Personal Testimony
11.15 – 11.30 mlm Nasyid & Closing

Program sepanjang Ceramah : • Kaunter
• Edaran
• Tapak Jualan
Masuk PERCUMA. Jom...Sumber : Palestinkini

Wednesday, June 2, 2010

Demi Gaza...

Isu ini tidak akan pernah selesai,selagi Al Aqsa masih belum didalam genggaman Islam. Pasti akan tiba saat2 penuh bersejarah itu, dan moga2, kita dapat menjadi sebahagian dari tentera2 Islam yang menakluk kembali masjid dan Palestin keseluruhannya. Walaupun dengan kudrat yang sangat sedikit dan lemah ini, kita terus cuba membantu sedaya mungkin, seperti burung kecil di zaman Nabi Ibrahim. Ketika nabi Allah itu hendak dibakar hidup2 dalam nyalaan api yang sangat besar dan ganas, muncul seekor burung kecil membawa air melalui paruhnya bertujuan untuk memadamkan api yang marak menyala itu. Perbuatan sang burung itu seperti lah tiada membawa apa2 maknapun kerana api yang sedang marak itu logiknya tidak akan terkesan dengan beberapa titisan air dari paruh sang burung itu. Namun si burung tidak jemu dan penat mencuba, lantaran dia takut Allah akan mempersoalkan peranannya menolong Islam, di akhirat nanti.

Ye, pasti Allah akan bertanya pada kita, setakat manakah peranan kita untuk membantu mempertahankan Al Aqsa dan Palestin? Moga2 jawapan kita nanti selancar dan selayaknya jawapan. Dinukilkan tulisan kawan bekas serumah, kak Dijah, mengulas baik tentang isu ini. Moga2 Allah membuka hati2 kita untuk istiqamah (berterusan) mempertahankan Islam.


Yaumun Nuqbah : Hari Malapetaka Umat Islam
Pulang dari check up di klinik, singgah makan di restoran berdekatan rumah. Baru sahaja selesai makan, mata tertumpu ke skrin televisyen di restoran, tv3, buletin 1.30. Suara televisyen tidak jelas kedengaran lantaran jauh dan perlahan suaranya, namun, terus berdebar jantung melihat tulisan di hadapan berita tersebut, Israel menyerang! Melihat gambaran seolah-olah serangan berlaku di atas kapal, mengiyakan kata hati, bahawa benar, Israel telah menunjukkan kezaliman, kederhakaan dan kebinatangannya apabila menyerang kapal Lifeline 4 Ghaza, konvoi kapal yang membawa ubat-ubatan, bantuan kepada penduduk Palestin di Ghaza secara aman. Terus sahaja pulang ke rumah dengan hati yang sangat tidak senang, menahan air mata dan sebak. Dalam perjalanan, sms abang, ”betul kata abang, kemungkinan Israel serang kapal dah berlaku!

Sampai di rumah, terus buka siaran Awani di Astro dan Al-Jazeera, mengiyakan serangan dengan belasan yang terkorban. Sedih sangat-sangat.. Sedih atas pengorbanan mereka, sedih kerana kebinatangan zionis Israel laknatullah dan sedih bercampur rasa cemburu kerana tidak dapat bersama-sama mereka yang terkorban merasai syahid dan tidak dapat berada bersama membantu ummat Islam di Ghaza.Benarlah kata abang dalam kuliahnya tempoh hari dengan tajuk Yaumun Nuqbah/ ‘Aamun Nuqbah ( Hari/Tahun Malapetaka) : “ Kapal yang belayar dalam misi kemanusiaan Lifeline 4 Ghaza sebenarnya berhadapan dengan risiko diserang oleh zionis laknatullah.”

Semasa kami ke KLIA menghantar mama dan baba ke Afrika Selatan kerana program bersama masyarakat Islam di sana, kami berkesempatan bertemu dengan 11 orang rakyat Malaysia dan keluarga mereka yang mewakili NGO masing-masing ke Turki dalam misi LifeLine 4 Ghaza. Ada yang sanggup mengambil cuti sebulan tanpa gaji, ada yang telah meninggalkan wasiat kepada anak-anak dan isteri serta keluarga, mereka semua hanya membeli tiket pergi sahaja dan tidak membeIi tiket pulang, alangkah kuatnya semangat mereka untuk membantu ummat Islam di sana. Kali terakhir melihat berita pagi tadi (1 Jun 2010, Selasa) di Al-Jazeera dan Astro Awani, masih lagi tidak dapat disahkan identiti mereka yang terkorban dan anak kapal telah dibawa ke Ashdod.

