Friday, April 2, 2010

Layan tag pula la...

Sebab Kak Ila dah mention Mas Alina yang ayu, so kenalah take the challenge..hehe


These are the rules:


1. Go to your photo files…Select the 8th photo folder.


2. Select the 8th photo in that folder.


3. Post that photo along with the story behind it.


4. Then challenge 8 blogging friends to do the same!





Berdiri : Bang Satar, Syafiqah, Lina Najihah


Duduk atas sofa: Ct Khadijah, Kak Jelah, Haqimi, Kak Yah, Kak Jun, Haziq, Syafiq


Duduk bersepah : Iman, Aimin, Ieja, Musz, aku, Adam, Syamin dan Ada


Picture taken by whom ( i cant remember), during first day of Hari Raya Aidilfitri in 2006. With most of my BIG ( in quantity and size,haha) family member. Tapi sekarang semua dah besar2, dah dekat empat tahun berlalu..


Maka, saya hendak mengtag sahabat2 tersayang:

1. Ieja

2. Cik Faiz Faiza

3. Kak Ani (Ummuhumaira)

4. Kak Nida

5. Kak Ct Zuraimah

Dan kawan2 lain..hehe

Tuesday, March 23, 2010

3.5% je?


Ye,setakat itu saja increment gaji untuk tahun ini. Sikit? Banyak? It depends. But the very first impression of my friend, Qayya dan me is, a big laugh. Yes, definitely we imagine of at least 10% or ++ increment, but the fact is not always as pleasure as in the dreams. Mm, we (with a few of my other officemates) decided to update our CV and start sending to other companies, which we think can satisfy our need and to accomodate our lifestyle demand (which is increasing year by year (month actually)). Antara dialog yg biasa di dengar.."Taraf hidup kat KL ni, memanglah sangat tinggi, setakat gaji RM2K tu, celah gigi jer la dah habis." Mungkin terpengaruh dengan kata2 itu, ataupun memang terasa tidak pernah puas dengan apa yang ada (nafsu besar), menyebabkan lambat perkataan Alhamdulillah muncul dari mulutku. Sepatutnya, instead of merungut2, aku hendaklah terus bersyukur atas rezeki dan kurniaNya. Walau pun kita rasa sedikit, tapi jika rezeki itu berkat, maka akan terasa banyak dan tidak terhabiskan menikmatinya, malah boleh berkongsi dengan orang lain juga. Dan rezeki terbesar ialah nikmat iman dan islam.

Dan sekejab tadi, kawanku Fazil berkongsi sesuatu setelah pulang dari mendengar kuliah Zohor Ustaz Ismail Kamus di Surau Menara. Lebih kurang begini lah ringkasan dari perkongsian bersama tadi:
3.5 % memanglah nampak tak banyak. Tapi duit sebenar kita bukanlah RM100 yang ada dalam wallet, atau atau duit2 berkepuk dalam bank atau bawah bantal, tapi duit sebenar kita adalah berapa banyak yang kita sumbangkan dalam tabung2 bergerak (atau statik) di masjid2, surau2, pusat2 kebajikan, etc2. (Kiraan ini adalah selain dari zakat dan yang wajib diberi.). Itupun nasib baik kalo kita masukkan duit dalam tabung yang bergerak itu, kalau just masukkan tangan, cemna nak kira tu?haha..


Ihsan blog ini





Kesimpulannya, bersyukurlah dengan sebanyak2nya, kurniaan Allah itu, walaupun sikit, walaupun banyak, semua itu hanyalah pinjaman, boleh ditarikbalik bila2 masa,tanpa perlu minta izin atau beritahu kita dahulu...

Wednesday, March 10, 2010

7 datang juga...

27 telah datang tepat 7 Mac lalu. Terasa sekejab saja masa berlalu, dipinjamkan nyawa bersama nikmat terbesar Iman dan Islam. Adakah jika dijemput sekarang, layak untuk menghuni syurgaNya? Ohh....big2 NO...terasa diri sangat byklah dosanya, hati masih degil, hitam, tak dengar kata, etc2...

Sekalung penghargaan pada semua yang tidak lupa akan ulangtahun menambahkan usia ku itu, dan tanda ingatan yang sungguh mengharukan. Walau sekadar ucapan, namun itu sudah lebih memadai. Moga2 sempena penambahan usia ini, akan bertambahlah dekatnya hatiku dgn Pencipta yang Maha Agung, terus berusaha berjuang di jalanNya, walau susah, walau senang, sentiasa ikhlas dan redha atas ujian dan nikmatnya.



TQ kak Ani (my staff) for lovely Flower and card. Suka2... =)




Boleh tgk link ini, sgt cantik cupcake2 itu..TQVM my dear sis Ieja..




TQ juga pada kawan2 office (Qayya, Echah, Iz, Kak Azie and Kak Ani) for the treat @ Secret Recipe. Kenyang sangat.

Friday, March 5, 2010

Pelik, kan?

Semalam aku berhadapan dengan beberapa situasi yang padaku agak peliklah, tapi tak taulah kalau it's normal untuk orang lain,kan.

Situasi 1:

Lokasi : Lif Menara

Masa : 11.00 ++ pagi

Aku baru keluar dari Surau Menara di tingkat 18, dan terus masuk ke perut lif untuk terus ke office di tgkat lain. Dan, bersamaku ada 2 orang lelaki yang tidak dikenali, mungkin baru hendak ke tempat meeting. Seorang dari mereka kelihatan agak peramah dan dengan senyuman innocent, dia bertanya bersungguh2, ada nada pelik dari suaranya. "Pagi2 dah pergi Surau, awalnya?". Aku terdiam sejenak, blurr.. "Mm, tadikan awk dari Surau,kan?" Dia bertanya lagi, untuk mendapatkan kepastian. Namun, tak sempat aku nak menjawab, dia sudah tiba di level destinasinya. Dan dia pantas melangkah keluar lif, ada riak ketidakpuasan di raut wajahnya. Namun, aku meragui keikhlasannya bertanya, adakah dia benar2 tidak tahu, atau buat2 tak tahu, atau ...? I donno, berharap dia akan tidak segera berpuas hati dengan situasi itu, dan mencari jawapannya, untuk apa ke surau seawal 11.00 pagi??

Situasi 2:

Lokasi : Dalam Surau Menara

Waktu : 7.10 ++ Petang

Aku berhajat hendak pulang, tapi sementelah keadaan hujan dan pasti akan jem, maka aku rasa elok untuk terus bersiap2 solat Maghrib di Menara dahulu, sebelum pulang ke rumah. Jalan pasti dah tak jem by that time. Dalam surau ketika itu ada seorang ibu dan anaknya sekecil setahun dua usianya, lebih kuranglah. Si anak merengek2 hendak bermain handphone si ibu, lantas si ibu, mungkin malas hendak mendengar tangisan anaknya, terus membuka satu lagu rancak nyanyian ala2 Mexico Latin. Ye, si ibu dengan selamba membuka lagu itu di dalam surau, dan dengan volume yang rasanya semua ahli surau itu boleh dengar. Dan si anak pun dengan gembiranya berlari2 ke pelusuk surau tersebut membawa handphone yang nyaring berbunyi lagu yang 'hangat' itu. Aku yang baru sampai rasa sangat pelik, takkanlah si ibu tiada rasa sensitif yg dia berada dalam surau, tempat mulia, rumah Allah. Atau atleast, takkanlah dia tidak segan kerana membiarkan ada anasir bunyi2 yang TAK sepatutnya kedengaran dalam surau? Tak lama lepas tu, suaminya sampai dan mereka terus 'blah' dari tempat mulia itu.

Mm, bagiku 2 situasi tersebut adalah realiti ketidakpekaan muslim, pada syiar2 Islam. Mereka terlalu menyongkong diri dan menyatakan Islam hanyalah pada solat 5 waktu, puasa, Zakat, haji, SAHAJA. Tiada islam di tempat kerja, berhibur, bersukan, berjalan2, etc...

Ntahlah, fikir2lah sendiri, dunia hanya tempat singgah sementara saja. Yang paling penting jadilah hamba yang berfikir, kenapa2...dan terus mencari jawapan. Janganlah terus diam membiarkan saja isu2 yang mungkin kecil tapi bakal jadi besar dan membahayakan iman kita, dan mungkin orang lain. Bukankah api kecil jadi kawan, besar jadi LAWAN.. Teruskanlah berfikir mencari jawapan.....


Tuesday, March 2, 2010

Februari yang panjang...

Ya. Walaupun cuma 28 hari, namun aku terasa sangat mencabar Februari yang baru berlalu ini. Walaupun di hujung Feb akhirnya ternampaklah cahaya itu, namun sementara hendak sampai ke hujungnya, perjalanan ini memang betul2 menguji kekuatanku. Minda, mental, fizikal, emosi, semualah. Tapi tetap kena teruskan perjuangan, dan walaupun ada masa tahap kesabaran naik dan turun, namun berjalan mesti terus...ye, terus...Tapi taknak cerita di sini, biarlah tersemat dalam hati. Yang penting, kena terus kuat dalam menghadapi segala macam ujian dan dugaan, kerana di hujungnya, pasti ada kemanisan untuk dikecapi.. POSITIF...