Menurut kuliah abang sebelum ini, terdapat sebuah penjara di sana bagi menempatkan mereka yang terlibat dengan misi ini. Paling menyakitkan hati apabila dengan secara jelas, tentera Israel menyerang kapal yang berada di perairan antarabangsa, yang menurut undang-undang antarabangsa, mereka tiada hak untuk menyerang! Menurut Menteri di Turki, dalam siaran langsung Al-Jazeera, mengatakan bahawa Israel BERBOHONG apabila mengatakan bahawa terdapat senjata dalam kapal tersebut kerana tentera Turki telah pun memeriksa sepenuhnya kapal tersebut daripada sebarang senjata. Kapal yang diduduki seramai lebih 600 orang yang cintakan keamanan dan ingin menghantar bantuan ubatan dan pelbagai bantuan lain terdiri juga dari masyarakat Israel yang cintakan keamanan, pemenang hadiah Nobel keamanan, wartawan-wartawan, wanita dan baby berusia 3bulan! Israel masih lagi menyembunyikan identiti mereka yang terkorban kerana takut dengan kecaman dahsyat lagi dari negara-negara terlibat. Sehingga tulisan ini ditulis, berita menunjukkan, rakyat Turki, sebelum Subuh lagi telah turun ke jalanan setelah mengetahui berita tersebut. Masyarakat Jordan, Amerika di Washington, masyarakt Pakistan dan United Kingdom telah turun di jalanan menyatakan kutukan dan kecaman terhadap tindakan Israel. Kerajaan Turki telah memanggil pihak UN ’helds the emergency session’ membincangkan tentang perkara ini di Turki.

Sebelum ini, Turki telah memberi amaran kepada Israel, sekiranya mereka menggunakan kekerasan tentera dan menyerang kapal-kapal tersebut, mereka tidak akan teragak-agak menurunkan tentera Turki untuk menyerang balas.Selama 4 kali mengikuti kuliah abang dalam bulan Mei ini, abang kata memang ingin berkuliah tentang ’Aamun Nuqbah/ Yaumun Nuqbah. Terlalu banyak isi yang dapat dikutip meneliti setiap butiran kata. Saya cuba untuk membentangkan tajuk ini satu persatu walaupun tidak dapat secara detail. Yaumun Nuqbah/ Naqbah ataupun ’Aamun Nuqbah/ Naqbah merupakan hari malapetaka bagi ummat Islam kerana hari itu, 14 Mei 1948, tertubuhnya negara Haram Israel yang diiktiraf dunia dan PBB. Ianya disambut oleh seluruh ummat Islam sebagai hari malapetaka!

Kita akan membincangkan tentang 4 point penting ini :-
1. Mengapa isu Palestin ini dekat di hati kita?
2. Sejarah penubuhan negara haram Israel.
3. Pengajaran ’aamun Nuqbah
4. Tanggungjawab kita terhadap Palestin

Mengapa isu Palestin dekat di hati kita?
1. Al-Aqsa merupakan kiblat pertama ummat Islam. Tempat isra’ dan mikraj Rasulullah SAW. Masjidil Aqsa merupakan tempat di mana Rasulullah SAW mendirikan solat menjadi imam bermakmumkan seluruh Rasul-Rasul sebelum baginda SAW. Al-Aqsa juga disebut dalam Al-Quran menunjukkan pentingnya kiblat pertama ummat Islam itu dipertahankan. ”Al-Aqsa adalah sebahagian dari kita, dan kita adalah sebahagian daripada Al-Aqsa.”

2. Menurut penganalisis politik, Isu Palestin merupakan ’Mothers of Conflict’ dalam dunia ketika ini. Lihatlah apa yang berlaku di dunia ketika ini. Dunia dilanda ketakutan dan kebencian yang teramat sangat kepada Israel dan Amerika sehingga ada yang meletupkan diri di mana sahaja, di New York, di Bali dan di pelbagai tempat selain Palestin, Iraq dan Afghanistan. Kita sebenarnya tidak bersetuju dengan tindakan mereka yang meletupkan diri dan menyerang mereka yang tidak bersalah, rakyat biasa di negara tersebut kerana ada dari mereka juga tidak setuju dengan tindakan kejam Zionis Israel di Palestin, Iraq dan Afghanistan. Namun, ini menunjukkan bahawa dunia sekarang tidak akan aman selagi Israel dan Amerika tidak menghentikan kekejaman dan kebongkakakan mereka terhadap dunia Islam khususnya Palestin. Meletupkan diri di zon perang adalah dianggap syahid oleh ulama’, iaitu di Palestin, Iraq dan Afghanistan, namun tidak dibenarkan menyerang di tempat lain selain itu.

Sejarah Penubuhan Negara Haram Israel
Saya bukanlah orang yang ‘terer’ menghuraikan perihal sejarah, namun, kita boleh melihatnya secara ringkas bagaimana boleh wujudnya negara haram Israel ini. Pada tahun 1917, dalam Balfour Declaration, mengatakan bahawa Palestin merupakan negara rasmi bangsa Yahudi. Mengapa mereka mengisytiharkan perkara tersebut? Menurut sejarah, dapat dilihat bahawa masyarakat dan kerajaan Eropah tidak senang dengan keberadaan Yahudi yang berada di negara mereka. Mereka telah memikirkan tempat yang sesuai untuk diletakkan Yahudi laknatullah ini dan tempat yang paling sesuai adalah di negara Palestin lantaran mereka mahukan negara bagi memecahbelahkan ummat Islam dan mengambil kesempatan terhadap kelemahan kerajaan Islam yang ketika itu dijajah oleh kuasa besar Britiish. Selepas kejatuhan Khilafah Islamiyyah, negera-negara Arab dan negara ummat Islam telah dibahagi-bahagikan kepada negara-negara penjajah seperti kek yang dimakan rakus oleh kuasa penjajah. Palestin telah dijajah oleh British sepertimana Malaya ketika itu. Yahudi telah banyak menimbulkan masalah kepada negara Eropah dan mereka akhirnya secara rasmi, mengiktiraf Israel sebagai kerajaan dalam PBB dan itu berlaku pada 14 Mei 1948, setelah Israel melobi di PBB dan hari itu disebut sebagai Yaumun Nuqbah, hari malapetaka ummat Islam dan ia disambut setiap tahun oleh mereka yang mengetahui dan merasai. Sebelum peristiwa Mei 1948, hanya 20% tanah yang diduduki oleh Yahudi, namun setelah persitiwa tersebut, sebanyak 78% tanah Palestin telah diduduki oleh Yahudi. Pada tahun 1936-1939, Syeikh Izzuddin Al-Qassam dan pencinta syahid telah melaksanakan penentangan nyata walaupun negara-negara Arab sekitarnya telah lumpuh. Penentangan mereka telah menyebabkan Israel hampir mengisytiharkan dharurat.

Pada 1948, Hassan Al-Banna, pengasas Ikhwanul Muslimin telah membina seramai 12,000 orang ikhwanul muslimin dan membantu tentera dan rakyat Palestin di sana. Walaupun Masyarakat Israel menafikan mereka terkesan dengan intifadah yang dilakukan oleh Hamas dan masyarakat Palestin, namun hakikatnya, jutaan ringgit mereka kerugian lantaran intifadah yang dilancarkan. Setiap kali roket Hamas yang ’kurang canggih’ dilancarkan, setiap kali itu mereka berada dalam ketakutan dan bersembunyi di bawah tanah dan takut ke tempat kerja. Penganalisis sejarah mengatakan, sekiranya para ulama’ seperti Dr yusuf Al-qardhawi mengatakan dan melancarkan intifadah yang ketiga, bukan sahaja rakyat Palestin bangkit, namun rakyat di negara-negara Arab seperti Mesir dan Jordan juga akan bangkit menentang Israel dan kerajaan mereka yang penakut dan tali barut Israel!Pengajaran ’Aamun Nuqbah