Tahniah pada kawan sekelas di KISAS dulu, cum kawan sebilik sewa skrg, Rena, kerana menamatkan zaman bujangnya 26 Feb lalu di Parit Buntar. Sedikit gambar penyejuk mata, moga2 selepas ini giliran kawan2 yang datang meraikan majlis Rena pula ye..Amin...

With Rena and Along, posing pas Nikah...


Di masjid, selepas nikah. Dari kiri (bawah): Kak Wani, Along, me, Hana, Faizah dan Wan

Thursday, February 4, 2010

Now I Know....

Sekarang barulah aku tahu
tidak semua perkara perlu aku ketahui..
lebih baik disembunyikan dari dilafazkan

Sekarang baruku tahu
tidak semua perkara perlu diberitahu
dan apabila telah diketahui, tak semestinya akan melegakanku

Sekarang baruku tahu
Kehidupan ini, pasti tidak sama antara aku dan kamu

Mungkin kamu mudah tersenyum,
tapi adakah hatimu juga tersenyum sama?

Dan mungkin aku selalu bermuka masam,
namun hatiku adakah semasam itu?

Tafsiran manusia berbeza,
bergantung pada situasi, keadaan, fikirannya, matlamatnya,
Pada masa itu...

Mungkin dia sedang gembira..
maka kata-kata positif sajalah yang akan keluar dari mulutnya

Mungkin dia sedang bersedih..
Maka kesedihannya itu terpalit juga pada perbuatannya,
walau dia telah mencuba untuk menyembunyikannya

Begitulah,
siapalah aku untuk menilai engkau
yang kurasakan bahagia di sana
namun hakikatnya,
adakah bahagia?

Ya, orang kata, bahagia itu subjektif...
jadi, adakah aku hendak menunggu bahagia itu datang
Atau mencari bahagia itu?

Live your life...Hargai masa kini, masa depan mungkin tiada (sebahagia sekarang)

If u can't change people, then u CHANGE!

Sesuatu yang berlaku, pasti ada hikmahnya..itu PASTI..

Jadi...teruskanlah perjuangan ini..
Belajarlah memaafkan, redha dan ikhlas atas ujian yang datang..

Aku pasti akan menghargai kesakitan sekarang, jika tahu kebahagiaan abadi menanti di sana..Jika tidak di dunia, maka moga2 di akhiratlah..

Sangat subjektif...perasaan ini, rasa ini, fikiran ini, reaksi ini...

Mmmm...Mencari kekuatan dalam kegembiraan kawan2 lain...

(>-<)

Friday, January 22, 2010

Bermula episod baru...

Tahun 2010 dah lebih kurang sebulan tiba, dan tahun 1431 hijrah lagilah dah sebulan lebih datang, tapi kenapa baru hari ini nak bermula episod baru ku ini?

Kerana segala persoalan itu telah terjawab, dan penantian itu sudah berakhir dengan agak 'sempurna' semalam. Ye, sungguhpun agak berat untuk dihadapi, namun tarbiyah menunggu dari bulan ramadhan lalu, menyebabkan aku lebih kuat sekarang. Walaupun jawapannya tidaklah seperti dalam skrip doa2ku selalu, namun aku bersyukur kerana masih mampu tersenyum di kala diundang berita 'mengejutkan' itu. Tapi sebenarnya taklah terlalu terkejut sangat, sebab aku telah menjangkakan akan jawapannya, namun cara aku mendapat tahu berita itulah yang agak menterkilankanku. Boleh tak seseorang itu berfikir sejenak tentang orang lain yang ada banyak perasaan, dan yang telah lama menantinya, dan dia 100% tahu akan perkara itu.

Takpela, mungkin inilah bahagianku, lalu wajib untuk aku menerimanya dengan ikhlas, yakin, tabah dan kuat. Moga2 tahun 2010 / 1431 H ini akan dapat dilalui dengan lebih dekat dengan Penciptaku, lebih bahagia, sihat dan semua2lah perkara2 baik yang lain. Berita ini SEHARUSNYA tidaklah menyebabkan pengakhiran hidupku ini, walaupun it do effect my heart, tapi perjalanan MESTI TERUS!!

Haha, yakinnya, ntah ape2la Mas Alina ini...

Tapi 1000 thanks to all my beloved parent, family, friends (housemate and officemate) for all the support and positive mindset given to me, along this journey, until it ends a few days or months ago (dont bother). Mungkin sebab kalianlah Mas boleh terus berdiri teguh meneruskan perjuangan ini.

Doakan Mas...=)



~~Lagu tema: Separuh jiwaku pergi, Sang mantan...~~layan..