1. Kepimpinan dunia Islam, khususnya dunia Arab telah dikuasai oleh zionis. Di Mesir, jelas menunjukkan Hosni Mubarak menghalang bantuan yang ingin disalurkan kepada rakyat Ghaza, malah membunuh mereka yang ingin mendapatkan bantuan dari dalam terowong. Ia bukan hanya menutup terowong yang disalurkan makanan di dalamnya menerusi terowong ke Ghaza, malah melepaskan gas asid yang membunuh pejuang-pejuang yang berada dalam terowong. Rakyat Mesir bukan sahaja marah kepada Israel, namun sangat marah kepada pemimpin mereka. Sudahlah demokrasi dicabuli, setiap kali pilihanraya di Mesir bakal dilaksanakan, mereka memenjara dan menangkap bakal calon pembangkang yang terdiri dari Ikhwanu Muslimin. Hanya 17% masyarakat Mesir yang turun mengundi. Demokrasi apakah itu? Begitu juga Raja Jordan, pemerintahan monarki mereka. Sekiranya di Myanmar, Amerika beriya-iya menunjukkan bahawa merekalah jaguh dalam mempertahankan demokrasi dan melawan junta Myanmar, namun, di Jordan, mereka membiarkan Raja Jordan memerintah secara monarki kerana mereka tahu, dengan berkuasanya Raja Jordan, ia adalah boneka Yahudi dan mengikut kata Israel. Begitu juga dengan PM Palestin, Mahmoud Abbas, pimpinan Fatah, mereka dengan senang memperkotak-katikkan rakyat Palestin khususnya di Ghaza. Semasa Pilihanraya terbersih 2006 menurut ketua pengawas pilihanraya ketika itu, Jimmy Carter, Hamas terus dinafikan hak memerintah Palestin walaupun menang lebih 2/3 kerusi. Rakyat Palestin tahu siapa yang bersama-sama mereka berlapar dan terbunuh kerana mempertahankan negara mereka, iaitulah pemimpin-pemimpin HAMAS. Mereka tahu, pemimpin Fatah yang apabila diberikan kepada mereka 10ringgit, mereka mengambil 9 tetapi hanya 1ringgit yang diberikan kepada rakyat Paelstin. Rakyat Palestin tahu pemimpin Fatah mempunyai rumah mewah di Jordan, setelah habis waktu pejabat, menaiki helikopter pulang ke rumah mewah mereka. Mana mereka tidak marah dengan pemimpin seperti itu?

2. Pengajaran kedua menunjukkan bahawa hanya Islam yang memberi kekuatan kepada umat Islam. Pada 1967, Perang Ramadhan ketika itu telah berjaya mengalahkan Israel ketika itu dan Intifadah kedua telah berjaya menyebabkan kerugian berjuta-juta USD Israel setiap hari! Lihat sahajalah mereka yang syahid mempertahankan maruah Islam dengan mengorbankan diri mereka untuk Islam. Jika kita di Malaysia, hari ini makan ayam, esok makan daging, lusa makan kambing, tetapi di Ghaza dan Palestin, mereka bukan sahaja tidak cukup makan, malah mereka yang sakit pun hanya menahan sakit kerana tiada ubat yang dapat diberikan. Wanita yang bersalin, kematian bayi-bayi mereka lantaran komplikasi dan ketiadaan ubat. Namun, mereka tidak pernah mahu lari dari negara tanah tumpah mereka. Mengapa? Kerana setiap hari mereka mengangkat tubuh sahabat mereka yang syahid, mereka terbau harumnya syurga, setiap kali mereka mengangkat tubuh sahabat mereka, mereka melihat syurga! Mana muingkin mereka tidak mahu berjuang mempertahankan tanah tumpah darah mereka dan maruah Islam!

Tanggungjawab kita terhadap Palestin
1. Doa dalam munajat-munajat kita. Pernah kita mendengar kata-kata Mahmud Siyam, Imam Masjidil Aqsa semasa datang ke Malaysia dahulu mengatakan dalam maksud begini : ”Kami di sana mempertahankan Al-Aqsa dengan jiwa-jiwa kami, kami harapkan doa kalian. Kalaulah kalian tidak mengingati kami dalam doa-doa kalian, kami akan serahkan kalian kepada Allah!” Sungguh, kita merasa sangat pedih di sini, sahabat-sahabat kita bertarung nyawa di sana. Setiap waktu solat, angkatlah tangan berqunut nazilah, dan bermunajatlah memohon doa. Sekiranya kita tidak dapat bersama-sama mereka di sana, harapannya, dapat bersama mereka di Jannah Firdausi, sekiranya kita tidak dapat bersama mereka, harapnya, anak zuriat kita dapat bersama-sama membantu agama Allah di sana.
2. Sumbangan kita kepada rakyat Palestin. Bagi yang bergaji tetap, peruntukkanlah sebanyak 2% darinya setiap bulan bagi memberi sumbangan kepada mereka. Boleh membuat potongan terus ke bank-bank yang menyalurkan terus ke tabung Ghaza dan Palestin seperti Yayasan Amal, Muslim Care dan Aman Palestin walaupun hanya RM10 sebulan. Lebih efektif berbuat potongan begitu lantaran keterlupaan kita.
3. Sebarkanlah maklumat dan pelbagaikan vehicle kita untuk menyebarkan maklumat. Maklumat ini bagaikan pedang. Seperti di UK, mereka telah mendapat berita terus dari dalam Ghaza sehingga mereka berdemonstrasi di hadapan BBC dan CNN kerana menyiarkan berita palsu dan propaganda jahat. Mereka telah mewujudkan siaran mereka sendiri. Mereka begitu cepat mendapat maklumat, sehingga kita lihat, mereka yang berwajah putih, berambut perang dan bermata biru inilah yang menyuarakan bantahan secara terang dan sanggup menaja misi-misi kemanusiaan malah mereka ramai yang menyertainya hatta dari ahli parlimen mereka sendiri. Sebarkanlah maklumat melalui blog, facebook, twitter dan lain-lain wasilah bagi menyebarkan tentang isu Palestin ini. Janganlah, sehingga terkena sekarang, baru kita tahu bahawa ada misi Lifeline 4 Ghaza untuk menghantar bekalan makanan. Ingin mengharapkan TV dan radio menyiarkan sepenuhnya dan membangkitkan isu ini? Tentunya kita lebih banyak melihat tayangan hiburan melebihi segalanya.

Saya hanyalah menterjemahkan dalam bentuk tulisan kebanyakan kuliah dan ceramah abang tentang Yaumun Nuqbah ini dalam blog saya, mudah-mudahan, kita mendapat maklumat yang benar dan nyata tentang apa yang berlaku. Sebarang kesilapan dalam tulisan mohon dimaafi dan diharap dapat disebarkan buat pengetahuan semua. Moga Allah menerima amal kita yang sedikit supaya dapat bersama mereka yang syahid di medan di Jannah kelak.... Amiin....

Tuesday, May 18, 2010

Demam Badminton

Ye, pagi2 harini, datang kerja dlm keadaan terbersin2, sedikit selsema dan pening. Kawan2 office semua suruh MC, tapi macam malas pula nak drive balik ke rumah. (Hehe, muliakan alasan itu.)

Lalu, akupun meneruskan sesi bekerja dengan mood yang sedikit kabur dan suam2 kuku saja. Rasanya mode minda masih lagi berlegar2 ke acara badminton piala Thomas yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil 9 - 16 Mei lepas. Sementelah membaca entri kak CT tentang Kurang Sivik, aku rasa tercuit untuk memperkatakan serba sedikit tentang Kejohanan Badminton Piala Thomas yang baru saja berakhir.

Selaku peminat setia (No 1) badminton negara, aku dan beberapa kawan rapat yang juga peminat susah nak mati (Diehardfan) telah berjaya mengorbankan masa2 emas dan beberapa kepingan duit kertas untuk hadir ke stadium menyaksikan perlawanan suku akhir antara Malaysia dengan Denmark, yang dijangka sengit sebelum masuk layak ke peringkat separuh akhir. Malaysia mesti menang untuk menutup malu kekalahan teruk pada kumpulan Jepun yang memang tidak pernah menang piala Thomas itu, dan memang tidak, mungkin belum kuat dan menyerlah pemain2nya. Walaupun dalam hatiku terasa sedikit sedih lantaran kekalahan tersebut, namun dek kerana dah beli tiket lebih awal, maka berat kaki pun kena pergi jugalah.

Perlawanan bermula seawal jam 6 petang, seperti dijangka, Datok Lee Chong Wei(LCW) dengan bergayanya mengalahkan Peter Gade, salah seorang musuh tradisinya, diikuti beregu pertama Malaysia (First world ranking) Tan Boon Heong - Koo Kien Keat. Namun kekalahan berturut2 pula oleh Wong Choon Han dan Beregu kedua Mohd Zakri - Hoon Thien How melemahkan segala pusat sandaran dan fokus kami, lantaran ketidakpercayaan kami pada kemampuan Hafiz Hashim untuk memberi mata pada Malaysia lantaran corak permainannya yang bagai main petang2 di taman semasa melawan Jepun semalam. Namun, jangkaan kami ternyata meleset setelah dia berjaya mendahului set pertama dengan mudah, macho dan berjaya mengawal corak permainan. Kemenangan Hafiz membawa Malaysia ke peringkat separuh akhir bertemu China Jumaatnya.

Namun, kekecewaan juga yang melanda, bila LCW dengan bergaya dikalahkan oleh LinDan - pemain 'berhantu' yang amat sukar dikalahkan lantaran banyaknya strategi direkanya dan semangat juangnya yang berjaya menakutkan minda lawan. Bila minda dah lemah, maka tak berguna fizikal yang kuat, pasti segala strategi tidak menjadi, walau bermain di hadapan ribuan pemain sendiri. Beregu pertama dan Perseorangan kedua Malaysia juga kalah boleh dikatakan dengan mudahnya oleh pemain2 China.

Itulah ceritanya. 18 tahun menanti saat gemilang tahun 1992 berulang kembali (masa itu aku dalam darjah tiga), namun, mungkin belum masanya. Malaysia masih terlalu jauh standard permainannya jika hendak dibandingkan dengan China. Mereka bukan saja lengkap sepasukan yang handal, malah strategi dan kemahiran mereka mengawal emosi dan permainan sangat wajib ditiru oleh pemain2 Malaysia. Mungkin semangat pahlawan2 tembok China (berani mati) itu begitu deras mengalir dalam diri mereka (poyo tak!).

Malaysia setakat ini hanya mengharapkan pada pemain LCW dan Tan Boon Heong-Koo Kien Kiat, manakala yang lain tidaklah segarang mana. Prestasi tidak stabil beregu Zakry-Fairuzizuan juga Hafiz Hashim juga menyebabkan Malaysia tidak yakin melangkah sama gagah dengan pasukan2 lain ,terutama China. BAM patut lebih cepat memahami masalah ini dan bertindak sepatutnya. Generasi pelapis patut diberi peluang menggarap pengalaman bermain di kejohanan2 besar agar cepat menyelesakan diri dengan tekanan dan cepat mengatur perlawanan dengan mengesan kelemahan dan kekuatan lawan. Cepat belajar, minda yang sentiasa positif dan aktif, juga menguasai teknik menyerap tekanan dan cabaran dengan berkesan, insyaAllah sedikit sebanyak akan membantu mereka terus gagah walau diterjah dan di'belasah' dengan seteruk manapun, di mana jua, oleh sesiapapun.

Selain itu, mungkin faktor beramai2 penyokong dan petugas yang tidak 'sempat' solat maghrib waktu itu kerana sibuk sepenuh jiwa menyokong pemain2 Malaysia antara sebab2 Allah belum lagi memberi kemenangan pada kita. Ya, faktor2 luaran juga banyak mempengaruhi sesuatu permainan itu. Mungkin jika waktu perlawanan itu diadakan selepas Maghrib, atau awal pagi, maka alasan2 'terpaksa' meninggalkan solat itu berkurangan. Selain latihan, pergantungan pada Pencipta juga penting, melalui solat dan doa, pasti akan lebih menarik dan terkesan jika perkara2 seperti itu tidak dilepaspandangkan. Walaupun memang penyokong tidak ada kaitan dengan pemain secara langsung, namun mungkin berkat cahaya (aura baik) kita akan memudahkan laluan pemain2 itu juga.

Dan mungkin juga, laungan sorakan yang digantikan dgn takbir akan terus2an membakar semangat pemain2 kita, dan menyebabkan gerun dalam hati2 lawan. Ye, mungkin!

Friday, April 30, 2010

Rezeki berganda...

Alhamdulillah, semenjak TM mengumumkan bonus baru2 ni, ramailah kawan2 office yang mula membelanja sesama sendiri. Ini adalah satu tradisi yang baik yang dibawa dari zaman dulu2. Sesiapa yang dapat bonus lebih sikit atau dapat rezeki lebih sikit dari kawan2 lain, pasti akan mengadakan kenduri kesyukuran dengan menjamu kawan2 lain, merasa sama sikit. Seronok,kan. Bak kata pepatah, Orang memberi kita merasa, banyak sama merasa, sikit sama mencicip.

Dan dapat email dari seorang kawan yang memang tepatlah dengan tajuk ini:

"Kalau kaurasa kau kesempitan rezeki, duit tak cukup, harta rasa tak banyak, masa itulah masa paling sesuai untuk bersedekah.
Kalau kausudah senang setelah sempit, banyakkan lagi sedekah kau itu pada masa tersebut. Nescaya Allah akan meluaskan pintu rezeki."


Terima kasih pada2 kawan2 atas kesudian membelanja, dan moga2 dibukakan pintu rezeki seluas2nya dan mendapat syurga di akhirat kelak! =)

Wednesday, April 28, 2010

Selamat kembali ke fitrah...


Undangan dari encik Jonet untuk bersama2 ke program dakwah pada 23 hingga 25 April 2010 ke kampung orang asli tidak aku lepaskan. Kali ini, sudah beberapa kali sebenarnya, lawatan giliran tiba ke Kampung Harong, Lipis, Pahang. Seperti biasa, kami akan berkumpul di ASDAF, Bangsar kira2 jam 11 malam (23.04.2010) sebelum bertolak secara konvoi ke Masjid Al Muhajirin Kg Sungai Koyan di Kuala Lipis untuk bermalam dan khidmat diri. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 2 jam itu diiringi dengan hujan selebat2nya, dan pastinya bersama hujan itu ada rahmat dari Ilahi.

Sampai di Kampung lebih kurang waktu tengahari, dan kami bersama2 bergotong royong menyiapkan masakan tengahari, mee goreng saja, itupun sudah terlalu disukai oleh orang kampung. Ditambah pula dengan air sirap ais (ais bawa dari Kuala Lipis), memang sangat berselera semua makan.

Seronok dapat menjamu mereka dengan air vitagen...
Selepas itu, acara makan2 dan solat Zohor, En Junet selaku ketua rombongan mengumumkan akan ada seorang asli akan bergelar saudara baru. Dia seorang lelaki buta berusia lingkungan 60++ tahun. Aku terasa sangat teruja dan bersyukur kerana bakal menyaksikan satu lagi pengagungan Syahadah bakal dilafazkan di bumi Harong yang jauh terperosok dari pembangunan itu.




Saudara baru bernama En Kitting, dan majlis bersejarah itu berlangsung di rumahnya. Beruntunglah beliau kerana sempat kembali ke fitrah sebelum ajalnya menjemput. Beliau seperti bayi yang baru dilahirkan, putih bersih. Beruntunglah ia, beruntunglah ia.



Moga2 aku juga yang lahir terus Islam ini akan mati juga dalam Islam dan redha Nya. Amin.


Lagi gambar2 kenangan di sini dan sini juga.

Friday, April 23, 2010

Sejuk perut mama...

Gambar ihsan sini.


Malam tadi lepas tengok cerita Musang Berjanggut, aku lepak2 lagi depan TV dengan Faiz, layan Wipeout di 8tv pula. Tapi macam bosan2 je, so teruslah capai telefon nak call my mom, rasanya dah seminggu tak dengar khabar. Satu deringan je terus mas angkat, mungkin mak memang tengah duduk kat tepi telefon masa tu kot ( I guess). Lepas borak2 ringan tanya khabar,
mak terus tanya," Rumah sewa ko ada tv x?".
Ha....ada, nape mak?
Kalo ada, tengokla tv9 sekarang, ada adik Muhammad yang hafiz AQ tu, dengan mak ayah dia, cerita cara nak didik anak.
Oooo...ok
Mm, bagitau Kak Yah dengan Kak Jun sekali, mak telefon tak dpt, mak nak tepon Bang Wan ni..
Oooo, baik...
Patutla cepat je angkat tepon, rupa2nya memang tengah excited tepon semua anak2 dia. Mak aku memang seorang yang sangat suka suruh semua anak2 dia tengok tv citer yang sama dengan yg dia tengah tengok (especially kalo siaran tu ceramah tentang bab makayah, atau cara didik anak, dan rancangan Semanis Kurma is one of her favourite too!)


Terus masuk bab citer adik Muhammad ni, sangat sejuk hati tengok muka dia, berjaya menghafaz AlQuran di usia 12 tahun, bermula dari 7 tahun. Dia kata dia mula berjinak2 dengan masjid seawal usia 4 tahun, dan lepas khatam AlQuran umur 7 tahun, dia terus mula menghafaz. Dan dia tidak minat dengan cerita2 kartun ,sebab mak ayah dia tak pernah biasakan dari kecil. Jika ada soalan dari Ustazah Bahiyah ( yang agak mengconquer rancangan itu..), pasti adik Muhd akan mulakan dengan Alhamdulillah, dan sepanjang percakapannya, pasti ada pujian untuk Allah, bukan sekali ,malah berkali2. Nampak sangat kerendahan hatinya, disebalik jiwanya yang besar itu.


Ayahnya, En Ahmad Zahid Zainal Abidin pula menyatakan, jika hendak mengajar anak, kenalah dengan penuh kesabaran, dan kena buktikan dengan perbuatan. Jika hendak anak jadi baik, ibu bapa kenalah jadi baik dahulu, bukan setakat cakap sahaja. Ibu adik Muhd (berwajah lembut dan tenang) Dr Siti Khadijah Fadzil pula berkongsi tips yang agak mengujakan. Dia berkata sepanjang tempoh mengandung, kenalah menjaga serba serbi, pandangan, pendengaran, penglihatan, di samping mengamalkan bacaan Al Quran terutama surah Maryam dan Luqman.


Banyak lagilah, Ustazahpun ada berkongsi Doa, surah Al Haj: ayat 70, kalau ada barang (termasuk kasih sayang) yang hilang, eloklah untuk amalkan doa ini.


Walaupun aku belum ada anak, suamipun belum jumpa lagi, hehe, namun, sudah boleh mula berfikir, berharap, dan merancang untuk mendapat anak2 soleh/ah macam adik Muhammad. Pasti sejuk perut aku nanti, macam sejuk perut mama adik Muhammad juga.


~~Wink~~

Monday, April 12, 2010

Broga Hill - Berjaya didaki @10042010

Setelah lama merancang, maka kami yang masih bergelar single tapi mungkin ada yang dah tak available melebarkan sayap untuk mendaki Bukit Broga (mendakilah sgt!). Fify selaku moderator bertindak cemerlang mengumpulkan kami di Exit Tol Kajang (Plus ye!) seawal jam 5 pagi, (huwaaa), demi matlamat melihat satu lagi keindahan alam semulajadi, matahari terbit. Pemandangan yang jarang2 dapat kita lihat, dan pasti tidak akan dilepaskan oleh kami semua.
Aku dan kawan2 rumah, Faiz dan Kak Fara (bff dari UIA), juga kak Alfaeza yang tiba2 single (hari itu saja) bergerak seawal 4.30 pagi ke Kajang, demi tak rela kena tinggal dek trip itu. Hujan selebat2nya mengiringi perjalanan kami ke sana, namun kami tekad melangkah, dengan harapan berbunga, moga2 tidak hujan di Broga hill sana.

Harapan terus membara walaupun terpaksa menunggu kawan2 yang tersesat (huhu), kami berjaya untuk solat subuh di masjid Semenyih, berhampiran Broga hill seawal 6.20 pagi (walau rancangan awal adalah untuk berjemaah bersama2 imam). Seterusnya, kami terus bergerak ke bukit Broga dengan kereta beratur mengikut cik moderator (the only kereta yang tahu jalan, kalau kena tinggal, mmg nayalah), dalam 7 - 8 kereta jugalah yang ikut konvoi kali ini. Ramai,kan, itu tak termasuk trip adikku, si Ieja yang pergi sendiri bersama kawan2nya dari Bangi dan sempat solat Subuh di peak pertama Broga Hill, syabas2.

Sampai di kaki bukit dalam pukul 7++ pagi jugalah. Agak terkejut kerana ada terlalu banyak kereta yang sedia parking di situ. Rupanya ramai juga yang berhajat mahu melihat matahari terbit, sama seperti kami. Kami tanpa mengambil masa yang panjang, terus bersiap apa yang patut, dan bergegas ke trek untuk mendaki bukit. Walau dalam keadaan hujan dan jalan yang lecak, kami tabahkan hati demi mahu melihat keindahan bukit Broga seperti yang diperkatakan teman2 yang pernah sampai ke puncak sana. Ada 4 puncak semuanya, berketinggian 400m, dan kepanjangan perjalanan dari kaki bukit ke puncak terakhir lebih kurang 2 km, jauh juga tu.

Enjoy the picture and view..Let the pictures tell the rest of the story...Gambar2 ini diambil dari kamera Kak Fara, TQVM...

Boleh ke nak panjat ni? Kak Alfaeza bermonolog dalam hati



Berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke peak pertama, huhu, pancit...
Di peak ke 3, masih hujan masa ni






Tgk, X Path..Subhanallah..

Akhirnya, di puncak ke empat dan teratas...

We did it..!!

Gunung Tom Wan, ada berann?hehe

Dinasihatkan pada kawan2 yang merancang untuk naik ke bukit ini, walaupun terasa macam senang, namun, stamina amatlah penting juga ya. Ini untuk memastikan kecukupan nafas dan dapat terus bercakap dengan baik tanpa terputus2, setibanya di atas setiap puncak tersebut. Wink~~

All the best.. berjumpa lagi dalam cabaran seterusnya...